Bagaimana mahkamah Syariah menentukan hak jagaan anak?

Hak Jagaan Anak (Hadhanah) akan ditentukan oleh Mahkamah dengan mempertimbangkan kebajikan anak. Pada kebiasaannya hak jagaan bagi anak di bawah umur mumaiyyiz (umur bawah 7 tahun) diberikan kepada ibu kandung, melainkan dapat dibuktikan  ibu kandung tersebut telah hilang kelayakan sebagai seorang penjaga.

Bolehkah anak memilih untuk pihak ibu atau pihak bapa untuk dalam bertinggal untuk satu penceraian?

Bagi anak yang telah capai umur mumaiyyiz (lebih 7 tahun), Mahkamah boleh bertanya anak  untuk memilih dengan siapa anak tersebut ingin tinggal. Jika salah satu pihak tidak bersetuju keputusan ditentukan dengan pilihan anak tersebut, Hakim akan mengendalikan perbicaraan penuh dan mempertimbangkan beberapa faktor yang mempengaruhi kebajikan anak sebelum membuat keputusan.

Bolehkan salah satu suami atau isteri diberikan hak jagaan tunggal sebelum penceraian ?

Boleh, dengan syarat pihak yang menuntut perlu membuktikan keperluan hak jagaan tersebut. Sebagai contoh:
(a) Pihak-pihak tidak lagi tinggal bersama/berasingan; atau
(b) Pihak-pihak dalam proses perceraian; atau
(c) Suami telah berpoligami.

Bagainmanakah Mahkamah Syariah menentukan hak jagaan anak? Apa yang akan berlaku sekiranya suami atau isteri saya menafikan hak lawatan saya?

Hak melawat akan diberikan kepada pihak yang tidak mendapat hak jagaan anak. Pada kebiasaannya jadual hak melawat tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah mengikut keperluan anak, jadual harian anak, jarak antara kedua-kedua pihak dan faktor-faktor lain yang dirasakan perlu oleh Mahkamah.

Jika pihak yang mendapat hak jagaan (Pihak A) tidak membenarkan pihak yang mendapat hak lawatan (Pihak B) lagi melawat anak, Pihak B boleh memfailkan Permohonan Notis Tunjuk Sebab di Mahkamah terhadap Pihak A kerana melanggar Perintah Mahkamah.

Bolehkah suami dan isteri dapatkan hak jagaan bersama bagi anak?

Boleh, tetapi hanya melalui persetujuan bersama pihak-pihak sahaja kerana tiada peruntukkan undang-undang berkenaan hak jagaan bersama. Pihak-pihak dinasihatkan membuat perjanjian persetujuan berkaitan hak jagaan bersama tersebut dan dalam perjanjian tersebut diperincikan pembahagian dari segi hak melawat, bermalam, cuti persekolahan, perayaan dan sebagainya bagi mengelakkan kekeliruan dan timbul isu pada masa akan datang.

Further Inquiries?
You may contact our panel lawyers/ the author of this article.

Your Name * :
Email* :
Mobile No.* :
Preferred spoken language :
Country:
State:
Inquiries/ Message :