UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 617
AKTA PERBADANAN HARTA
INTELEK MALAYSIA 2002
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
Undang-Undang Malaysia
2
AKTA 617
AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK
MALAYSIA 2002
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... ... ... ...
14 Januari 2002
Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... ... ...
24 Januari 2002
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama
...
...
2004
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 617
AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK
MALAYSIA 2002
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2.
Tafsiran
BAHAGIAN II
PERBADANAN
3.
Penubuhan Perbadanan
4.
Peruntukan peletakhakan
5.
Meterai perbadanan
6.
Keanggotaan Perbadanan
7.
Tempoh jawatan
8.
Peletakan dan pembatalan jawatan
9.
Pengosongan jawatan
10.
Saraan dan elaun
11.
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah
12.
Mesyuarat
13.
Perbadanan boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
14.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
15.
Penzahiran kepentingan
16.
Minit
Undang-Undang Malaysia
4
AKTA 617
BAHAGIAN III
FUNGSI DAN KUASA PERBADANAN
Seksyen
17.
Fungsi Perbadanan
18.
Kuasa Perbadanan
19.
Perbadanan boleh menubuhkan jawatankuasa
20.
Pewakilan fungsi atau kuasa Perbadanan
BAHAGIAN IV
PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA
21.
Mengambil kerja pekerja Kerajaan
22.
Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil
kira
23.
Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding
24.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian
25.
Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib
26.
Perlindungan daripada liabiliti diri
27.
Pekhidmat awam
28.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
BAHAGIAN V
KEWANGAN
29.
Kumpulan Wang
30.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
31.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
32.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
33.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
34.
Kuasa untuk meminjam
35.
Pelaburan
36.
Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
5
BAHAGIAN VI
AM
Seksyen
37.
Pemulaan pendakwaan
38.
Prosiding yang dikendalikan oleh pegawai Perbadanan
39.
Kewajipan kerahsiaan
40.
Kuasa Menteri untuk meminda Jadual Pertama dan Kedua
41.
Peraturan-peraturan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
Undang-Undang Malaysia
6
AKTA 617
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 617
AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK
MALAYSIA 2002
Suatu Akta untuk menubuhkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia
d a n untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi-fungsi dan
kuasa- kuasanya dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
[3 Mac 2003, P.U. (B) 102/2003]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Harta Intelek
Malaysia 2002.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan
oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri
boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang
berlainan dalam Akta ini.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain--
"Akta ini" termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang
dibuat di bawah Akta ini;
"ditetapkan", jika tiada cara penetapan diperuntukkan, ertinya
ditetapkan dari semasa ke semasa melalui kaedah-kaedah, peraturan-
peraturan atau perintah yang disiarkan dalam Warta;
Undang-Undang Malaysia
8
AKTA 617
"hak" ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan,
sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;
"jawatankuasa" ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan
di bawah seksyen 19;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Perbadanan yang dilantik
di bawah seksyen 11;
"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di
bawah seksyen 29;
"liabiliti" ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, gadaian, kewajipan
dan obligasi sama ada masa kini atau pada masa hadapan, yang
sebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena dibayar atau
dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;
"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab
bagi harta intelek;
"Pendaftar" ertinya Pendaftar Cap Dagangan, Pendaftar Paten,
Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian dan Pendaftar Petunjuk Geografi
di bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan;
"Pengawal" ertinya Pengawal Hakcipta yang dilantik di bawah
subseksyen 5(1) Akta Hakcipta 1987 [Akta 332];
" P e n g e r u s i " ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah
seksyen 6;
"Perbadanan" ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang
ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"Perundangan Harta Intelek" ertinya perundangan yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama;
"rekod" termasuk rekod yang disimpan atau direkodkan dengan
menggunakan komputer;
"tarikh letak hak" ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yang
ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1)
yang kepadanya Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal di
bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan, berhak atau
tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan;
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
9
"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh Akta ini mula berkuat
kuasa;
"terletak hak", berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai
h a k mengenai harta masa hadapan atau kontingen dan hak
perkembalian atau baki.
BAHAGIAN II
PERBADANAN
Penubuhan Perbadanan
3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Perbadanan
Harta Intelek Malaysia" ditubuhkan.
(2) Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu
meterai perbadanan.
(3) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman
terhadapnya atas namanya.
(4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan
boleh, atas apa-apa terma yang didapatinya patut--
(a) membuat kontrak;
(b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan
menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
(c) memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,
m e m u l a n g k a n , menggadaikan, menggadaijanjikan,
mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan
hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau
menjalankan urusan mengenai apa-apa harta alih atau
harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta
itu yang terletak hak pada Perbadanan.
Peruntukan peletakhakan
4. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke
semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan
suatu tarikh letak hak dan pada tarikh itu segala harta Kerajaan
Malaysia dan segala hak atau liabiliti Kerajaan Malaysia, Pendaftar
Undang-Undang Malaysia
10
AKTA 617
atau Pengawal yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu
hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah kepada dan terletak
hak pada Perbadanan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan
atau pemindahan hakmilik.
(2) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen
(1) pada Perbadanan hendaklah terletak hak sedemikian pada
Perbadanan dengan hakmilik, harta atau kepentingan yang serupa
dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak
atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.
(3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut
kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas
tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau
dikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah
perlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal
memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam
t i n d a k a n itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawah
subseksyen (1).
(4) Tiap-tiap hak atau liabiliti yang terletak hak menurut kuasa
subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh
letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan
oleh atau terhadap Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah
perlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal
memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh
oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh
atau terhadap Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal berhubung
dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada
dan terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1)
boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau
terhadap Perbadanan.
(6) Dalam hal hak atau liabiliti yang berbangkit di bawah
manamana pinjaman yang terletak hak pada Perbadanan pada tarikh
letak hak, Perbadanan boleh membuat apa-apa perkiraan atau
perjanjian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga
yang lain mengenai hak dan liabiliti itu.
(7) Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian
berhubung dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah
kepada dan terletak hak pada Perbadanan di bawah subseksyen (1)
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
11
yang Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal menjadi pihak
kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada secara bertulis
atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga
hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan
Malaysia, Pendaftar atau Pengawal, hendaklah berkuat kuasa seolah-
olah Perbadanan menjadi pihak kepada perjanjian itu.
Meterai perbadanan
5. (1) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah mengandungi
apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai
itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah atau
dibuat baharu sebagaimana yang Perbadanan fikirkan patut.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu
cap yang mengandungi perkataan "Perbadanan Harta Intelek
Malaysia" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai
perbadanan bagi Perbadanan.
(3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Perbadanan dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau
oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai
yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
(4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa
sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang
disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah disifatkan telah
disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(5) Walau apa pun subseksyen (4), apa-apa dokumen atau surat
cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu
pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan boleh
disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan
mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi
pihak Perbadanan oleh mana-mana anggota, pekerja atau ejen
Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan
bagi maksud itu.
( 6 ) M e t e r a i perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi
pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Undang-Undang Malaysia
12
AKTA 617
Keanggotaan Perbadanan
6. (1) Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) seorang Pengerusi;
(b) empat orang anggota yang mewakili Kerajaan, seorang
daripadanya ialah Ketua Setiausaha Kementerian yang
pada masa ini bertanggungjawab bagi harta intelek atau
wakilnya;
(c) tiga orang anggota lain yang mempunyai pengetahuan
atau pengalaman tentang harta intelek dan perkara yang
berhubungan dengan harta intelek; dan
(d) Ketua Pengarah.
(2) Menteri hendaklah melantik anggota yang dinyatakan dalam
perenggan (1)(a), (b) dan (c).
Tempoh jawatan
7. Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat
cara pelantikannya, seseorang anggota Perbadanan hendaklah,
melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan
jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang
jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak
untuk dilantik semula.
Peletakan dan pembatalan jawatan
8. (1) Seseorang anggota Perbadanan boleh, pada bila-bila masa,
meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada
Menteri.
(2) Pelantikan mana-mana anggota Perbadanan yang dilantik
oleh Menteri, kecuali Ketua Setiausaha Kementerian yang pada
masa ini bertanggungjawab bagi harta intelek, boleh, pada bila-
bila masa, dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa
sebab bagi pembatalan itu.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
13
Pengosongan jawatan
9. Jawatan seseorang anggota Perbadanan hendaklah menjadi
kosong--
(a) jika dia mati;
(b) jika dia menjadi bankrap;
(c) jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan
dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak
kurang daripada dua bulan;
(d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya
menunaikan kewajipannya; atau
(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali
berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.
Saraan dan elaun
10. (1) Pengerusi Perbadanan hendaklah dibayar apa-apa saraan
dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(2) Tiap-tiap anggota Perbadanan hendaklah dibayar elaun
mengikut kadar yang ditentukan oleh Menteri.
Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah
11. (1) Menteri hendaklah melantik--
(a) seorang yang sesuai yang mempunyai pengetahuan atau
pengalaman tentang harta intelek atau perkara yang
berhubungan dengan harta intelek untuk menjadi Ketua
Pengarah; dan
(b) apa-apa bilangan orang yang perlu untuk menjadi Timbalan
Ketua Pengarah,
atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, bagi
pentadbiran sepatutnya Akta ini dan Perundangan Harta Intelek,
dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik
sedemikian tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(2) Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran
harian Perbadanan.
Undang-Undang Malaysia
14
AKTA 617
(3) Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan
dan kawalan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah itu
boleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah di bawah
Akta ini dan Perundangan Harta Intelek sebagaimana yang ditentukan
oleh Ketua Pengarah.
( 4 ) S e k i r a n y a Ketua Pengarah tidak dapat melaksanakan
kewajipannya buat sementara kerana sakit atau apa-apa sebab lain,
salah seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah itu boleh menghadiri
mana-mana mesyuarat Perbadanan atau mana-mana jawatankuasa
sebagai penggantinya.
Mesyuarat
12. (1) Perbadanan hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang
perlu bagi melaksanakan fungsi-fungsinya.
(2) Lima orang anggota Perbadanan, seorang daripadanya anggota
yang mewakili Kerajaan, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat
Perbadanan.
(3) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh
Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi
hendaklah mempunyai undi pemutus.
(4) Sekiranya Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak
kerana sakit atau apa-apa sebab lain, mana-mana anggota Perbadanan
selain Ketua Pengarah boleh dilantik oleh anggota-anggota yang
hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.
( 5 ) M e n t e r i hendaklah, berkenaan dengan setiap anggota
Perbadanan yang mewakili Kerajaan, melantik seorang anggota
silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan
sebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir
kerana apa-apa sebab dan anggota silih ganti itu, apabila hadir
sedemikian, hendaklah bagi semua maksud dianggap sebagai anggota
Perbadanan.
(6) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Perbadanan hendaklah
menentukan tatacaranya sendiri.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
15
Perbadanan boleh mengundang orang lain untuk menghadiri
mesyuarat
13. (1) Perbadanan boleh mengundang mana-mana orang untuk
menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Perbadanan
bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang
dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak
berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian
itu.
(2) Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-
mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Perbadanan di bawah
subseksyen (1) boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang
ditentukan oleh Menteri.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki
maklumat
14. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Perbadanan
arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini
berhubung dengan pelaksanaan fungsi Perbadanan dan Perbadanan
hendaklah melaksanakan arahan itu.
(2) Perbadanan hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata,
akaun dan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan mana-mana
fungsinya di bawah Akta ini atau Perundangan Harta Intelek
sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari
semasa ke semasa.
Penzahiran kepentingan
1 5 . ( 1 ) S e s e o r a n g anggota Perbadanan atau mana-mana
jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 yang mempunyai
atau yang memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung
dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi
sekutunya berhubung dengan mana-mana perkara yang sedang
dibincangkan oleh Perbadanan atau jawatankuasa itu hendaklah
menzahirkan kepada Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut
mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis
kepentingan itu.
Undang-Undang Malaysia
16
AKTA 617
(2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan
dalam minit mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan
dan, selepas penzahiran itu, anggota itu--
(a) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut
mana-mana yang berkenaan; dan
(b) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-
mana perbincangan atau keputusan Perbadanan atau
jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,
apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
(3) Mana-mana anggota Perbadanan atau jawatankuasa yang
tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.
(4) Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan atau jawatankuasa
boleh ditaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Perbadanan
atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyen
ini.
(5) Bagi maksud seksyen ini--
(a) "anggota keluarga", berhubung dengan seseorang anggota
Perbadanan atau jawatankuasa, termasuklah--
(i) suami atau isterinya;
(ii) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami
atau isterinya);
(iii) anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
(iv) adik beradiknya (termasuk adik beradik suami atau
isterinya); dan
(v) suami atau isteri anaknya atau adik beradiknya;
dan
(b) "sekutu", berhubung dengan seseorang anggota Perbadanan
atau jawatankuasa, ertinya--
(i) mana-mana orang yang merupakan penama atau
pekerja anggota itu;
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
17
(ii) mana-mana firma yang anggota itu atau mana-
mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
(iii) pekongsi anggota itu;
(iv) p e m e g a n g amanah sesuatu amanah yang di
bawahnya anggota itu atau seseorang anggota
keluarganya menjadi benefisiarinya; atau
(v) mana-mana perbadanan, mengikut pengertian Akta
Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau
mana-mana penamanya atau seseorang anggota
keluarganya menjadi pengarahnya atau mempunyai
kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya
tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada
jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.
Minit
1 6 . ( 1 ) P e r b a d a n a n dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklah
menyenggarakan minit semua mesyuaratnya dalam bentuk yang
sepatutnya.
(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan
atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya,
hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagai
keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam
minit itu tanpa bukti selanjutnya.
(3) Tiap-tiap mesyuarat Perbadanan atau sesuatu jawatankuasa
yang minit mengenainya telah dibuat mengikut subseksyen (1) dan
(2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan
sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan
sewajarnya untuk bertindak.
BAHAGIAN III
FUNGSI DAN KUASA PERBADANAN
Fungsi Perbadanan
Fungsi Perbadanan adalah--
17.
(a) untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan
Perundangan Harta Intelek ditadbirkan, dikuatkuasakan,
diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;
Undang-Undang Malaysia
18
AKTA 617
(b) untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk
mengadakan perkhidmatan bagi mentadbirkan, memungut
dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau
apa-apa caj lain di bawah Perundangan Harta Intelek;
(c) untuk mengawal selia dan mengawasi isu atau perkara
berhubung dengan harta intelek yang berhubungan dengan
Perundangan Harta Intelek;
(d) untuk menasihati tentang kajian semula
dan
mengemaskinikan Perundangan Harta Intelek;
(e) untuk menggalakkan dan meningkatkan latihan dan
penyebaran pengetahuan dan maklumat mengenai harta
intelek;
(f) untuk mengadakan, menggalakkan dan menyediakan
p r o g r a m kerjasama di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa mengenai isu atau perkara yang berhubungan
dengan harta intelek;
(g) untuk memelihara kepentingan Malaysia berkenaan dengan
mana-mana perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang
Malaysia menjadi pihak kepadanya, dan hendaklah setakat
yang perlu memberikan kuat kuasa kepada mana-mana
peruntukan perjanjian atau konvensyen itu;
(h) untuk menasihati Kerajaan mengenai pembangunan di
peringkat antarabangsa mengenai isu atau perkara yang
berhubungan dengan harta intelek;
(i) untuk menjalankan penyelidikan dan untuk mengkomisikan
kajian mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan
harta intelek;
(j) untuk menasihati Menteri secara am mengenai isu atau
perkara yang berhubungan dengan harta intelek; dan
(k) untuk menjalankan apa-apa kegiatan dan melakukan apa-
apa perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi
pentadbiran Perbadanan, atau bagi apa-apa maksud lain,
yang selaras dengan Akta ini, yang diarahkan oleh Menteri.
Kuasa Perbadanan
18. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan
segala yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan
pelaksanaan fungsi-fungsinya.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
19
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Perbadanan
hendaklah termasuk kuasa--
(a) untuk menggunakan segala harta Perbadanan, alih dan
tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat
oleh Perbadanan;
(b) untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang
diberikan oleh Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan
oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah seksyen 41;
(c) untuk melantik ejen, pakar atau perunding yang didapatinya
patut untuk membantu Perbadanan dalam menjalankan
fungsi-fungsinya;
(d) untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Perbadanan
bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
(e) untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan
perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan
fungsi-fungsi Perbadanan;
(f) untuk melantik dan mengawal selia Pemeriksa di bawah
Akta Paten 1983 [Akta 291]; dan
(g) untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan
mana-mana fungsi dan kuasanya.
(3) Perbadanan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu
bagi atau berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya
bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi-fungsi dan penjalanan
kuasanya di bawah Perundangan Harta Intelek.
(4) Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasa
Perbadanan tidaklah termasuk kuasa Ketua Pengarah di bawah
Perundangan Harta Intelek.
Perbadanan boleh menubuhkan jawatankuasa
19. (1) Perbadanan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang
d i d a p a t i n y a perlu atau suai manfaat untuk membantunya
melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta
ini.
(2) Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah
subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Perbadanan
atau mana-mana orang lain yang didapati patut oleh Perbadanan.
Undang-Undang Malaysia
20
AKTA 617
(3) Perbadanan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota
s e s u a t u jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi
pembatalan itu.
(4) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatan
dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi.
(5) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen
ini boleh melantik mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan
boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankan
kuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak
mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu
oleh Perbadanan.
(6) Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang
d i u n d a n g untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu
jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain
yang ditentukan oleh Perbadanan.
(7) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada
masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa,
tertakluk kepada subseksyen (5).
Pewakilan fungsi atau kuasa Perbadanan
20. (1) Perbadanan boleh mewakilkan mana-mana fungsi atau
kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di
bawah seksyen 19 sebagaimana yang disifatkannya perlu atau wajar.
(2) Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen
ini--
(a) boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa
syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secara
am atau khas oleh Perbadanan;
(b) hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa itu atas nama
dan bagi pihak Perbadanan.
( 3 ) P e w a k i l a n di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Perbadanan melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana
fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
21
BAHAGIAN IV
PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA
Mengambil kerja pekerja Kerajaan
2 1 . ( 1 ) P e r b a d a n a n hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan,
menerima ke dalam penggajiannya tiap-tiap orang yang sebaik
sebelum tarikh itu berada dalam penggajian atau perkhidmatan
Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna, Malaysia dan yang telah diberi pilihan
oleh Kerajaan Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai
pekerja Perbadanan.
(2) Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen
(1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil
kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang
tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang
kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
(3) Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan
oleh Perbadanan, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja
Kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil
kerja oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).
(4) Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian
yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebutkan
dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan kesulitan yang
berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.
Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan
hendaklah diambil kira
22. (1) Terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan hendaklah
mengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklah
apa-apa hak terakru untuk mendapat cuti, yang dinikmati oleh
orang itu ketika berada dalam penggajian Kerajaan sebelum memilih
untuk memasuki perkhidmatan Perbadanan; dan apa-apa terma dan
syarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatan
dengan Perbadanan hendaklah membuat peruntukan bagi mengiktiraf
perkhidmatan dengan Kerajaan oleh orang yang membuat pilihan
itu sebagai perkhidmatan dengan Perbadanan.
Undang-Undang Malaysia
22
AKTA 617
(2) Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yang
kesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencen
atau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara atau
meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan atau
dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Perbadanan boleh memberinya
atau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atau
sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut
oleh Perbadanan, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang
ditentukan oleh Perbadanan.
Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding
23. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di
bawah seksyen 24, Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa,
melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang
didapati patut oleh Perbadanan mana-mana pekerja lain yang perlu
bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini dan Perundangan Harta Intelek.
(2) Perbadanan boleh melantik dan mengambil kerja perunding
dan ejen untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan
apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan
pada melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan maksud Akta
ini dengan lebih baik.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian
24. (1) Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, membuat
p e r a t u r a n - p e r a t u r a n berkenaan dengan penggajian pekerja
Perbadanan.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh
termasuk peruntukan bagi--
(a) cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja
Perbadanan; dan
(b) pembayaran ganjaran, pencen dan faedah lain kepada
pekerja Perbadanan.
Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib
25. (1) Jika pada tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding tatatertib
belum selesai atau wujud terhadap mana-mana pekerja Kerajaan
yang telah memilih untuk masuk ke dalam perkhidmatan Perbadanan,
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
23
prosiding itu hendaklah diteruskan dan diselesaikan oleh Perbadanan,
dan undang-undang yang terpakai bagi pekerja itu sebaik sebelum
tarikh yang ditetapkan berhubung dengan prosiding itu hendaklah
terpakai bagi prosiding yang diteruskan dan diselesaikan di bawah
seksyen ini.
(2) Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau
diberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Perbadanan menurut
seksyen ini hendaklah berkenaan dengan pekerja sedemikian
mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah,
keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib, Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan Tatatertib,
mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang
yang disebut dalam subseksyen (1).
(3) Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian
yang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen
(1) dalam pemakaiannya kepada pekerja sedemikian bagi maksud
menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan
subseksyen itu.
Perlindungan daripada liabiliti diri
26. Tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa
terhadap diri mana-mana anggota atau pekerja Perbadanan atau
mana-mana orang lain di bawah arahan Perbadanan bagi apa-apa
yang dilakukan atau dimaksudkan untuk dilakukan dengan suci
hati dalam pelaksanaan atau yang berupa sebagai pelaksanaan Akta
ini atau mana-mana Perundangan Harta Intelek.
Pekhidmat awam
27. Semua anggota Perbadanan dan jawatankuasanya dan semua
pekerja dan ejen Perbadanan semasa menunaikan kewajipannya
sebagai anggota, pekerja atau ejen itu hendaklah disifatkan sebagai
p e k h i d m a t awam mengikut pengertian Kanun Keseksaaan
[Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
28. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan
atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana pekerja
Undang-Undang Malaysia
24
AKTA 617
atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian
atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang
sedemikian atau atas sifatnya sebagai pegawai-pegawai yang
diperihalkan dalam Jadual Kedua.
BAHAGIAN V
KEWANGAN
Kumpulan Wang
29. (1) Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai "Kumpulan
Wang Harta Intelek" yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh
Perbadanan ditubuhkan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada--
(a) segala wang yang diterima oleh Perbadanan bagi
perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan kepada
Kerajaan sebagai ejennya atau bagi perkhidmatan yang
diberikan oleh Perbadanan kepada mana-mana orang;
(b) segala wang yang diterima oleh Perbadanan melalui
pemberian;
(c) segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakan
atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-
apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh
Perbadanan;
(d) segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada
pelaburan oleh Perbadanan;
(e) segala wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah
Akta ini; dan
(f) segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Perbadanan.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud--
30.
(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan
sah oleh Perbadanan, termasuk fi dan kos guaman dan fi
dan kos lain, dan saraan pekerja Perbadanan, termasuk
pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
25
(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain
yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya
oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya atau
menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan bahan,
m e m p e r o l e h tanah dan mendirikan bangunan, dan
menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam
melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasa-kuasanya
di bawah Akta ini;
(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
(e) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi
melaksanakan peruntukan Akta ini.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
31. (1) Perbelanjaan Perbadanan setakat apa-apa amaun yang
dibenarkan oleh Perbadanan bagi mana-mana satu tahun kewangan
hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2) Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran
perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa
bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang
diarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Perbadanan
kepada Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelum
p e r m u l a a n tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu
Perbadanan tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada
a m n y a atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan
perbelanjaan.
(3) Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun
kewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-
mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk
dalam anggaran tambahan itu.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
32. Maka adalah menjadi kewajipan Perbadanan untuk memelihara
K u m p u l a n Wang dengan melaksanakan, menjalankan dan
menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini
Undang-Undang Malaysia
26
AKTA 617
dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah
hasil Perbadanan adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah
wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun
hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun
ke setahun.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
33. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
Kuasa untuk meminjam
34. (1) Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada
apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa
terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya
sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan,
apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi
memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-
mana fungsinya di bawah Akta ini.
(2) Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang
dengan menerbitkan bon, debentur, saham debentur atau apa-apa
sekuriti lain atas apa-apa terma yang didapatinya suai manfaat
bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan
mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
Pelaburan
35. Kumpulan Wang Perbadanan boleh, setakat yang wang itu
tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah
Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang didapati patut
oleh Perbadanan selepas berunding dengan Menteri.
Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
36. Perbadanan boleh atas arahan Kerajaan menyebabkan dibayar
kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun tidak
melebihi tiga puluh peratus daripada lebihan semasa tahunannya
selepas tahun ketiga pengendaliannya.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
27
BAHAGIAN VI
AM
Pemulaan pendakwaan
37. Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta
ini boleh dimulakan kecuali melalui atau dengan kebenaran secara
bertulis daripada Pendakwa Raya.
Prosiding yang dikendalikan oleh pegawai Perbadanan
3 8 . S e s e o r a n g pegawai undang-undang sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] atau
seorang pegawai undang-undang Perbadanan yang telah diterima
masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion
Undang-Undang 1976 [Akta 166] boleh hadir dalam mana-mana
prosiding sivil yang melibatkan Perbadanan atau mana-mana orang
yang memegang mana-mana jawatan yang ditetapkan dalam Jadual
Kedua dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Perundangan Harta
Intelek dan boleh membuat dan melakukan segala tindakan dan
permohonan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Perbadanan
atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kewajipan kerahsiaan
39. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini
atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah
mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pekerja atau
ejen Perbadanan, sama ada dalam tempoh jawatannya atau tempoh
penggajiannya atau selepas itu, dan tiada orang lain yang mempunyai
akses dengan apa-apa jua cara kepada apa-apa maklumat atau
dokumen terkelas yang berhubungan dengan hal-ehwal Perbadanan
boleh memberikan atau selainnya mendedahkan maklumat atau
dokumen itu kepada mana-mana orang.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia
28
AKTA 617
Kuasa Menteri untuk meminda Jadual Pertama dan Kedua
40. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,
meminda Jadual Pertama dan Kedua.
Peraturan-peraturan
41. Menteri boleh, atas syor Perbadanan, membuat apa-apa
peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud-
maksud Akta ini.
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 2]
Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175]
1.
Akta Paten 1983 [Akta 291]
2.
Akta Hakcipta 1987 [Akta 332]
3.
Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 [Akta 552]
4.
Akta Reka Bentuk Susur Atur Litar Bersepadu 2000 [Akta 601]
5.
Akta Petunjuk Geografi 2000 [Akta 602]
6.
7.
Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-Akta
yang dinyatakan dalam butiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6
JADUAL KEDUA
[Seksyen 28 dan 38]
1.
Pengerusi
2.
Ketua Pengarah
3.
Timbalan Ketua Pengarah
4.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Paten
5.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Cap Dagangan
6.
Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal Hakcipta
7.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Reka Bentuk
Perindustrian
8.
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Petunjuk Geografi
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
29
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 617
AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK
MALAYSIA 2002
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa
yang meminda
dari
--TIADA--
Undang-Undang Malaysia
30
AKTA 617
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 617
AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK
MALAYSIA 2002
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
dari
--TIADA--
DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,
KUALA LUMPUR
BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA