|
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Trust Companies Act 1949.
Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
Undang-Undang Malaysia
2
AKTA 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949
Pertama kali diperbuat ...
...
...
...
1949 (Ordinan No. 33
tahun 1949)
Disemak ...
...
...
...
...
...
...
1973 (Akta 100 m.b.p.
15 Mac 1973)
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 1994
Cetakan Semula Yang Kedua
... ... ... ... 2000
3
Syarikat Amanah
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949
SUSUNAN SEKSYEN
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas
2.
Tafsiran
PENDAFTARAN SYARIKAT AMANAH
3.
Permohonan oleh syarikat untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat
amanah
4.
Pengeluaran perakuan
5.
Pendaftaran syarikat yang diperbadankan di Singapura sebagai suatu
syarikat amanah
6.
Daftar syarikat amanah hendaklah disimpan
DEPOSIT OLEH SYARIKAT AMANAH
7.
Deposit hendaklah dipegang sebagai sekuriti
TUJUAN SYARIKAT AMANAH
8.
Tujuan
PROBET DAN PENTADBIRAN
9.
Syarikat boleh bertindak sebagai wasi
10.
Syarikat boleh diberi kuasa untuk memohon bagi mendapatkan probet
atau pentadbiran
11.
Tatacara mengenai petisyen, dll.
Undang-Undang Malaysia
4
AKTA 100
PERAMANAHAN
Seksyen
12.
Pelantikan syarikat sebagai pemegang amanah
13.
Penyewaan bersama
AGENSI
14.
Syarikat boleh bertindak sebagai ejen
PENGECUALIAN DARIPADA MEMBERIKAN
JAMINAN
15.
Syarikat amanah tidak dikehendaki memberikan jaminan
PELABURAN KUMPULAN WANG AMANAH
16.
Kumpulan wang amanah hendaklah disimpan berasingan
17.
Pelaburan kumpulan wang amanah
PELABURAN KUMPULAN WANG SYARIKAT
18.
Pelaburan kumpulan wang syarikat
19.
Pinjaman kepada pegawai syarikat dilarang
KUASA MEMINJAM
20.
Meminjam
PENYATA TAHUNAN
21.
Penyata tahunan
PEMERIKSAAN
22.
Penyiasatan oleh pemeriksa
PENGGULUNGAN
23.
Peruntukan khas mengenai penggulungan
LIABILITI DIRI PEGAWAI
24.
Liabiliti diri pegawai
25.
Pinjaman kepada pengarah, dll.
26.
Liabiliti apabila digulung
5
Syarikat Amanah
PENALTI
Seksyen
27.
Pengabaian sengaja untuk membuat catatan
28.
Pernyataan palsu dalam akaun
29.
Keengganan untuk mengemukakan buku
30.
Pengabaian untuk mengemukakan penyata tahunan
AM
31.
Penjagaan diri orang yang dilarang
32.
Sekatan mengenai pemegangan syer
33.
Penggulungan sukarela atau pelupusan syer boleh dihalang
34.
Liabiliti dan kuasa syarikat
35.
Pendaftaran syarikat amanah sebagai pemegang syer, dll., bukan notis
mengenai suatu amanah
36.
Wang yang tidak dituntut hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah
37.
Fi
38.
Pemansuhan
JADUAL
Undang-Undang Malaysia
6
AKTA 100
7
Syarikat Amanah
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan
pengawalseliaan syarikat amanah di Malaysia.
[Semenanjung Malaysia--28 September 1949,
Ord. 33 tahun 1949;
Sabah, Sarawak--1 Januari 1973;
P.U. (A) 273/1972]
PERMULAAN
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat Amanah 1949.
1.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain--
"Mahkamah" ertinya--
(a) Mahkamah Tinggi atau mana-mana Hakim Mahkamah
T i n g g i dalam segala hal jika prosiding diambil di
Mahkamah Tinggi; dan
(b) suatu Mahkamah Sesyen dalam segala hal jika prosiding
diambil dalam suatu Mahkamah itu;
"Pendaftar" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
"syarikat amanah" ertinya suatu syarikat yang didaftarkan sebagai
suatu syarikat amanah di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia
8
AKTA 100
PENDAFTARAN SYARIKAT AMANAH
Permohonan oleh syarikat untuk didaftarkan sebagai suatu
syarikat amanah
3. Mana-mana syarikat awam yang diperbadankan di Malaysia
boleh memohon kepada Pendaftar untuk didaftarkan sebagai suatu
syarikat amanah:
Dengan syarat bahawa--
(a) tujuan syarikat itu terhad kepada beberapa atau semua
tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 8;
(b) modal dibenarkan bagi syarikat itu tidak kurang daripada
lima ratus ribu ringgit yang dibahagikan kepada syer
tidak kurang sepuluh ringgit setiap satu;
(c) sekurang-kurangnya setengah daripada amaun setiap syer
yang diterbitkan oleh syarikat itu masih tidak dibayar
dan tidak kena dipanggil, kecuali sekiranya berlaku dan
bagi maksud penggulungan atau pembubaran syarikat itu;
(d) lembaga pengarah telah dilantik dengan sewajarnya
mengikut artikel persatuan syarikat itu;
(e) sekurang-kurangnya seratus lima puluh ribu ringgit daripada
modal dibenarkan telah dibayar secara bona fide;
(f) syarikat itu telah mendepositkan sekuriti yang hendaklah
diluluskan oleh Menteri Kewangan bernilai seratus ribu
ringgit dengan Akauntan Negara; dan
(g) syarikat itu boleh menunaikan obligasinya, selain
liabilitinya kepada pemegang syernya, tanpa mengambil
k i r a sekuriti yang didepositkan sedemikian dengan
Akauntan Negara.
Pengeluaran perakuan
4. (1) Apabila menerima suatu permohonan di bawah seksyen 3,
Pendaftar hendaklah membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang
difikirkannya perlu, dan jika Pendaftar berpuas hati bahawa semua
kehendak seksyen 3 telah dipatuhi, hendaklah mendaftarkan syarikat
yang memohon untuk pendaftaran dalam daftar yang ditetapkan
oleh seksyen 6 dan mengeluarkan suatu perakuan bahawa ia
didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah kepada syarikat itu, dan
9
Syarikat Amanah
sesudah itu syarikat itu hendaklah terletak hak dengan segala kuasa,
keistimewaan dan kekebalan yang diberikan, dan hendaklah tertakluk
kepada segala liabiliti yang dikenakan, oleh Akta ini.
(2) Notis mengenai pengeluaran perakuan itu hendaklah disiarkan
oleh Pendaftar dalam Warta selama empat minggu berturut-turut
selepas sahaja perakuan itu dikeluarkan.
(3) Jika Pendaftar tidak berpuas hati bahawa segala kehendak
seksyen 3 telah dipatuhi dia hendaklah enggan mendaftarkan syarikat
itu sebagai suatu syarikat amanah:
Dengan syarat bahawa syarikat itu boleh merayu terhadap
penolakan itu kepada Menteri, yang keputusannya adalah muktamad.
Pendaftaran syarikat yang diperbadankan di Singapura sebagai
suatu syarikat amanah
5. (1) Mana-mana syarikat awam yang diperbadankan di Singapura
dan didaftarkan di Malaysia di bawah Penggal 2 Bahagian XI Akta
Syarikat 1965, yang mendapat suatu akuan daripada Pendaftar
bahawa dia berpuas hati--
(a) bahawa syarikat awam itu didaftarkan sebagai suatu syarikat
amanah di Singapura di bawah mana-mana undang-undang
yang sedang berkuat kuasa di Singapura yang berhubungan
dengan pendaftaran syarikat amanah; dan
(b) bahawa, mengikut undang-undang itu, syarikat awam itu
telah mendepositkan sekuriti bernilai sekurang-kurangnya
seratus ribu ringgit, dengan Akauntan Negara, Singapura,
b e r h a k untuk memohon kepada Pendaftar dan mendapatkan
pendaftaran sebagai suatu syarikat amanah di Malaysia mengikut
seksyen 4 dan boleh sesudah itu menjalankan urusan syarikat amanah
di Malaysia mengikut Akta ini selagi ia masih didaftarkan sebagai
suatu syarikat amanah di Singapura dan menyenggarakan suatu
deposit seperti yang disebut terdahulu:
Dengan syarat bahawa jika Pendaftar berpendapat bahawa, oleh
sebab amaun liabiliti kasar mana-mana syarikat sedemikian di
Malaysia, sekuriti tambahan patut diberikan oleh syarikat itu, dia
boleh memerintahkan supaya syarikat itu membuat suatu deposit
dengan Akauntan Negara mengikut cara dan tertakluk kepada rayuan
yang diperuntukkan oleh subseksyen 7(2) dan, apabila deposit itu
telah dibuat, deposit itu hendaklah tertakluk kepada segala peruntukan
Akta ini yang berhubungan dengan deposit.
Undang-Undang Malaysia
10
AKTA 100
(2) Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa hanya jika dan selagi
peruntukan bersaling terkandung dalam undang-undang Singapura
yang berhubungan dengan syarikat amanah.
Daftar syarikat amanah hendaklah disimpan
6. Suatu daftar hendaklah disimpan di pejabat Pendaftar yang
dinamakan "Daftar Syarikat Amanah" yang dalamnya hendaklah
dicatatkan nama semua syarikat amanah yang didaftarkan di bawah
Akta ini, bersama dengan apa-apa butir lain sebagaimana yang
difikirkan perlu oleh Pendaftar.
DEPOSIT OLEH SYARIKAT AMANAH
Deposit hendaklah dipegang sebagai sekuriti
7. (1) Dari masa suatu perakuan di bawah seksyen 4 dikeluarkan
kepada mana-mana syarikat, sekuriti yang didepositkan oleh syarikat
itu dengan Akauntan Negara di bawah seksyen 3 hendaklah dipegang
oleh Akauntan Negara sebagai jaminan bagi pendeposit dan
pemiutang syarikat itu dan bagi pelaksanaan yang sebenar-benarnya
semua amanah yang boleh disetujui terima oleh atau dikenakan ke
atas syarikat itu dan bagi obligasinya pada amnya.
(2) Jika pada bila-bila masa, oleh sebab merosotnya nilai mana-
mana sekuriti yang dipegang sedemikian oleh Akauntan Negara
atau oleh sebab bertambahnya liabiliti kasar mana-mana syarikat
amanah, Pendaftar berpendapat bahawa jaminan tambahan patut
diberikan oleh suatu syarikat amanah, dia boleh memerintahkan
supaya syarikat itu membuat, dalam tempoh yang dinyatakan dalam
perintah itu, suatu deposit selanjutnya mengikut nilai yang ditentukan
Akauntan Negara:
Dengan syarat bahawa syarikat itu boleh merayu terhadap perintah
itu kepada Menteri, yang keputusannya adalah muktamad.
(3) Mana-mana syarikat amanah boleh, dari semasa ke semasa,
dengan kelulusan Menteri Kewangan, menggantikan sekuriti lain
bagi semua atau mana-mana sekuriti yang didepositkan olehnya
dengan Akauntan Negara.
(4) Bunga yang terakru yang genap masa atas sekuriti yang
didepositkan hendaklah dibayar kepada syarikat itu.
11
Syarikat Amanah
TUJUAN SYARIKAT AMANAH
Tujuan
8. (1) Tujuan sesuatu syarikat amanah boleh berupa mana-mana
atau semua daripada, tetapi tidak boleh melebihi, seperti yang
berikut:
(a) menerima dan melaksanakan jawatan wasi, pentadbir,
pemegang amanah, penerima, penerima dan pengurus,
pemegang serah hak, pelikuidasi, penjaga harta seorang
budak, jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental
atau jawatan seumpama itu yang lain yang berjenis fidusiari;
(b) bertindak sebagai wakil atau ejen bagi pemungutan,
penerimaan dan pembayaran wang, dan bagi penggulungan
estet atau harta pusaka, dan bagi penjualan atau pembelian
apa-apa harta alih atau harta tak alih;
(c) bertindak sebagai ejen bagi menguruskan dan mengawal
harta alih dan harta tak alih untuk dan bagi pihak pemunya
harta itu, atau untuk atau bagi pihak wasi, pentadbir atau
pemegang amanah;
(d) bertindak sebagai ejen pelaburan dan kewangan untuk
dan bagi pihak wasi, pentadbir dan pemegang amanah
atau mana-mana jua orang lain, dan menerima wang sebagai
amanah bagi pelaburan dan membenarkan bunga atasnya
sehingga dilaburkan; dan mengusahakan untuk dan bagi
pihak wasi, pentadbir dan pemegang amanah atau mana-
mana jua orang lain perundingan mengenai segala perihalan
pinjaman dan memperoleh dan memberikan pinjaman wang
atas cagaran apa-apa perihalan harta, tak alih atau alih,
atau tanpa mengambil apa-apa sekuriti atas apa-apa terma
sebagaimana yang diaturkan, dan memberikan pendahuluan
dan meminjamkan wang untuk melindungi mana-mana
e s t e t atau harta pusaka, amanah atau harta yang
diamanahkan kepada syarikat itu seperti yang disebut
terdahulu dan mengenakan bunga atas pendahuluan itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam
subseksyen ini boleh dikira sama ada sebagai menyekat atau
memperluaskan kuasa syarikat itu sebagai pemegang amanah atau
ejen di bawah terma mana-mana amanah atau agensi yang boleh
diberikan kepadanya;
(e) mengambil apa-apa jenis sekuriti sebagaimana yang
difikirkan suai manfaat bagi apa-apa wang yang terhutang
kepada syarikat;
Undang-Undang Malaysia
12
AKTA 100
(f) menjadi penyimpan atas apa-apa terma sebagaimana yang
dipersetujui apa-apa wang, sekuriti, barang kemas, plet
atau harta berharga lain dan kertas, dokumen, surat ikatan,
wasiat, debentur dan keterangan lain mengenai hakmiilk
atau keterhutangan;
(g) menerima dan menguruskan mana-mana dana terikat,
kumpulan wang penebusan, kumpulan wang jaminan atau
apa-apa kumpulan wang atau deposit khas lain dan bertindak
sebagai ejen untuk menandatangani balas, mendaftarkan
atau selainnya menentukan dan memperakui ketulenan
apa-apa penerbitan syer, saham, bon, debentur atau sekuriti
lain bagi wang mana-mana kerajaan, perbandaran atau
pertubuhan perbadanan lain atau mana-mana persatuan,
sama ada diperbadankan atau tidak, yang diberi kuasa
dengan sewajarnya untuk menerbitkan dan membuat
terbitan itu dan memegang apa-apa sekuriti itu sebagai
ejen atau pemegang amanah, dan untuk bertindak secara
am sebagai ejen bagi mana-mana kerajaan, perbandaran
atau pertubuhan perbadanan atau persatuan itu;
(h) memperoleh dan memegang harta tak alih bagi kegunaan
dan penghunian sebenar syarikat itu atau mana-mana
pegawai dan pekhidmatnya; dan mendirikan, membina,
membesarkan, mengubah dan menyenggarakan mana-mana
bangunan yang perlu atau sesuai bagi maksud tersebut;
dan menjual atau selainnya melupuskan mana-mana harta
tak alih itu jika tidak dikehendaki bagi maksud tersebut;
(i) memegang tanah yang, setelah digadaijanjikan atau
digadaikan kepada syarikat, diperoleh olehnya untuk
pelindungan pelaburannya; dan, dari semasa ke semasa,
menjual, menggadaijanjikan, menggadaikan, memajakkan
atau selainnya melupuskan tanah itu;
(j) mendepositkan wang syarikat itu yang tidak dikehendaki
dengan serta-merta dengan mana-mana bank dengan
mendapat bunga sehingga wang itu boleh dilaburkan dengan
lebih kekal, dan melaburkan wang syarikat itu mengikut
seksyen 18;
(k) meminjam wang, dan menjamin pembayaran balik wang
yang dipinjam itu dengan bunga, mengikut seksyen 20;
(l) menerima dan memungut apa-apa saraan bagi
perkhidmatannya sebagaimana yang dipersetujui atau
13
Syarikat Amanah
sebagaimana yang ditetapkan atau yang dibenarkan dari
semasa ke semasa oleh undang-undang, dan segala caj,
kos dan perbelanjaan yang biasa dan lazim;
(m) menyokong dan menyumbang kepada mana-mana tujuan
khairat atau awam dan kepada mana-mana institusi,
persatuan atau kelab yang mungkin berfaedah bagi syarikat
itu atau pekerjanya atau yang mungkin ada kaitan dengan
mana-mana bandar atau tempat syarikat itu menjalankan
urusan; memberikan pencen, ganjaran atau bantuan khairat
kepada mana-mana orang yang mungkin berkhidmat atau
telah berkhidmat dengan syarikat itu atau kepada isteri,
a n a k atau saudara-mara lain orang itu; membuat
pembayaran terhadap insurans dan menubuhkan dan
mencarum kepada kumpulan wang simpanan dan faedah
untuk faedah mana-mana orang yang diambil kerja oleh
syarikat itu:
D e n g a n syarat bahawa tiada apa-apa sumbangan, alang,
pembayaran atau caruman itu boleh diberikan atau dibuat, kecuali
daripada keuntungan syarikat itu yang boleh digunakan untuk
pembahagian sebagai dividen;
(n) menjalankan di Singapura dan Brunei atau di salah satunya,
tetapi tidak di tempat lain kecuali setakat yang mungkin
bersampingan dengan dan perlu untuk pelaksanaan yang
sepatutnya kewajipan mana-mana jawatan yang dipegang
oleh syarikat itu di Malaysia, Singapura, atau Brunei,
apa-apa urusan atau memegang apa-apa jawatan yang
suatu syarikat amanah diberi kuasa oleh Akta ini untuk
menjalankan atau memegangnya di Malaysia;
(o) memperoleh dan mengusahakan keseluruhan atau mana-
mana bahagian urusan mana-mana bahagian urusan mana-
mana orang atau syarikat yang sama jenis dengan apa-
apa urusan yang suatu syarikat amanah diberi kuasa untuk
menjalankannya, dan sebagai balasan bagi pemerolehan
itu mengusahakan segala atau mana-mana liabiliti orang
atau syarikat itu dan menerbitkan syer kepada orang atau
syarikat itu; dan
(p) melakukan segala perkara lain yang bersampingan dengan
atau sesuai untuk mencapai tujuan yang disebut terdahulu
atau mana-mana daripadanya.
Undang-Undang Malaysia
14
AKTA 100
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai
memberi kuasa kepada mana-mana syarikat amanah untuk terlibat
dalam urusan bank, atau urusan insurans, atau urusan suatu persatuan
deposit, simpanan atau feadah.
(3) Tiada syarikat amanah boleh menjalankan apa-apa urusan
atau melaksanakan apa-apa tugas selain urusan atau tugas yang
termasuk dalam tujuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
PROBET DAN PENTADBIRAN
Syarikat boleh bertindak sebagai wasi
9. Jika pada bila-bila masa suatu syarikat amanah dilantik menjadi
wasi bagi wasiat mana-mana pewasiat, sah bagi syarikat itu untuk
memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan probet bagi wasiat
itu dan, jika probet diberikan, untuk menjalankan dan menunaikan
segala kuasa dan kewajipan seorang wasi.
Syarikat boleh diberi kuasa untuk memohon bagi mendapatkan
probet atau pentadbiran
10. (1) Jika dan bilamana mana-mana orang berhak untuk memohon
bagi mendapatkan probet bagi wasiat mana-mana pewasiat tanpa
kebenaran diuntukkan kepada mana-mana orang lain untuk memohon
bagi mendapatkan probet, sah bagi orang itu, sama ada tidak ada
di Malaysia atau ada, dan walau apa pun mana-mana undang-
undang bertulis lain, sebagai ganti dirinya sendiri yang memohon
untuk mendapatkan probet itu, memberi kuasa kepada suatu syarikat
amanah untuk memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan
pemberian pentadbiran harta pusaka pewasiat itu dengan wasiat
terlampir, dan suatu pemberian boleh dibuat kepada syarikat itu
atas permohonannya sendiri, apabila diberi kuasa sedemikian, tetapi
seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu hal yang suatu wasiat
memperuntukkan bahawa syarikat itu tidak boleh bertindak sebagai
wasi, atau mengenai amanah wasiat itu.
(2) Jika dan bilamana mana-mana orang berhak untuk memohon
bagi mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka mana-
mana pewasiat dengan wasiat pewasiat itu terlampir, sah bagi
orang itu, sama ada tidak ada di Malaysia atau ada, dan walau apa
pun mana-mana undang-undang bertulis lain, memberi kuasa kepada
suatu syarikat amanah, sama ada bersendirian atau bersesama dengan
15
Syarikat Amanah
mana-mana orang lain, untuk memohon kepada Mahkamah bagi
mendapatkan pemberian surat kuasa pentadbiran harta pusaka
pewasiat itu dengan wasiat terlampir, dan suatu pemberian boleh
dibuat kepada syarikat itu atas permohonannya sendiri, apabila
diberi kuasa sedemikian, tetapi seksyen ini tidak terpakai bagi
sesuatu hal yang dalamnya sesuatu wasiat memperuntukkan bahawa
syarikat itu tidak boleh bertindak sebagai wasi, atau mengenai
amanah wasiat itu.
(3) Sah bagi mana-mana orang yang berhak untuk memohon
bagi mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka mana-
mana si mati tidak berwasiat sama ada orang itu tidak ada di
Malaysia atau ada, dan walau apa pun mana-mana undang-undang
bertulis lain, memberi kuasa kepada suatu syarikat amanah untuk
m e m o h o n kepada Mahkamah bagi mendapatkan surat kuasa
pentadbiran itu, sama ada bersendirian atau bersesama dengan
mana-mana orang lain, dan pentadbiran harta pusaka mana-mana
si mati tidak berwasiat itu boleh diberikan kepada syarikat itu,
sama ada bersendirian atau bersesama seperti yang disebut terdahulu,
atas permohonannya sendiri, apabila diberi kuasa sedemikian.
(4) Bagi maksud mana-mana permohonan kepada Mahkamah
untuk mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka mana-
mana orang yang telah mati, Mahkamah hendaklah menganggap
suatu syarikat amanah, apabila diberi kuasa seperti yang disebut
terdahulu, sebagai berhak di sisi undang-undang sama seperti mana-
mana orang lain atau golongan orang lain untuk memohon dan
mendapatkan suatu pemberian, tetapi suatu syarikat amanah, yang
berhak sedemikian, tidak boleh oleh sebab itu sahaja diutamakan
daripada duda, balu, atau waris kadim bagi mana-mana si mati
tidak berwasiat.
(5) Tiada pemberian probet atau surat kuasa pentadbiran boleh
diberikan kepada sindik atau penama bagi pihak suatu syarikat
amanah.
Tatacara mengenai petisyen, dll.
11. (l) Dalam segala hal yang suatu syarikat amanah diberi kuasa
di bawah Akta ini untuk memohon bagi mendapatkan probet atau
surat kuasa pentadbiran, apa-apa petisyen, akuan, akaun atau afidavit
atau dokumen perlu lain boleh dibuat atau diambil atas sumpah
oleh mana-mana pegawai syarikat itu yang diberi kuasa dengan
sewajarnya oleh syarikat itu bagi maksud itu.
Undang-Undang Malaysia
16
AKTA 100
(2) Mana-mana pegawai syarikat yang dilantik oleh syarikat
bagi maksud itu boleh, bagi pihak syarikat, menandatangani apa-
apa petisyen, akaun atau pernyataan, mengangkat apa-apa sumpah,
mengangkat sumpah apa-apa affidavit, membuat apa-apa akuan,
menentusahkan apa-apa perbuatan, menghadirkan diri di mana-
mana Mahkamah atau tempat, dan melakukan apa-apa jua perbuatan
atau perkara, yang mungkin dikehendaki untuk ditandatangani,
diambil, diambil atas sumpah, dibuat, ditentusahkan, diberikan,
atau dilakukan bagi pihak syarikat itu:
Dengan syarat sentiasa bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung
dalam Akta ini boleh memberi mana-mana orang, yang selainnya
tidak berhak kepadanya, apa-apa hak untuk hadir atau didengar di
hadapan atau dalam mana-mana Mahkamah bagi pihak syarikat
atau melakukan apa-apa jua perbuatan bagi pihak syarikat yang
b o l e h selainnya dilakukan dengan sah hanya oleh seorang
peguam bela.
PERAMANAHAN
Pelantikan syarikat sebagai pemegang amanah
12. Dalam segala hal yang Mahkamah atau mana-mana orang
mempunyai kuasa untuk melantik seorang pemegang amanah, sama
ada sebagai pemegang amanah asal atau baru atau tambahan, untuk
melaksanakan apa-apa amanah atau kewajipan di sisi undang-undang,
suatu syarikat amanah boleh dilantik mengikut cara yang sama
seolah-olah syarikat itu ialah individu persendirian:
Dengan syarat bahawa tiada syarikat amanah boleh dilantik dalam
apa-apa hal yang surat cara yang mewujudkan amanah itu, atau
kuasa yang membenarkan pelantikan itu, menegah pelantikan suatu
syarikat.
Penyewaan bersama
13. Suatu syarikat amanah, yang bertindak atas sifat fidusiari,
hendaklah berkeupayaan memperoleh dan memegang apa-apa harta
secara penyewaan bersama mengikut cara yang sama seolah-olah
syarikat itu ialah individu persendirian.
17
Syarikat Amanah
AGENSI
Syarikat boleh bertindak sebagai ejen
14. Sah bagi suatu syarikat amanah untuk bertindak di bawah
apa-apa surat ikatan atau surat cara yang dengannya syarikat itu
dilantik menjadi ejen atau wakil bagi mana-mana orang, dan segala
kuasa yang diberikan kepada syarikat itu oleh apa-apa surat ikatan
atau surat cara itu boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai syarikat
itu yang dilantik oleh syarikat itu bagi maksud itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh
disifatkan sebagai memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk
memberikan suatu syarikat amanah apa-apa kuasa yang mungkin
secara tidak sah diwakilkan olehnya.
PENGECUALIAN DARIPADA MEMBERIKAN JAMINAN
Syarikat amanah tidak dikehendaki memberikan jaminan
15. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang
sedang berkuat kuasa berhubung dengan pentadbiran harta pusaka
orang yang telah mati, suatu syarikat amanah yang kepadanya
surat kuasa pentadbiran telah diberikan tidaklah dikehendaki
memberikan jaminan untuk pentadbiran yang sewajarnya harta
pusaka itu.
(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang
sedang berkuat kuasa, suatu syarikat amanah yang dilantik oleh
Mahkamah untuk melaksanakan kewajipan penerima, penjaga,
jawatankuasa, atau apa-apa jawatan atau amanah lain tidaklah
dikehendaki memberikan jaminan untuk pelaksanaan yang sewajarnya
kewajipan itu.
PELABURAN KUMPULAN WANG AMANAH
Kumpulan wang amanah hendaklah disimpan berasingan
16. Segala wang, harta dan sekuriti yang diterima atau dipegang
oleh mana-mana syarikat amanah atas sifat fidusiari hendaklah
sentiasa disimpan berbeza daripada wang, harta dan sekuriti syarikat
itu, dan dalam akaun yang berasingan, dan hendaklah ditandakan
sedemikian rupa dalam buku syarikat yang berhubungan dengan
setiap amanah supaya sentiasa dibezakan daripada apa-apa yang
Undang-Undang Malaysia
18
AKTA 100
lain dalam daftar dan buku akaun lain yang disimpan oleh syarikat
itu, supaya tiada mana-mana wang amanah boleh pada bila-bila
masa menjadi sebahagian daripada atau bercampur dengan aset am
syarikat itu, dan segala pelaburan yang dibuat oleh syarikat itu
sebagai pemegang amanah hendaklah ditanda sedemikian rupa
supaya amanah yang daripadanya pelaburan itu dibuat boleh
dikenal pasti dengan mudah pada bila-bila masa.
Pelaburan kumpulan wang amanah
17. (1) (a) Suatu syarikat amanah boleh melaburkan wang amanah
yang ada dalam tangannya dalam atau atas apa-apa sekuriti yang
pemegang amanah persendirian boleh mengikut undang-undang
melaburkan wang amanah, dan boleh dari semasa ke semasa
mengubah mana-mana pelaburan itu kepada yang lain daripada
jenis yang sama:
Dengan syarat bahawa syarikat itu tidak boleh dalam apa-apa
hal melaburkan wang mana-mana amanah dalam atau atas sekuriti
yang dilarang oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, dan
apabila apa-apa arahan khas diberikan dalam mana-mana perintah,
penghakiman, dekri, atau wasiat, atau dalam mana-mana surat cara
lain yang mewujudkan amanah itu, tentang kelas atau jenis tertentu
sekuriti atau harta yang dalamnya atau atasnya mana-mana pelaburan
hendak dibuat, syarikat itu hendaklah menurut arahan itu.
(b) Syarikat itu boleh juga menurut budi bicaranya, menyimpan
dan meneruskan apa-apa pelaburan dan sekuriti yang menjadi
miliknya atas apa-apa sifat fidusiari.
(2) Tiada syarikat amanah boleh secara langsung atau tidak
langsung melaburkan apa-apa wang amanah melainkan mengikut
subseksyen (1).
PELABURAN KUMPULAN WANG SYARIKAT
Pelaburan kumpulan wang syarikat
18. (1) Suatu syarikat amanah boleh melaburkan wang yang menjadi
sebahagian daripada modal atau rizab atau keuntungan terkumpulnya
sendiri--
(a) dalam atau atas mana-mana sekuriti yang dalamnya atau
atasnya pemegang amanah persendirian boleh mengikut
undang-undang melaburkan wang amanah; dan
(b) dalam atau atas apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang
diluluskan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.
19
Syarikat Amanah
(2) Suatu syarikat amanah boleh memperoleh dan memegang
harta tak alih untuk kegunaan dan penghunian sebenar syarikat itu
sendiri atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya, dan boleh
menjual dan melupuskan harta itu.
( 3 ) S u a t u syarikat amanah boleh, untuk perlindungan
p e l a b u r a n n y a , memperoleh tanah yang telah digadaijanjikan
kepadanya, tetapi hendaklah menjual mana-mana tanah yang diperoleh
sedemikian dalam tempoh tiga tahun selepas tanah itu diperoleh,
melainkan jika tempoh itu dilanjutkan oleh Menteri Kewangan.
(4) Tiada syarikat amanah boleh secara langsung atau tidak
langsung melaburkan mana-mana daripada wangnya melainkan
mengikut subseksyen (1), (2) dan (3):
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh
disifatkan sebagai mencegah penerimaan oleh suatu syarikat amanah
apa-apa jua sekuriti bagi menjamin pembayaran suatu hutang yang
telah dilakukan dahulunya dengan suci hati; tetapi apa-apa sekuriti
yang diperoleh sedemikian oleh syarikat itu yang syarikat itu adalah
selainnya dilarang mengambil atau memegangnya hendaklah dijual
atau dilupuskan dalam tempoh dua tahun dari masa sekuriti itu
diperoleh atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan
oleh Pendaftar.
Pinjaman kepada pegawai syarikat dilarang
19. Tiada pinjaman boleh diberikan oleh mana-mana syarikat
amanah kepada mana-mana pengarah atau pegawai atau pekhidmat
lain syarikat itu, atau kepada mana-mana syarikat atau firma yang
mana-mana pengarah atau pegawai atau pekhidmat lain itu terlibat
secara aktif dalam pengurusan syarikat atau firma itu.
KUASA MEMINJAM
Meminjam
20. (1) Bagi maksud mencapai tujuan syarikat itu sebagaimana
yang dinyatakan dalam seksyen 8 (atau mana-mana daripadanya
yang telah diterima pakai oleh syarikat itu), dan tidak bagi maksud
lain, suatu syarikat amanah boleh dari semasa ke semasa meminjam
wang:
Dengan syarat bahawa agregat jumlah wang yang dipinjam itu
tidak boleh pada bila-bila masa melebihi amaun modal syarikat itu
yang pada masa ini telah dibayar.
Undang-Undang Malaysia
20
AKTA 100
(2) Wang yang dipinjam oleh suatu syarikat amanah tidak boleh
dicagarkan dengan debentur atau selainnya, atas modal atau
pengusahaan am syarikat itu, tetapi boleh dicagarkan atas apa-apa
harta syarikat itu (bukan harta yang dipegang olehnya atas mana-
mana amanah), selain sekuriti yang didepositkan olehnya dengan
Akauntan Negara di bawah Akta ini.
PENYATA TAHUNAN
Penyata tahunan
21. (1) Setiap syarikat amanah hendaklah mengemukakan pada
setiap tahun kepada Pendaftar, bersama dengan senarai anggota
dan ringkasan yang dikehendaki oleh seksyen 165 Akta Syarikat
1965, atau, dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Singapura,
bersama dengan kunci kira-kira yang dikehendaki oleh seksyen
336 Akta itu, suatu penyata mengenai liabiliti syarikat itu kepada
orang awam atas sifatnya sebagai pemegang amanah, dan mengenai
pelaburan dan pegangan syarikat itu dalam akaun amanah.
(2) Penyata itu hendaklah ditentusahkan dengan affidavit pengerusi
atau naib pengerusi dan affidavit pengurus atau setiausaha syarikat
itu.
(3) Setiap dokumen yang berupa sebagai diperakui oleh Pendaftar
sebagai suatu salinan mana-mana penyata itu atau sebahagian
daripadanya hendaklah disifatkan sebagai suatu salinan penyata
itu atau sebahagian daripadanya, dan hendaklah diterima sebagai
keterangan seolah-olah salinan itu ialah penyata asal atau sebahagian
daripadanya, melainkan jika sesuatu perbezaan antara salinan itu
dengan penyata asal itu dibuktikan.
PEMERIKSAAN
Penyiasatan oleh pemeriksa
2 2 . ( 1 ) M e n t e r i boleh pada bila-bila masa melantik seorang
pemeriksa untuk menyiasat hal ehwal dan pengurusan mana-mana
syarikat amanah dan boleh menetapkan cara bagaimana, dan takat
yang penyiasatan itu hendaklah dijalankan.
21
Syarikat Amanah
(2) Menjadi kewajipan semua pegawai dan pekhidmat syarikat
itu untuk mengemukakan bagi pemeriksaan oleh pemeriksa itu
semua buku, akaun, baucer dan dokumen lain dalam simpanan
atau kawalan mereka berhubung dengan perkara yang sedang disiasat,
dan untuk menjawab dengan benar semua pertanyaan yang ditujukan
kepada mereka oleh pemeriksa itu berkenaan dengan apa-apa perkara
yang menyentuh hal ehwal syarikat itu.
( 3 ) P e m e r i k s a itu hendaklah membuat suatu laporan
penyiasatannya kepada Menteri Kewangan.
(4) Segala perbelanjaan mengenai dan bersampingan dengan
mana-mana penyiasatan hendaklah dibayar oleh syarikat itu, jika
Menteri Kewangan mengarahkan sedemikian.
PENGGULUNGAN
Peruntukan khas mengenai penggulungan
23. Mahkamah boleh memerintahkan penggulungan suatu syarikat
amanah mengikut Akta Syarikat 1965, dan peruntukan Akta itu
hendaklah terpakai dengan sewajarnya, tertakluk, bagaimanapun,
kepada ubah suaian bahawa syarikat itu boleh diperintahkan supaya
digulung atas permohonan yang dibuat oleh atau bagi pihak Menteri
Kewangan yang menunjukkan--
(a) bahawa syarikat itu telah ingkar mematuhi suatu kehendak
Akta ini dan bahawa keingkaran itu telah berterusan selama
tempoh dua bulan selepas notis mengenai keingkaran itu
disampaikan kepada syarikat itu; atau
(b) bahawa dengan menimbangkan laporan pemeriksa yang
dilantik di bawah seksyen 22 ternyata padanya bahawa
syarikat itu tidak solven atau telah melakukan suatu pecah
amanah.
LIABILITI DIRI PEGAWAI
Liabiliti diri pegawai
24. Jika suatu syarikat amanah memegang jawatan wasi, pentadbir
atau pemegang amanah, tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh
syarikat itu untuk menunaikan mana-mana kewajipan jawatan itu
h e n d a k l a h , berkenaan dengan kewajipan yang diamanahkan
kepadanya, bertanggungjawab sendiri kepada Mahkamah dan
tertakluk kepada proses Mahkamah, seolah-olah dia sendiri telah
dilantik memegang jawatan itu.
Undang-Undang Malaysia
22
AKTA 100
Pinjaman kepada pengarah, dll.
25. Jika apa-apa pinjaman diberikan oleh suatu syarikat amanah
kepada mana-mana pengarah atau pegawai atau pekhidmat lain
syarikat itu bertentangan dengan seksyen 19, semua pengarah dan
pegawai syarikat itu yang memberikan pinjaman itu atau yang
bersetuju terhadapnya hendaklah bertanggungan bersesama dan
berasingan kepada syarikat itu bagi amaun pinjaman itu serta bunga.
Liabiliti apabila digulung
26. Apabila digulung suatu syarikat amanah, tiap-tiap orang yang
telah menjadi pengarah syarikat itu pada bila-bila masa dalam
tempoh dua tahun sebelum sahaja permulaan penggulungan itu
bertanggungan bagi baki yang belum dibayar atas setiap syer yang
mungkin telah dipindahkan hakmilik olehnya dalam tempoh dua
tahun itu.
PENALTI
Pengabaian sengaja untuk membuat catatan
27. Mana-mana pengarah, pegawai atau pekhidmat suatu syarikat
amanah yang dengan sengaja dan dengan niat hendak memfraud
abai untuk membuat apa-apa catatan dalam buku syarikat itu yang
adalah kewajipannya untuk dibuat melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun.
Pernyataan palsu dalam akaun
28. Mana-mana pengarah, pegawai atau pekhidmat suatu syarikat
amanah yang secara sengaja dan dengan niat hendak memfraud
membuat atau bersubahat membuat apa-apa catatan palsu dalam
buku syarikat atau menandatangani atau mengemukakan apa-apa
dokumen palsu dengan niat untuk memperdayakan mana-mana
orang yang dilantik di bawah Akta ini untuk menyiasat hal ehwal
dan pengurusan syarikat itu melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun.
Keengganan untuk mengemukakan buku
29. Mana-mana pengarah, pegawai atau pekhidmat suatu syarikat
amanah yang enggan mengemukakan untuk pemeriksaan kepada
mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini untuk menyiasat
23
Syarikat Amanah
hal ehwal dan pengurusan syarikat itu semua buku dan dokumen
yang berkaitan dengan penyiasatan itu yang ada dalam simpanan
atau kawalannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Pengabaian untuk mengemukakan penyata tahunan
30. Mana-mana syarikat amanah yang ingkar mengemukakan
kepada Pendaftar penyata yang ditentusahkan yang dikehendaki
oleh seksyen 21 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ringgit bagi setiap
hari keingkaran itu berterusan, sebagai tambahan kepada apa-apa
penalti yang mungkin kena ditanggung oleh syarikat itu di bawah
Akta Syarikat 1965, dan mana-mana pengarah atau pengurus syarikat
itu yang dengan disedarinya dan dengan sengaja memberi kuasa
atau membenarkan keingkaran itu boleh dikenakan penalti yang
serupa.
AM
Penjagaan diri orang yang dilarang
31. Tiada syarikat amanah boleh dilantik menjadi penjaga bagi
diri seseorang budak atau menjadi jawatankuasa bagi diri seseorang
bercelaru mental.
Sekatan mengenai pemegangan syer
32. Tiada seorang pun anggota syarikat amanah boleh pada bila-
bila masa memegang atau mempunyai apa-apa kepentingan mengenai
syer dalam modal syarikat itu hingga amaun melebihi satu perlima
daripada modal terbitan syarikat itu pada masa ini.
Penggulungan sukarela atau pelupusan syer boleh dihalang
33. Selagi mana-mana estet atau harta pusaka yang berkenaan
dengannya suatu syarikat amanah ialah pemegang amanah masih
tidak ditadbirkan kesemuanya atau sebahagiannya, maka tidaklah
sah untuk terus menggulung syarikat itu secara sukarela, melainkan
dengan izin Mahkamah, dan sahlah bagi mana-mana orang yang
berkepentingan dalam estet atau harta pusaka itu, atau yang mungkin
ada apa-apa tuntutan berkenaan dengannya, memohon kepada
Undang-Undang Malaysia
24
AKTA 100
Mahkamah secara terus melalui usul untuk menghalang mana-
mana pengarah atau mana-mana pemegang syer daripada melupuskan
apa-apa syer yang mungkin dipegang oleh pengarah atau pemegang
syer itu dalam syarikat itu atau untuk menghalang penggulungan
sukarela syarikat itu, dan Mahkamah mempunyai kuasa untuk
membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya adil.
Liabiliti dan kuasa syarikat
34. Tertakluk kepada Akta ini, liabiliti setiap syarikat amanah
kepada orang yang berkepentingan dalam apa-apa estet atau harta
pusaka yang dipegang oleh syarikat itu sebagai wasi, pentadbir,
pemegang amanah, penerima pelikuidasi, pemegang serah hak,
penjaga, atau jawatankuasa, atau atas apa-apa sifat rasmi atau
urusan lain adalah sama seolah-olah estet atau harta pusaka itu
dipegang oleh orang persendirian atas sifat demikian itu dan kuasa
syarikat itu adalah sama seperti kuasa orang persendirian atas sifat
demikian itu.
Pendaftaran syarikat amanah sebagai pemegang syer, dll., bukan
notis mengenai suatu amanah
35. Tiada permohonan oleh suatu syarikat amanah untuk didaftarkan
sebagai seorang anggota atau pemegang syer dalam buku mana-
mana syarikat atau perbadanan dan juga tiada apa-apa catatan
nama suatu syarikat amanah dalam buku mana-mana syarikat atau
perbadanan boleh menjadi notis mengenai amanah, dan tiada syarikat
atau perbadanan berhak untuk membantah terhadap pencatatan
nama suatu syarikat amanah dalam bukunya hanya oleh sebab
yang syarikat itu mungkin atau ialah pemegang amanah, dan, dalam
urusan mengenai harta, hakikat bahawa orang itu atau salah seorang
daripada orang yang dengannya urusan itu dibuat ialah suatu syarikat
amanah tidak boleh dengan sendirinya menjadi notis suatu amanah.
Wang yang tidak dituntut hendaklah dibayar ke dalam
Mahkamah
36. Segala wang dan sekuriti yang masih ada dalam tangan suatu
syarikat amanah, sebagai pemegang amanah, yang tidak dituntut
oleh orang yang berhak kepadanya selama tempoh enam tahun
selepas masa yang wang dan sekuriti itu menjadi kena dibayar
kepada orang itu (kecuali jika pembayaran telah dihalang oleh
perintah suatu mahkamah), bersama dengan apa-apa bunga, jika
25
Syarikat Amanah
ada, yang telah diterima oleh syarikat itu berkenaan dengannya,
dengan ditolak apa-apa komisen atau caj lain yang boleh dikenakan
dengan sepatutnya oleh syarikat itu, hendaklah dibayar oleh syarikat
itu ke dalam Mahkamah dan hendaklah diperlakukan mengikut
perintah Mahkamah itu:
Dengan syarat bahawa tidak perlu bagi syarikat itu untuk mematuhi
seksyen ini lebih kerap daripada sekali dalam mana-mana tahun,
dan juga tidak perlu bagi syarikat itu mendapatkan persetujuan
atau keizinan mana-mana orang terhadap pembayaran ke dalam
Mahkamah itu.
Fi
37. (1) Fi yang masing-masingnya ditetapkan dalamnya hendaklah
dibayar kepada Pendaftar berkenaan dengan perkara yang dinyatakan
dalam Jadual.
(2) Semua fi itu hendaklah dibayar oleh Pendaftar kepada
Akauntan Negara.
(3) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan
dalam Warta, menambah, mengubah atau meminda Jadual itu.
Pemansuhan
38. (1) (Ditinggalkan).
(2) Ordinan Syarikat Amanah Sabah [Bab 146] dengan ini
dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa suatu syarikat yang telah didaftarkan
sebagai suatu syarikat amanah di bawah Ordinan yang dengan ini
dimansuhkan dan yang didaftarkan sebagai diperbadankan di Malaysia
menurut Akta Syarikat 1965, adalah, apabila permohonan dibuat
kepada Pendaftar, bagi maksud itu dan apabila Pendaftar berpuas
hati--
(a) bahawa sekuriti yang telahpun didepositkan oleh syarikat
itu di bawah peruntukan Ordinan yang dimansuhkan itu
t e l a h dipindahkan kepada dan didepositkan dengan
sewajarnya dengan Akauntan Negara; dan
(b) bahawa sekuriti tersebut bernilai sekurang-kurangnya
seratus ribu ringgit,
Undang-Undang Malaysia
26
AKTA 100
berhak, tanpa pembayaran, untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat
amanah di bawah seksyen 4 Akta ini dan dikeluarkan kepadanya
suatu perakuan pendaftaran mengikut seksyen itu.
JADUAL
[Seksyen 37]
FI YANG KENA DIBAYAR KEPADA PENDAFTAR
RM
1.
Apabila memohon bagi pendaftaran
...
......
...
5
2.
Bagi perakuan pendaftaran--
(a) jika modal dibenarkan tidak melebihi RM500,000
100
(b) jika modal dibenarkan melebihi RM500,000 tetapi
150
tidak melebihi RM1,000,000
...
......
...
(c) jika modal dibenarkan melebihi RM1,000,000
...
200
3.
Apabila memfailkan penyata tahunan di bawah seksyen 21
10
27
Syarikat Amanah
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa
yang meminda
dari
P.U. 113/1956
Perintah Menteri Kewangan 1956
02-04-1956
P.U. 332/1958
Perintah Perlembagaan Persekutuan
13-11-1958
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan-Ordinan dan Perisytiharan-
Perisytiharan) 1958
Ord. 18/1959
Ordinan Negara Singapura 1959
03-06-1959
Akta 1/1963
Akta Insuran 1963
21-01-1963
Akta 79/1965
Akta Syarikat 1965
15-04-1966
P.U. (A) 273/1972
Perintah Ordinan Syarikat Amanah
01-01-1973
(Peluasan) 1972
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia
29-08-1975
(Ringgit) 1975
P.U. (A) 357/1980
Perintah Akta Mahkamah Rendah
01-06-1981
(Peluasan) 1980
Undang-Undang Malaysia
28
AKTA 100
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 100
AKTA SYARIKAT AMANAH 1949
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
dari
2
Akta 79/1965
15-04-1966
P.U. (A) 357/1980
01-06-1981
3
L.N. 113/1956
02-04-1956
Akta 160
29-08-1975
5
Ord. 18/1959
03-06-1959
Akta 79/1965
15-04-1966
Akta 160
29-08-1975
7
L.N. 113/1956
02-04-1956
8
Ord. 18/1956
03-06-1956
Akta 1/1963
21-01-1963
18
L.N. 113/1956
02-04-1956
21
Ord. 18/1956
03-06-1956
Akta 79/1965
15-04-1966
22
L.N. 113/1956
02-04-1956
23
L.N. 113/1956
02-04-1956
Akta 79/1965
15-04-1966
29
Akta 160
29-08-1975
30
Akta 79/1965
15-04-1966
Akta 160
29-08-1975
38
P.U. (A) 273/1972
01-01-1972
Akta 160
29-08-1975
|