|
Undang-Undang
Malaysia
Cetakan Semula
akta 614
akta sUrUhanjaya
syarikat Malaysia 2001
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Diterbitkan oleh
PeSuruhjaya Penyemak unDang-unDang, malaySia
Di bawah kuaSa akta Penyemakan unDang-unDang 1968
SeCara uSaha Sama Dengan
PerCetakan naSional malaySia bhD
2006
AktA 614
Undang-Undang Malaysia
akta sUrUhanjaya syarikat Malaysia 2001
tarikh Perkenan Diraja ...
...
...
...
6 September 001
......
7 September 001
tarikh penyiaran dalam Warta
Cetakan Semula Yang terdahulu
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 2002
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Undang-Undang Malaysia
akta 614
akta sUrUhanjaya syarikat Malaysia 2001
SuSunan SekSyen
Bahagian i
Permulaan
Seksyen
1.
tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
.
tafsiran
Bahagian ii
Suruhanjaya
.
Penubuhan Suruhanjaya
4.
Peruntukan peletakhakan
5.
meterai perbadanan
6.
keanggotaan Suruhanjaya
7.
tempoh jawatan
8.
Pembatalan dan peletakan jawatan
9.
Pengosongan jawatan
10.
Saraan atau elaun
11.
ketua Pegawai eksekutif dan Pengarah
1.
mesyuarat
1.
Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri
mesyuarat
14.
kuasa menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
15.
Penzahiran kepentingan
16.
minit
AktA 614
4
Undang-Undang Malaysia
Bahagian iii
FungSi Dan kuaSa Suruhanjaya
Seksyen
17.
Fungsi Suruhanjaya
18.
kuasa Suruhanjaya
19.
Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa
0.
Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya
Bahagian iV
Peruntukan berhubung Dengan Pekerja
1.
mengambil kerja pekerja kerajaan
.
Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding
.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian
4.
Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib
5.
Perlindungan daripada liabiliti diri
6.
Pekhidmat awam
7.
akta Perlindungan Pihak berkuasa awam 1948
Bahagian V
kewangan
8.
kumpulan wang
9.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan wang
0.
Penyediaan anggaran
1.
Pemeliharaan kumpulan wang
.
akaun dan laporan
.
kuasa untuk meminjam
4.
Pelaburan
5.
bayaran kepada kumpulan wang Disatukan Persekutuan
Bahagian Vi
am
6.
Pemulaan pendakwaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
5
Seksyen
7.
Prosiding yang dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya
8.
kewajipan kerahsiaan
9.
kuasa menteri untuk meminda jadual Pertama dan kedua
40.
Peraturan-peraturan
Jadual Pertama
Jadual Kedua
AktA 614
6
Undang-Undang Malaysia
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
7
Undang-Undang Malaysia
akta 614
akta sUrUhanjaya syarikat Malaysia 2001
Suatu akta untuk menubuhkan Suruhanjaya Syarikat malaysia,
untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi-fungsi dan kuasa-
kuasanya dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
[16 April 2002, P.U (B) 127/2002]
diPErBUat oleh Parlimen malaysia seperti yang berikut:
Bahagian i
Permulaan
tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) akta ini bolehlah dinamakan akta Suruhanjaya Syarikat
malaysia 001.
() akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan
oleh menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan menteri
boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang
berlainan dalam akta ini.
tafsiran
2. Dalam akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain--
"akta ini" termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang
dibuat di bawah akta ini;
"anggota" ertinya anggota Suruhanjaya dan termasuklah
Pengerusi;
"hak" ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan,
sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;
AktA 614
8
Undang-Undang Malaysia
"harta" termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala
hak harta, kepentingan, isemen atau hak, sama ada dari segi ekuiti
atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta,
hak dalam tindakan, wang dan nama baik;
"jawatankuasa" ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan
oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 19;
"ketua Pegawai eksekutif" ertinya ketua Pegawai eksekutif
yang dilantik di bawah seksyen 11;
"kumpulan wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan
di bawah seksyen 8;
"liabiliti" ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan,
kewajipan dan obligasi sama ada pada masa kini atau pada masa
hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena
dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di malaysia atau di tempat
lain;
"menteri" ertinya menteri yang pada masa ini dipertanggungkan
dengan tanggungjawab bagi pendaftaran syarikat, syarikat amanah
dan perniagaan;
"Pendaftar Perniagaan" ertinya Pendaftar Perniagaan di bawah
akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197];
"Pendaftar Syarikat" ertinya Pendaftar Syarikat di bawah akta
Syarikat 1965 [Akta 125];
"Pengerusi" ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah
seksyen 6;
"perbadanan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
akta Syarikat 1965;
"perniagaan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
akta Pendaftaran Perniagaan 1956;
"Suruhanjaya" ertinya Suruhanjaya Syarikat malaysia yang
ditubuhkan di bawah seksyen ;
"syarikat" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
akta Syarikat 1965;
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
9
"tarikh letak hak" ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yang
ditentukan oleh menteri dalam perintah di bawah subseksyen
4(1), yang kepadanya kerajaan malaysia, Pendaftar Syarikat dan
Pendaftar Perniagaan berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan
terletak hak pada Suruhanjaya;
"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh akta ini mula berkuat
kuasa;
"terletak hak", berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai
hak mengenai harta pada masa hadapan atau yang kontingen dan
hak perkembalian dan baki.
Bahagian ii
Suruhanjaya
Penubuhan suruhanjaya
3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Suruhanjaya
Syarikat malaysia" ditubuhkan.
() Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai
suatu meterai perbadanan.
() Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman
terhadapnya atas namanya.
(4) tertakluk kepada dan bagi maksud akta ini, Suruhanjaya
boleh, atas apa-apa terma yang didapatinya patut--
(a) membuat kontrak;
(b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan
menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;
dan
(c) memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,
memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan,
mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan
hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau
menjalankan apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih
atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai
harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.
AktA 614
10
Undang-Undang Malaysia
Peruntukan peletakhakan
4. (1) tertakluk kepada akta ini, menteri boleh, dari semasa ke
semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan
suatu tarikh letak hak dan pada tarikh itu segala harta kerajaan
malaysia dan segala hak atau liabiliti kerajaan malaysia,
Pendaftar Syarikat dan Pendaftar Perniagaan yang ditentukan oleh
menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa akta ini,
berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya tanpa apa-
apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik.
() tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen
(1) pada Suruhanjaya hendaklah terletak hak sedemikian pada
Suruhanjaya dengan hakmilik, hak harta atau kepentingan yang
sama dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak
hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.
() tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut
kuasa subseksyen (1) pada Suruhanjaya boleh, pada dan selepas
tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau
dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya atas namanya sendiri dan tidaklah
perlu bagi Suruhanjaya, kerajaan malaysia, Pendaftar Syarikat
atau Pendaftar Perniagaan memberikan notis kepada orang yang
terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan
yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(4) tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa
subseksyen (1) pada Suruhanjaya boleh, pada dan selepas tarikh
letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan
oleh Suruhanjaya atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi
Suruhanjaya, kerajaan malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar
Perniagaan memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya
tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(5) apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh
atau terhadap kerajaan malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar
Perniagaan yang berhubung dengan mana-mana harta, hak atau
liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya
menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak
hak, diteruskan oleh atau terhadap Suruhanjaya.
(6) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah
mana-mana pinjaman yang terletak hak pada Suruhanjaya pada
tarikh letak hak, Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perkiraan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
11
atau perjanjian dengan kerajaan malaysia atau mana-mana pihak
lain mengenai hak dan liabiliti itu.
(7) Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian
berhubung dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang
berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya di bawah
subseksyen (1) yang kerajaan malaysia, Pendaftar Syarikat atau
Pendaftar Perniagaan menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum
tarikh letak hak, sama ada bertulis atau tidak, dan sama ada atau
tidak sedemikian jenisnya sehingga hak dan liabiliti di bawah
perjanjian itu boleh diserahhakkan oleh kerajaan malaysia,
Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan, hendaklah berkuat kuasa
seolah-olah Suruhanjaya menjadi pihak kepada perjanjian itu.
Meterai perbadanan
5. (1) meterai perbadanan bagi Suruhanjaya hendaklah mengandungi
apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan
meterai itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar,
diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya.
() meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau
oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai
yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
() Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang
berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan
yang disahkan mengikut subseksyen () hendaklah disifatkan telah
disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(4) meterai perbadanan bagi Suruhanjaya hendaklah diberi
pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
keanggotaan suruhanjaya
6 . (1) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang
berikut yang hendaklah dilantik oleh menteri:
(a) seorang Pengerusi;
(b) ketua Pegawai eksekutif; dan
(c) tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada tujuh
orang lain, tiga orang daripadanya hendaklah daripada
perkhidmatan awam.
AktA 614
1
Undang-Undang Malaysia
() anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) selain
anggota daripada perkhidmatan awam hendaklah orang yang
berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam akta Profesion
undang-undang 1976 [Akta 166] atau orang yang mempunyai
pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara
komersial atau syarikat.
tempoh jawatan
7. tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat
cara pelantikannya, seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah,
melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan
jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang
jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak
untuk dilantik semula.
Pembatalan dan peletakan jawatan
8. (1) Pelantikan mana-mana anggota Suruhanjaya boleh, pada
bila-bila masa, dibatalkan oleh menteri tanpa memberikan apa-
apa sebab bagi pembatalan itu.
() Seseorang anggota boleh meletakkan jawatannya dengan
memberikan notis bertulis kepada menteri.
Pengosongan jawatan
9. jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi
kosong--
(a) jika dia mati;
(b) jika dia telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan
dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak
kurang daripada empat bulan;
(c) jika dia menjadi bankrap;
(d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya
menunaikan kewajipan-kewajipannya; atau
(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali
berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran menteri.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
1
saraan atau elaun
10. anggota Suruhanjaya dan mana-mana orang yang diundang
untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian
Suruhanjaya di bawah seksyen 1 boleh dibayar apa-apa saraan
atau elaun yang ditentukan oleh menteri.
ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah
11. (1) menteri hendaklah melantik--
(a) seorang yang merupakan seorang yang berkelayakan
sebagaimana yang ditakrifkan dalam akta Profesion
undang-undang 1976 atau yang mempunyai pengetahuan
atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial
atau syarikat untuk menjadi ketua Pegawai eksekutif
Suruhanjaya; dan
(b) dua orang, yang dikenali sebagai Pengarah, untuk menjadi
timbalan kepada ketua Pegawai eksekutif,
atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh menteri,
bagi pentadbiran yang sepatutnya akta ini dan undang-undang
yang dinyatakan dalam jadual Pertama, dan boleh membatalkan
pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian tanpa
memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
() ketua Pegawai eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi
pentadbiran harian Suruhanjaya.
() Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan
ketua Pegawai eksekutif dan Pengarah boleh melaksanakan segala
kewajipan ketua Pegawai eksekutif di bawah akta ini dan undang-
undang yang dinyatakan dalam jadual Pertama sebagaimana yang
ditentukan oleh ketua Pegawai eksekutif.
(4) Sekiranya ketua Pegawai eksekutif tidak dapat melaksanakan
kewajipan-kewajipannya buat sementara kerana sakit atau apa-apa
sebab lain, salah seorang Pengarah boleh menghadiri mana-mana
mesyuarat Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa sebagai
penggantinya.
AktA 614
14
Undang-Undang Malaysia
Mesyuarat
12. (1) Suruhanjaya hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang
perlu bagi melaksanakan fungsi-fungsinya.
() kuorum mesyuarat ialah lima.
() jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh
Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi
hendaklah mempunyai undi pemutus.
(4) jika Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana
sakit atau apa-apa sebab lain, mana-mana anggota Suruhanjaya
selain ketua Pegawai eksekutif boleh dilantik oleh anggota-
anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.
(5) tertakluk kepada peruntukan-peruntukan akta ini, Suruhanjaya
hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri
mesyuarat
13. Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk
menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian
Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara
yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir
sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau
pertimbangtelitian itu.
kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki
maklumat
14. (1) menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Suruhanjaya
arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan akta ini
berhubung dengan fungsi-fungsi Suruhanjaya dan Suruhanjaya
hendaklah melaksanakan arahan itu.
() Suruhanjaya hendaklah memberi menteri apa-apa penyata,
akaun dan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan mana-mana
fungsinya di bawah akta ini atau undang-undang yang dinyatakan
dalam jadual Pertama sebagaimana yang dikehendaki oleh menteri
dari semasa ke semasa.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
15
Penzahiran kepentingan
1 5 . (1) Seseorang anggota Suruhanjaya atau mana-mana
jawatankuasa yang mempunyai atau yang memperoleh kepentingan
langsung atau tidak langsung dengan sendiri, menerusi anggota
keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan mana-
mana perkara yang sedang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau
jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Suruhanjaya atau
jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat
dan jenis kepentingannya itu.
() Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan
dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu,
mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara
itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu--
(a) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut
mana-mana yang berkenaan; dan
(b) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam
manamana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya
atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang
berkenaan,
apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
() mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang
tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki
di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.
(4) tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa
boleh ditaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan-
peruntukan seksyen ini.
(5) bagi maksud seksyen ini--
(a) "anggota keluarga", berhubung dengan seseorang anggota
Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, termasuklah--
(i) suami atau isterinya;
(ii) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami
atau isterinya);
AktA 614
16
Undang-Undang Malaysia
(iii) anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
(iv) adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau
isterinya); dan
(v) suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya;
dan
(b) "sekutu", berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya
atau sesuatu jawatankuasa, ertinya--
(i) mana-mana orang yang merupakan penama atau
pekerja anggota itu;
(ii) mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana
penamanya merupakan seorang pekongsinya;
(iii) pekongsi anggota itu;
(iv) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya
anggota itu atau seseorang anggota keluarganya
menjadi benefisiarinya; atau
(v) mana-mana perbadanan mengikut pengertian akta
Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana
penamanya atau seseorang anggota keluarganya
menjadi pengarahnya atau mempunyai kepentingan
kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak
kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah
modal diterbitkan perbadanan itu.
Minit
1 6 . (1) Suruhanjaya dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklah
menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan
disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
() apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Suruhanjaya
atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya,
hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagai
keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan di dalam
minit itu dan tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa
yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian
hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya
dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya
untuk bertindak.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
17
Bahagian iii
FungSi Dan kuaSa Suruhanjaya
Fungsi suruhanjaya
17. Fungsi Suruhanjaya adalah--
(a) untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan akta
ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam jadual
Pertama ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa,
dijalankan dan dipatuhi;
(b) untuk bertindak sebagai ejen kerajaan dan untuk
mengadakan perkhidmatan mentadbirkan, memungut
dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan
atau apa-apa caj lain di bawah undang-undang yang
dinyatakan dalam jadual Pertama;
(c) untuk mengawal selia perkara yang berhubungan
dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung
dengan undang-undang yang dinyatakan dalam jadual
Pertama;
(d) untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang
sepatutnya di kalangan pengarah, setiausaha, pengurus
dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan
diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan
perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat
demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat
dan perniagaan dijalankan mengikut norma-norma yang
telah mantap mengenai pentadbiran korporat yang
baik;
(e) untuk meningkatkan dan menggalakkan pembekalan
maklumat korporat di bawah mana-mana undang-undang
yang dinyatakan dalam jadual Pertama dan untuk
mewujudkan dan membangunkan suatu kemudahan yang
dengannya apa-apa maklumat korporat yang diterima
oleh, atau yang difailkan dengan atau yang dikemukakan
kepada, Suruhanjaya dapat dianalisa dan dibekalkan
kepada orang ramai;
(f) untuk menjalankan penyelidikan dan mengkomisikan kajian
mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan
kegiatan korporat dan perniagaan;
AktA 614
18
Undang-Undang Malaysia
(g) untuk menasihati menteri secara am mengenai perkara-
perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat
dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang
dinyatakan dalam jadual Pertama; dan
(h) untuk menjalankan segala kegiatan dan melakukan segala
perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi
pentadbiran Suruhanjaya, atau bagi apa-apa maksud lain
sebagaimana yang diarahkan oleh menteri.
kuasa suruhanjaya
18. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan
segala yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan
perlaksanaan fungsi-fungsinya.
() tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya
hendaklah termasuk kuasa--
(a) untuk menggunakan segala harta Suruhanjaya, alih dan tak
alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat
oleh Suruhanjaya termasuk mendapatkan pinjaman dengan
menggadaijanjikan harta itu;
(b) untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang
diberikan oleh Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan
oleh menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah seksyen 40;
(c) untuk melantik ejen, pakar atau perunding sebagaimana
yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya
dalam menjalankan fungsi-fungsinya;
(d) untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Suruhanjaya
bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh menteri;
(e) untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber
manusia dan rancangan pembiayaan dan kerjasama bagi
pelaksanaan fungsi-fungsinya dengan sepatutnya dan
berkesan;
(f) untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan
perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan
fungsi-fungsi Suruhanjaya; dan
(g) untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan
mana-mana fungsi dan kuasanya.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
19
() Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu
bagi atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya
bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah
undang-undang yang dinyatakan dalam jadual Pertama.
(4) bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasa
Suruhanjaya tidaklah termasuk kuasa ketua Pegawai eksekutif
sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang yang
dinyatakan dalam jadual Pertama.
suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa
19. (1) Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa
yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk membantunya
melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah akta ini.
() anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah
subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Suruhanjaya
atau mana-mana orang lain sebagaimana yang didapati patut oleh
Suruhanjaya.
() orang yang hilang kelayakan untuk menjadi anggota
Suruhanjaya di bawah seksyen 9 adalah juga hilang kelayakan
untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
(4) anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan
selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya
dan layak untuk dilantik semula.
(5) Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana
anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi
pembatalan itu.
(6) anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatan
dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi.
(7) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen
ini boleh melantik mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan
boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankan
kuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak
mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu
oleh Suruhanjaya.
AktA 614
0
Undang-Undang Malaysia
(8) anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang
yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat boleh
dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
(9) mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada
masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa,
tertakluk kepada subseksyen (7).
Pewakilan fungsi atau kuasa suruhanjaya
20. (1) Suruhanjaya boleh mewakilkan mana-mana fungsi atau
kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di
bawah seksyen 19 sebagaimana yang disifatkannya perlu atau
wajar.
() apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah
seksyen ini--
(a) boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa
syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secara
am atau khusus oleh Suruhanjaya; dan
(b) hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa itu atas nama
dan bagi pihak Suruhanjaya.
() Perwakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri
mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila
masa.
Bahagian iV
Peruntukan berhubung Dengan Pekerja
Mengambil kerja pekerja kerajaan
21. (1) Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan,
menerima ke dalam penggajiannya tiap-tiap orang yang sebaik
sebelum tarikh itu berada dalam penggajian pejabat Pendaftar
Syarikat dan Pendaftar Perniagaan dan yang telah diberi pilihan
oleh kerajaan malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat
sebagai pekerja Suruhanjaya.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
1
() tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah
subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Suruhanjaya
hendaklah diambil kerja oleh Suruhanjaya atas terma dan syarat
perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan
syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum
tarikh yang ditetapkan.
() Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan
oleh Suruhanjaya, skim dan terma dan syarat perkhidmatan
pekerja kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang
yang diambil kerja oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1).
(4) menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah
suaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebut
dalam subseksyen () bagi maksud menghapuskan kesulitan yang
berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.
Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding
22. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, melantik dan
mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang didapati
patut oleh Suruhanjaya mana-mana pekerja lain yang perlu bagi
pentadbiran sepatutnya akta ini dan undang-undang yang dinyatakan
dalam jadual Pertama.
() Suruhanjaya boleh melantik dan mengambil kerja ejen
dan perunding untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk
melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan
atau dilakukan pada melaksanakan fungsi-fungsinya atau bagi
melaksanakan maksud-maksud akta ini dengan lebih baik.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian
23. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, membuat
peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian pekerja
Suruhanjaya.
() Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh
termasuk peruntukan bagi--
(a) cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja
Suruhanjaya; dan
AktA 614
Undang-Undang Malaysia
(b) pembayaran ganjaran, pencen dan faedah lain kepada
pekerja Suruhanjaya.
Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib
2 4 . (1) jika pada tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding
tatatertib belum selesai atau wujud terhadap mana-mana pekerja
kerajaan yang telah memilih untuk masuk ke dalam perkhidmatan
Suruhanjaya, prosiding itu hendaklah diteruskan dan diselesaikan
oleh Suruhanjaya, dan undang-undang yang terpakai bagi pekerja
itu sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan berhubung dengan
prosiding itu hendaklah terpakai bagi prosiding yang diteruskan
dan diselesaikan di bawah seksyen ini.
() Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau
diberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Suruhanjaya
menurut seksyen ini hendaklah berkenaan pekerja sedemikian
mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah,
keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak
berkuasa tatatertib, lembaga tatatertib atau lembaga rayuan
tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-
undang yang disebut dalam subseksyen (1).
() menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah
suaian yang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam
subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada pekerja sedemikian
bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada
peruntukan subseksyen itu.
Perlindungan daripada liabiliti diri
25. tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa
terhadap diri mana-mana anggota atau pekerja Suruhanjaya atau
mana-mana orang lain di bawah arahan Suruhanjaya bagi apa-apa
yang dilakukan atau dimaksudkan untuk dilakukan dengan suci
hati dalam pelaksanaan atau yang berupa sebagai pelaksanaan
akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam
jadual Pertama.
Pekhidmat awam
26. Semua anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya
atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Suruhanjaya semasa
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
menunaikan kewajipan-kewajipannya sebagai anggota, pegawai,
pekhidmat atau ejen itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat
awam mengikut pengertian kanun keseksaan [Akta 574].
akta Perlindungan Pihak Berkuasa awam 1948
27. akta Perlindungan Pihak berkuasa awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan
atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau mana-mana pekerja atau
ejen Suruhanjaya berhubung dengan apa-apa perbuatan, keabaian
atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang
sedemikian itu atau atas sifat pegawai yang diperihalkan dalam
undang-undang yang dinyatakan dalam jadual Pertama.
Bahagian V
kewangan
kumpulan Wang
28. (1) Suatu kumpulan wang bagi maksud akta ini, yang akan
ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya, ditubuhkan.
() kumpulan wang hendaklah terdiri daripada--
(a) segala wang yang diterima oleh Suruhanjaya bagi
perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada
kerajaan atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh
Suruhanjaya kepada mana-mana orang;
(b) segala wang yang diterima oleh Suruhanjaya melalui
pemberian;
(c) segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakan
atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-
apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh
oleh Suruhanjaya;
(d) segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada
pelaburan oleh Suruhanjaya;
(e) segala wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah
akta ini; dan
(f) segala wang lain yang diterima dengan sah oleh
Suruhanjaya.
AktA 614
4
Undang-Undang Malaysia
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan
Wang
29. kumpulan wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud--
(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan
sah oleh Suruhanjaya, termasuk fi dan kos guaman dan
fi dan kos yang lain, dan saraan pekerja Suruhanjaya,
termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen
atau ganjaran;
(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain
yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya
oleh Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsi-fungsinya
atau menjalankan kuasa-kuasanya di bawah akta ini;
(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan bahan,
memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan
menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam
melaksanakan fungsi-fungsinya atau menjalankan kuasa-
kuasanya di bawah akta ini;
(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
(e) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan
peruntukan-peruntukan akta ini.
Penyediaan anggaran
30. (1) Perbelanjaan Suruhanjaya setakat apa-apa amaun yang
dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi mana-mana satu tahun kewangan
hendaklah dibayar daripada kumpulan wang.
() Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran
perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa
bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang
diarahkan oleh menteri hendaklah dikemukakan oleh Suruhanjaya
kepada menteri untuk kelulusannya, dan menteri hendaklah,
sebelum permulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu
Suruhanjaya tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan
pada amnya atau tentang amaun yang dibenarkan bagi setiap
perihalan perbelanjaan.
() Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan
kepada menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
5
tahun kewangan dan menteri boleh membenarkan kesemua atau
mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk
dalam anggaran tambahan itu.
Pemeliharaan kumpulan Wang
31. maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara
kumpulan wang dengan melaksanakan fungsi dan menjalankan
kuasa di bawah akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat
dipastikan bahawa jumlah hasil Suruhanjaya adalah mencukupi
untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan
dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai
dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
akaun dan laporan
32. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan disimpan akaun yang
sepatutnya bagi kumpulan wang dan laporan yang sepatutnya
mengenai kegiatannya dan hendaklah, dengan seberapa segera yang
dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan,
menyebabkan disediakan--
(a) suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah
mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan
perbelanjaan; dan
(b) pernyataan mengenai kegiatannya,
bagi tahun kewangan itu.
() Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin
menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh
juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada menteri yang
hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua
majlis Parlimen.
() akta badan berkanun (akaun dan laporan tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.
kuasa untuk meminjam
33. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
terlebih dahulu menteri dan menteri kewangan, meminjam, pada
apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa
AktA 614
6
Undang-Undang Malaysia
terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya
sebagaimana yang diluluskan oleh menteri dan menteri kewangan,
apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Suruhanjaya bagi
memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-
mana fungsinya di bawah akta ini.
() Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
menteri, meminjam wang dengan menerbitkan bon, debentur,
saham debentur atau apa-apa sekuriti lain atas apa-apa terma yang
didapatinya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya
atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah akta
ini.
Pelaburan
34. wang Suruhanjaya boleh, setakat yang wang itu tidak
dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Suruhanjaya di bawah akta
ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang didapati patut oleh
Suruhanjaya.
Bayaran kepada kumpulan Wang disatukan Persekutuan
3 5 . (1) Suruhanjaya hendaklah membayar kepada kumpulan
wang Disatukan Persekutuan suatu amaun yang bersamaan dengan
lima puluh peratus daripada jumlah hasil tahunan Suruhanjaya
pada masa dan mengikut cara yang ditetapkan oleh menteri
kewangan.
() menteri kewangan setelah berunding dengan menteri boleh,
melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah peratusan
dalam subseksyen (1).
Bahagian Vi
am
Pemulaan pendakwaan
36. tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah akta
ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam jadual Pertama
boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan kebenaran secara
bertulis daripada Pendakwa raya.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
7
Prosiding yang dikendalikan oleh pegawai suruhanjaya
37. Seseorang pegawai undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan
dalam akta Prosiding kerajaan 1956 [Akta 359] atau seseorang
pegawai undang-undang Suruhanjaya yang telah diterima masuk
sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah akta Profesion
undang-undang 1976 boleh hadir dalam mana-mana prosiding
sivil yang melibatkan Suruhanjaya atau mana-mana orang yang
memegang mana-mana jawatan yang dinyatakan dalam jadual
kedua dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam jadual Pertama dan
boleh membuat dan melakukan segala perbuatan dan permohonan
berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya atau orang
itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
kewajipan kerahsiaan
38. (1) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam akta
ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di
bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai,
pekerja atau ejen Suruhanjaya, sama ada dalam tempoh pemegangan
jawatannya atau tempoh penggajiannya atau selepas itu, dan tiada
orang lain yang mempunyai akses dengan apa-apa jua cara kepada
apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal
ehwal Suruhanjaya boleh memberikan atau selainnya mendedahkan
maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.
() mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
kuasa Menteri untuk meminda jadual Pertama dan kedua
39. menteri boleh, melalui perintah yng disiarkan dalam Warta,
meminda jadual Pertama dan kedua.
Peraturan-peraturan
40. menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat apa-apa
peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud-
maksud akta ini.
AktA 614
8
Undang-Undang Malaysia
Jadual Pertama
[Seksyen 11, 14, 17, , 5, 7, 6 dan 7]
1.
akta Syarikat 1965 [Akta 125]
.
akta Syarikat amanah 1949 [Akta 100]
.
akta (larangan) kumpulan wang kutu 1971 [Akta 28]
4.
akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]
5.
mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah akta-akta yang
disebut dalam butiran 1, , dan 4.
Jadual Kedua
[Seksyen 7]
1.
Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 6.
.
ketua Pegawai eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11.
.
Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 11.
4.
Pendaftar wilayah, timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang
dilantik atau yang disifatkan dilantik di bawah seksyen 7 akta Syarikat
1965.
5.
inspektor, timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik
atau yang disifatkan dilantik di bawah seksyen akta Pendaftaran
Perniagaan 1956.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
9
Undang-Undang Malaysia
akta 614
akta sUrUhanjaya syarikat Malaysia 2001
Senarai PinDaan
undang-undang
tajuk ringkas
berkuat kuasa
yang meminda
dari
--tiaDa--
AktA 614
0
Undang-Undang Malaysia
Undang-Undang Malaysia
akta 614
akta sUrUhanjaya syarikat Malaysia 2001
Senarai SekSyen yang DiPinDa
Seksyen
kuasa meminda
berkuat kuasa
dari
--tiaDa--
|