UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 137
AKTA RELIEF SPESIFIK 1950
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Specific Relief Act 1950.
Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
Undang-Undang Malaysia
2
AKTA 137
AKTA RELIEF SPESIFIK 1950
Pertama kali diperbuat ...
...
...
...
1950 (Ordinan No. 29
tahun 1950)
Disemak ...
...
...
...
...
...
...
1974 (Akta 137 m.b.p.
1 Julai 1974)
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama
... ... ... ...
1997
Cetakan Semula Yang Kedua
... ... ... ...
2000
Relief Spesifik
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 137
AKTA RELIEF SPESIFIK 1950
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas
2.
Tafsiran
3.
Kecualian
4.
Bagaimana relief spesifik diberi
5.
Relief pencegahan
6.
Relief tidak diberi untuk menguatkuasakan undang-undang penal
BAHAGIAN II
RELIEF SPESIFIK
BAB I
MENDAPAT KEMBALI MILIKAN HARTA
Milikan Harta Tak Alih
7.
Mendapat kembali harta tak alih spesifik
8.
Guaman oleh orang yang hilang milikan harta tak alih
Milikan Harta Alih
9.
Mendapat kembali harta alih spesifik
10.
Liabiliti orang yang mempunyai milikan, bukan sebagai pemunya,
untuk menghantar serah kepada orang yang berhak kepada milikan
serta-merta
Undang-Undang Malaysia
4
AKTA 137
BAB II
PELAKSANAAN SPESIFIK KONTRAK
Kontrak yang boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
Seksyen
11.
Kes yang baginya pelaksanaan spesifik boleh dikuatkuasakan
12.
Kontrak yang sebahagian daripada subjek telah tidak wujud lagi
13.
Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang
tidak dilaksanakan adalah kecil
14.
Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian yang
tidak dilaksanakan adalah besar
15.
Pelaksanaan spesifik bagi bahagian kontrak yang bebas
16.
Halangan dalam kes lain akan pelaksanaan spesifik bagi sebahagian
daripada kontrak
17.
Hak pembeli terhadap penjual dengan hak milik yang tak sempurna
18.
Kuasa untuk mengawardkan pampasan dalam kes yang tertentu
19.
Penyelesaian ganti rugi bukan suatu halangan kepada pelaksanaan spesifik
Kontrak yang tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
20.
Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik
Budi bicara Mahkamah
21.
Budi bicara untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik
Bagi siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
22.
Siapa boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik
Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan Secara Spesifik
23.
Halangan diri terhadap relief
24.
Kontrak untuk menjual harta oleh seseorang yang tidak mempunyai hak
milik, atau yang merupakan pemberi sukarela
Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik,
kecuali dengan suatu Pengubahan
25.
Ketidakkuatkuasaan kecuali dengan pengubahan
Relief Spesifik
5
Terhadap siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
Seksyen
26.
Relief terhadap pihak dan orang yang menuntut di bawahnya dengan
hak milik berikutnya
Terhadap siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara
Spesifik
27.
Pihak yang tidak boleh dipaksa untuk melaksanakan kontrak
Kesan Menolak sesuatu guaman bagi Pelaksanaan Spesifik
28.
Halangan guaman bagi kemungkiran selepas penolakan
Award dan Arahan untuk Menyempurnakan Penyelesaian
29.
Pemakaian seksyen yang terdahulu kepada award dan arahan berwasiat
untuk menyempurnakan penyelesaian
BAB III
PEMBETULAN SURAT CARA
30.
Bila surat cara boleh dibetulkan
31.
Anggapan mengenai niat pihak
32.
Prinsip pembetulan
33.
Penguatkuasaan spesifik kontrak yang dibetulkan
BAB IV
PENAMATAN KONTRAK
34.
Bila penamatan boleh diputuskan
35.
Penamatan kerana kesilapan
36.
Permohonan alternatif bagi penamatan dalam guaman untuk pelaksanaan
spesifik
37.
Mahkamah boleh menghendaki pihak yang menamatkan kontrak untuk
melakukan ekuiti
BAB V
PEMBATALAN SURAT CARA
38.
Bila pembatalan boleh diperintahkan
39.
Surat cara yang boleh dibatalkan sebahagiannya
40.
Kuasa menghendaki pihak yang baginya surat cara dibatalkan supaya
memberi pampasan
Undang-Undang Malaysia
6
AKTA 137
BAB VI
DEKRI PERISYTIHARAN
Seksyen
41.
Budi bicara mahkamah tentang perisytiharan status atau hak
42.
Kesan perisytiharan
BAB VII
PELANTIKAN PENERIMA
43.
Pelantikan Penerima adalah atas budi bicara
BAB VIII
PENGUATKUASAAN TUGAS AWAM
44.
Kuasa untuk memerintahkan pekhidmat awam dan lain-lain untuk
melakukan perbuatan spesifik tertentu
45.
Bagaimana permohonan dibuat dan tatacara
46.
Perintah muktamad
47.
Pelaksanaan dan rayuan mengenai perintah
48.
Kos
49.
Halangan untuk mengeluarkan mandamus
BAHAGIAN III
RELIEF PENCEGAHAN
BAB IX
MENGENAI INJUNKSI SECARA AM
50.
Bagaimana relief pencegahan diberi
51.
Injunksi sementara dan berkekalan
BAB X
MENGENAI INJUNKSI BERKEKALAN
52.
Bila injunksi berkekalan diberi
53.
Injunksi mandatori
54.
Bila injunksi ditolak
55.
Injunksi untuk melaksanakan perjanjian negatif
Relief Spesifik
7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 137
AKTA RELIEF SPESIFIK 1950
Suatu Akta yang berhubungan dengan relief spesifik.
[Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan,
Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu--
4 Julai 1950;
Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak--
1 Julai 1974, Akta A238]
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Relief Spesifik 1950.
1.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini--
"amanah" termasuklah tiap-tiap jenis pemunyaan fidusiari yang
nyata, tersirat, atau konstruktif;
"obligasi" termasuklah tiap-tiap tugas yang boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang;
"pemegang amanah" termasuklah tiap-tiap orang yang mempunyai
sifat fidusiari, secara nyata, tersirat atau konstruktif;
"penyelesaian" ertinya apa-apa surat cara (selain wasiat atau
kodisil) yang menurutnya matlamat atau penurunan kepentingan
yang berturutan dalam harta alih atau harta tak alih dilupuskan
atau dipersetujui supaya dilupuskan.
MISALAN
(a) Z membekueskan tanah kepada A, "tanpa meragui bahawa A akan
membayar daripada tanah itu suatu anuiti sebanyak RM1,000 kepada B bagi
seumur hidupnya". A menerima bekues itu. Dalam pengertian Akta ini, A
ialah pemegang amanah bagi B, setakat anuiti itu.
(b) A ialah penasihat undang-undang, perubatan atau kerohanian bagi B.
Dengan menjadikan dirinya dalam keadaan sebagai penasihat yang sedemikian,
A memperoleh keuntungan kewangan yang mungkin sebaliknya telah terakru
kepada B. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi B atas
keuntungan itu.
Undang-Undang Malaysia
8
AKTA 137
(c) A sebagai jurubank kepada B, menzahirkan keadaan akaun B, bagi
maksud A sendiri. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah
untuk B, atas faedah yang diperoleh oleh A melalui penzahiran itu.
(d) A, seorang daripada beberapa orang pekongsi, diambil kerja untuk
membelikan barang bagi firma itu. A, tanpa diketahui oleh pekongsi bersamanya,
membekalkan mereka itu dengan harga pasaran, barangan yang dibelinya
dahulu semasa harga barangan itu lebih rendah, dan dengan itu membuat
keuntungan yang banyak. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang
amanah bagi pekongsi bersamanya atas keuntungan yang dibuat itu.
(e) A, pengurus kilang nila kepunyaan B, menjadi ejen bagi C, seorang
penjual biji nila, dan menerima, tanpa persetujuan B, komisen bagi biji yang
dibeli daripada C untuk kilang itu. Dalam pengertian Akta ini, A adalah
pemegang amanah bagi B, atas komisen yang diterima itu.
(2) Semua perkataan yang terdapat dalam Akta ini, yang telah
ditakrifkan dalam Akta Kontrak 1950 [Akta 136], hendaklah disifatkan
mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing oleh
Akta 136 itu.
Kecualian
3.  Kecuali jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam Akta
ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan--
(a) memberikan apa-apa hak untuk mendapatkan relief
berkenaan dengan apa-apa perjanjian yang bukan suatu
kontrak;
(b) melucutkan mana-mana orang akan apa-apa hak untuk
mendapatkan relief, selain pelaksanaan spesifik, yang
dia mungkin dapat di bawah mana-mana kontrak; atau
(c) menjejaskan kuat kuasa mana-mana undang-undang yang
sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran
dokumen.
Bagaimana relief spesifik diberi
Relief spesifik diberi--
4.
(a) dengan mengambil milikan harta tertentu dan
menghantarserahkannya kepada pihak menuntut;
Relief Spesifik
9
(b) dengan memerintahkan sesuatu pihak melakukan perbuatan
yang dia berkewajipan untuk melakukan;
(c) dengan mencegah sesuatu pihak daripada melakukan
perkara yang dia berkewajipan untuk tidak melakukannya;
(d) dengan menentukan dan mengisytiharkan hak pihak selain
daripada dengan suatu award pampasan; atau
(e) dengan melantik penerima.
Relief pencegahan
5 .  R e l i e f spesifik yang diberikan di bawah perenggan 4(c)
dinamakan relief pencegahan.
Relief tidak diberi untuk menguatkuasakan undang-undang
penal
6.  Relief spesifik tidak boleh diberikan bagi maksud untuk
menguatkuasakan undang-undang penal semata-mata.
BAHAGIAN II
RELIEF SPESIFIK
BAB I
MENDAPAT KEMBALI MILIKAN HARTA
Milikan Harta Tak Alih
Mendapatkan kembali harta tak alih spesifik
7. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang berhak
kepada milikan harta tak alih spesifik boleh mendapatkannya kembali
m e n g i k u t cara yang ditetapkan oleh undang-undang yang
berhubungan dengan tatacara sivil.
(2) Jika sesuatu harta tak alih spesifik telah disewakan di bawah
sesuatu penyewaan, dan penyewaan itu ditamatkan atau telah berakhir,
tetapi penghuni itu masih terus menduduki harta itu atau sebahagian
Undang-Undang Malaysia
10
AKTA 137
daripada tanah itu, orang yang berhak kepada milikan harta itu
tidak boleh menguatkuasakan haknya untuk mendapatkan harta itu
kembali terhadap penghuni itu melainkan dengan prosiding di
mahkamah.
(3) Dalam subseksyen (2) "penghuni" ertinya mana-mana orang
yang menduduki harta itu atau sebahagian daripada harta itu secara
sah pada masa penamatan penyewaan itu.
Guaman oleh orang yang hilang milikan harta tak alih
8. (1) Jika mana-mana orang telah hilang milikan harta tak alih
tanpa persetujuannya melainkan menurut perjalanan undang-undang,
dia atau mana-mana orang yang membuat tuntutan melaluinya
boleh, melalui guaman, mendapatkan kembali milikan harta tak
alih itu, walau apa pun apa-apa hakmilik lain yang mungkin
dikemukakan dalam guaman itu.
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-
mana orang daripada membawa guaman untuk membuktikan
hakmiliknya terhadap mana-mana harta itu dan untuk mendapatkan
kembali milikan harta itu.
(3) Tiada guaman di bawah seksyen ini boleh dibawa terhadap
mana-mana Kerajaan di Malaysia.
(4) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap mana-mana perintah
atau dekri yang diberikan dalam mana-mana guaman yang dimulakan
di bawah seksyen ini, juga tiada apa-apa kajian semula mengenai
mana-mana perintah atau dekri itu boleh dibenarkan.
Milikan Harta Alih
Mendapatkan kembali harta alih spesifik
9.  Seseorang yang berhak kepada milikan harta alih spesifik boleh
mendapatkannya kembali mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-
undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.
Huraian 1--Seseorang pemegang amanah boleh membawa guaman di
bawah seksyen ini bagi milikan harta untuk kepentingan benefisial orang
yang dia menjadi pemegang amanahnya, yang berhak ke atas harta itu.
Relief Spesifik
11
Huraian 2--Sesuatu hak yang khas atau sementara terhadap milikan harta
sekarang memadai untuk menyokong suatu guaman di bawah seksyen ini.
MISALAN
(a) A menyandarkan beberapa barang kemas kepada B untuk menjamin
suatu pinjaman. B melupuskan barang kemas itu sebelum dia berhak berbuat
demikian. A, tanpa membayar atau menawarkan untuk membayar jumlah
pinjaman itu, membawa tuntutan guaman terhadap B bagi milikan barang
kemas itu. Guaman itu harus ditolak kerana A tidak berhak kepada milikan
barang kemas itu, walau apa pun hak yang dia mungkin ada untuk menjamin
jagaan selamatnya.
(b) A menerima suatu surat yang dialamatkan kepadanya oleh B. B
mendapatkan balik surat itu tanpa persetujuan A. A mempunyai hak kepunyaan
terhadap surat itu yang menghakkannya untuk mendapatkannya kembali daripada
B.
(c) A mendepositkan kepada B buku dan dokumen untuk jagaan selamat.
B menghilangkan buku dan dokumen itu dan C menjumpainya tetapi enggan
menyerahkannya balik kepada B apabila diminta. B boleh mendapatkan buku
dan dokumen itu daripada C, tertakluk kepada hak C jika ada, di bawah
seksyen 121 Akta Kontrak 1950.
(d) A, seorang penjaga gudang, dituduh kerana menghantarserahkan barangan
tertentu kepada Z, yang diambil oleh B daripada milikan A. A boleh membawa
guaman terhadap B untuk mendapatkan barangan itu.
Liabiliti orang yang mempunyai milikan, bukan sebagai
pemunya, untuk menghantar serah kepada orang yang berhak
kepada milikan serta-merta
10.  Mana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke
atas barang harta alih yang tertentu, yang dia bukan pemunyanya,
boleh dipaksa secara spesifik supaya menghantarserahkan barang
itu kepada orang yang berhak kepada pemilikan serta-merta, dalam
mana-mana hal yang berikut:
(a) apabila benda yang dituntut dipegang oleh defendan sebagai
ejen atau pemegang amanah pihak menuntut;
MISALAN
A, yang hendak pergi ke Eropah, meninggalkan perabotnya dalam jagaan
B sebagai ejennya semasa ketiadaannya. B, tanpa kebenaran daripada A,
menyandarkan perabot itu kepada C, dan C yang mengetahui bahawa B tidak
mempunyai hak untuk menyandarkan perabot itu, mengiklankannya untuk
dijual. C boleh dipaksa untuk menghantarserahkan perabot itu kepada A,
kerana dia memegangnya sebagai pemegang amanah kepada A.
Undang-Undang Malaysia
12
AKTA 137
(b) apabila pampasan dalam bentuk wang tidak dapat
memberikan relief yang mencukupi bagi pihak menuntut
atas kehilangan benda yang dituntut;
MISALAN
Z telah mendapat milikan suatu patung kepunyaan keluarga A, dan yang
A adalah penjaganya yang sepatutnya. Z boleh dipaksa untuk
menghantarserahkan patung itu kepada A.
(c) apabila sangat sukar untuk menentukan kerosakan sebenar
yang disebabkan oleh kehilangan benda itu; dan
MISALAN
A berhak kepada suatu gambar yang dilukis oleh seorang pelukis yang
telah mati dan dua buah pasu yang luar biasa dari negeri China. B mempunyai
milikan ke atas barang itu. Barang itu mempunyai sifat yang terlalu istimewa
untuk diberikan suatu nilai pasaran yang tertentu. B boleh dipaksa untuk
menghantarserahkan barang-barang itu kepada A.
(d) apabila milikan benda yang dituntut telah dipindahkan
hak milik secara salah daripada pihak menuntut.
BAB II
PELAKSANAAN SPESIFIK KONTRAK
Kontrak yang boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
Kes yang baginya pelaksanaan spesifik boleh dikuatkuasakan
11. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam
Bab ini, pelaksanaan spesifik mana-mana kontrak boleh, atas budi
bicara mahkamah, dikuatkuasakan--
(a) apabila perbuatan yang dipersetujui dilakukan itu bagi
pelaksanaan secara keseluruhannya atau sebahagiannya,
sesuatu amanah;
MISALAN
A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah
melupuskan stok itu. Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas
A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama kepada B, dan B boleh
menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kewajipan ini.
Relief Spesifik
13
(b) apabila tiada standard yang wujud bagi menentukan
kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaan
perbuatan yang dipersetujui supaya dilakukan;
MISALAN
A bersetuju membeli, dan B bersetuju menjual, suatu gambar yang dilukis
oleh seorang pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luarbiasa dari
negeri China. A boleh memaksa B secara spesifik untuk melaksanakan kontrak
ini, kerana tiada standard untuk menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan
oleh ketidaklaksanaannya.
(c) apabila perbuatan yang dipersetujui supaya dilakukan
a d a l a h sedemikian yang pampasan kewangan bagi
ketidaklaksanaannya tidak dapat memberikan relief yang
memadai; atau
MISALAN
(a) A berkontrak dengan B untuk menjual kepada B sebuah rumah dengan
harga RM1,000. B berhak kepada suatu dekri yang mengarahkan A supaya
memindahhak rumah itu kepadanya, dan dia membayar wang pembelian itu.
(b) Sebagai balasan bagi pelepasan daripada kewajipan tertentu yang
dikenakan ke atasnya oleh Akta pemerbadanannya, suatu syarikat kereta api
berkontrak dengan Z untuk membuat suatu pintu gerbang melalui landasan
kereta api syarikat itu untuk menyambungkan tanah Z yang terdapat
perkhidmatan kereta api itu, untuk membina suatu jalan di antara beberapa
tempat tertentu, untuk membayar jumlah wang tahunan yang tertentu bagi
penyenggaraan jalan ini, dan juga untuk membina suatu jalan tepi dan dermaga
sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak. Z berhak untuk menguatkuasakan
kontrak ini secara spesifik kerana kepentingannya dalam pelaksanaan kontrak
ini tidak dapat diberi pampasan yang mencukupi dengan wang; dan mahkamah
boleh melantik seseorang yang sesuai untuk mengawasi pembinaan pintu
gerbang, jalan, jalan tepi dan dermaga itu.
(c) A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli, bilangan
tertentu syer kereta api yang berperihalan tertentu. A enggan menyempurnakan
jualan itu. B boleh memaksa A secara spesifik untuk melaksanakan perjanjian
ini, kerana syer itu terhad bilangannya dan tidak selalu ada dalam pasaran,
dan milikannya membawa bersamanya status seorang pemegang syer, yang
tidak boleh diperoleh selainnya.
(d) A berkontrak dengan B untuk melukis sekeping gambar untuk B, yang
bersetuju untuk membayar A sebanyak RM1,000. Gambar itu dilukiskan. B
berhak supaya gambar itu dihantarserahkan kepadanya atas bayaran atau
tender sebanyak RM1,000 itu.
Undang-Undang Malaysia
14
AKTA 137
(d) apabila berkemungkinan bahawa pampasan kewangan tidak
boleh didapati bagi ketidaklaksanaan perbuatan yang
dipersetujui untuk dilakukan itu.
MISALAN
A memindahkan tanpa pengendorsan, tetapi dengan balasan berharga,
suatu nota janji hutang kepada B. A menjadi tidak solven, dan C dilantik
menjadi pemegang serah haknya. B boleh memaksa C supaya mengendorskan
nota itu, kerana C telah menggantikan liabiliti A dan suatu dekri bagi pampasan
kewangan kerana tidak mengendorskan nota itu akan menjadi sia-sia.
(2) Melainkan jika dan sehingga dibuktikan selainnya, mahkamah
hendaklah menganggap bahawa kemungkiran sesuatu kontrak untuk
memindah milik harta tak alih tidak boleh direliefkan dengan
secukupnya dengan pampasan dalam bentuk wang, dan bahawasanya
kemungkiran sesuatu kontrak untuk memindahkan hakmilik harta
alih itu boleh diberikan relief.
Kontrak yang sebahagian daripada subjek telah tidak wujud
lagi
12.  Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen
57 Akta Kontrak 1950, sesuatu kontrak tidak mustahil keseluruhannya
untuk dilaksanakan kerana sebahagian daripada hal perkaranya
yang wujud pada tarikh kontrak telah tidak wujud lagi pada masa
pelaksanaannya.
MISALAN
(a) A berkontrak untuk menjual sebuah rumah kepada B dengan harga
RM10,000. Pada hari selepas kontrak itu dibuat, rumah itu telah dimusnahkan
oleh siklon. B boleh dipaksa untuk melaksanakan bahagian kontraknya dengan
membayar wang pembelian itu.
(b) Sebagai balasan kepada jumlah wang yang kena dibayar oleh B, A
berkontrak untuk memberikan suatu anuiti kepada B untuk seumur hidup B.
Pada hari selepas kontrak itu dibuat, B terjatuh dari kudanya dan terbunuh.
Wakil B boleh dipaksa membayar wang pembelian itu.
Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian
yang tidak dilaksanakan adalah kecil
1 3 .  J i k a suatu pihak kepada sesuatu kontrak tidak dapat
melaksanakan keseluruhan bahagian kontraknya, tetapi bahagian
yang mesti ditinggalkan tanpa dilaksanakan merupakan suatu
Relief Spesifik
15
bahagian yang kecil sahaja kepada keseluruhan kontrak itu dari
segi nilainya, dan membenarkan pampasan dalam bentuk wang,
mahkamah boleh, atas guaman salah satu pihak, mengarahkan
p e l a k s a n a a n spesifik seberapa banyak kontrak yang boleh
dilaksanakan, dan mengawardkan pampasan dalam bentuk wang
bagi kekurangan itu.
MISALAN
Dalam suatu kontrak bagi penjualan dan pembelian sebuah rumah dan
tanah dengan harga RM20,000, adalah dipersetujui bahawa sebahagian daripada
perabot itu patut diambil dengan satu penilaian. Mahkamah boleh mengarahkan
pelaksanaan spesifik kontrak itu walaupun pihak tidak dapat bersetuju mengenai
penilaian perabot itu, dan boleh sama ada menilaikan perabot itu dalam
guaman dan memasukkannya ke dalam dekri bagi pelaksanaan spesifik, atau
boleh menghadkan dekrinya kepada rumah itu.
Pelaksanaan spesifik sebahagian daripada kontrak jika bahagian
yang tidak dilaksanakan adalah besar
1 4 .  J i k a suatu pihak kepada sesuatu kontrak tidak dapat
melaksanakan keseluruhan bahagian kontraknya, dan bahagian yang
mesti ditinggalkan tanpa dilaksanakan itu merupakan suatu bahagian
yang besar kepada keseluruhan kontrak itu, atau tidak membenarkan
pampasan dalam bentuk wang, dia tidak berhak mendapat suatu
dekri bagi pelaksanaan spesifik. Tetapi mahkamah boleh, atas guaman
pihak yang satu lagi itu, mengarahkan pihak yang ingkar untuk
melaksanakan secara spesifik seberapa banyak daripada bahagian
kontraknya yang boleh dilaksanakannya, dengan syarat bahawa
plaintif melepaskan semua tuntutan bagi pelaksanaan selanjutnya,
dan semua hak terhadap pampasan sama ada bagi kekurangan itu,
atau bagi kehilangan atau kerugian yang ditanggung olehnya oleh
sebab keingkaran defendan.
Pelaksanaan spesifik bagi bahagian kontrak yang bebas
15.  Apabila sebahagian daripada sesuatu kontrak yang, diambil
kira dengan sendirinya, boleh dan patut dilaksanakan secara spesifik,
berada dalam kedudukan yang berasingan dan bebas daripada
bahagian yang lain bagi kontrak yang sama yang tidak boleh atau
t i d a k patut dilaksanakan secara spesifik, mahkamah boleh
mengarahkan pelaksanaan spesifik bagi bahagian yang terdahulu
itu.
Undang-Undang Malaysia
16
AKTA 137
Halangan dalam kes lain akan pelaksanaan spesifik bagi
sebahagian daripada kontrak
16.  Mahkamah tidak boleh mengarahkan pelaksanaan spesifik
bagi sebahagian daripada sesuatu kontrak kecuali dalam kes yang
termasuk di bawah satu atau selain daripada tiga seksyen terakhir
yang terdahulu.
Hak pembeli terhadap penjual dengan hak milik yang tidak
sempurna
17.  Jika seseorang berkontrak untuk menjual atau menyewa harta
tertentu, yang adalah suatu hak milik yang tidak sempurna terhadap
harta itu, pembeli atau penerima pajak (kecuali sebagaimana yang
diperuntukkan selainnya oleh Bab ini) mempunyai hak yang berikut:
(a) jika penjual atau pemberi pajak telah memperoleh apa-
apa kepentingan dalam harta itu selepas penjualan atau
p a j a k a n itu, pembeli atau penerima pajak boleh
memaksanya untuk menyempurnakan kontrak itu daripada
kepentingan itu;
(b) jika persetujuan orang lain perlu untuk mengesahkan hak
milik itu, dan orang itu terikat untuk memindahhakkan
atas permintaan penjual atau pemberi pajak, pembeli atau
penerima pajak boleh memaksa penjual atau pemberi pajak
untuk mendapatkan persetujuan itu; dan
(c) jika penjual atau pemberi pajak membawa guaman bagi
pelaksanaan spesifik kontrak itu, dan guaman itu ditolak
atas alasan hak milik tidak sempurna, defendan mempunyai
hak kepada pengembalian depositnya (jika ada) dengan
bunga ke atasnya, kepada kos guamannya, dan kepada
suatu lien bagi deposit, bunga, dan kos dalam kepentingan
penjual atau pemberi pajak atas harta yang dipersetujui
untuk dijual atau disewakan itu.
Kuasa untuk mengawardkan pampasan dalam kes yang
tertentu
1 8 . ( 1 ) M a n a - m a n a orang yang membawa guaman untuk
pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak boleh juga meminta pampasan
bagi kemungkirannya, sama ada sebagai tambahan kepada, atau
sebagai ganti bagi, pelaksanaannya.
Relief Spesifik
17
(2) Jika dalam mana-mana guaman sedemikian, mahkamah
memutuskan bahawa pelaksanaan spesifik tidak patut diberi, tetapi
ada suatu kontrak antara pihak yang telah dimungkirkan oleh defendan
d a n bahawa plaintif adalah berhak kepada pampasan bagi
kemungkiran itu, mahkamah hendaklah mengawardkan pampasan
kepada plaintif dengan sewajarnya.
MISALAN
A berkontrak untuk menjual seratus gantang beras kepada B. B membawa
guaman untuk memaksa A melaksanakan kontrak itu atau untuk membayar
pampasan. Mahkamah berpendapat bahawa A telah membuat suatu kontrak
yang sah dan telah memungkirinya, tanpa sebab, dan menyebabkan kerugian
kepada B, tetapi pelaksanaan spesifik bukan satu remedi yang sesuai. Mahkamah
hendaklah mengawardkan kepada B pampasan sebagaimana yang difikirkannya
adil.
(3) Jika dalam mana-mana guaman itu, mahkamah memutuskan
bahawa pelaksanaan spesifik patut diberi, tetapi ia tidak memadai
untuk memenuhi keadilan kes itu, dan bahawa pampasan bagi
kemungkiran kontrak itu patut juga diberi kepada plaintif, mahkamah
hendaklah mengaward plaintif akan pampasan itu dengan sewajarnya.
MISALAN
A berkontrak dengan B untuk menjual kepadanya sebuah rumah dengan
harga RM1,000, harga itu hendaklah dibayar dan milikan diberi pada
1 haribulan Januari. A gagal untuk melaksanakan bahagian kontraknya, dan
B membawa guaman bagi pelaksanaan spesifik dan pampasan, yang diputuskan
dengan memihak kepadanya. Dekri itu di samping memerintahkan pelaksanaan
spesifik, boleh mengawardkan kepada B pampasan bagi apa-apa kerugian
yang telah ditanggung olehnya disebabkan oleh keengganan A itu.
(4) Pampasan yang diawardkan di bawah seksyen ini boleh
ditaksirkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh mahkamah.
(5) Hal keadaan bahawa kontrak itu tidak boleh diberi pelaksanaan
spesifik tidak akan menghalang mahkamah daripada menjalankan
bidang kuasa yang diberikan oleh seksyen ini.
MISALAN
(a) A, seorang pembeli, membawa guaman terhadap B penjualnya, untuk
mendapatkan pelaksanaan spesifik suatu kontrak bagi penjualan suatu paten.
Sebelum guaman itu didengar, paten itu telah habis tempoh. Mahkamah
boleh mengaward A akan pampasan bagi ketidaklaksanaan kontrak itu, dan
jika perlu, boleh meminda plaint bagi maksud itu.
Undang-Undang Malaysia
18
AKTA 137
(b) A membawa guaman untuk mendapatkan pelaksanaan spesifik bagi
suatu resolusi yang diluluskan oleh pengarah suatu syarikat awam, yang di
bawahnya dia berhak memperoleh sebilangan syer untuk diperuntukkan
kepadanya, dan bagi pampasan bagi ketidaklaksanaan resolusi itu. Semua
syer itu telah diuntukkan sebelum guaman itu dimulakan. Mahkamah boleh
di bawah seksyen ini, mengaward A akan pampasan bagi ketidaklaksanaan
itu.
P e n y e l e s a i a n ganti rugi bukan suatu halangan kepada
pelaksanaan spesifik
19.  Sesuatu kontrak, jika sebaliknya sesuai untuk dikuatkuasakan
secara spesifik, boleh dikuatkuasakan, walaupun suatu jumlah
dinamakan di dalamnya sebagai amaun yang kena dibayar dalam
hal kemungkirannya, dan pihak yang ingkar sanggup membayar
amaun itu.
MISALAN
A berkontrak untuk memberi B suatu pajakan kecil harta yang dipegang
oleh A di bawah C, dan bahawa A akan memohon kepada C suatu lesen yang
diperlukan untuk mengesahkan pajakan kecil itu, dan bahawa, jika lesen itu
tidak didapati, A akan membayar kepada B sebanyak RM10,000. A enggan
memohon lesen itu dan menawarkan untuk membayar kepada B sebanyak
RM10,000. B walau bagaimanapun berhak untuk menguatkuasakan kontrak
itu secara spesifik jika C bersetuju untuk memberikan lesen itu.
Kontrak yang tidak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik
20. (1) Kontrak yang berikut tidak boleh dikuatkuasakan secara
spesifik:
(a) sesuatu kontrak yang jika tidak dilaksanakan, pampasan
wang adalah relief yang mencukupi;
MISALAN
A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli, RM10,000
atas pinjaman sebanyak empat peratus daripada Bandar raya Pulau Pinang;
A berkontrak untuk menjual, dan B berkontrak untuk membeli 40 pikul
kopi dengan harga RM30 sepikul;
Relief Spesifik
19
Sebagai balasan bagi harta tertentu yang telah dipindahmilikkan oleh A
kepada B, B berkontrak untuk membuka suatu kredit bagi faedah A setakat
RM10,000, dan untuk membayar draf A sebanyak amaun itu:
Kontrak di atas tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik, kerana dalam
keadaan pertama dan kedua, kedua-dua A dan B, dan dalam keadaan ketiga,
A akan dibayar ganti melalui pampasan dalam bentuk wang.
(b) sesuatu kontrak mengenai butiran yang kecil atau banyak,
atau yang bergantung kepada kelayakan persendirian atau
kemahuan pihak atau sebaliknya kontrak itu terdiri daripada
jenis yang mahkamah tidak dapat menguat kuasakan
pelaksanaan spesifik bagi termanya yang material;
MISALAN
(a) A berkontrak untuk memberikan perkhidmatan persendirian kepada B;
A berkontrak untuk mengambil B bekerja atas perkhidmatan persendirian;
A, seorang pengarang, berkontrak dengan B seorang penerbit, untuk
menyelesaikan sesuatu kerja kesusasteraan;
B tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik bagi kontrak ini.
(b) A berkontrak untuk membeli perniagaan B dengan amaun yang
penilaiannya akan dibuat oleh dua orang penilai, seorang akan dinamakan
oleh A dan yang seorang lagi akan dinamakan oleh B. A dan B masing-masing
menamakan seorang penilai tetapi sebelum penilaian dibuat, A mengarahkan
penilainya supaya jangan meneruskan penilaian itu;
Mengikut suatu carterparti yang dibuat di Teluk Anson antara A pemunya
sebuah kapal, dan B pencarternya, telah dipersetujui bahawa kapal itu hendaklah
meneruskan perjalanannya ke Rangoon, dan di situ memuatkan satu kargo
beras, dan seterusnya meneruskan perjalanan ke London, bayaran tambang
muatan hendaklah dibayar, sebanyak satu pertiga apabila tiba di Rangoon,
dan dua pertiga apabila kargo itu dihantarserahkan di London;
A menyewakan tanah kepada B dan B berkontrak untuk bercucuk tanam
di atas tanah itu mengikut cara yang tertentu bagi tiga tahun akan datang
selepas tarikh pajakan itu;
A dan B berkontrak bahawa sebagai balasan kepada pendahuluan tahunan
yang akan dibuat oleh A, B akan, selama tiga tahun selepas dari tarikh
kontrak itu, menanam tanaman yang tertentu di atas tanah dalam milikannya
itu dan menghantarserahkannya kepada B apabila telah dipotong dan sedia
untuk dihantarserahkan;
A berkontrak dengan B bahawa sebagai balasan kepada sejumlah RM1,000
yang dibayar kepadanya oleh B, dia akan melukis sekeping gambar untuk B;
Undang-Undang Malaysia
20
AKTA 137
A berkontrak dengan B untuk menyempurnakan kerja tertentu yang mahkamah
tidak dapat mengawasinya;
A berkontrak untuk membekalkan B dengan segala barang daripada kelas
tertentu yang B boleh menghendakinya;
A berkontrak dengan B untuk mengambil daripada B suatu pajakan rumah
tertentu bagi suatu tempoh yang ditentukan, pada suatu kadar sewaan yang
ditentukan, "jika bilik tamunya dihias dengan cantik" sekalipun kontrak itu
diputuskan mempunyai sekian banyak ketentuan bahawa pampasan boleh
didapati kerana kemungkiran kontrak itu;
A berkontrak untuk mengahwini B;
Kontrak di atas tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik.
(c) sesuatu kontrak yang termanya tidak boleh didapati oleh
mahkamah dengan ketentuan yang munasabah;
MISALAN
A, pemunya sebuah bilik minuman ringan, berkontrak dengan B untuk
memberi B tempat tinggal di situ untuk B menjual barangannya dan untuk
menyediakan B dengan perkakas yang perlu. A enggan melaksanakan kontraknya.
Kes ini ialah bagi mendapatkan pampasan dan bukan bagi pelaksanaan spesifik,
amaun dan jenis tempat tinggal serta perkakas tidak ditentukan.
(d) sesuatu kontrak yang bersifat boleh batal;
MISALAN
A dan B berkontrak untuk menjadi pekongsi dalam suatu perniagaan yang
tertentu, kontrak itu tidak menyatakan jangka masa perkongsian yang
dicadangkan itu. Kontrak ini tidak boleh dilaksanakan secara spesifik kerana
jika ia dilaksanakan sedemikian, sama ada A atau B mungkin dengan serta-
merta membubarkan perkongsian itu.
(e) sesuatu kontrak yang dibuat oleh pemegang amanah sama
ada dengan melebihi kuasa mereka atau dengan pecah
amanah;
MISALAN
(a) A ialah pemegang amanah tanah dengan kuasa untuk memajakkan
tanah itu selama tujuh tahun. Dia membuat kontrak dengan B untuk memberikan
pajakan bagi tanah itu untuk tempoh tujuh tahun, dengan waad untuk
memperbaharui pajakan itu apabila tamat tempohnya. Kontrak ini tidak boleh
dikuatkuasakan secara spesifik.
Relief Spesifik
21
(b) Pengarah suatu syarikat mempunyai kuasa untuk menjual syarikat itu
dengan sanksi suatu mesyuarat agung pemegang syer. Mereka berkontrak
untuk menjual syarikat itu tanpa apa-apa sanksi sedemikian. Kontrak ini
tidak boleh dikuatkuasakan secara spesifik.
(c) Dua pemegang amanah, A dan B, yang diberi kuasa untuk menjual
harta amanah bernilai RM10,000, berkontrak untuk menjualkannya kepada
C dengan harga RM3,000. Kontrak itu sangat merugikan sehingga menjadi
pecah amanah. C tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifiknya.
(d) Penaja suatu syarikat bagi kerja lombong berkontrak bahawa syarikat
itu apabila ditubuhkan hendaklah membeli harta galian yang tertentu. Mereka
tidak mengambil langkah beringat-ingat yang sepatutnya untuk menentukan
nilai harta itu, malahan bersetuju membayar suatu harga yang tinggi baginya.
Mereka juga mensyaratkan bahawa penjual itu hendaklah memberi mereka
bonus daripada wang pembelian itu. Kontrak ini tidak boleh dikuatkuasakan
secara spesifik.
(f) sesuatu kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu
perbadanan atau syarikat awam yang diwujudkan bagi
maksud khas, atau oleh penaja syarikat, yang melebihi
kuasanya;
MISALAN
Suatu syarikat yang wujud bagi maksud satu-satunya untuk membuat dan
mengerjakan jalan kereta api berkontrak untuk membeli sebidang tanah bagi
maksud mendirikan kilang kapas di atasnya. Kontrak ini tidak boleh
dikuatkuasakan secara spesifik.
(g) sesuatu kontrak yang pelaksanaannya melibatkan
pelaksanaan suatu tugas yang berterusan hingga berlarutan
pada suatu tempoh yang lebih panjang dari tiga tahun
dari tarikh kontrak itu; dan
MISALAN
A berkontrak untuk menyewakan kepada B selama dua puluh satu tahun,
hak untuk menggunakan bahagian tertentu landasan kereta api yang dibuat
oleh A di atas tanah B, dan B berhak untuk menjalankan gerabak di atas
keseluruhan landasan itu atas terma tertentu, dan boleh menghendaki A untuk
membekalkan kuasa enjin yang perlu, dan bahawa A hendaklah dalam tempoh
itu menjaga keseluruhan landasan kereta api itu dalam keadaan baik. Pelaksanaan
spesifik kontrak ini patut ditolak daripada diberi kepada B.
(h) sesuatu kontrak yang bahagian material hal perkara yang
diandaikan oleh kedua-dua pihak akan wujud, telah,
sebelum kontrak itu dibuat, tidak wujud lagi.
Undang-Undang Malaysia
22
AKTA 137
MISALAN
A berkontrak untuk membayar suatu anuiti kepada B bagi seumur hidup
C dan D. Pada tarikh kontrak itu dibuat, C yang disangka oleh A dan B masih
hidup, telah mati. Kontrak itu tidak boleh dilaksanakan secara spesifik.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang
yang berhubungan dengan tatacara sivil, kontrak untuk merujuk
sesuatu kontroversi kepada timbang tara tidak boleh dikuatkuasakan
secara spesifik.
Budi bicara Mahkamah
Budi bicara untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik
21. (1) Bidang kuasa untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik
suatu budi bicara dan mahkamah tidak terikat untuk memberi apa-
apa relief sedemikian semata-mata kerana sah untuk berbuat demikian;
tetapi budi bicara mahkamah bukan sewenang-wenangnya tetapi
berpatutan dan munasabah, yang berpandukan prinsip kehakiman
dan boleh diperbetul oleh suatu mahkamah rayuan.
(2) Berikut ialah kes yang mahkamah boleh menjalankan suatu
budi bicara dengan sepatutnya untuk tidak mendekrikan pelaksanaan
spesifik:
(a) j i k a hal keadaan yang di bawahnya kontrak dibuat
menjadikan plaintif mendapat faedah yang tidak adil jika
dibandingkan dengan defendan, walaupun tidak ada fraud
atau salah nyataan pada pihak plaintif; dan
MISALAN
(a) A berkontrak untuk menjual kepada B, kepentingan C dalam stok
perdagangan yang tertentu. Adalah ditetapkan bahawa jualan itu akan
menguntungkan walaupun ternyata kepentingan C itu tidak bernilai langsung.
Pada hakikatnya, nilai kepentingan C bergantung kepada keputusan akaun
perkongsian yang tertentu, di mana dia banyak berhutang kepada pekongsinya.
Keberhutangan ini diketahui oleh A tetapi tidak oleh B. Pelaksanaan spesifik
kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada A.
(b) A berkontrak untuk menjual dan B berkontrak untuk membeli tanah
tertentu. Untuk melindungi tanah itu daripada banjir, perlu bagi pemunyanya
untuk menyenggara suatu tambak yang mahal. B tidak tahu akan hal keadaan
ini dan A merahsiakannya daripada B. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh
ditolak daripada diberi kepada A.
Relief Spesifik
23
(c) Harta A telah dicadangkan untuk dilelong. B meminta C, wakil A
untuk membuat tawaran baginya. C melakukan ini dengan tidak sengaja dan
dengan suci hati. Orang yang hadir, apabila melihat wakil penjual itu membuat
tawaran, menyangka bahawa dia hanya memperbesar-besarkan perkara itu
dan berhenti untuk bersaing. Lot itu dijual kepada B pada suatu harga yang
rendah. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada diberi kepada
B.
(b) jika pelaksanaan sesuatu kontrak itu akan melibatkan
sesuatu kesusahan ke atas defendan yang tidak dijangka
olehnya, sedangkan ketidaklaksanaan kontrak itu tidak
akan melibatkan kesusahan sedemikian kepada plaintif.
MISALAN
(a) A dan B, pemegang amanah, bersama-sama benefisiari mereka C,
dalam suatu kontrak untuk menjual harta amanah kepada D, dan secara
sendiri bersetuju untuk melepaskan harta pusaka itu daripada bebanan berat
yang harta pusaka itu tertakluk. Wang pembelian itu tidak mencukupi untuk
melepaskan bebanan itu, walaupun pada tarikh kontrak itu, penjual percaya
yang ia mencukupi. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada
diberi kepada D.
(b) A berkontrak dengan B untuk menjual kepadanya tanah tertentu, dan
untuk membuat suatu jalan menuju ke tanah itu, dari suatu stesen kereta api
yang tertentu. Kemudiannya didapati bahawa A tidak boleh membuat jalan
itu tanpa mendedahkan dirinya kepada litigasi. Pelaksanaan spesifik bahagian
kontrak yang berhubungan dengan jalan itu boleh ditolak daripada diberi
kepada B, walaupun boleh diputuskan bahawa dia berhak kepada pelaksanaan
spesifik bagi bahagian kontrak yang selebihnya dengan pampasan bagi kerugian
jalan itu.
(c) A penerima pajak lombong berkontrak dengan B pemberi pajak, bahawa
pada bila-bila masa, semasa penerusan pajakan itu, B boleh memberikan
notis tentang hasratnya untuk mengambil jentera dan loji yang digunakan di
dalam dan di sekitar lombong itu, dan barang yang dinyatakan dalam notis
hendaklah dihantar serah kepada B pada suatu penilaian pada masa tamat
tempoh pajakan itu. Kontrak sedemikian mungkin amat memudaratkan
perniagaan penerima pajak itu dan pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh
ditolak daripada diberi kepada B.
(d) A berkontrak dengan B untuk membeli dari kilang B dan tidak di
tempat lain semua barangan daripada kelas tertentu yang digunakan oleh A
dalam perdagangannya. Mahkamah tidak boleh memaksa B untuk membekalkan
barangan itu, tetapi jika dia tidak membekalkan barangan itu, A mungkin
mendapat kesusahan, melainkan jika dia dibenarkan untuk membeli barangan
itu dari tempat lain. Pelaksanaan spesifik kontrak itu boleh ditolak daripada
diberi kepada B.
Undang-Undang Malaysia
24
AKTA 137
(3) Kes yang baginya mahkamah boleh menggunakan budi bicara
dengan sepatutnya untuk mendekrikan pelaksanaan spesifik ialah
apabila plaintif telah melakukan perbuatan yang substansial atau
telah mengalami kerugian akibat daripada suatu kontrak yang boleh
diberi pelaksanaan spesifik.
MISALAN
A menjual tanah kepada sebuah syarikat kereta api, yang berkontrak untuk
menyempurnakan kerja tertentu bagi kemudahan A. Syarikat itu mengambil
tanah itu dan menggunakannya untuk jalan kereta api syarikat berkenaan.
Pelaksanaan spesifik kontrak untuk menyempurnakan kerja tertentu itu hendaklah
didekrikan kepada A.
Bagi siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan secara Spesifik
Siapa boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik
22.  Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bab
ini, pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak itu boleh didapati oleh--
(a) mana-mana pihak kepada kontrak itu;
(b) wakil berkepentingan, atau prinsipal kepada mana-mana
pihak kepada kontrak itu:
Dengan syarat bahawa, jika pembelajaran, kemahiran,
kesolvenan, atau apa-apa kualiti peribadi pihak itu unsur
m a t e r i a l dalam kontrak itu, atau jika kontrak itu
memperuntukkan bahawa kepentingan pihak itu tidak boleh
d i s e r a h h a k k a n , wakilnya yang berkepentingan atau
prinsipalnya tidak berhak kepada pelaksanaan spesifik
kontrak itu, melainkan jika bahagian pihak itu dalam
kontrak itu telah dilaksanakan;
(c) jika kontrak itu merupakan suatu penyelesaian tentang
perkahwinan, atau suatu kompromi mengenai hak yang
diragukan antara anggota keluarga yang sama, mana-
mana orang yang berhak secara benefisial di bawahnya;
(d) apabila sesuatu syarikat awam telah membuat suatu kontrak
dan kemudiannya disatukan dengan syarikat awam yang
lain, syarikat baru yang muncul daripada penyatuan itu;
atau
(e) a p a b i l a penaja sesuatu syarikat awam sebelum
pemerbadanannya, telah membuat kontrak bagi maksud
syarikat itu, dan kontrak itu dibenarkan oleh terma
pemerbadanan, syarikat itu.
Relief Spesifik
25
Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara
Spesifik
Halangan diri terhadap relief
23. Pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak tidak boleh dikuatkuasakan
dengan memihak kepada seseorang--
(a) yang tidak boleh mendapat pampasan bagi kemungkirannya;
MISALAN
A, yang memang biasa baginya bertindak sebagai ejen bagi B, membuat
suatu perjanjian dengan C untuk mambeli rumah C. A sebenarnya tidak
bertindak sebagai ejen bagi B tetapi bertindak bagi pihaknya sendiri. A tidak
boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini.
(b) yang telah menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan
atau melanggar mana-mana terma penting kontrak itu
yang di pihaknya masih belum dilaksanakan;
MISALAN
(a) A berkontrak untuk menjual sebuah rumah kepada B dan menjadi
penyewa bagi rumah itu bagi tempoh empat belas tahun dari tarikh penjualan
atas suatu sewa tahunan yang tertentu. A menjadi tidak solven. Dia atau
pegawai penerima estetnya tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik
kontrak itu.
(b) A berkontrak untuk menjual kepada B sebuah rumah dan taman yang
di dalamnya terdapat pokok perhiasan, suatu elemen material dari segi nilai
harta itu sebagai tempat kediaman. A, tanpa persetujuan B, memotong pokok
itu. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.
(c) A, yang memegang tanah di bawah suatu kontrak dengan B untuk
suatu pajakan telah melakukan pembaziran, atau memperlakukan tanah itu
dengan cara yang tidak menjimatkan. A tidak boleh menguatkuasakan
pelaksanaan spesifik kontrak itu.
(d) A berkontrak untuk menyewa sebuah rumah yang belum siap dan B
berkontrak untuk menyiapkan rumah itu dan pajakan itu mengandungi waad
di pihak A untuk menjaga rumah itu dalam keadaan baik. B menyiapkan
rumah itu dengan cara yang tidak sempurna: B tidak boleh menguatkuasakan
kontrak itu secara spesifik, walaupun A dan B boleh mendakwa antara satu
sama lain untuk pampasan bagi kemungkiran kontrak itu.
(c) yang telah memilih remedinya dan mendapat penyelesaian
bagi kemungkiran kontrak yang didakwakan itu; atau
Undang-Undang Malaysia
26
AKTA 137
MISALAN
A berkontrak untuk menyewakan sebuah rumah bagi suatu tempoh dan
pada kadar sewa yang ditetapkan dan B berkontrak untuk menyewa rumah
itu. B enggan melaksanakan kontrak itu. A sesudah itu membawa guaman
untuk, dan mendapatkan pampasan bagi kemungkiran kontrak itu. A tidak
boleh mendapat pelaksanaan spesifik kontrak itu.
(d) yang, terdahulu daripada kontrak itu, telah mengetahui
b a h a w a suatu penyelesaian hal perkara kontrak itu
(walaupun tidak berasaskan apa-apa balasan berharga)
telah dibuat dan kemudiannya dikuatkuasakan.
Kontrak untuk menjual harta oleh seseorang yang tidak
mempunyai hak milik, atau yang merupakan pemberi sukarela
24.  Sesuatu kontrak bagi penjualan atau penyewaan harta, sama
ada harta alih atau tak alih, tidak boleh dikuatkuasakan secara
spesifik yang memihak kepada penjual atau pemberi pajak--
(a) yang, mengetahui dirinya tidak mempunyai apa-apa hak
milik terhadap harta itu, telah berkontrak untuk menjual
atau menyewa harta itu;
(b) yang, walaupun dia membuat kontrak dengan mempercayai
bahawa dia mempunyai hak milik yang sah terhadap harta
itu; tidak boleh, pada masa yang ditetapkan oleh pihak
atau oleh mahkamah bagi menyempurnakan penjualan
atau penyewaan itu, memberi pembeli atau penerima pajak
suatu hak milik yang bebas daripada keraguan munasabah;
atau
(c) yang, sebelum membuat kontrak itu, telah membuat suatu
penyelesaian (walaupun tidak berasaskan apa-apa balasan
berharga) mengenai hal perkara kontrak itu.
MISALAN
(a) A, tanpa kebenaran daripada C, berkontrak untuk menjual kepada B
suatu estet yang A ketahui adalah kepunyaan C. A tidak boleh menguatkuasakan
pelaksanaan spesifik kontrak ini, walaupun C bersedia untuk mengesahkannya.
(b) A, atas dasar kasih sayang semula jadi, membuat penyelesaian harta
tertentu kepada adik-beradik lelaki dan zuriat mereka, dan kemudian membuat
suatu kontrak untuk menjual harta itu kepada orang yang tidak dikenali. A
tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini supaya mengatasi
penyelesaian itu dan dengan demikian menjejaskan kepentingan orang yang
menuntut di bawahnya.
Relief Spesifik
27
Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara
Spesifik, kecuali dengan suatu Pengubahan
Ketidakkuatkuasaan kecuali dengan pengubahan
25.  Jika seseorang plaintif meminta pelaksanaan spesifik sesuatu
kontrak secara bertulis, yang kepadanya defendan menyediakan
suatu pengubahan, plaintif tidak boleh mendapat pelaksanaan yang
diminta itu, kecuali dengan pengubahan yang disediakan itu, dalam
kes yang berikut, iaitu:
(a) jika disebabkan fraud atau silap fakta, kontrak yang
pelaksanaannya diminta dari segi termanya berlainan
daripada apa yang defendan anggapkan apabila dia membuat
kontrak itu;
(b) jika disebabkan fraud, silap fakta atau secara mengejut,
defendan membuat suatu kontrak di bawah salah faham
yang munasabah akan kesannya di antara dirinya dan
plaintif;
(c) jika defendan dengan mengetahui terma kontrak dan
memahami kesannya, telah membuat kontrak itu dengan
bergantung kepada beberapa salah nyataan oleh plaintif,
atau atas beberapa ketentuan di pihak plaintif, yang
menambah kepada kontrak itu, tetapi yang dia enggan
memenuhinya;
(d) jika tujuan pihak itu untuk mengemukakan suatu keputusan
undang-undang yang tertentu, yang kontrak itu sebagaimana
dirangka tidak dikira boleh mengemukakannya; dan
(e) jika pihak, berikutan dengan penyempurnaan kontrak itu,
telah berkontrak untuk mengubahnya.
MISALAN
(a) A, B dan C menandatangani suatu tulisan yang dengannya mereka
tiap-tiap seorang bertujuan membuat satu bon RM1,000 kepada D. Dalam
suatu guaman oleh D untuk menjadikan A, B dan C bertanggungan secara
berasingan setiap seorang setakat RM1,000, mereka membuktikan bahawa
perkataan "setiap seorang" telah dimasukkan dengan silap; bahawa niat mereka
ialah mereka sepatutnya memberikan satu bon bersama sebanyak RM1,000.
D boleh mendapatkan pelaksanaan yang diminta hanya dengan pengubahan
yang dibuat itu.
Undang-Undang Malaysia
28
AKTA 137
(b) A berkontrak secara bertulis untuk menyewakan kepada B suatu dermaga,
bersama dengan sejalur tanah kepunyaan A yang ditandakan di atas suatu
peta. Sebelum menandatangani kontrak itu, B mencadangkan secara lisan
yang dia bebas untuk menggantikan jalur yang disebutkan dalam kontrak itu
dengan jalur yang lain bagi tanah A itu yang sama dimensinya, dan dalam
hal ini A bersetuju secara nyata tentang perkara ini. B kemudiannya
menandatangani kontrak bertulis itu, A tidak boleh mendapatkan pelaksanaan
spesifik kontrak bertulis itu kecuali dengan pengubahan yang dibuat oleh B.
(c) A berkontrak secara bertulis untuk menyewakan sebuah rumah kepada
B, bagi tempoh yang tertentu, pada kadar sewa sebanyak RM100 sebulan,
dengan dibaiki terlebih dahulu rumah itu supaya berada dalam keadaan yang
masih boleh disewakan. Rumah itu didapati tidak berfaedah untuk dibaiki,
oleh itu dengan persetujuan B, A merobohkan rumah itu dan mendirikan
sebuah rumah baru di atas tempat itu. B berkontrak secara lisan untuk membayar
sewa sebanyak RM120 sebulan. B kemudiannya membawa guaman untuk
menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak bertulis itu. Dia tidak boleh
menguatkuasakannya kecuali dengan pengubahan yang dibuat melalui kontrak
lisan yang berikutnya itu.
Terhadap siapa Kontrak boleh Dikuatkuasakan
secara Spesifik
Relief terhadap pihak dan orang yang menuntut di bawahnya
dengan hak milik berikutnya
26.  Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bab
ini, pelaksanaan spesifik kontrak boleh dikuatkuasakan terhadap--
(a) salah satu pihak kepada kontrak;
(b) mana-mana orang lain yang menuntut di bawah suatu
pihak kepada kontrak itu melalui suatu hak milik yang
timbul selepas kontrak itu, kecuali penerima pindah hak
milik bagi nilaian yang telah membayar wangnya dengan
suci hati dan tanpa notis tentang kontrak asal itu;
MISALAN
(a) A berkontrak untuk memindahhakkan tanah tertentu kepada B pada
s u a t u hari tertentu. A mati tidak berwasiat sebelum hari itu tanpa
memindahhakkan tanah itu. B boleh memaksa waris A atau wakil lain yang
berkepentingan untuk melaksanakan kontrak itu secara spesifik.
(b) A berkontrak, sebagai balasan sebanyak RM1,000, untuk membekueskan
tanahnya yang tertentu kepada B. Sebaik selepas kontrak itu, A mati tidak
b e r w a s i a t , dan C mengambil pentadbiran harta pusaka A . B boleh
menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu terhadap C.
Relief Spesifik
29
(c) A berkontrak untuk menjual tanah tertentu kepada B. Sebelum kontrak
itu selesai, A mendapat sakit otak, dan C dilantik menjadi jawatankuasanya.
B boleh menguatkuasakan secara spesifik kontrak itu