|
51
Profesion Undang-Undang
(2) Pada menetapkan yurannya, Majlis Peguam bebas membahagi
ahli kepada kelas-kelas, dan memperuntukkan bahawa amaun yang
berlainan hendaklah dibayar oleh kelas yang berlainan bagi tempoh
yang berlainan dan pada amnya mengawal dan mengubah dari
semasa ke semasa yuran yang kena dibayar oleh ahli atau oleh
kelas ahli yang berlainan, sebagaimana yang difikirkan patut dan
munasabah oleh Majlis Peguam.
(3) Majlis Peguam boleh dari semasa ke semasa menetapkan
levi yang kena dibayar oleh ahli bagi apa-apa tujuan Bar Malaysia.
(4) Jumlah yuran yang kena dibayar di bawah subseksyen (1),
levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (3) dan caruman
tahunan yang kena dibayar di bawah seksyen 80 tidak boleh dalam
mana-mana tahun kalendar lebih daripada tiga ratus ringgit bagi
setiap ahli tanpa kelulusan dua pertiga daripada ahli yang hadir
dan mengundi sendiri dalam sesuatu mesyuarat agung Bar Malaysia.
(5) Tanggungan untuk membayar apa-apa yuran tahunan kepada
Bar Malaysia bermula apabila yuran telah ditetapkan oleh Majlis
Peguam. Semua yuran tahunan kepada Bar Malaysia hendaklah
dibayar pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
(6) Seseorang peguam bela dan peguam cara, jika dia membayar
yuran tahunannya selepas tarikh yang disebut dalam subseksyen
(5), hendaklah membayar kepada Majlis Peguam, sebagai tambahan
kepada yuran yang terhutang, suatu amaun yang senilai dengan
yuran yang terhutang sedemikian itu.
Kehilangan Kelayakan Untuk Menjadi Ahli Majlis Peguam,
Jawatankuasa Peguam, dsb.
Kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Majlis Peguam, sesuatu
Jawatankuasa Peguam, atau mana-mana jawatankuasanya
46A. (1) Seseorang ahli hilang kelayakan untuk menjadi ahli Majlis
Peguam atau sesuatu Jawatankuasa Peguam, atau ahli mana-mana
j a w a t a n k u a s a Majlis Peguam atau mana-mana Jawatankuasa
Peguam--
(a) melainkan jika dia ialah atau telah menjadi seorang peguam
bela dan peguam cara selama tempoh tidak kurang daripada
tujuh tahun, atau selama tempoh yang jumlahnya beramaun
tidak kurang daripada tujuh tahun; atau
52
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(b) jika dia ialah seorang ahli Dewan Negara atau Dewan
Rakyat, atau seorang ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri,
atau seorang ahli mana-mana pihak berkuasa tempatan;
atau
(c) jika dia memegang apa-apa jawatan dalam--
(i) mana-mana kesatuan sekerja; atau
(ii) mana-mana parti politik; atau
(iii) apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di
bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di
d a l a m Malaysia atau di luar Malaysia, yang
mempunyai tujuan atau menjalankan aktiviti yang
boleh ditafsirkan sebagai berjenis, bercorak atau
berbau politik, atau yang diisytiharkan oleh Peguam
Negara dengan perintah yang disiarkan dalam Warta
sebagai suatu pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang mempunyai tujuan itu atau menjalankan
aktiviti itu.
(2) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Peguam Negara di bawah
subperenggan 1(c)(iii) tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan
dalam mana-mana mahkamah.
(3) Jika seseorang ahli Majlis Peguam atau sesuatu Jawatankuasa
peguam, atau ahli mana-mana jawatankuasa Majlis Peguam atau
sesuatu Jawatankuasa peguam, hilang kelayakan di bawah subseksyen
(1), dia hendaklah apabila menjadi sedemikian disifatkan sebagai
telah berhenti menjadi ahlinya itu dan sebagai telah mengosongkan
apa-apa jawatan yang dipegang dalamnya.
Majlis Peguam
Penubuhan Majlis Peguam
47. (1) Bagi menguruskan hal ehwal Bar Malaysia dengan sempurna
dan bagi melaksanakan fungsinya dengan sempurna di bawah Akta
ini hendaklah ada suatu Majlis yang dikenali sebagai Majlis Peguam.
(2) Majlis Peguam hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a) Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua yang baharu lalu
bagi Bar Malaysia;
53
Profesion Undang-Undang
(b) pengerusi setiap Jawatankuasa Bar Negeri dan ahli yang
dipilih untuk mewakili setiap Jawatankuasa Bar Negeri
menurut subseksyen 70(7);
(c) ahli yang dipilih menurut seksyen 50.
Tempoh memegang jawatan
48. Tertakluk kepada Akta ini, tiap-tiap ahli Majlis Peguam
hendaklah memegang jawatan selama satu tahun tetapi layak untuk
dipilih semula.
Pemilihan Ahli Majlis Peguam
Pemilihan ahli Majlis Peguam
49. (1) Pada tiap-tiap tahun sekurang-kurangnya satu minggu
sebelum bulan Oktober Majlis Peguam hendaklah memberitahu
semua ahli Bar Malaysia bahawa penamaan bagi memilih ahli
Majlis Peguam yang disebut dalam perenggan 47(2)(c) boleh dibuat
dan mestilah sampai ke pejabat Bar Malaysia dalam bulan Oktober.
(2) Tiap-tiap penamaan calon untuk pemilihan--
(a) hendaklah penamaan seorang yang berkelayakan menjadi
calon di bawah Akta ini;
(b) hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh tidak
kurang daripada tiga orang ahli;
(c) hendaklah menamakan hanya seorang calon sahaja dan
persetujuannya hendaklah diendorskan dalam penamaan
itu.
(3) Nama calon untuk pemilihan yang dinamakan mengikut
subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada atau didepositkan di
pejabat Bar Malaysia dalam bulan Oktober pada setiap tahun.
Pemilihan tahunan Majlis Peguam
50. (1) Pemilihan tahunan bagi ahli Majlis Peguam yang disebut
d a l a m perenggan 47(2) (c) hendaklah, tertakluk kepada
seksyen 51, dengan undi pos.
54
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(2) Majlis Peguam hendaklah menetap dan menyiarkan dalam
minggu pertama dalam bulan November pada tiap-tiap tahun dan
memberitahu tiap-tiap ahli Bar Malaysia dengan surat mengenai--
(a) nama calon yang dinamakan untuk pemilihan mengikut
seksyen 49;
(b) bilangan orang yang setiap ahli berhak mengundi;
(c) hari terakhir bagi mengembalikan undi pos itu yang
hendaklah hari terakhir dalam bulan November;
(d) alamat untuk undi pos itu dikembalikan;
(e) nama tiga orang pemeriksa.
( 3 ) M a j l i s Peguam hendaklah juga pada masa yang sama
menghantar kepada tiap-tiap ahli suatu kertas undi mengandungi
nama semua calon yang dinamakan di bawah seksyen 49.
(4) Semua sampul surat mengandungi kertas undi yang diterima
oleh Majlis Peguam hendaklah disimpan tanpa dibuka dan hendaklah
diserahkan kepada pemeriksa pada hari kerja yang pertama selepas
hari terakhir dalam bulan November.
( 5 ) P e m e r i k s a hendaklah mengira kertas undi itu dan
mengisytiharkan kepada Setiausaha Majlis Peguam orang yang
dipilih tidak lewat daripada hujung minggu pertama dalam bulan
Disember setiap tahun dan dengan itu Setiausaha Majlis Peguam
hendaklah dengan serta-merta memberitahu setiap Jawatankuasa
Bar Negeri akan orang yang dipilih sedemikian itu.
(6) Jika dengan cara tidak sengaja Majlis Peguam tidak mematuhi
seksyen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat berkenaan dengan
pemilihan bagi Majlis Peguam hal yang demikian tidak membatalkan
sesuatu pemilihan.
Bila pemilihan disifatkan sebagai pemilihan
51. (1) Jika bilangan calon yang dinamakan untuk pemilihan bagi
Majlis Peguam hanya sebanyak yang dikehendaki untuk dipilih
maka calon itu hendaklah disifatkan sebagai telah dipilih; jika
kurang, calon yang dinamakan hendaklah disifatkan sebagai telah
dipilih dan mereka bersama-sama dengan ahli lain Majlis itu
hendaklah melantik beberapa lagi ahli yang perlu untuk memenuhi
kehendak perenggan 47(2)(c).
55
Profesion Undang-Undang
(2) Jika tiada penamaan dibuat bagi pemilihan ahli Majlis Peguam
ahli lain Majlis Peguam hendaklah melantik dua belas orang yang
berkelayakan menjadi calon di bawah Akta ini untuk menjadi ahli
Majlis itu.
(3) Ahli Majlis yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2)
hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai ahli yang
dipilih.
Majlis Peguam apabila ditubuhkan
52. Tiap-tiap bakal Majlis Peguam baru yang ditubuhkan di bawah
Bahagian ini hendaklah memulakan jawatan apabila tamat mesyuarat
agung tahunan hadapan yang mula-mula dan hendaklah memegang
jawatan sehingga tamat mesyuarat agung tahunan dalam tahun
yang berikut.
Kekosongan luar jangka hendaklah diisi oleh orang berkelayakan
53. (1) Apa-apa kekosongan luar jangka yang berlaku di kalangan
ahli Majlis Peguam yang dipilih hendaklah diisi oleh Majlis Peguam
dengan melantik seseorang yang berkelayakan di bawah Akta ini,
dan ahli baru itu hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh
jawatan ahli yang digantikannya itu.
(2) Walau apa pun apa-apa kekosongan dalam Majlis ahli yang
masih menjadi ahli Majlis boleh bertindak dengan syarat ada cukup
kuorum, dan tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh atau di
bawah kuasa Majlis Peguam akan terbatal oleh sebab apa-apa
k e c a c a t a n yang didapati kemudiannya dalam pemilihan atau
kelayakan ahli atau mana-mana daripada mereka.
Pegawai-pegawai
Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha Bar
54. (1) Hendaklah ada seorang Yang Dipertua, seorang Naib Yang
Dipertua dan seorang Setiausaha bagi Bar Malaysia yang hendaklah
dipilih oleh Majlis Peguam daripada kalangan ahlinya; tetapi tiada
seorang pun Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atau Setiausaha
boleh memegang jawatan selama lebih daripada dua tahun berturut-
turut dan sekiranya berlaku apa-apa kekosongan luar jangka dalam
56
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
jawatan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atau Setiausaha Bar
Malaysia, maka Majlis Peguam hendaklah dalam mesyuaratnya
yang akan datang atau dengan seberapa segera selepasnya memilih
seorang daripada ahlinya bagi mengisi kekosongan itu.
(2) Yang Dipertua atau, jika dia tidak ada, Naib Yang Dipertua,
h e n d a k l a h menjadi Pengerusi Majlis Peguam dan hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat Majlis Peguam dan mesyuarat
Bar Malaysia.
(3) Jika Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua kedua-duanya
tidak ada Majlis Peguam hendaklah memilih seorang Pengerusi
daripada kalangan ahlinya.
Bila seseorang ahli Majlis Peguam kena mengosongkan jawatan
55. Seseorang ahli Majlis Peguam hendaklah mengosongkan
jawatannya jika--
(a) dia telah dipotong daripada Daftarai atau digantung daripada
menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan
peguam cara; atau
(b) dia menjadi bankrap atau tidak solven atau membuat
k o m p o s i s i dengan mana-mana pemiutang atau
menggunakan atau cuba menggunakan faedah mana-mana
undang-undang bertulis untuk melikuidasi aset atau hal
ehwalnya; atau
(c) dia menjadi tidak sempurna akal; atau
(d) dia meletakkan jawatannya dalam Majlis; atau
(e) dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis Peguam
berturut-turut tanpa sebab yang munasabah dan Majlis
Peguam membuat ketetapan supaya dia dipecat daripada
jawatan.
Kuasa Majlis
Kuasa dan perbuatan Majlis Peguam
56. Pengurusan Bar Malaysia dan pengurusan wangnya diletak
hakkan yang tidak dibenarkan, diarah akan dikehendaki dengan
nyata oleh pada Majlis Peguam; dan semua kuasa, perbuatan atau
57
Profesion Undang-Undang
perkara yang tidak dibenarkan, diarah atau dikehendaki dengan
nyata oleh Akta ini supaya dijalankan atau dilakukan oleh Bar
Malaysia dalam mesyuarat agung boleh, tertakluk kepada Akta ini
atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau apa-apa
ketetapan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Bar Malaysia
dalam mesyuarat agung, dijalankan atau dilakukan oleh Majlis
Peguam:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa ketetapan Bar Malaysia
boleh membatalkan apa-apa kuasa yang telah dijalankan atau apa-
apa perbuatan atau perkara yang telah dilakukan terdahulu oleh
Majlis Peguam yang mungkin telah sah sekiranya ketetapan itu
tidak diluluskan.
Kuasa tertentu Majlis Peguam
57. Tanpa menjejaskan kuasa am yang diberikan oleh seksyen 56
atau kuasa tertentu untuk membuat kaedah-kaedah yang diberikan
oleh mana-mana peruntukan lain Akta ini Majlis Peguam mempunyai
kuasa--
(a) membuat kaedah-kaedah bagi mengadakan peruntukan
bagi semua perkara yang tidak dikhaskan dengan nyata
kepada Bar Malaysia dalam mesyuarat agung sama ada
perkara itu dinyatakan antara kuasanya atau tidak;
(b) menjawab soalan yang menyentuh amalan dan kesopanan
profesion undang-undang dan kelakuan ahli;
(c) mengambil endah akan apa-apa perkara yang menyentuh
Bar Malaysia atau kelakuan profesional ahlinya dan
membawa ke dalam mana-mana mesyuarat agung Bar
Malaysia apa-apa perkara yang difikirkannya material
kepada Bar Malaysia atau kepada kepentingan profesion
dan membuat apa-apa syor dan mengambil apa-apa tindakan
s e b a g a i m a n a yang difikirkannya patut berhubung
dengannya;
(d) memeriksa dan jika difikirkannya patut membuat laporan
mengenai undang-undang semasa atau undang-undang
yang dicadangkan dan apa-apa perkara undang-undang
yang lain;
(e) mewakili ahli Bar Malaysia atau mana-mana bahagiannya
atau seseorang ahlinya yang tertentu dalam apa-apa perkara
yang perlu atau suai manfaat;
58
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(f) dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada
Bar Malaysia dalam mesyuarat agung, memberi hadiah
dan biasiswa untuk pelajar undang-undang dan menetapkan
syarat bagi pemberiannya;
(g) melantik pegawai, kerani, ejen dan pekhidmat untuk
perkhidmatan tetap, sementara atau khas sebagaimana
yang difikirkannya patut dan munasabah dari semasa ke
s e m a s a dan menentukan kewajipan dan tempoh
perkhidmatan mereka;
(h) membeli, menyewa atau selainnya memperoleh dan
melengkapkan dengan perabot premis yang sesuai untuk
kegunaan Bar Malaysia;
(i) berhubung dari semasa ke semasa dengan pertubuhan
seumpamanya yang lain dan dengan ahli profesion undang-
undang di tempat lain bagi maksud memperoleh dan
menyampaikan maklumat mengenai semua perkara yang
mungkin berfaedah atau memberi minat kepada ahli;
(j) memula, menjalankan, membela, mengkompaun atau
meninggalkan apa prosiding undang-undang oleh atau
terhadap Bar Malaysia atau pegawainya atau selainnya
b e r k e n a a n dengan hal ehwal Bar Malaysia dan
mengkompaun dan memberi masa untuk membayar atau
menunaikan apa-apa hutang yang kena dibayar atau apa-
apa tuntutan atau permintaan yang dibuat oleh atau terhadap
Bar Malaysia;
(k) melabur dan menguruskan apa-apa wang Bar Malaysia
dari semasa ke semasa dalam sekuriti yang dibenarkan
untuk pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-
undang bertulis;
(l) dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan wang
melalui overdraf bank atau selainnya dengan mengeluarkan
debentur atau apa-apa sekuriti lain yang berasaskan semua
atau mana-mana harta dan hak Bar Malaysia atau tanpa
mana-mana sekuriti itu dan atas apa-apa terma tentang
keutamaan atau selainnya sebagaimana yang difikirkan
patut oleh Majlis Peguam; dan
(m) menjalankan apa-apa kuasa, keistimewaan dan budi bicara
sebagaimana yang tidak dikehendaki secara nyata dan
eksklusif oleh Akta ini dijalankan oleh ahli Bar Malaysia
dalam mesyuarat agung.
59
Profesion Undang-Undang
Pelantikan Jawatankuasa
58. (1) Majlis Peguam boleh melantik satu jawatankuasa atau
lebih bagi apa-apa maksud am atau apa-apa maksud tertentu
sebagaimana yang pada pendapat Majlis Peguam boleh dikawal
selia atau diurus dengan lebih baik dengan cara sesuatu jawatankuasa
dan Majlis Peguam boleh mewakilkan kepada sesuatu jawatankuasa
yang dilantik sedemikian, dengan atau tanpa sekatan atau syarat,
penjalanan apa-apa fungsi Majlis Peguam.
(2) Bilangan dan tempoh jawatan ahli jawatankuasa yang dilantik
di bawah seksyen ini, dan bilangan ahli ini yang perlu untuk
menjadi sesuatu kuorum, hendaklah ditetapkan oleh Majlis Peguam
dan melainkan jika ditetapkan sedemikian bilangannya tidak boleh
kurang daripada tiga.
(3) Sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini
boleh termasuk orang yang bukan ahli Majlis Peguam.
(4) Majlis Peguam tidak boleh mewakilkan kepada sesuatu
jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini mana-mana daripada,
fungsinya melainkan jika sekurang-kurangnya dua per tiga daripada
ahli jawatankuasa itu (termasuk Pengerusinya) ialah ahli Majlis.
Hak memeriksa fail dan salinan prosiding kebankrapan
59. Majlis Peguam berhak, tanpa membayar apa-apa fi, memeriksa
fail prosiding kebankrapan yang berhubungan dengan mana-mana
p e g u a m bela dan peguam cara yang terhadapnya prosiding
kebankrapan telah diambil, dan berhak diberi salinan pejabat atau
yang diperakui prosiding itu dengan membayar bayaran yang biasa
dikenakan bagi salinan itu.
Kuasa Majlis Peguam menerima hadiah
60. (1) Majlis Peguam boleh bagi pihak Bar Malaysia menerima
dengan cara pemberian, hadiah, pemberian berwasiat atau dengan
apa-apa cara lain harta atau wang bagi membantu kewangan atau
tujuan Bar Malaysia atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh
Majlis Peguam.
60
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(2) Daftar hendaklah disimpan bagi semua derma kepada Bar
Malaysia termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang
dengannya sesuatu derma telah diberi.
(3) Semua harta, wang atau kumpulan wang yang didermakan
kepada Bar Malaysia bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah,
tertakluk kepada undang-undang yang berhubungan dengan khairat,
diguna dan ditadbirkan mengikut maksud yang ia telah didermakan
dan hendaklah diperakaun secara berasingan.
Pewakilan dalam mahkamah
61. Bar Malaysia boleh diwakili atau hadir dalam mana-mana
mahkamah oleh atau melalui mana-mana peguam bela dan peguam
cara sama ada dia ahli Majlis Peguam atau bukan.
Penjalanan Majlis Peguam
Mesyuarat Majlis
62. (1) Majlis Peguam boleh memutuskan untuk memanggil sesuatu
mesyuarat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan dengan
seberapa kerap yang perlu, dan Pengerusi Majlis Peguam dengan
kehendaknya sendiri atau dengan permintaan secara bertulis daripada
t i d a k kurang daripada satu setengah daripada ahlinya boleh
memanggil sesuatu mesyuarat tergempar Majlis Peguam untuk
menimbangkan apa-apa perkara yang mustahak.
(2) Sembilan orang ahli yang hadir sendiri dalam mana-mana
mesyuarat Majlis Peguam menjadi suatu kuorum bagi menjalankan
apa-apa urusan.
(3) Sesuatu keputusan bilangan terbesar ahli Majlis Peguam
yang hadir dan mengundi dalam mana-mana mesyuarat Majlis
Peguam hendaklah disifatkan sebagai keputusan Majlis Peguam.
(4) Dalam mana-mana mesyuarat Majlis Peguam Pengerusi
hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5) Tertakluk kepada apa-apa kaedah Bar Malaysia, Majlis Peguam
boleh mengawal selia penjalanannya sendiri dan khususnya mengenai
mengadakan mesyuarat, notis yang hendak diberikan tentang apa-
apa mesyuarat, penjalanan mesyuarat itu, penyimpanan minit dan
penjagaan, pengemukaan dan pemeriksaan minit itu.
61
Profesion Undang-Undang
Belanja ahli
63. Tiada fi boleh dibayar kepada mana-mana ahli Majlis Peguam
tetapi belanja perjalanan yang dilakukan oleh seseorang ahli
berhubung dengan hal ehwal Bar Malaysia boleh dibayar ganti
kepadanya daripada kumpulan wang Bar Malaysia.
Mesyuarat Agung Bar Malaysia
Mesyuarat agung tahunan
64. (1) Majlis Peguam hendaklah pada setiap tahun memanggil
suatu mesyuarat agung tahunan Bar Malaysia untuk diadakan sebelum
1 April.
(2) Majlis Peguam hendaklah menyebabkan supaya disediakan
dan dikemukakan kepada mesyuarat agung tahunan--
(a) suatu laporan mengenai aktiviti Bar Malaysia sepanjang
tempoh jawatannya; dan
(b) akaun yang betul, yang telah diaudit dengan sempurna,
bagi semua wang, harta dan aset Bar Malaysia bagi dua
belas bulan yang berakhir pada 31 Disember sebelum
sahaja mesyuarat agung itu.
Mesyuarat agung
65. (1) Majlis Peguam boleh memanggil sesuatu mesyuarat agung
Bar Malaysia selain mesyuarat agung tahunan pada bila-bila masa
yang difikirannya suai manfaat atau perlu.
(2) Mana-mana lima puluh orang ahli Bar Malaysia boleh bila-
bila masa meminta diadakan suatu mesyuarat agung dengan notis
bertulis bagi maksud itu yang ditandatangani oleh mereka dan
disampaikan kepada Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atau
Setiausaha Bar Malaysia; dan Majlis Peguam hendaklah memanggil
suatu mesyuarat agung untuk diadakan dalam masa tiga puluh hari
selepas notis itu disampaikan.
(3) Notis bertulis itu hendaklah menyatakan tujuan mesyuarat
yang dicadangkan itu.
62
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(4) Jika Majlis Peguam tidak memanggil mesyuarat agung
mengikut permintaan dalam masa tiga puluh hari selepas permintaan
itu disampaikan, ahli yang meminta diadakan mesyuarat agung itu
bolehlah memanggil mesyuarat agung itu dalam masa enam puluh
hari selepas penyampaian itu.
( 5 ) J i k a mana-mana ahli Bar Malaysia berhasrat untuk
mencadangkan sesuatu usul untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat
agung tahunan atau mesyuarat agung lain yang akan dipanggil di
bawah seksyen ini, dia hendaklah tidak kurang daripada tujuh hari
sebelum tarikh mesyuarat itu menyampaikan notis usul itu secara
bertulis kepada Setiausaha Bar Malaysia.
Mengundi
66. (1) Pada tiap-tiap mesyuarat agung selain mesyuarat agung
tahunan, tiap-tiap ahli yang hadir hendaklah mempunyai satu undi
dan Pengerusi mesyuarat itu hendaklah mempunyai suatu undi
pemutus.
Kuorum
67. (1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat agung Bar Malaysia ialah
satu per lima daripada jumlah bilangan ahli Bar Malaysia yang
hadir sendiri atau apa-apa bilangan yang lebih banyak sebagaimana
yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah yang dibuat menurut
perenggan 42(2)(d); dan tiada apa-apa urusan boleh dijalankan
dalam sesuatu mesyuarat agung melainkan jika ada cukup kuorum
apabila mesyuarat itu bertindak menjalankan urusannya.
(2) Mana-mana mesyuarat agung, sama ada dipanggil atas
permintaan ahli menurut subseksyen 65(2) atau dipanggil menurut
subseksyen 65(4), hendaklah dibubarkan jika tidak ada kuorum
d a l a m masa setengah jam dari masa yang ditetapkan untuk
mengadakan mesyuarat.
(3) Apa-apa persoalan dalam mesyuarat agung Bar Malaysia
hendaklah diputuskan dengan undi tidak kurang daripada dua per
tiga daripada bilangan ahli yang hadir dan mengundi.
63
Profesion Undang-Undang
Jawatankuasa Bar Negeri
Gabungan Bar--Jawatankuasa Bar Negeri
68. (1) Dalam Bahagian ini--
"gabungan Bar" ertinya suatu Bar Negeri yang menggabungkan
semua ahli dalam mana-mana dua Negeri atau lebih dan diiktiraf
sebagai sedemikian di bawah seksyen 69.
(2) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang ahli Bar Negeri disifatkan
sebagai menjalankan amalan di suatu Negeri jika dia biasanya
menjalankan amalan di Negeri itu. Pendapat Jawatankuasa Bar
Negeri ialah keterangan prima facie bahawa ahli itu biasanya
menjalankan amalan di Negeri itu.
(3) Seseorang ahli boleh biasanya menjalankan amalan dalam
lebih daripada sebuah Negeri dan semua ahli yang menjalankan
amalan dalam Wilayah Persekutuan boleh disifatkan sebagai ahli
Bar Negeri Selangor.
(4) Ahli yang menjalankan amalan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur hendaklah berhak menubuhkan bar yang berasingan bagi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Bar
Kuala Lumpur. Keputusan untuk mengadakan bar yang berasingan
hendaklah dibuat melalui undi majoriti ahli yang hadir dalam
mesyuarat agung yang dipanggil bagi maksud ini.
(5) Pada masa penubuhan Bar Kuala Lumpur mana-mana ahli
yang telah membayar yuran tahunan bagi tahun kalendar itu kepada
Jawatankuasa Bar Negeri Selangor tidak dikehendaki membayar
satu lagi yuran tahunan bagi tahun yang sama kepada Jawatankuasa
Bar Kuala Lumpur.
(6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar
Selangor dan Wilayah Persekutuan, hendaklah, apabila tertubuhnya
Bar Kuala Lumpur, dibahagikan antara Bar Negeri Selangor dengan
Bar Kuala Lumpur menurut kadar keahlian masing-masing dalam
keahlian Bar gabungan terdahulu.
64
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Gabungan ahli sebagai Bar Negeri
69. Gabungan mana-mana sepuluh orang ahli atau lebih dalam
sebuah Negeri atau gabungan mana-mana sepuluh orang ahli atau
lebih dalam dua buah Negeri atau lebih bagi maksud Bahagian IV
Ordinan hendaklah diiktiraf sebagai suatu Bar Negeri bagi maksud
Akta ini dengan syarat bahawa tidak kurang daripada sepuluh
orang daripada ahli itu yang mewakili Bar Negeri itu telah
menjalankan amalan dalam Negeri atau Negeri-negeri yang berkaitan
itu dalam sepanjang tempoh dua belas bulan sebaik sebelum
permulaan kuat kuasa Akta ini.
Mesyuarat agung tahunan Bar Negeri
70. (1) Sebelum 1 Mac pada setiap tahun, Setiausaha setiap Bar
Negeri hendaklah memanggil semua ahli Bar Negeri ke suatu
mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan dalam bulan itu
pada waktu dan di tempat yang akan ditetapkan olehnya. Hanya
ahli Bar Negeri itu sahaja berhak menghadiri dan mengundi dalam
mesyuarat itu.
(1A) Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah menyebabkan disediakan
dan dibentangkan di mesyuarat agung tahunan--
(a) suatu laporan tentang aktiviti Bar Negeri selama tempoh
jawatannya; dan
(b) akaun yang sempurna, yang telah diaudit sewajarnya,
bagi segala wang, harta dan aset Bar Negeri bagi dua
belas bulan yang berakhir pada 31 Disember sebelum
sahaja mesyuarat agung itu.
( 2 ) P a d a tiap-tiap mesyuarat agung tahunan, Pengerusi
Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah mempengerusikan mesyuarat
dan sekiranya dia tidak hadir, ahli yang paling kanan yang sanggup
hendaklah mempengerusikannya dan kuorum ialah satu pertiga
daripada jumlah bilangan ahli Bar Negeri itu. Jika tidak ada kuorum
d a l a m masa setengah jam dari masa yang ditetapkan untuk
mengadakan mesyuarat itu, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
ke hari yang sama dalam minggu yang berikutnya pada masa dan
di tempat yang sama melainkan jika ahli diberitahu selainnya oleh
Jawatankuasa Bar Negeri.
65
Profesion Undang-Undang
(3) Apa-apa persoalan dalam mesyuarat itu hendaklah diputuskan
dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilangan
ahli yang hadir dan mengundi dan ahli yang mempengerusikan
mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
(4) Mesyuarat itu hendaklah memilih daripada kalangan ahli
Bar Negeri itu seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada empat
dan tidak lebih daripada enam orang ahli untuk menjadi Jawatankuasa
Bar Negeri.
(5) Pengerusi dan ahli jawatankuasa yang dipilih sedemikian
hendaklah memegang jawatan sehingga tamatnya mesyuarat agung
tahunan Bar Negeri itu yang akan datang.
(6) Tiap-tiap Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah melantik seorang
Setiausaha yang hendaklah seorang Ahli Bar Negeri.
(7) Selepas pemilihan Jawatankuasa Bar Negeri mesyuarat itu
hendaklah memilih seorang ahli Bar Negeri (yang tidak semestinya
anggota Jawatankuasa Bar Negeri) untuk mewakili Bar Negeri
dalam Majlis Peguam:
Dengan syarat bahawa jika Pengerusi Jawatankuasa Bar Negeri
yang dipilih menurut subseksyen (4) adalah juga Yang Dipertua
atau Naib Yang Dipertua Bar Malaysia semasa, mesyuarat itu
hendaklah memilih dua orang ahli dan bukannya seorang di bawah
subseksyen ini.
(7A) Jika kerana apa-apa sebab seseorang ahli yang dipilih di
bawah subseksyen (7) mengosongkan jawatan, Jawatankuasa Bar
Negeri hendaklah melantik seorang ahli lain Bar Negeri itu untuk
mengambil tempatnya dan ahli yang dilantik itu hendaklah memegang
jawatan selama baki tempoh jawatan ahli yang digantikannya itu.
(8) Pengerusi Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah memberitahu
Pendaftar dan Setiausaha Bar Malaysia tentang nama orang yang
dipilih dan dilantik masing-masing sebagai Pengerusi, ahli dan
Setiausaha Jawatankuasa Bar Negeri itu dan nama orang yang
dipilih sebagai wakil Bar Negeri itu dalam Majlis Peguam.
(9) Setiausaha Bar Malaysia hendaklah dalam bulan Oktober
pada setiap tahun menghantar kepada semua Penolong Pendaftar
dalam setiap Negeri suatu senarai semua wakil yang dipilih untuk
mewakili Bar Negeri dalam Majlis Peguam; dan senarai itu hendaklah
diadakan untuk diperiksa oleh semua ahli tanpa bayaran.
66
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Mesyuarat agung Bar Negeri
70A. (1) Tiap-tiap Jawatankuasa Bar Negeri boleh memanggil suatu
mesyuarat agung Bar Negeri selain mesyuarat agung tahunan pada
b i l a - b i l a masa yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh
Jawatankuasa Bar .
(2) Kuorum dalam tiap-tiap mesyuarat sedemikian hendaklah
satu pertiga daripada jumlah semua ahli Bar Negeri.
(3) Mana-mana sepuluh orang ahli Bar Negeri atau satu pertiga
daripada bilangan ahli Bar Negeri mengikut mana-mana yang lebih
besar boleh pada bila-bila masa meminta diadakan mesyuarat agung
melalui notis bertulis bagi maksud itu yang ditandatangani oleh
m e r e k a dan disampaikan kepada Pengerusi atau Setiausaha
Jawatankuasa Bar Negeri dan Jawatankuasa Bar Negeri itu hendaklah
memanggil suatu mesyuarat agung untuk diadakan dalam masa
tiga puluh hari selepas notis itu disampaikan.
(4) Notis bertulis itu hendaklah menyatakan tujuan mesyuarat
yang dicadangkan itu.
(5) Jika Jawatankuasa Bar Negeri tidak dapat mengadakan
mesyuarat agung mengikut permintaan itu dalam masa tiga puluh
hari selepas permintaan itu disampaikan, ahli yang meminta diadakan
mesyuarat itu boleh memanggil mesyuarat agung itu dalam masa
enam puluh hari selepas permintaan itu disampaikan.
(6) Mana-mana mesyuarat agung yang dipanggil di bawah
subseksyen (3) atau (5) hendaklah dibubarkan jika tidak ada kuorum
d a l a m masa setengah jam dari masa yang ditetapkan untuk
mengadakan mesyuarat.
(7) Pada tiap-tiap mesyuarat agung tiap-tiap ahli yang hadir
mempunyai satu undi dan Pengerusi mesyuarat itu mempunyai
undi pemutus.
( 8 ) A p a - a p a persoalan dalam mesyuarat itu hendaklah
diputuskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli yang hadir
dan mengundi.
67
Profesion Undang-Undang
Pemisahan gabungan Bar
71. (1) Jika bilangan ahli dalam setiap Negeri yang menubuhkan
suatu gabungan Bar lebih daripada sepuluh, ahli Bar bagi sesuatu
Negeri boleh, dalam mana-mana mesyuarat agung yang dipanggil
bagi maksud itu, meluluskan dengan undi terbanyak ahli yang
hadir dan mengundi suatu ketetapan supaya gabungan Bar itu
dipisahkan.
(2) Satu bulan selepas diluluskan ketetapan itu, gabungan Bar
itu hendaklah dipisahkan, dan ahli dalam setiap Negeri yang
menubuhkan gabungan Bar itu hendaklah selepas itu menubuhkan
suatu Bar Negeri yang berasingan.
(3) Pengerusi mesyuarat yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah melaporkan kelulusan apa-apa ketetapan kepada Pendaftar
dan kepada Majlis Peguam.
( 4 ) J i k a bilangan ahli dalam satu daripada Negeri yang
menubuhkan suatu gabungan Bar tidak lebih daripada sepuluh,
ahli Bar bagi Negeri itu boleh memisahkan diri mereka daripada
ahli Bar bagi Negeri yang satu lagi itu jika--
(a) bilangan ahli dalam Negeri yang satu lagi itu lebih daripada
sepuluh; dan
(b) ahli Bar bagi Negeri yang pertama disebut itu telah
mendapat suatu Negeri lain yang ahli Barnya telah
menyatakan kemahuan mereka dengan undi lebih suara
ahlinya dalam suatu mesyuarat agung untuk bergabung
dengan ahli Bar bagi Negeri yang pertama disebut itu.
(c) (Dipotong oleh Akta A567).
(5) Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandis
bagi pemisahan sesuatu gabungan Bar yang dilakukan menurut
subseksyen (4).
(6) Jika pemisahan berlaku menurut peruntukan seksyen ini,
aset Bar gabungan terdahulu hendaklah dibahagikan sebagaimana
diperuntukkan dalam subseksyen 68(6) mutatis mutandis.
68
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Mesyuarat Jawatankuasa Bar Negeri
72. (1) Setiap Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah bermesyuarat
pada waktu dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.
(2) Setiap Jawatankuasa Bar Negeri hendaklah mengawal selia
penjalanannya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut;
kecuali kuorumnya tidak boleh kurang daripada tiga orang ahli
yang hadir sendiri:
D e n g a n syarat bahawa suatu ketetapan yang diedar dan
ditandatangani oleh tidak kurang daripada tiga orang ahlinya atau
oleh semua ahlinya yang berada di Malaysia mengikut mana-mana
yang banyak pada tarikh lulusnya ketetapan itu hendaklah disifatkan
sebagai telah diluluskan dalam suatu mesyuarat Jawatankuasa Bar
Negeri yang diadakan dengan sempurna.
Kuasa Jawatankuasa Bar Negeri
73. Setiap Jawatankuasa Bar Negeri mempunyai kuasa yang
berikut--
(i) untuk melevi yuran daripada ahlinya dalam mana-mana
satu tahun amaun tidak melebihi satu ratus ringgit daripada
s e t i a p ahli melainkan jika telah dipersetujui oleh
J a w a t a n k u a s a Bar Negeri dalam mesyuarat agung
tahunannya bahawa yuran itu hendaklah lebih daripada
satu ratus ringgit; dan yuran hendaklah dibayar pada setiap
tahun kepada Jawatankuasa Bar Negeri yang berkenaan
oleh setiap peguam bela dan peguam cara pada atau sebelum
30 Jun;
(ii) untuk memajukan dan menjaga kepentingan peguam bela
dan peguam cara yang menjadi ahli Bar Negeri;
(iii) untuk membuat rayuan yang sesuai kepada Bar Malaysia
berkenaan dengan perkara mengenai Bar Negeri;
(iv) untuk melayani dan mengurus perkara yang dari semasa
ke semasa dirujuk kepadanya sama ada secara am atau
secara tertentu oleh Majlis Peguam atau Bar Negeri dalam
mesyuarat agung;
(v) untuk mengadakan kemudahan bagi dan secara am untuk
memajukan kebajikan ahli Bar Negeri;
69
Profesion Undang-Undang
(vi) untuk menyiasat dan mengambil tindakan atas apa-apa
aduan mengenai kelakuan seseorang peguam bela dan
peguam cara atas sifat profesionalnya atau mengenai
kelakuan mana-mana pelatih atau kerani berartikel di
bawah Bahagian VII;
(vii) untuk memilih sebagai ahli Jawatankuasa yang tidak lebih
daripada dua orang ahli Bar Negeri yang tidak mempunyai
hak mengundi dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.
Fi tidak dibenarkan dibayar kepada Jawatankuasa Bar Negeri
74. Tiada apa-apa fi boleh dibayar kepada mana-mana ahli
Jawatankuasa Bar Negeri, kecuali bagi apa-apa belanja perjalanan
yang dilakukan oleh seseorang ahli Jawatankuasa Bar Negeri. Belanja
itu boleh dengan persetujuan Jawatankuasa Bar Negeri dibayar
ganti kepada ahli itu daripada kumpulan wang Jawatankuasa itu.
Kekosongan luar jangka
75. (1) Apa-apa kekosongan luar jangka dalam Jawatankuasa Bar
Negeri hendaklah diisi oleh ahli Jawatankuasa Bar Negeri yang
masih menjadi ahli dengan melantik seseorang ahli Bar Negeri
yang berkenaan itu dan seseorang ahli yang dilantik sedemikian
itu hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh jawatan ahli
yang digantikannya itu.
(2) Walau apa pun apa-apa kekosongan dalam Jawatankuasa
Bar Negeri ahli Jawatankuasa itu yang masih menjadi ahli boleh
bertindak jika cukup kuorum; dan tiada apa-apa perbuatan yang
dilakukan oleh atau di bawah kuasa Jawatankuasa Bar Negeri akan
terbatal oleh sebab sesuatu kecacatan yang didapati kemudiannya
dalam pemilihan atau kelayakan ahli atau seorang daripada mereka.
Am
Nama ahli Majlis dan Jawatankuasa hendaklah disiarkan dalam
Warta
76. (1) Nama ahli Majlis Peguam dan nama Setiausaha Bar Malaysia
dan nama Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Bar Negeri dan nama
70
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Setiausaha yang dilantik oleh mereka termasuklah nama mana-
mana orang yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan
hendaklah disiarkan dalam Warta.
(2) Kecuali dan setakat yang perlu bagi maksud menguatkuasakan
apa-apa ketetapan yang diluluskan atau keputusan yang dibuat,
kerahsiaan hendaklah dipelihara dalam semua prosiding yang
d i j a l a n k a n oleh Majlis Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri,
*Jawatankuasa Penyiasatan dan kakitangannya.
BAHAGIAN VI
AMALAN, KESOPANAN, KELAKUAN DAN TATATERTIB
PROFESIONAL PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA
DAN KERANI
Kuasa membuat kaedah-kaedah mengawal selia amalan, dsb.
77. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa lain untuk membuat
kaedah-kaedah yang diperuntukkan di bawah Akta ini, Majlis Peguam
boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah
bagi mengawal selia amalan, kesopanan, kelakuan dan tatatertib
profesional peguam bela dan peguam cara.
(2) Mana-mana kaedah yang dibuat menurut seksyen ini tidak
boleh mula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.
(3) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang tidak
mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini
boleh dikenakan prosiding tatatertib.
(4) Peguam Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,
boleh membuat apa-apa ubah suaian sebagaimana difikirkannya
perlu kepada mana-mana kaedah yang dibuat dan disiarkan di
bawah seksyen ini sebelum mula berkuat kuasa subseksyen ini.
Kuasa membuat kaedah-kaedah tertentu
78. (1) Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah--
(a) memperuntukkan pembukaan dan penyimpanan akaun di
bank oleh peguam bela dan peguam cara bagi wang klien;
*CATATAN--lihat catatan mengenai "Jawatan kuasa Tatatertib" atau "Jawatankuasa Penyiasatan" di
perenggan 33(1)(d).
71
Profesion Undang-Undang
(b) memperuntukkan penyimpanan oleh peguam bela dan
peguam cara akan akaun yang mengandungi butir-butir
dan maklumat tentang wang yang diterima, dipegang atau
dibayar oleh mereka untuk atau bagi pihak klien mereka;
dan
(c) memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengambil
tindakan yang perlu untuk membolehkan ia menentukan
sama ada kaedah-kaedah itu dipatuhi atau tidak.
(2) Majlis Peguam hendaklah juga membuat kaedah-kaedah--
(a) memperuntukkan pembukaan dan penyimpanan oleh tiap-
tiap peguam bela dan peguam cara yang menjadi seorang
pemegang amanah tunggal, atau yang menjadi pemegang
amanah bersama dengan seorang atau lebih pekongsi,
kerani atau pekhidmatnya akan sesuatu akaun di sesuatu
bank bagi wang apa-apa amanah yang baginya dia ialah
pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama;
(b) memperuntukkan pembukaan oleh tiap-tiap peguam bela
dan peguam cara itu akan akaun yang mengandungi butir-
butir dan maklumat tentang wang yang diterima, dipegang
atau dibayar olehnya untuk atau bagi pihak apa-apa amanah
itu; dan
(c) memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengambil
apa-apa tindakan yang perlu untuk membolehkan ia
menentukan sama ada kaedah-kaedah itu dipatuhi atau
tidak.
( 3 ) ( a ) K a e d a h - k a e d a h yang dibuat di bawah seksyen ini
hendaklah membuat peruntukan bagi menghendaki seseorang peguam
bela dan peguam cara, dalam apa-apa hal yang ditetapkan oleh
kaedah-kaedah itu, sama ada--
(i) menyimpan secara deposit dalam suatu akaun berasingan
dalam suatu bank bagi faedah wang klien yang diterima
untuk atau bagi pihak seseorang klien jika klien itu meminta
sedemikian; atau
(ii) membayar kepada klien dengan wangnya sendiri sejumlah
yang sama banyaknya dengan bunga yang mungkin telah
terakru jika wang yang diterima sedemikian telah disimpan
secara deposit.
72
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(b) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana
kaedah yang dibuat menurut seksyen ini, seseorang peguam
bela dan peguam cara tidak bertanggungan oleh sebab
perhubungan antara peguam bela dan peguam cara dengan
klien memperakaunkan kepada mana-mana klien bunga
yang diterima olehnya bagi wang yang dideposit di sesuatu
bank iaitu wang yang diterima atau dipegang untuk atau
bagi pihak kliennya pada amnya.
(c) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini, atau dalam mana-
mana kaedah yang dibuat menurut seksyen ini, boleh--
(i) menyentuh sesuatu perkiraan secara bertulis, bila-
bila jua dibuat, antara seseorang peguam bela dan
peguam cara dengan kliennya tentang penggunaan
wang klien itu atau bunganya;
(ii) terpakai bagi wang yang diterima oleh seseorang
peguam bela dan peguam cara iaitu wang yang
tertakluk kepada suatu amanah yang dia ialah
pemegang amanahnya.
(4) Apa-apa kaedah yang dibuat menurut seksyen ini tidak boleh
mula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.
(5) Prosiding tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana peguam
bela dan peguam cara yang tidak mematuhi mana-mana kaedah
yang dibuat di bawah seksyen ini.
(6) Dalam seksyen ini, perkataan "amanah" dan "pemegang
amanah" meliputi amanah yang tersirat dan amanah konstruktif
dan meliputi kes yang pemegang amanah mempunyai kepentingan
benefisial atas harta amanah itu dan meliputi kewajipan yang
bersampingan dengan jawatan seseorang wakil diri, dan "pemegang
amanah" jika konteks ayatnya membenarkan, termasuklah seorang
wakil diri.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengenai tanggung rugi
profesional
78A. (1) Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara,
membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan pengambilan tanggung
rugi profesional bagi peguam bela dan peguam cara terhadap apa-
apa kelas liabiliti profesional dan kaedah-kaedah itu boleh bagi
73
Profesion Undang-Undang
maksud mengadakan tanggung rugi itu melakukan semua atau
mana-mana yang berikut:
(a) memberi kuasa Majlis Peguam untuk mengambil dan
menyenggara insurans atas nama Bar Malaysia dengan
mana-mana orang yang dibenarkan oleh undang-undang
untuk menjalankan perniagaan insurans liabiliti profesional
atau perniagaan insurans kerugian wang dan meliputi
tiap-tiap peguam bela dan peguam cara yang menjalankan
amalan;
(b) memberi kuasa Majlis Peguam untuk menubuhkan dan
menyenggara suatu kumpulan wang bagi maksud yang
tersebut terdahulu; atau
(c) menghendaki peguam bela dan peguam cara mengambil
dan menyenggara insurans.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah
yang dibuat di bawah seksyen ini boleh--
(a) menentukan terma dan syarat yang berdasarkannya
tanggung rugi profesional akan boleh didapati;
(b) mengadakan peruntukan bagi pengurusan, pentadbiran
d a n perlindungan mana-mana kumpulan wang yang
ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dan menghendaki
peguam bela dan peguam cara membuat pembayaran kepada
mana-mana kumpulan wang sedemikian;
(c) menghendaki peguam bela dan peguam cara membuat
pembayaran dengan cara premium atas apa-apa polisi
yang diambil di bawah subseksyen (1) dan mengadakan
p e r u n t u k a n bagi prosiding oleh Bar Malaysia atau
penanggung insuransnya terhadap mana-mana peguam
bela dan peguam cara yang gagal berbuat demikian untuk
mendapatkan premium yang berkenaan;
(d) menetapkan syarat yang mesti dipenuhi oleh sesuatu polisi
insurans bagi maksud perenggan (1)(c);
(e) memberi kuasa Majlis Peguam untuk menentukan amaun
apa-apa pembayaran yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah
itu;
74
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(f) menentukan hal keadaan yang jika seseorang peguam
bela dan peguam cara telah gagal untuk mematuhi kaedah-
kaedah itu, prosiding berkenaan dengan apa-apa jumlah
wang yang dibayar melalui tanggung rugi boleh diambil
t e r h a d a p n y a oleh Bar Malaysia atau penanggung
insuransnya;
(g) menetapkan bahawa seseorang peguam bela dan peguam cara
tidak berhak mendapat Sijil Tahunan melainkan jika dia
telah mengambil insurans sebagaimana yang dikehendaki
oleh kaedah-kaedah itu bagi tempoh yang berhubungan
dengan Sijil Tahunan itu;
(h) memberikan kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengambil
apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkannya perlu
atau suai manfaat untuk menentukan dan memastikan
bahawa kaedah-kaedah itu dipatuhi; dan
(i) mengandungi apa-apa peruntukan yang bersifat tatacara,
yang bersampingan atau yang lainnya sebagaimana yang
difikirkan perlu atau suai manfaat bagi maksud kaedah-
kaedah itu.
(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh hak
mana-mana peguam bela dan peguam cara, sebagai tambahan kepada
tanggung rugi yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat
di bawah seksyen ini, untuk menginsuranskan dirinya selanjutnya
terhadap apa-apa kerugian yang berbangkit akibat daripada apa-
apa tuntutan yang mungkin dimulakan terhadapnya.
(4) Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak
boleh berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.
Peguam bela dan peguam cara hendaklah menyerahkan laporan
akauntan
7 9 . ( 1 ) T i a p - t i a p peguam bela dan peguam cara hendaklah,
melainkan jika dikecualikan oleh Majlis Peguam, menyerahkan
kepada Setiausaha Bar Malaysia bersama tiap-tiap permohonan
yang dibuat olehnya bagi suatu Sijil Tahunan suatu laporan yang
ditandatangani oleh seorang akauntan, disebut "laporan akauntan"
dalam seksyen ini.
75
Profesion Undang-Undang
(2) Laporan akauntan hendaklah--
(a) menyatakan bahawa akauntan itu pada mematuhi seksyen
ini dan apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya telah
memeriksa buku, akaun dan dokumen firma peguam bela
dan peguam cara itu bagi apa-apa tempoh perakaunan
yang dinyatakan dalam laporan itu;
(b) menyatakan sama ada akauntan itu berpuas hati atau tidak,
daripada pemeriksaannya akan buku, akaun dan dokumen
yang dikemukakan kepadanya dan daripada maklumat
dan penjelasan yang diberikan kepadanya, bahawa dalam
masa tempoh perakaunan tersebut peguam bela dan peguam
cara itu atau firmanya telah mematuhi apa-apa kaedah
yang dibuat di bawah subseksyen 78 (1);
(c) menyatakan, jika akauntan itu tidak berpuas hati, perkara
yang berkenaan dengannya dia tidak puas hati itu;
(d) mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan oleh
kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawah
seksyen ini; dan
(e) diserahkan kepada Setiausaha Bar Malaysia tidak lebih
daripada dua belas bulan (atau apa-apa tempoh lain
sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang
dibuat di bawah seksyen ini) selepas berakhir tempoh
perakaunan yang dinyatakan dalam laporan itu.
(3) Tertakluk kepada mana-mana kaedah yang dibuat di bawah
seksyen ini, tempoh perakaunan bagi maksud laporan akauntan
adalah--
(a) bermula pada tamatnya tempoh perakaunan yang baru
lalu yang baginya suatu laporan akauntan telah diserahkan
atau dari tarikh peguam bela dan peguam cara mula
menjalankan amalan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b) meliputi tidak kurang daripada dua belas bulan;
(c) tamat tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikh
laporan itu diserahkan kepada Majlis Peguam; dan
(d) jika boleh, selaras dengan perenggan (a), (b) dan (c),
bersamaan dengan suatu tempoh atau tempoh-tempoh
berturut-turut yang baginya akaun peguam bela dan peguam
cara itu atau firmanya biasanya disediakan.
76
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(4) Dalam seksyen ini "akauntan" ertinya juruaudit syarikat
yang diluluskan sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Syarikat,
1965 [Akta 125]. Jika dalam mana-mana hal yang tertentu tidak
ada juruaudit syarikat yang diluluskan menjalankan amalan di
Negeri dimana seseorang peguam bela dan peguam cara biasanya
menjalankan amalan dan Majlis Peguam berpendapat bahawa oleh
sebab kesukaran atau belanja yang terlibat pada memperoleh
perkhidmatan juruaudit syarikat yang diluluskan daripada luar Negeri
itu adalah tidak berpatutan bagi menjangka peguam bela dan peguam
cara itu akan memperoleh perkhidmatannya, Majlis Peguam bolehnya
meluluskan mana-mana juruaudit lain yang pada fikirannya layak
bagi maksud seksyen ini.
(5) Majlis Peguam hendaklah membuat kaedah-kaedah untuk
menguatkuasakan seksyen ini dan tanpa menjejaskan keluasan yang
tersebut di atas kaedah-kaedah itu hendaklah menetapkan jenis
dan takat pemeriksaan yang hendak dibuat oleh akauntan itu akan
buku dan akaun firma seseorang peguam bela dan peguam cara
dan akan apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan tujuan
untuk menyediakan laporan yang hendak diserahkan oleh peguam
bela dan peguam cara itu di bawah seksyen ini.
(6) Apa-apa kaedah itu bolehlah temasuk peruntukan bagi--
(a) membenarkan dalam apa-apa hal keadaan khas yang ditakrif
dalam kaedah-kaedah itu suatu tempoh perakaunan yang
berlainan daripada yang ditentukan dalam subseksyen
(3); dan
(b) mengawal selia apa-apa perkara tentang tatacara atau
perkara yang bersampingan, atau berkaitan atau yang
menjadi tambahan kepada seksyen ini.
(7) Apa-apa kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam di bawah
seksyen ini tidak boleh mula berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan
dalam Warta.
(8) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang tidak
mematuhi seksyen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di
bawahnya boleh dikenakan prosiding tatatertib.
77
Profesion Undang-Undang
Kumpulan Wang Pampasan
Kumpulan Wang Pampasan
80. (1) Bar Malaysia hendaklah menyenggara dan mentadbirkan
mengikut seksyen ini suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai
"Kumpulan Wang Pampasan".
(2) Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah pada
setiap kali dia memohon Sijil Tahunan membayar pada Bar Malaysia
suatu caruman sebanyak yang ditentukan oleh Majlis Peguam dari
semasa ke semasa dan Bar Malaysia hendaklah membayar caruman
itu kepada Kumpulan Wang itu:
Dengan syarat bahawa seseorang peguam bela dan peguam cara
yang memohon Sijil Tahunan dikehendaki membayar hanya setengah
sahaja daripada caruman yang ditentukan sedemikian itu jika sijil
amalan yang dia bercadang memohon itu sah selama kurang daripada
enam bulan.
(3) Bar Malaysia boleh melaburkan apa-apa wang daripada
Kumpulan Wang itu yang tidak dikehendaki dengan segera untuk
apa-apa maksud lain dan, bagi maksud seksyen ini, Bar Malaysia
adalah mempunyai semua kuasa pemegang amanah di bawah mana-
mana undang-undang bertulis.
(4) Bar Malaysia boleh bagi maksud Kumpulan Wang itu
m e m i n j a m daripada mana-mana pemberi pinjam dan boleh
menggadaikan mana-mana pelaburan Kumpulan Wang itu sebagai
sekuriti bagi pinjaman itu.
( 4 A ) M a j l i s Peguam, bagi apa-apa maksud Bar Malaysia
sebagaimana difikirkan sesuai oleh Majlis Peguam, boleh meminjam
wang daripada Kumpulan Wang, dan berkenaan dengan apa-apa
wang yang dipinjam itu, hendaklah membayar faedah kepada
Kumpulan Wang mengikut kadar prima yang ditetapkan oleh
Persatuan Bank di Malaysia, yang terpakai dari semasa ke semasa.
(5) Bar Malaysia boleh mengambil insuran untuk Kumpulan
Wang itu daripada mana-mana perniagaan insuran berdaftar di
Malaysia bagi apa-apa maksud dan dengan apa-apa terma yang
difikirkan suai manfaat oleh Bar Malaysia.
78
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(6) Hendaklah dibawa kepada kredit Kumpulan Wang itu--
(a) semua caruman tahunan yang dibayar kepada Bar Malaysia
menurut subseksyen (2);
(b) semua bunga, dividen dan pendapatan lain atau apa-apa
tambahan modal yang terbit daripada pelaburan Kumpulan
Wang itu;
(c) hasil daripada penjualan apa-apa pelaburan Kumpulan
Wang itu;
(d) semua wang yang dipinjam bagi maksud Kumpulan Wang
itu;
(e) semua wang yang diterima oleh Bar Malaysia di bawah
apa-apa insuran yang diambil oleh Bar Malaysia di bawah
subseksyen (5); dan
(f) apa-apa wang lain yang mungkin dipunyai oleh atau terakru
kepada Kumpulan Wang itu atau mungkin diterima oleh
Majlis Peguam berkenaan dengan Kumpulan Wang itu.
(7) Semua wang yang dari semasa ke semasa menjadi sebahagian
daripada Kumpulan Wang itu dan semua pelaburan Kumpulan
Wang itu hendaklah digunakan--
(a) untuk membayar apa-apa kos, caj dan belanja bagi
menubuhkan, menyenggara dan mentadbirkan Kumpulan
Wang itu;
(b) untuk membayar apa-apa kos, caj dan belanja Majlis
Peguam pada menentukan sama ada kaedah-kaedah yang
dibuat di bawah seksyen 78 telah dipatuhi, menurut kuasa
yang diberikan oleh kaedah-kaedah itu;
(c) untuk membayar apa-apa premium bagi insuran yang
diambil oleh Bar Malaysia di bawah subseksyen (5);
(d) untuk membayar balik apa-apa wang yang dipinjam oleh
Bar Malaysia dan untuk membayar bunga bagi apa-apa
wang yang dipinjam sedemikian;
(e) untuk membayar apa-apa pemberian yang mungkin dibuat
oleh Bar Malaysia di bawah subseksyen (8); dan
(f) untuk membayar apa-apa wang lain yang kena dibayar
daripada Kumpulan Wang itu menurut kuasa seksyen ini.
79
Profesion Undang-Undang
(8) Jika dibuktikan dengan memuaskan hati Majlis Peguam bahawa
mana-mana orang telah menanggung kerugian akibat kecurangan
di pihak seseorang peguam bela dan peguam cara atau seseorang
kerani atau perkhidmat seseorang peguam bela dan peguam cara
berkenaan dengan amalan peguam bela dan peguam cara itu di
Malaysia sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, atau
berkenaan dengan apa-apa amanah yang baginya peguam bela dan
peguam cara itu ialah seorang pemegang amanah, maka tertakluk
kepada seksyen ini, Bar Malaysia, jika Majlis Peguam fikirkan
patut dan munasabah, boleh membuat suatu pemberian kepada
orang itu daripada Kumpulan Wang itu bagi maksud membantunya
dan meringankan kerugian itu.
(8A) Jika dalam mana-mana tahun tidak ada permohonan dibuat
untuk mendapat pemberian daripada Kumpulan Wang ataupun tidak
ada pemberian dibuat daripada Kumpulan Wang, Majlis Peguam
menurut budi bicaranya boleh memindahkan daripada Kumpulan
Wang segala bunga, dividen dan pertambahan modal lain yang
berbangkit daripada Kumpulan Wang, atau mana-mana bahagian
daripadanya, kepada Kumpulan Wang Bar Malaysia yang ditubuhkan
bagi maksud membeli atau menyenggarakan sesuatu perpustakaan
bagi kegunaan ahli Bar Malaysia.
(9) Sesuatu pemberian boleh dibuat di bawah seksyen ini sama
ada atau tidak peguam bela dan peguam cara itu mempunyai sijil
amalan yang sah pada masa perbuatan kecurangan itu dilakukan,
dan walaupun kemudian daripada perbuatan itu dilakukan peguam
bela dan peguam cara itu telah mati atau namanya telah dikeluarkan
atau dipotong daripada Daftarai atau telah berhenti menjalankan
amalan atau telah digantung daripada menjalankan amalan.
(10) Apabila apa-apa pemberian dibuat oleh Bar Malaysia di
bawah seksyen ini kepada mana-mana orang berkenaan dengan
apa-apa kerugian--
(a) Bar Malaysia hendaklah setakat amaun pemberian itu
disuborgasi kepada semua hak dan remedi yang mungkin
ada pada orang yang kepadanya dibuat pemberian itu
terhadap peguam bela dan peguam cara, kerani atau
perkhidmat itu berkenaan dengan kerugian itu;
(b) orang yang kepadanya pemberian itu dibuat tidak
mempunyai apa-apa hak dengan cara kebankrapan atau
apa-apa prosiding undang-undang lain atau selainnya untuk
menerima apa-apa wang daripada aset peguam bela dan
80
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
peguam cara, kerani atau perkhidmat itu berkenaan dengan
kerugian itu sehingga Kumpulan Wang itu telah dibayar
ganti dengan amaun penuh pemberian itu.
(11) Sebutan dalam perenggan (10)(a) dan (b) mengenai orang
yang kepadanya dibuat pemberian itu atau mengenai peguam bela
dan peguam cara, kerani atau pekhidmat itu hendaklah termasuk,
sekiranya dia mati, tidak solven atau hilang upaya secara lain,
sebutan mengenai wakil dirinya atau mana-mana orang lain yang
mempunyai kuasa untuk mentadbirkan hartanya.
(12) Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan
dengan tatacara yang hendak diikut pada menguatkuasakan seksyen
ini dan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan,
atau berkaitan dengan atau yang menjadi tambahan kepada seksyen
ini atau berkenaan dengan pentadbiran atau perlindungan Kumpulan
Wang itu.
( 1 3 ) P e n d a p a t a n yang didapati daripada Kumpulan Wang
Pampasan itu dikecualikan daripada cukai pendapatan dan semua
cukai lain, dan Kumpulan Wang itu ialah suatu institusi yang
diluluskan bagi maksud seksyen 45 Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] dan pembayaran kepadanya ialah potongan yang wajar
bagi maksud cukai pendapatan pada mengira agregat pendapatan
orang yang membuat pembayaran itu untuk tahun yang berkaitan.
Peguam bela dan peguam cara tidak boleh bertindak sebagai
pesuruhjaya atau penyaksi tanpa sijil
81. Tiada seseorang pun peguam bela dan peguam cara yang
mana ialah seorang pesuruhjaya sumpah atau seorang penyaksi
awam boleh melakukan apa-apa perbuatan sebagai pesuruhjaya
atau penyaksi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan
jika dia mempunyai sijil amalan yang sah.
Peguam bela dan peguam cara dengan sengaja dan dengan
diketahuinya bertindak sebagai ejen
82. (1) Tiada seseorang pun peguam bela dan peguam cara boleh
dengan sengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai ejen
dalam apa-apa jenis prosiding undang-undang atau dalam apa-apa
perkara yang di bawah Akta ini hanya boleh dilakukan oleh seorang
81
Profesion Undang-Undang
peguam bela dan peguam cara yang mempunyai sijil amalan yang
sah untuk peguam bela dan peguam cara lain yang tidak mempunyai
sijil amalan yang sah atau membenarkan namanya digunakan dalam
apa-apa prosiding atau perkara itu bagi pihak atau bagi keuntungan
peguam bela dan peguam cara yang lain itu atau menghantar apa-
apa proses kepada peguam bela dan peguam cara yang lain itu atau
melakukan apa-apa perbuatan lain yang membolehkan peguam
bela dan peguam cara itu hadir, bertindak, menjalankan amalan
atau berbuat sesuatu berupa sebagai menjalankan amalan sebagai
peguam bela dan peguam cara dalam apa-apa prosiding atau perkara
itu.
(2) Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh
memberi kuasa kepada seseorang yang tidak diberi kuasa untuk
mengendalikan apa-apa akaun bank atas namanya atau nama firmanya
dan yang disenggara olehnya atau oleh firmanya berkenaan dengan
amalannya sebagai peguam bela dan peguam cara.
(3) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang telah bertindak
bersalahan dengan subseksyen (1) atau (2) boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
(4) Mana-mana orang yang tidak diberi kuasa yang bertindak
atau menjalankan amalan atau berbuat sesuatu sebagai menjalankan
amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih
dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya.
Peguam bela dan peguam cara tidak boleh mengguna khidmat
seorang bankrap yang belum dilepaskan
83. (1) Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh,
berkaitan dengan amalannya, tanpa persetujuan mahkamah yang
diperoleh atas suatu permohonan melalui saman pemula yang
disampaikan kepada Peguam Negara dan kepada Bar Malaysia,
mengguna khidmat atau menyara mana-mana orang yang dia ketahui
ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan atau yang--
(c) telah dipotong daripada Daftarai selain atas permintaannya
sendiri di mana-mana bahagian Malaysia atau di Singapura
atau di tempat lain dan masih terpotong;
82
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(b) telah digantung daripada menjalankan amalan sebagai
peguam bela dan peguam cara di mana-mana bahagian
Malaysia atau di Singapura atau di tempat lain dan masih
tergantung;
(c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan
kecurangan atau fraud atau telah didapati bersalah atas
suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961
[Akta 57];
(d) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen
15A Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] atau di bawah
Akta ini;
(e) ialah seorang yang berkenaan dengannya telah dibuat
suatu perintah di bawah subseksyen (2); atau
(f) diguna khidmat sebagai pegawai awam:
Dengan syarat bahawa perenggan (f) tidak boleh terpakai bagi
mana-mana pegawai awam yang ialah seorang peguam bela dan
peguam cara atau seorang yang berkelayakan.
(2) Atas permohonan yang dibuat oleh atau bagi pihak Peguam
Negara atau Bar Malaysia, Mahkamah boleh membuat suatu perintah
mengarahkan bahawa, mulai suatu tarikh yang akan dinyatakan
dalam perintah itu, tiada seseorang pun peguam bela dan peguam
cara boleh berkenaan dengan amalannya mengguna khidmat atau
menyara mana-mana orang yang--
(a) telah menjadi suatu pihak dalam apa-apa perbuatan atau
kemungkiran seseorang peguam bela dan peguam cara
yang berkenaan dengannya suatu aduan telah atau mungkin
telah boleh dibuat terhadapnya di bawah Akta ini; atau
(b) telah berkelakuan sedemikian semasa diguna khidmat oleh
seorang peguam bela dan peguam cara hingga, jika dia
telah menjadi seorang peguam bela dan peguam cara,
kelakuannya itu mungkin telah menjadi perkara suatu
aduan terhadapnya di bawah Akta ini.
(3) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah
disampaikan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari
sebelum permohonan itu didengar kepada orang yang berkenaan
dengannya ia dibuat dan kepada majikannya atau majikannya yang
dahulu yang ialah seorang peguam bela dan peguam cara.
83
Profesion Undang-Undang
(4) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)
hendaklah difailkan dalam suatu fail yang dikehendaki disimpan
bagi maksud ini oleh Pendaftar dan fail itu boleh diperiksa oleh
mana-mana peguam bela dan peguam cara tanpa fi.
(5) Sebelum seseorang peguam bela dan peguam cara mengguna
khidmat atau menyara mana-mana orang (selain seorang peguam
bela dan peguam cara atau orang yang berkelayakan) berkenaan
dengan amalannya sebagai demikian, dia hendaklah meminta orang
itu membuat suatu akuan berkanun menyatakan bahawa dia bukan
seorang bankrap yang belum dilepaskan dan bahawa dia tidak
|