|
101
Profesion Undang-Undang
Pertimbangan Lembaga Tatatertib tentang laporan oleh Tribunal
Penyiasatan
1 0 2 . ( 1 ) T r i b u n a l Penyiasatan hendaklah memutuskan dan
mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib mana-mana satu daripada
syor yang berikut:
(a) bahawa penyiasatan formal tidak perlu;
(b) bahawa tiada sebab yang cukup berat wujud bagi
penyiasatan formal tetapi peguam bela dan peguam cara
itu hendaklah diperintahkan membayar penalti; atau
(c) bahawa patut diadakan suatu penyiasatan formal oleh
Jawatankuasa Tatatertib.
(2) Jika Tribunal Penyiasatan dalam laporannya mengesyorkan--
(a) bahawa patut diadakan suatu penyiasatan formal, Lembaga
Tatatertib hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa
Tatatertib; atau
(b) bahawa suatu penyiasatan formal oleh Jawatankuasa
Tatatertib tidak perlu, Lembaga Tatatertib boleh, jika ia
t i d a k bersetuju dengan syor itu, melantik suatu
Jawatankuasa Tatatertib.
(3) Lembaga Tatatertib hendaklah memberitahu peguam bela
dan peguam cara itu dan orang yang membuat permohonan atau
aduan itu tentang cara ia telah memutuskan permohonan atau aduan
itu dan sekiranya keputusannya ialah bahawa suatu penyiasatan
formal tidak perlu, Lembaga Tatatertib hendaklah atas permintaan
orang itu memberinya sebab secara bertulis.
Kuasa Lembaga Tatatertib untuk memerintahkan penalti
103. (1) Jika Lembaga Tatatertib memutuskan bahawa tiada sebab
yang cukup berat wujud bagi membuat sesuatu penyiasatan formal
tetapi memutuskan bahawa peguam bela dan peguam cara itu
hendaklah diperintahkan membayar penalti ia boleh memerintahkan
peguam bela dan peguam cara itu membayar penalti yang tidak
lebih daripada lima ribu ringgit.
( 2 ) S e b e l u m Lembaga Tatatertib membuat perintah bagi
pembayaran penalti di bawah seksyen ini, ia hendaklah memberitahu
102
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
peguam bela dan peguam cara yang berkenaan tentang niatnya
untuk berbuat demikian dan memberinya peluang yang munasabah
untuk didengar.
(3) Jika Lembaga Tatatertib sudah memerintahkan supaya apa-
apa penalti dibayar di bawah seksyen ini oleh seseorang peguam
bela dan peguam cara, penalti itu hendaklah dibayar dalam masa
satu bulan dari tarikh perintah itu dan jika dia ingkar membayarnya,
Lembaga Tatatertib boleh memerintahkan supaya peguam bela dan
peguam cara itu digantung daripada menjalankan amalan sehingga
pembayaran penalti itu dibuat.
Permohonan untuk melantik Jawatankuasa Tatatertib
Jika--
103A.
(a) L e m b a g a Tatatertib memutuskan bahawa hendaklah
diadakan suatu penyiasatan formal; atau
(b) seorang peguam bela dan peguam cara telah disabitkan
atas kesalahan pecah amanah jenayah di bawah seksyen
409 Kanun Keseksaan [Akta 574] atau apa-apa kesalahan
lain yang melibatkan fraud atau kecurangan; atau
(c) peguam bela dan peguam cara itu telah digantung di
bawah subseksyen 94(4) Bahagian ini,
Lembaga Tatatertib hendaklah dengan serta-merta melantik suatu
Jawatankuasa Tatatertib yang akan mendengar dan menyiasat perkara
itu.
Jawatankuasa Tatatertib
1 0 3 B . ( 1 ) L e m b a g a Tatatertib hendaklah melantik suatu
Jawatankuasa Tatatertib untuk menimbangkan, dalam hal apabila
s u a t u Tribunal Penyiasatan telah dilantik, laporan Tribunal
Penyiasatan itu, atau untuk menyiasat dan membuat syor kepada
Lembaga Tatatertib berkenaan dengan hal di bawah seksyen 103A.
(2) Sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada
tiga orang ahli iaitu--
(a) dua orang peguam bela dan peguam cara; dan
(b) satu orang ahli biasa,
yang dilantik daripada Panel Jawatankuasa Tatatertib.
103
Profesion Undang-Undang
(3) Lembaga Tatatertib hendaklah melantik seorang ahli daripada
perenggan (2)(a) menjadi pengerusi Jawatankuasa Tatatertib.
Dapatan Jawatankuasa Tatatertib
103C. (1) Selepas mendengar dan menyiasat apa-apa perkara yang
dirujuk kepadanya, sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah
merekodkan dapatannya berhubung dengan fakta kes itu dan mengikut
fakta itu hendaklah memutuskan dan membuat mana-mana satu
daripada syor yang berikut kepada Lembaga Tatatertib:
(a) bahawa tiada sebab yang cukup berat wujud bagi tindakan
tatatertib;
(b) bahawa walaupun tiada sebab yang cukup berat wujud
bagi tindakan tatatertib peguam bela dan peguam cara itu
patut dicela; atau
(c) bahawa terdapat merit yang cukup dalam aduan itu dan
bahawa peguam bela dan peguam cara itu hendaklah
dikenakan salah satu daripada tindakan tatatertib yang
berikut:
(i) pengenaan denda ke atas peguam bela dan peguam
cara itu bagi apa-apa jumlah yang difikirkan adil
oleh Jawatankuasa Tatatertib;
(ii) penggantungan peguam bela dan peguam cara yang
berkenaan daripada menjalankan amalan selama apa-
apa tempoh yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa
Tatatertib memandangkan hal keadaan itu; atau
(iii) pemotongan peguam bela dan peguam cara yang
berkenaan daripada Daftarai.
Pertimbangan oleh Lembaga Tatatertib tentang laporan
Jawatankuasa Tatatertib
103D. (1) Selepas menimbangkan laporan Jawatankuasa Tatatertib,
Lembaga Tatatertib boleh membuat suatu perintah--
(a) yang mengesahkan syor Jawatankuasa Tatatertib; dan
104
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(b) boleh sama ada menerima syor Jawatankuasa Tatatertib
tentang hukuman yang akan dikenakan atau, dalam kes
luar biasa, mengenakan hukuman yang lebih berat.
(2) Sebelum Lembaga Tatatertib membuat sesuatu perintah dan
m e n g e n a k a n sesuatu hukuman di bawah seksyen ini yang
mengakibatkan hukuman yang lebih berat ia hendaklah memberitahu
peguam bela dan peguam cara yang berkenaan tentang niatnya
untuk berbuat demikian dan memberinya peluang yang munasabah
untuk didengar.
( 3 ) J i k a Lembaga Tatatertib tidak bersetuju dengan syor
Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib hendaklah membuat
apa-apa perintah lain yang difikirkannya adil.
Rayuan daripada keputusan Lembaga Tatatertib
103E. (1) Mana-mana pihak yang terkilan dengan apa-apa keputusan
atau perintah yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib berhak merayu
kepada Mahkamah Tinggi dalam masa sebulan selepas pemberitahuan
keputusan atau perintah yang dimusykilkan itu.
(2) Rayuan itu hendaklah ditetapkan untuk didengar di hadapan
tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi.
(3) Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah
Tinggi berhak merayu kepada Mahkamah Persekutuan dalam masa
satu bulan selepas keputusan Mahkamah Tinggi.
(4) Majlis Peguam boleh atas budi bicaranya mencelah pada
mana-mana peringkat apa-apa rayuan di bawah seksyen ini.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
103F. (1) Lembaga Tatatertib hendaklah, dari semasa ke semasa,
membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia tatacara berkenaan
dengan prosiding tatatertib.
(2) Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini tidak
boleh berkuat kuasa sehingga ia telah disiarkan dalam Warta.
105
Profesion Undang-Undang
Peruntukan kecualian dan peralihan
103G. (1) Penggantian peruntukan yang berhubungan dengan
prosiding tatatertib oleh *Akta ini tidak menyentuh apa-apa
permohonan, aduan atau prosiding tatatertib yang belum diputuskan
pada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini.
(2) Bagi maksud subseksyen (1) Akta ibu yang berhubungan
dengan prosiding tatatertib hendaklah terus berkuat kuasa.
Penubuhan Kumpulan Wang Tatatertib
103H. (1) Bar Malaysia hendaklah menubuhkan, menyenggara dan
mentadbirkan suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai
"Kumpulan Wang Tatatertib".
(2) Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah, pada
setiap kali dia memohon Sijil Tahunan, membayar kepada Bar
Malaysia suatu caruman kepada Kumpulan Wang Tatatertib yang
jumlahnya boleh ditentukan oleh Majlis Peguam dari semasa ke
semasa:
Dengan syarat bahawa jika seseorang peguam bela dan peguam cara
memohon sijil amalan yang sah selama suatu tempoh yang kurang
daripada enam bulan dalam sesuatu tahun kalendar, dia hendaklah
dikehendaki membayar suatu caruman yang merupakan setengah
daripada jumlah yang ditentukan bagi tahun itu.
(3) Segala kos, caj dan perbelanjaan bagi maksud mana-mana
prosiding di bawah Akta ini hendaklah dibayar daripada Kumpulan
Wang Tatatertib itu.
Pembayaran fi, denda, dsb., ke dalam Kumpulan Wang Tatatertib
103I. Hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Tatatertib fi
yang ditetapkan menurut seksyen 140 dan apa-apa denda, penalti,
atau apa-apa bayaran lain yang diperintahkan oleh Lembaga Tatatertib
supaya dibayar.
*CATATAN--Perkataan "Akta ini" merujuk kepada Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan)
1992 [Akta A812].
106
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Kuasa untuk membuat kaedah
103J. Lembaga Tatatertib boleh, dengan berunding dengan Majlis
Peguam dan dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa kaedah
yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan Akta ini dengan
lebih baik.
(Dipotong oleh Akta A567).
104.
Peguam bela dan peguam cara boleh memohon untuk
dikeluarkan namanya daripada Daftarai
105. (1) Mana-mana peguam bela dan peguam cara boleh, tertakluk
kepada seksyen ini dan kepada mana-mana kaedah yang dibuat
bagi maksud itu, memohon kepada Mahkamah supaya namanya
dikeluarkan daripada Daftarai.
(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara usul
pemula dan hendaklah disokong dengan afidavit dalam bentuk
yang ditetapkan dan hendaklah disampaikan kepada Majlis Peguam
tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.
(3) Majlis Peguam boleh bagi sebab yang baik menghendaki
pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat
permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Majlis
Peguam.
(4) Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah didengar
oleh seorang Hakim yang bersidang dalam mahkamah terbuka.
(5) Tiada suatu perintah boleh dibuat atas sesuatu permohonan
di bawah seksyen ini jika Hakim itu berpuas hati bahawa--
(a) tindakan tatatertib masih belum diputuskan terhadap
pemohon itu; atau
(b) kelakuan pemohon itu ialah perkara yang disiasat di bawah
Bahagian ini.
(6) Selepas didengar apa-apa permohonan itu Hakim itu boleh
membuat perintah--
(a) mengarahkan Pendaftar memotong nama pemohon itu
daripada Daftarai; atau
107
Profesion Undang-Undang
(b) menangguhkan pendengaran itu sine die atau kepada apa-
apa tarikh yang difikirkan patut dan munasabah oleh
Hakim itu,
dan apa-apa perintah yang adil bagi pembayaran kos.
Majlis Peguam hendaklah memberitahu Pendaftar akan perintah
yang bertentangan bagi peguam bela dan peguam cara
106. Majlis Peguam hendaklah memberi Pendaftar akan tiap-tiap
perintah yang dibuat di bawah Bahagian ini yang bertentangan
bagi seseorang peguam bela dan peguam cara, dan Pendaftar
hendaklah menyebabkan supaya suatu notis mengenai natijah perintah
itu dicatatkan dalam Daftarai bersetentangan dengan nama peguam
bela dan peguam cara yang berkenaan itu:
Dengan syarat bahawa sesuatu perintah yang berkenaan dengan
kos sahaja tidak perlu dicatatkan sedemikian dalam Daftarai.
Mahkamah Tinggi boleh memasukkan semula peguam bela
dan peguam cara
107. (1) Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya patut dan
m u n a s a b a h , pada bila-bila masa memerintahkan Pendaftar
memasukkan semula dalam Daftarai nama seseorang peguam bela
dan peguam cara yang namanya telah dikeluarkan atau dipotong
daripada Daftarai.
(2) Apa-apa permohonan supaya nama seseorang peguam bela
dan peguam cara dimasukkan semula dalam Daftarai hendaklah
dibuat melalui usul pemula yang disokong dengan afidavit, di
hadapan Mahkamah Tinggi.
(3) Notis usul itu hendaklah disampaikan kepada Majlis Peguam
yang hendaklah diwakili pada waktu usul itu didengar dan hendaklah
mengemukakan di hadapan Mahkamah itu suatu laporan yang
h e n d a k l a h termasuk salinan rekod apa-apa prosiding yang
mengakibatkan nama peguam bela dan peguam cara itu dikeluarkan
atau dipotong daripada Daftarai dan suatu pernyataan apa-apa fakta
yang telah berlaku semenjak nama peguam bela dan peguam cara
108
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftarai dan yang pada
pendapat Majlis itu atau mana-mana ahlinya adalah berkaitan untuk
dipertimbangkan atau disiasat berkenaan dengan permohonan itu.
(4) Pada menjalankan bidang kuasanya di bawah seksyen ini,
Mahkamah Tinggi hendaklah dianggotai oleh tiga orang Hakim.
(5) Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah
Tinggi mempunyai hak merayu ke Mahkamah Persekutuan:
Dengan syarat bahawa Hakim yang membuat keputusan yang
terhadapnya rayuan dibuat tidak boleh menganggotai Mahkamah
Persekutuan.
Kos prosiding di bawah Bahagian ini
108. Kos bagi semua prosiding dan yang bersampingan dengannya
di bawah Bahagian ini adalah mengikut budi bicara Mahkamah
yang mendengar prosiding itu dan boleh termasuk kos bagi Majlis
Peguam, dan kos prosiding di hadapan Tribunal Penyiasatan dan
Jawatankuasa Tatatertib.
Jika orang yang disiasat tidak hadir
109. Jika orang yang kelakuannya disiasat itu tidak hadir di hadapan
Mahkamah, Tribunal Penyiasatan atau Jawatankuasa Tatatertib,
mengikut mana-mana yang berkenaan, penyiasatan atau prosiding
itu boleh dijalankan tanpa apa-apa notis lagi kepada orang itu
apabila penyampaian dibuktikan dengan afidavit atau akuan berkanun
atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh
Mahkamah.
Penerbitan dan dokumen dianggap keterangan bagi fakta yang
dinyatakan di dalamnya
110. (1) Dalam apa-apa prosiding di bawah Bahagian ini apa-apa
penerbitan yang berupa sebagai dicetak di bawah kuasa General
Council of the Bar atau The Law Society of England dan apa-apa
dokumen yang berupa sebagai ditandatangani di bawah kuasa badan
itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, keterangan bagi fakta yang
dinyatakan di dalamnya atau bagi apa-apa kaedah, amalan atau
kelaziman yang terpakai di England sebagaimana dinyatakan di
dalamnya.
109
Profesion Undang-Undang
(2) Apabila orang yang kelakuannya disiasat itu tidak hadir dan
Jawatankuasa Tatatertib mengambil keputusan di bawah seksyen
109 untuk meneruskan penyiasatan itu semasa ketidakhadirannya
dan dalam apa-apa kes lain dengan persetujuan secara bertulis
orang itu, Tribunal Penyiasatan atau Jawatankuasa Tatatertib boleh
sama ada tentang seluruh kes itu atau tentang apa-apa fakta atau
fakta tertentu, meneruskan penyiasatan itu dan bertindak atas
keterangan melalui afidavit atau akuan berkanun.
Tiada tindakan terhadap Jawatankuasa Tatatertib, dsb., kerana
perbuatan yang dilakukan
111. Tiada apa-apa tindakan atau prosiding boleh diambil terhadap
Tribunal Penyiasatan, Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib,
Bar Malaysia atau Majlis Peguam atau mana-mana ahlinya kerana
apa-apa perbuatan atau sesuatu yang dilakukan di bawah Akta ini
melainkan jika dibuktikan kepada Mahkamah bahawa perbuatan
atau sesuatu itu telah dilakukan dengan hati yang tidak suci atau
dengan niat jahat.
BAHAGIAN VIII
SARAAN PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA
Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membeli kepentingan
klien
112. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata dalam
mana-mana undang-undang bertulis, atau oleh kaedah-kaedah yang
dibuat di bawah Akta ini, tiada seseorang pun, peguam bela dan
peguam cara boleh--
(a) membeli atau bersetuju membeli sama ada secara langsung
atau tidak langsung sesuatu kepentingan atau apa-apa
bahagian daripada kepentingan itu hal perkara kliennya
atau hal perkara pihak yang satu lagi dalam guaman,
tindakan atau prosiding bertikaian lain yang sama yang
dibawa atau hendak dibawa atau dipertahankan; atau
(b) membuat apaapa perjanjian yang dengannya dia ditempah
atau diguna khidmat untuk menjalankan apa-apa guaman
atau tindakan atau prosiding bertikaian lain yang mensyarat
atau mencadangkan pembayaran hanya jika guaman,
tindakan atau prosiding itu berjaya.
110
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai
mengesahkan di sisi undang-undang apa-apa pembelian atau
perjanjian yang dilarang oleh subseksyen (1) atau apa-apa pelupusan,
kontrak, penyelesaian, pindahan, penyerahan, urusan atau pindah
milik yang tidak sah terhadap--
(a) Ketua Pengarah Insolvensi di bawah undang-undang yang
berhubungan dengan kebankrapan;
(b) seseorang penyelesai atau penerima di bawah undang-
undang yang berhubungan dengan penggulungan syarikat;
atau
(c) pemiutang dalam apa-apa komposisi.
Jawatankuasa Kos Peguam cara
113. (1) Jawatankuasa Kos Peguam cara hendaklah terdiri daripada
orang yang berikut--
(a) Hakim Besar atau seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang
dinamakan oleh Hakim Besar (dalam seksyen ini disebut
"Hakim Besar atau nomininya");
(b) Peguam Negara atau seorang ahli Jabatan Peguam Negara
yang dinamakan oleh Peguam Negara;
(c) Ketua Pendaftar atau seorang Penolong Kanan Pendaftar
yang dinamakan oleh Ketua Pendaftar;
(d) empat orang peguam bela dan peguam cara yang dinamakan
oleh Majlis Peguam.
( 2 ) J a w a t a k u a s a Kos Peguam cara hendaklah dipanggil
bermesyuarat oleh Hakim Besar atas permintaan mana-mana daripada
ahlinya.
(3) Jawatankuasa Kos Peguam cara atau mana-mana empat orang
daripada ahlinya (Hakim Besar atau nomininya ialah seorang) boleh
membuat perintah am menetapkan dan mengawal selia mengikut
apa-apa cara yang difikirkannya patut dan munasabah saraan peguam
bela dan peguam cara berkenaan dengan urusan bukan bertikaian
dan apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh
membatalkan atau mengubah apa-apa perintah terdahulu yang dibuat
sedemikian.
111
Profesion Undang-Undang
(4) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini, boleh,
berkenaan dengan cara saraan, menetapkan bahawa ia hendaklah
mengikut suatu skil kadar atau komisen atau peratusan, yang berubah-
ubah atau tidak bagi berlainan kelas urusan, atau dengan sejumlah
wang kasar, atau dengan sejumlah wang tetap bagi setiap dokumen
yang disediakan atau diteliti, tidak kira panjangnya, atau dengan
apa-apa cara lain, atau sebahagiannya dengan satu cara dan sebahagian
lagi dengan suatu cara lain, dan boleh mengawal selia jumlah atau
saraan itu dengan merujuk kepada semua atau mana-mana daripada
pertimbangan yang berikut, antara lain pertimbangan:
(a) kedudukan pihak yang baginya peguam bela dan peguam
cara itu bersangkutan dengan urusan itu, sama ada sebagai
penjual atau pembeli, pemberi pajak atau pemegang pajak,
p e n g g a d a i janji atau pemegang gadai janji, dan
seumpamanya;
(b) tempat di mana, dan hal keadaan yang urusan atau mana-
mana bahagiannya dijalankan;
(c) jumlah wang modal atau sewa yang berhubung dengan
urusan itu;
(d) kemahiran, kerja dan tanggungjawab yang terlibat di pihak
peguam bela dan peguam cara itu;
(e) bilangan dan mustahaknya dokumen yang disediakan atau
diteliti, tidak kira panjangnya.
(5) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh membenarkan
dan mengawal selia--
(a) pengambilan oleh peguam bela dan peguam cara daripada
kliennya cagaran, yang ditentukan dengan cara penetapan
atau selainnya, bagi pembayaran apa-apa saraan yang
mungkin kena dibayar kepadanya di bawah perintah itu;
dan
(b) pemberian bunga.
(6) Selagi perintah yang dibuat di bawah seksyen ini berkuat
kuasa, penetapan bil kos peguam bela dan peguam cara berkenaan
dengan urusan bukan bertikaian hendaklah, tertakluk kepada seksyen
121, dikawal selia oleh perintah itu.
(7) Seksyen 136 hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang
dibuat di bawah seksyen ini.
112
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian untuk
saraan daripada klien
114. (1) Sama ada apa-apa perintah berkuat kuasa di bawah seksyen
113 atau tidak, seseorang peguam bela dan peguam cara dan kliennya
boleh, sama ada sebelum atau selepas atau dalam masa peguam
bela dan peguam cara itu menjalankan apa-apa sesuatu urusan
bukan bertikaian, membuat suatu perjanjian tentang saraan peguam
bela dan peguam cara itu berkenaan dengannya:
Dengan syarat bahawa perjanjian itu tidak boleh membuat
peruntukan bagi kos mengikut suatu skil yang lebih rendah daripada
skil yang diperuntukkan oleh apa-apa perintah yang dibuat di bawah
seksyen 113.
(2) Perjanjian itu boleh membuat peruntukan bagi saraan peguam
bela dan peguam cara itu dengan sejumlah wang kasar, atau dengan
komisen atau peratusan, atau dengan gaji, atau selainnya, dan ia
boleh dibuat atas terma bahawa amaun saraan yang dijanjikan di
dalam perjanjian itu hendaklah sama ada termasuk atau tidak termasuk
semua atau apa-apa pembelanjaan yang dibuat oleh peguam bela
dan peguam cara itu berkenaan dengan carian, pelan, perjalanan,
setem, fi atau perkara lain.
(3) Perjanjian itu hendaklah secara bertulis dan ditandatangani
oleh orang yang akan terikat dengannya atau oleh ejennya bagi
maksud itu.
(4) Perjanjian itu boleh dibawa guaman dan didapatkan atau
dibatalkan dengan cara dan alasan sama seperti suatu perjanjian
yang tidak berhubungan dengan saraan peguam bela dan peguam
cara:
Dengan syarat bahawa jika atas apa-apa penetapan kos peguam
bela dan peguam cara bergantung kepada perjanjian itu dan klien
membantah terhadap perjanjian itu atas alasan bahawa ia tidak
patut atau tidak munasabah, pegawai penetapan boleh menyiasat
fakta itu dan memperakuinya kepada Mahkamah, dan jika atas
perakuan itu Mahkamah berpendapat bahawa perjanjian itu patut
dibatalkan, atau jumlah yang kena dibayar di bawahnya patut
dikurangkan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya perjanjian
itu dibatalkan, atau amaun yang kena dibayar itu dikurangkan, dan
boleh memberi arahan yang berbangkit sebagaimana yang difikirkan
patut dan munasabah oleh Mahkamah.
113
Profesion Undang-Undang
Peguam bela dan peguam cara berhak mendapatkan kos bagi
perundingan daripada penggadai janji
115. (1) Jika suatu gadai janji dibuat kepada seorang peguam
bela dan peguam cara, sama ada dia seorang atau dengan orang
lain, peguam bela dan peguam cara itu, atau firma yang dia ialah
seorang ahlinya, berhak mendapatkan daripada penggadai janji itu
berkenaan dengan semua urusan yang dijalankan olehnya atau
oleh firma itu dan berkenaan dengan semua perbuatan yang dilakukan
olehnya atau oleh firma itu pada merundingkan pinjaman itu,
menentukan dan menyiasat hak milik harta itu, dan menyedia dan
menyempurnakan gadai janji itu, apa-apa kos biasa yang dia atau
firma itu tetap berhak mendapatnya jika gadai janji itu telah dibuat
kepada seorang yang bukan seorang peguam bela dan peguam cara
dan penggadai janji itu telah menempah dan mengguna khidmatnya
atau firma itu untuk menjalankan urusan itu dan melakukan perbuatan
itu.
( 2 ) J i k a suatu gadai janji telah dibuat kepada, atau telah
diletakhakkan pada seorang peguam bela dan peguam cara sama
ada dia seorang atau dengan mana-mana orang lain dengan cara
pindah milik atau pindahan, dan apa-apa urusan dijalankan atau
apa-apa perbuatan dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara
itu, atau oleh firma yang dia ialah seorang ahlinya, berhubung
dengan gadai janji itu atau cagaran yang diwujudkan dengannya
itu atau berhubung dengan harta yang terkandung di bawahnya,
dia atau firma itu berhak mendapatkan daripada penggadai janji
yang bagi pihaknya urusan itu telah dijalankan atau perbuatan itu
telah dilakukan, dan mengenakan ke atas cagaran itu, apa-apa kos
biasa yang dia atau firma itu tetap berhak mendapatnya jika gadai
janji itu telah dibuat kepada seorang yang bukan seorang peguam
bela dan peguam cara dan masih terletak hak pada orang itu dengan
cara pindah milik atau pindahan dan penggadai janji itu telah
menempah dan mengguna khidmatnya untuk menjalankan urusan
itu dan melakukan perbuatan itu.
(3) Dalam seksyen ini perkataan "gadai janji" termasuk apa-apa
gadaian apa-apa harta untuk memperoleh wang atau sesuatu bernilai
wang.
114
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Urusan Bertikaian
Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian bagi
kos urusan bertikaian
116. (1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang
bertulis, seseorang peguam bela dan peguam cara boleh membuat
suatu perjanjian secara bertulis dengan kliennya berkenaan dengan
amaun dan cara pembayaran bagi kesemua atau mana-mana bahagian
daripada kosnya berkenaan dengan urusan bertikaian yang dilakukan
atau yang akan dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara itu,
sama ada dengan sejumlah wang kasar, atau selainnya, dan sama
ada dengan kadar yang sama atau yang lebih besar atau lebih kecil
daripada kadar yang dengannya dia akan selainnya berhak disara.
(2) Tiap-tiap perjanjian itu hendaklah ditandatangani oleh klien
dan hendaklah tertakluk kepada Bahagian ini.
Kos boleh didapatkan daripada klien oleh orang lain yang
tidak diaku saksi
117. (1) Apa-apa perjanjian yang dibuat menurut seksyen 116
tidak boleh menjejaskan amaun, atau apa-apa hak atau remedi
untuk mendapatkan apa-apa kos yang boleh didapatkan daripada
klien itu oleh mana-mana orang lain atau yang kena dibayar kepada
klien itu oleh mana-mana orang lain, dan mana-mana orang lain
boleh menghendaki supaya apa-apa kos yang kena dibayar olehnya
kepada klien itu atau yang boleh didapatkannya daripada klien itu
ditetapkan mengikut kaedah-kaedah yang pada masa itu berkuat
kuasa bagi penetapan kos itu, melainkan jika orang lain itu telah
bersetuju selainnya:
Dengan syarat bahawa klien yang telah membuat apa-apa perjanjian
itu tidak berhak mendapatkan daripada mana-mana orang lain, di
bawah mana-mana perintah untuk pembayaran apa-apa kos yang
menjadi perkara perjanjian itu, lebih daripada amaun yang kena
dibayar oleh klien itu kepada peguam bela dan peguam caranya
sendiri.
(2) Sesuatu perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai tidak
termasuk apa-apa tuntutan tambahan peguam bela dan peguam
cara itu yang lain daripada terma perjanjian berkenaan dengan
apa-apa perkhidmatan, bayaran, caj atau perbelanjaan berhubung
d e n g a n penjalanan dan penyelesaian urusan yang berkenaan
dengannya perjanjian itu dibuat, kecuali perkhidmatan, bayaran,
caj atau perbelanjaan, jika ada, yang dikecualikan dengan nyata
oleh perjanjian itu.
115
Profesion Undang-Undang
(3) Tertakluk kepada Bahagian ini, kos bagi seorang peguam
bela dan peguam cara dalam apa-apa kes yang ada apa-apa perjanjian
sebagaimana yang disebut dalam seksyen 116, tidak tertakluk kepada
penetapan dan juga kepada seksyen 124.
(4) Sesuatu peruntukan dalam mana-mana perjanjian itu yang
menyatakan bahawa peguam bela dan peguam cara itu tidak
bertanggungan terhadap kecuaian, atau bahawa dia hendaklah
dilepaskan daripada apa-apa tanggungjawab yang kepadanya dia
tertakluk sebagai peguam bela dan peguam cara jika tidak ada
peruntukan itu, tidak sah sama sekali.
Menguatkuasa perjanjian
118. (1) Tiada apa-apa tindakan atau guaman boleh dibawa atau
diambil atas mana-mana perjanjian yang disebut dalam seksyen
116, tetapi tiap-tiap soalan yang berkenaan dengan kesahan atau
kuat kuasa mana-mana perjanjian itu boleh diperiksa atau diputuskan,
dan perjanjian itu boleh dikuatkuasakan, diubahkan atau dibatalkan
melalui guaman atau tindakan melalui saman, usul atau petisyen
oleh mana-mana orang atau wakil mana-mana orang yang menjadi
suatu pihak kepada perjanjian itu, atau yang dikatakan bertanggungan
membayar, atau berhak atau menuntut berhak dibayar kos, bayaran,
caj atau perbelanjaan yang berkenaan dengannya perjanjian itu
dibuat, oleh Mahkamah dalam mana urusan atau mana-mana
bahagiannya telah dibuat, atau oleh Hakim Mahkamah itu, atau,
jika urusan itu tidak dibuat dalam mana-mana Mahkamah, maka
oleh Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi.
(2) Atas saman, usul atau petisyen seperti itu, jika Mahkamah
atau Hakim itu berpendapat bahawa perjanjian itu dari segala segi
patut dan munasabah antara pihak-pihak kepada perjanjian itu,
perjanjian itu boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah atau Hakim
itu dengan hukum atau perintah, mengikut cara dan tertakluk kepada
apa-apa syarat, jika ada, tentang kos saman, usul atau petisyen
sebagaimana yang difikiran patut dan munasabah oleh Mahkamah
atau Hakim itu.
(3) Jika terma substantif mana-mana perjanjian itu disifatkan
oleh Mahkamah atau Hakim tidak patut atau tidak munasabah,
perjanjian itu boleh diisytiharkan tidak sah, dan Mahkamah atau
Hakim boleh dengan itu memerintahkan supaya perjanjian itu
diserahkan untuk dibatalkan, dan boleh mengarahkan supaya kos,
116
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
fi, caj dan perbelanjaan yang dilakukan atau yang boleh dikenakan
berkenaan dengan perkara yang termasuk di dalamnya ditetapkan,
mengikut cara yang sama dan mengikut kaedah yang sama seolah-
olah perjanjian itu telah tidak dibuat:
Dengan syarat bahawa Mahkamah atau Hakim boleh meminda
atau mengesahkan perjanjian itu jika tidak semua isi perjanjian itu
tidak patut atau tidak munasabah.
(4) Mahkamah atau Hakim boleh juga membuat apa-apa perintah
tentang kos yang berhubungan dengan saman, usul atau petisyen
dan prosiding mengenainya sebagaimana yang difikirkan patut dan
munasabah oleh Mahkamah atau Hakim itu.
(5) Apabila amaun yang dipersetujui di bawah perjanjian itu
telah dibayar oleh atau bagi pihak klien atau oleh mana-mana
orang yang boleh dikenakan membayar atau berhak membayarnya,
mana-mana Mahkamah atau Hakim yang mempunyai bidang kuasa
untuk memeriksa atau menguatkuasakan perjanjian itu boleh, apabila
permohonan dibuat oleh orang yang telah membayar amaun itu
dalam masa dua belas bulan selepas pembayarannya dan, jika
Mahkamah atau Hakim itu berpendapat bahawa hal keadaan istimewa
itu memerlukan perjanjian itu dibuka semula, membukanya semula
dan memerintahkan supaya kos, fi, caj dan perbelanjaan ditetapkan,
dan kesemua atau apa-apa bahagian daripada amaun yang diterima
oleh peguam bela dan peguam cara itu dibayar balik olehnya, atas
apa-apa terma dan syarat bagaimana yang difikirkan patut dan
munasabah oleh Mahkamah atau Hakim itu.
(6) Jika apa-apa perjanjian itu dibuat oleh klien atas sifat penjaga
atau pemegang amanah di bawah suatu surat ikatan atau wasiat,
atau atas sifat jawatankuasa bagi mana-mana orang atau orang
yang hartanya akan boleh dikenakan amaun yang kena dibayar di
bawah perjanjian itu atau boleh dikenakan apa-apa bahagian amaun
itu, perjanjian itu hendaklah sebelum dibuat apa-apa pembayaran
dibentangkan di hadapan Pendaftar untuk pemeriksaannya dan
Pendaftar boleh menolak mana-mana bahagiannya, atau boleh
meminta melalui saman, usul atau rayuan supaya Mahkamah atau
Hakim membuat arahan mengenai perjanjian itu.
(7) Jika dalam mana-mana kes itu--
(a) klien itu membayar kesemua atau mana-mana bahagian
amaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu tanpa
117
Profesion Undang-Undang
kebenaran Pendaftar atau Mahkamah atau Hakim, dia
bertanggungan untuk memperhitungkan pada bila-bila masa
kepada orang yang hartanya dikenakan amaun yang telah
dibayar itu, atau mana-mana bahagiannya, amaun yang
dikenakan sedemikian itu; dan
(b) peguam bela dan peguam cara itu menerima bayaran
tanpa kebenaran itu, mana-mana mahkamah yang mungkin
telah ada bidang kuasa untuk menguatkuasakan perjanjian
i t u , boleh, jika difikirkannya patut dan munasabah,
m e m e r i n t a h k a n n y a memulangkan balik amaun yang
diterimanya sedemikian di bawah perjanjian itu, atau mana-
mana bahagiannya.
Mana-mana pihak boleh membatalkan perjanjian peguam bela
dan peguam cara yang telah mati yang belum disempurnakan
119. (1) Jika seseorang peguam bela dan peguam cara telah membuat
suatu perjanjian dengan kliennya menurut seksyen 116 dan sesuatu
telah dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara itu di bawah
perjanjian itu, dan, sebelum perjanjian itu disempurnakan olehnya
dengan sepenuhnya, peguam bela dan peguam cara itu mati atau
tidak berupaya bertindak, suatu permohonan boleh dibuat kepada
mahkamah oleh mana-mana pihak kepada perjanjian itu atau oleh
wakil pihak itu, dan Mahkamah itu dengan itu mempunyai kuasa
yang sama untuk menguatkuasakan atau membatalkan perjanjian
itu, jika tindakan belum diambil ke atasnya.
(2) Walaupun Mahkamah memikirkan perjanjian itu patut dan
munasabah dari semua segi ia boleh memerintahkan supaya amaun
yang kena dibayar berkenaan dengan urusan yang dilakukan di
bawah perjanjian itu ditentukan dengan cara penetapan.
(3) Pada menentukan apa-apa amaun itu Pendaftar hendaklah
memberi perhatian, setakat yang mungkin, kepada terma perjanjian
itu.
( 4 ) P e m b a y a r a n amaun yang didapati kena dibayar boleh
dilaksanakan mengikut cara yang sama seolah-olah perjanjian itu
telah disempurnakan dengan sepenuhnya oleh seorang peguam
bela dan peguam cara.
118
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Jika klien menukar peguam sebelum perjanjian disempurnakan
120. (1) Walau apapun apa-apa perjanjian di bawah seksyen 116,
seseorang klien boleh menukar peguam bela dan peguam caranya
sebelum selesai urusan yang berhubung dengan perjanjian itu dan
dalam hal itu peguam bela dan peguam cara yang menjadi suatu
pihak kepada perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai tidak
berupaya bertindak di bawah perjanjian itu mengikut pengertian
seksyen ini.
(2) Apabila apa-apa perintah dibuat untuk penetapan amaun
yang kena dibayar seseorang peguam bela dan peguam cara berkenaan
dengan urusan yang dilakukan di bawah perjanjian itu, Mahkamah
hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya memberi perhatian kepada
hal keadaan dalam mana penukaran peguam bela dan peguam cara
itu telah berlaku.
(3) Setelah amaun itu ditetapkan peguam bela dan peguam cara
itu tidak boleh disifatkan sebagai berhak kepada amaun penuh
saraan yang dipersetujui yang akan dibayar kepadanya melainkan
jika didapati tidak ada kemungkiran, kecuaian, kelambatan yang
tidak patut atau kelakuan lain yang tidak patut di pihaknya yang
memberi alasan yang munasabah kepada klien itu untuk menukar
peguam bela dan peguam caranya.
Jika saraan peguam bela dan peguam cara bukannya perkara
perjanjian
121. Jika saraan bagi seorang peguam bela dan peguam cara
berkenaan dengan urusan bertikaian yang dilakukan olehnya bukannya
perkara suatu perjanjian yang dibuat menurut seksyen 116, bil kos
bagi peguam cara itu boleh dengan opsyen peguam bela dan peguam
cara itu sama ada mengandungi butiran-butiran yang lengkap atau
mengikut jumlah wang kasar:
Dengan syarat bahawa--
(a) pihak yang boleh dikenakan kos yang termasuk dalam bil
jumlah wang kasar boleh pada bila-bila masa sebelum
disampaikan kepadanya suatu writ atau proses pemula
lain untuk mendapatkan kos itu dan sebelum tamat tiga
bulan dari tarikh bil itu disampaikan kepadanya, meminta
119
Profesion Undang-Undang
peguam bela dan peguam cara itu menyerahkan kepadanya
sebagai ganti kos itu suatu bil mengandungi butiran-butiran
lengkap, dan dengan itu bil jumlah wang kasar itu tidaklah
mempunyai apa-apa kuat kuasa;
(b) jika sesuatu tindakan dimulakan atas bil jumlah yang
kasar, Mahkamah hendaklah, jika diminta oleh pihak yang
dikenakan bil itu sebelum tamat satu bulan dari tarikh
writ atau proses pemula lain disampaikan kepada pihak
itu, memerintahkan supaya bil itu ditetapkan;
(c) jika suatu bil jumlah wang kasar dirujuk untuk penetapan,
sama ada di bawah seksyen ini atau mana-mana seksyen
lain, tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan
mana-mana kaedah mahkamah berkenaan dengan penetapan
dan peguam bela dan peguam cara itu hendaklah memberi
kepada pegawai penetapan itu apa-apa butir mengenai
apa-apa kos yang diliputi oleh bil itu sebagaimana yang
dikehendaki oleh pegawai penetapan itu.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi fi yang dibayar kepada
seseorang peguam bela dan peguam cara yang diarahkan
sebagai seorang peguam kanan.
BAHAGIAN IX
MENDAPATKAN DAN MENETAPKAN KOS
Peguam bela dan peguam cara ditakrif
122. Dalam Bahagian ini perkataan "peguam bela dan peguam
cara" termasuklah wasi, pentadbir dan pemegang serah hak peguam
bela dan peguam cara yang berkenaan itu.
Peguam bela dan peguam cara berhak mengenakan caj ke atas
harta untuk mendapatkan kos
123. Mana-mana Mahkamah dalam mana seorang peguam bela
dan peguam cara telah diguna khidmat untuk mendakwa atau membela
apa-apa guaman, perkara atau prosiding boleh pada bila-bila masa
m e n g i s y t i h a r k a n peguam bela dan peguam cara itu berhak
mengenakan caj ke atas harta yang didapatkan atau dikekalkan
dalam guaman, perkara atau prosiding itu untuk mendapatkan kos
peguam bela dan peguam cara itu yang ditetapkan berkenaan dengan
120
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
guaman, perkara atau prosiding itu, dan boleh membuat apa-apa
perintah sebagaimana yang difikirkannya patut dan munasabah
untuk penetapan kos itu dan bagi mendapatkan wang untuk membayar
kos itu daripada harta itu, dan semua pindah hak dan perbuatan
yang dilakukan untuk mengecewakan, atau yang bertujuan untuk
mengecewakan, tanggungan itu tidak sah terhadap peguam bela
dan peguam cara itu, kecuali berkenaan dengan suatu pindah hak
yang dibuat kepada seseorang pembeli bona fide yang membeli
kerana nilai tanpa notis:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa perintah boleh dibuat jika
hak untuk mendapatkan kos itu terhalang oleh Akta Had Masa
1953 [Akta 254].
Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membawa guaman
untuk mendapatkan kos sehingga telah diserahkan bil kos
124. (1) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta ini, tiada
peguam bela dan peguam cara boleh, tanpa kebenaran Mahkamah,
m e m u l a k a n atau mempertahankan apa-apa tindakan untuk
mendapatkan apa-apa kos yang kena dibayar bagi apa-apa urusan
yang dilakukan olehnya sehingga tamat tempoh satu bulan selepas
d i s e r a h k a n olehnya kepada pihak yang ke atasnya hendak
dipertanggungkan kos itu, atau selepas dihantar olehnya melalui
pos kepada pihak itu, atau selepas ditinggalkan olehnya dengan
pihak itu di pejabat atau di tempat perniagaannya, rumah kediaman
pihak itu atau tempat tinggal pihak itu yang akhir diketahui, suatu
bil kos itu, yang sama ada ditandatangani oleh peguam bela dan
peguam cara itu, atau dalam hal perkongsian, oleh mana-mana
pekongsinya, sama ada dengan namanya sendiri atau dengan nama
atau gelaran perkongsian itu, atau oleh peguam bela dan peguam
cara lain yang diguna khidmat oleh peguam bela dan peguam cara
yang pertama disebut atau oleh perkongsian itu, atau yang dilampirkan
kepada atau disertai dengan suatu surat yang ditandatangani dengan
cara yang demikian itu juga, berkenaan dengan bil itu.
(2) Jika sesuatu bil dibuktikan sebagai telah diserahkan menurut
subseksyen (1) tidaklah perlu pada pertamanya bagi peguam bela
dan peguam cara itu membuktikan kandungan bil itu dan ia hendaklah
dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai suatu bil bona
fide yang mematuhi Akta ini.
121
Profesion Undang-Undang
Kuasa mahkamah membenarkan peguam cara memulakan
tindakan
125. Mahkamah boleh membenarkan seseorang peguam bela dan
peguam cara memulakan tindakan untuk mendapatkan kosnya dan
juga boleh merujukkan bil kosnya untuk ditetapkan oleh Pendaftar,
walaupun tempoh satu bulan belum lagi tamat dari penyerahan bil
itu, apabila dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa mana-
mana pihak yang ke atasnya kena dipercajkan bil itu hampir hendak
meninggalkan Malaysia, atau hampir hendak mendapat suatu perintah
penerimaan dibuat terhadapnya, atau hampir hendak mengkompaun
dengan pemiutangnya atau hampir hendak mengambil apa-apa
langkah lain atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang pada
pendapatnya mungkin mengecewakan atau melambatkan peguam
bela dan peguam cara itu mendapatkan bayaran.
Perintah untuk penetapan kos hendaklah dibuat dalam masa
6 bulan dari masa diserahkan bil kos
126. (1) Suatu perintah untuk penetapan sesuatu bil kos yang
diserahkan oleh mana-mana peguam bela dan peguam cara boleh
didapati dengan suatu petisyen lazim dibuat oleh pihak yang ke
atasnya kena dipercajkan bil itu, atau oleh mana-mana orang yang
bertanggungan membayarnya sama ada kepada pihak yang ke atasnya
kena dipercajkannya atau kepada peguam bela dan peguam cara
itu, pada bila-bila masa dalam masa enam bulan dari penyerahan
bil itu, atau, oleh peguam bela atau peguam cara itu selepas tamat
tempoh satu bulan kalendar, dan dalam masa satu tahun, dari
penyerahan bil itu.
(2) Perintah itu hendaklah mengandungi apa-apa arahan dan
syarat yang difikiran patut oleh mahkamah, dan mana-mana pihak
yang terkilan dengan mana-mana perintah Mahkamah boleh memohon
melalui saman dalam kamar supaya perintah itu dipinda atau diubah
atau dibatalkan.
(3) Dalam apa-apa kes jika peguam bela dan peguam cara dan
kliennya bersetuju supaya bil seseorang peguam cara itu ditetapkan
Pendaftar boleh bertindak menetapkan bil itu walau apa pun tiada
sesuatu perintah baginya.
122
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Kos mendapatkan perintah untuk penetapan
127. Kos bagi mendapatkan suatu perintah untuk penetapan kos,
termasuk perintah petisyen dan penyampaian perintah, selain apa-
apa fi mahkamah yang kena dibayar atasnya atau perbelanjaan,
jika perintah itu didapatkan dengan persetujuan peguam bela dan
peguam cara salah satu pihak hendaklah berjumlah dua puluh lima
ringgit:
Dengan syarat jika satu daripada pihak-pihak itu tidak bersetuju
terhadap penetapan kos bagi mendapatkan perintah mahkamah
hendaklah berjumlah satu ratus lima puluh ringgit.
Perintah bagi penetapan bil peguam bela dan peguam cara
apabila notis diberi
128. (1) Selepas tamat tempoh enam bulan dari penyerahan bil
kos itu, atau selepas bil kos itu dibayar, tiada apa-apa perintah
boleh dibuat untuk penetapan bil kos seorang peguam cara, kecuali
atas notis yang diberikan kepada peguam bela dan peguam cara
itu dan dalam hal keadaan khas yang hendaklah dibuktikan dengan
memuaskan hati Mahkamah.
(2) Walau bagaimanapun tiada apa-apa perintah untuk penetapan
boleh dibuat selepas tamat tempoh satu tahun dari penyerahan bil
kos.
Petisyen oleh pihak yang bertanggungan membayar bil kos
1 2 9 . S e m u a petisyen oleh sesuatu pihak yang ke atasnya
dipercajkan sesuatu bil kos atau yang bertanggungan membayar
sesuatu bil kos hendaklah mengandungi suatu pengakuan oleh
pihak itu yang dia akan membayar amaun bil kos itu kepada peguam
bela dan penguam cara itu apabila ditetapkan, melainkan jika bil
kos itu telah dibayar.
Perintah supaya diserahkan bil kos peguam cara dengan cara
petisyen
130. (1) Suatu perintah supaya diserahkan bil kos peguam cara,
dan supaya diserahkan apa-apa surat ikatan, dokumen atau kertas
lain yang di dalam milik peguam bela dan peguam cara itu, tertakluk
kepada apa-apa lien yang peguam bela dan peguam cara mungkin
ada, dan supaya ditetapkan bil itu apabila diserahkan, boleh didapati
dengan membuat suatu petisyen lazim.
123
Profesion Undang-Undang
( 2 ) A p a b i l a petisyen itu difailkan, Pendaftar hendaklah
menandakan perintah itu pada petisyen itu dengan serta-merta, dan
menyediakan perintah itu jika perlu.
(3) Tertakluk kepada seksyen ini, Mahkamah mempunyai bidang
kuasa sama seperti bidang kuasa Mahkamah Tinggi di England
untuk membuat sesuatu perintah, di bawah subseksyen (1).
Mahkamah boleh memerintahkan peguam bela dan peguam
cara supaya menyerahkan salinan bil kepada pemohon
131. Apabila permohonan dibuat oleh suatu pihak selain pihak
ke atasnya kena dipercajkan bil, Mahkamah boleh memerintahkan
peguam bela dan peguam cara itu menyerahkan kepada pihak yang
membuat permohonan itu suatu salinan bil itu, apabila dibayar kos
bagi membuat salinan itu.
Bil kos hendaklah mengikut Kaedah-Kaedah mahkamah
132. Bil kos untuk ditetapkan antara peguam bela dan peguam
cara dengan klien hendaklah dibuat mengikut cara yang diperuntukkan
oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, dan penetapan itu tertakluk
kepada Kaedah-Kaedah itu.
Pendaftar boleh membenarkan bunga dikenakan atas wang
yang dibelanjakan oleh peguam
133. Pendaftar boleh membenarkan bunga dikenakan atas apa-
apa kadar dan mulai masa yang difikirkannya adil dan munasabah
atas wang yang dibelanjakan oleh seseorang peguam bela dan
peguam cara bagi kliennya, dan juga atas wang klien yang ada
dalam tangan peguam bela dan peguam cara itu dan yang dipegang
olehnya dengan tidak sepatutnya.
Kos perintah penetapan kena dibayar oleh peguam cara
1 3 4 . ( 1 ) J i k a apa-apa perintah untuk penetapan dibuat atas
permohonan pihak yang ke atasnya kena dipercajkan atau yang
bertanggungan membayarnya, atau atas permohonan peguam bela
dan peguam cara, kos bagi perintah dan penetapan itu, kecuali jika
124
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
perintah itu telah dibuat selepas tamat tempoh satu tahun, hendaklah
dibayar mengikut hal penetapan itu--
(a) jika bil itu apabila ditetapkan kurang sebanyak satu per
enam daripada bil yang diserahkan, peguam bela dan
peguam cara itu hendaklah membayar kos itu;
(b) jika bil itu apabila ditetapkan tidak kurang sebanyak satu
per enam daripada bil yang diserahkan, pihak yang ke
a t a s n y a kena dipercajkan atau yang bertanggungan,
membayarnya, jika permohonan itu dibuat olehnya, atau
dia hadir pada masa penetapan, hendaklah membayar kos
itu.
(2) Tiap-tiap perintah untuk apa-apa rujukan di bawah seksyen
125 hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya menetapkan kos
rujukan itu, dan apa untuk diperakui, apabila rujukan itu dibuat,
yang didapati kena dibayar kepada atau oleh peguam bela dan
peguam cara itu berkenaan dengan bil itu, dan berkenaan dengan
kos rujukan itu, jika kena dibayar.
(3) Pendaftar hendaklah memperakui apa-apa hal keadaan khas
yang berhubungan dengan bil atau penetapan itu.
(4) Mahkamah boleh dengan itu membuat apa-apa perintah
sebagaimana yang difikirannya patut dan munasabah berkenaan
dengan pembayaraan kos penetapan itu.
(5) Jika apa-apa rujukan itu dibuat, tetapi ia tidak dibenarkan
k e c u a l i di bawah hal keadaan yang khas, Mahkamah boleh
memberikan apa-apa arahan khas berkenaan dengan kos rujukan
itu.
Sijil pegawai penetapan muktamad
135. Sijil Pendaftar yang telah menetapkan apa-apa bil muktamad
tentang amaun kos yang diliputi olehnya melainkan jika ia telah
dibatalkan atau diubah oleh Mahkamah, dan Mahkamah boleh
membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut
dan munasabah berhubung dengan sijil itu, termasuk, dalam hal
jika bayaran peguam tidak dipertikaikan, suatu perintah supaya
hukuman dicatat untuk wang sebanyak yang diperakui kena dibayar
bersama kos.
125
Profesion Undang-Undang
Hak Kerajaan untuk mendapatkan kos tidak terjejas
136. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak
Kerajaan, yang dengan ini diisytiharkan, apabila diwakili oleh
mana-mana orang yang disebut dalam perenggan 35(2)(a) untuk
mendapatkan kos yang diaward kepadanya dalam atau berkenaan
dengan sesuatu guaman atau perkara, dan dalam apa-apa guaman
atau perkara itu kos Kerajaan itu hendaklah ditetapkan mengikut
apa-apa kaedah yang berkuat kuasa pada masa itu bagi menetapkan
fi dan kos peguam bela dan peguam cara seolah-olah seorang
peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang bukan dalam
perkhidmatan Kerajaan telah hadir bagi pihak Kerajaan.
BAHAGIAN X
PELBAGAI
Lembaga dan Bar hendaklah menyenggara suatu pejabat
137. (1) Lembaga dan Bar Malaysia setiapnya hendaklah pada
setiap masa mengadakan dan menyenggarakan suatu pejabat dan
masing-masingnya hendaklah menyiarkan dalam Warta alamat pejabat
itu dan apa-apa pertukaran alamat itu.
(2) Semua writ, plaint, notis, pliding, perintah, saman, waran
atau perhubungan bertulis yang lain yang dikehendaki atau dibenarkan
atau diperintah supaya disampai atau diserahkan atau dihantar
kepada Lembaga atau Bar Malaysia hendaklah disifatkan sebagai
telah disampai, diserahkan atau dihantar dengan sempurna jika
ditinggalkan di pejabat Lembaga atau Bar Malaysia, mengikut
mana-mana yang berkenaan.
Dokumen yang hendak disampaikan boleh dihantar melalui
pos
138. (1) Apa-apa dokumen selain dokumen proses Mahkamah yang
dikehendaki disampaikan atau diserahkan di bawah Akta ini boleh
dihantar melalui pos.
(2) Sesuatu sijil bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai
Bar Malaysia atau pegawai Lembaga atau seorang ahli Majlis
Peguam menyatakan bahawa sesuatu dokumen telah dialamat dan
diposkan dengan sewajarnya dan menyatakan tarikh ia diposkan
hendaklah menjadi keterangan prima facie yang dokumen itu telah
disampaikan.
126
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(3) Apa-apa dokumen yang dialamatkan kepada peguam bela
dan peguam cara di alamatnya yang tunggal atau utama yang akhir
terdapat dalam Daftar Pengamal hendaklah disifatkan sebagai telah
dialamatkan dengan sewajarnya.
Majlis Peguam atau Bar Malaysia hendaklah mendapatkan
jumlah wang
139. Sebagai tambahan kepada apa-apa cara lain untuk mendapatkan
dan kepada apa-apa hak, remedi atau kuasa lain yang terletak hak
pada Bar Malaysia atau Majlis Peguam apa-apa jumlah wang yang
kena dibayar di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah
atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh didapatkan
oleh Majlis Peguam atau Bar Malaysia sebagai suatu hutang dalam
mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang layak.
Fi hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kaedah
140. Fi yang kena dibayar di bawah seksyen 18, 28, dan 29
hendaklah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa
Kaedah dan pembayarannya hendaklah ditandakan dengan suatu
cap tekanan pada dokumen yang berkaitan.
Bank tidak terikat untuk mengambil perhatian akan hak
terhadap akaun peguam bela dan peguam cara
141. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, tiada sesuatu bank, berkenaan
dengan apa-apa transaksi yang berhubungan dengan akaun peguam
bela dan peguam cara yang disimpan dengannya atau dengan mana-
mana bank lain (selain suatu akaun yang disimpan oleh peguam
bela dan peguam cara sebagai pemegang amanah bagi benefisiari
tertentu) mempunyai apa-apa tanggungan atau pun berkewajipan
membuat apa-apa penyiasatan, atau disifatkan mempunyai apa-apa
pengetahuan mengenai apa-apa hak mana-mana orang ke atas apa-
apa wang yang dibayar atau dikreditkan pada mana-mana akaun
itu, iaitu tanggungan yang dia tidak akan lakukan atau kewajipan
yang dia tidak akan ada atau pengetahuan yang tidak dia tidak
akan disifatkan ada dalam hal suatu akaun yang disimpan oleh
seseorang yang berhak secara mutlak kepada semua wang yang
dibayar atau dikreditkan padanya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini
boleh melepaskan sesuatu bank daripada apa-apa tanggungan atau
kewajipan yang di bawahnya ia akan bertanggungan di bawah
seksyen 93 atau seksyen ini.
127
Profesion Undang-Undang
(2) Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen (1), sesuatu
bank di mana peguam bela dan peguam cara menyimpan suatu
akaun bagi wang kliennya tidak boleh, berkenaan dengan apa-apa
tanggungan peguam bela dan peguam cara itu kepada bank itu,
iaitu bukan tanggungan berkenaan dengan akaun itu, telah atau
mendapatkan apa-apa pertolongan atau hak, sama ada dengan cara
tolak selesai, tuntutan balas, pertanggungan atau selainnya, terhadap
wang yang ada dalam kredit akaun itu.
Tiada duti harta pusaka kena dibayar bagi pemberian berwasiat
kepada Bar
142. (1) Tiada apa-apa duti harta pusaka kena dibayar berkenaan
dengan apa-apa amaun apa-apa pemberian berwasiat kepada Bar
Malaysia, dan nilai harta yang berpindah atas kematian seseorang
p e m b e r i hendaklah disifatkan tidak termasuk amaun sesuatu
pemberian berwasiat itu bagi maksud menilai kadar duti harta
pusaka.
(2) Lembaga dan Bar Malaysia hendaklah setiap satunya disifatkan
sebagai--
(a) suatu institusi yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
kepada dan di bawah perenggan 13(1)(e) Akta Cukai
Pendapatan 1967; dan
(b) suatu institusi dari jenis am yang diluluskan oleh Menteri
bagi maksud perenggan 37(2)(c) Akta Cukai Pendapatan
1967.
BAHAGIAN XI
PERUNTUKAN PERALIHAN
Takrif
143. (1) Dalam Bahagian ini, melainkan jika kandungan ayatnya
menghendaki makna yang lain--
"daftarai dahulu" ertinya daftarai peguam bela dan peguam cara
yang disenggara di bawah seksyen 3 Ordinan;
128
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
"Jawatankuasa Bar Tempatan" dan "Majlis Peguam" mempunyai
erti yang diberikan kepada ungkapan ini dalam Ordinan.
(2) Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-
apa jua yang berlawanan dengannya dalam mana-mana peruntukan
lain Akta ini.
Penamaan ahli Lembaga
144. (1) Pihak berkuasa yang masing-masing disebut dalam seksyen
7 hendaklah menamakan orang untuk menjadi ahli Lembaga mengikut
seksyen itu dalam masa satu bulan daripada permulaan kuat kuasa
Bahagian II.
(2) Tempoh jawatan bagi ahli Lembaga selain Peguam Negara
hendaklah bermula pada hari Lembaga pertama kali bermesyuarat
untuk menjalankan urusan.
Pendaftar hendaklah memindahkan kepada Daftarai nama
peguam bela dan peguam cara
145. (1) Pendaftar hendaklah memindahkan kepada Daftarai nama
semua peguam bela dan peguam cara yang ada dalam daftarai
dahulu bersama dengan serta mengikut susunan tarikh mereka
masing-masing diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam
cara.
(2) Pada memindahkan nama itu Pendaftar boleh meninggalkan
nama bagi mana-mana orang yang diketahui oleh Pendaftar sebagai
telah mati atau sebagai biasanya tidak bermastautin di Malaysia.
(3) Mana-mana orang yang namanya telah ditinggalkan secara
salah atau tidak sengaja boleh memohon kepada Pendaftar supaya
namanya dimasukkan dalam Daftarai dan atas permohonan itu
Pendaftar hendaklah dengan serta-merta memasukkan nama pemohon
itu dalam Daftarai.
(4) Tiap-tiap orang yang namanya telah dimasukkan dalam Daftarai
di bawah seksyen ini hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya,
disifatkan sebagai telah diterima masuk sebagai peguam bela dan
peguam cara dengan sewajarnya di bawah Akta ini.
129
Profesion Undang-Undang
(5) Seksyen 107 hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang
namanya telah dikeluarkan, atau dipotong, dari daftarai dahulu.
Takrif
146. (1) Dalam seksyen ini ungkapan "petisyen yang belum
diputuskan" ertinya--
(a) sesuatu petisyen yang difailkan menurut subseksyen (2);
atau
(b) sesuatu petisyen yang difailkan sebelum permulaan kuat
kuasa Bahagian II dalam mana tiada apa-apa perintah
telah dibuat bagi menerima masuk pempetisyen sebagai
peguam bela dan peguam cara apabila Bahagian II mula
berkuat kuasa.
(2) Walau apa pun Ordinan dimansuhkan, mana-mana orang
berkelayakan yang ingin menfailkan suatu petisyen untuk diterima
masuk sebagai peguam bela dan peguam cara sebelum Lembaga
ditubuhkan boleh berbuat demikian di bawah Ordinan.
(3) Tertakluk kepada seksyen ini, seksyen 5 hingga 9 Ordinan
hendaklah terpakai bagi tiap-tiap petisyen yang belum diputuskan.
(4) Seksyen 27 dan 28 hendaklah terpakai bagi tiap-tiap petisyen
yang belum diputuskan.
(5) Jika perintah untuk seseorang pempetisyen diterima masuk
sebagai peguam bela dan peguam cara tidak dibuat dalam sesuatu
petisyen yang belum diputuskan sebelum tamat dua belas bulan
dari permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa tempoh lanjutan
yang dibenarkan oleh Mahkamah petisyen yang belum diputuskan
itu hendaklah disifatkan sebagai luput.
Sijil yang dikeluarkan di bawah seksyen 26 disifatkan sebagai
sijil amalan
147. Sijil yang dikeluarkan di bawah seksyen 26 Ordinan hendaklah,
t e r t a k l u k kepada peruntukan yang berhubungan dengan
penggantungan sijil amalan dalam Akta ini, dan walau apa pun ada
apa-apa tarikh yang direndorskan padanya, disifatkan sebagai sijil
amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 29.
130
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam memegang jawatan
pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa
148. Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam negeri yang
memegang jawatan pada tarikh Bahagian V mula berkuat kuasa
hendaklah terus memegang jawatan sehingga mesyuarat telah
diadakan dan pemilihan bagi Jawatankuasa Bar Negeri yang baru
dan Majlis Peguam yang baru telah diadakan mengikut cara dan
pada masa yang diperuntukkan dalam Akta ini.
Aset dan harta Majlis Peguam dan Bar Tempatan
149. Semua harta dan aset Majlis Peguam dan Jawatankuasa Bar
Negeri hendaklah, apabila Bahagian V mula berkuat kuasa, akan
terletak hak pada Majlis Peguam dan Jawatankuasa Bar Negeri
masing-masingnya tanpa perbuatan atau formaliti lanjut.
Kecualian
150. (1) Semua permohonan dan aduan yang dibuat di bawah
seksyen 27, 28 dan 30 Ordinan dan semua prosiding di hadapan
Jawatankuasa Tatatertib yang dilantik di bawah Ordinan atau di
hadapan Mahkamah di bawah seksyen 31 Ordinan hendaklah
diteruskan seolah-olah permohonan atau aduan itu telah dibuat
atau prosiding itu telah dimulakan di bawah Akta ini, dan bagi
maksud seksyen ini mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang dilantik
di bawah Ordinan hendaklah disifatkan sebagai Jawatankuasa
Tatatertib yang dilantik di bawah Akta ini.
(2) Akta ini hendaklah terpakai bagi semua permohonan, aduan
dan prosiding, dan jika ada apa-apa keraguan atau kesulitan
permohonan hendaklah dibuat dengan cara saman pemula kepada
Hakim untuk arahan, dan apa-apa perintah yang dibuat oleh Hakim
di bawah seksyen ini tidak boleh menjadi perkara rayuan dan
hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai di bawah Akta
ini.
Peruntukan Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara hendaklah
terpakai berkenaan dengan saraan peguam bela dan peguam
cara sehingga Perintah Am dibuat di bawah Akta
1 5 1 . S e h i n g g a perintah am dibuat di bawah seksyen 113
menetapkan dan mengawal selia saraan peguam bela dan peguam
cara berkenaan dengan urusan bukan bertikaian, saraan mereka
hendaklah dikawal selia mengikut Ordinan.
131
Profesion Undang-Undang
BAHAGIAN XII
PEMANSUHAN
Pemansuhan
152. (1) Ordinan Peguam bela dan Peguam cara 1947 dengan ini
dimansuhkan.
(2) Ordinan Peguam bela Sabah [Bab. 2] dan Ordinan Peguam
bela Sarawak [Bab. 110] hendaklah dimansuhkan apabila Akta ini
mula berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak.
132
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
JADUAL
[Seksyen 88]
PEGAWALAN HARTA PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA
DALAM HAL TERTENTU
1. Majlis Peguam boleh menghendaki supaya dikemukakan atau diserahkan
kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis Peguam pada masa dan di
tempat yang akan ditetapkan oleh Majlis Peguam, dan boleh mengambil milik,
segala surat ikatan, wasiat, dokumen yang menjadi atau menerangkan surat
milik apa-apa harta, kertas, buku akaun, rekod baucer dan dokumen lain yang
ada dalam milik atau kawalan peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya,
atau yang berhubungan dengan apa-apa amanah yang dia menjadi pemegang
amanah tunggal atau pemegang bersama sahaja dengan seorang atau lebih daripada
pekongsi, kerani atau pekhidmatnya.
2. Jika mana-mana orang ada dalam milik atau kawalannya apa-apa dokumen
itu tidak mematuhi dengan serta-merta mana-mana daripada kehendak itu--
(a) dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan secara terus
boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit; dan
(b) Mahkamah Tinggi atau Hakim boleh atas permohonan Majlis Peguam
memerintahkan orang itu supaya mematuhi kehendak itu dalam masa
yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada masa itu juga
memerintahkan bahawa apabila orang itu tidak mematuhi kehendak
itu satu orang pegawai Majlis Peguam atau lebih atau seorang yang
dilantik oleh Majlis Peguam atau lebih bagi maksud itu, boleh dengan
serta-merta memasuki mana-mana premis (dengan menggunakan apa-
apa kekerasan sebagaimana yang munasabah perlu bagi maksud itu)
untuk mencari, dan mengambil milik, dokumen yang tersebut dalam
perenggan yang terdahulu.
3. Setelah mengambil milik dokumen itu, Majlis Peguam hendaklah
menyampaikan kepada peguam bela dan peguam cara itu dan kepada tiap-tiap
orang yang daripadanya dokumen itu telah diterima, atau yang daripada premisnya
dokumen itu telah diambil menurut perintah yang dibuat di bawah perenggan
2, suatu notis memberi butir-butir dan tarikh pengambilan milik dokumen itu.
4. Apa-apa kehendak atau notis di bawah Jadual ini hendaklah dibuat secara
bertulis dengan ditandatangani oleh orang yang dilantik oleh Majlis Peguam
bagi maksud itu dan boleh disampaikan kepada mana-mana orang sama ada
kepadanya sendiri atau dengan menghantarnya dengan surat berdaftar yang
dialamatkan ke tempat urusan atau kediamannya yang akhir diketahui.
5. Dalam masa empat belas hari selepas disampaikan notis di bawah perenggan
3, peguam bela dan peguam cara atau orang lain yang kepadanya notis itu telah
disampaikan boleh memohon kepada Hakim dalam kamar untuk mendapatkan
suatu perintah mengarahkan Majlis Peguam mengembalikan dokumen itu kepada
orang yang daripadanya ia telah diterima, atau yang daripada premisnya ia telah
133
Profesion Undang-Undang
diambil, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh Majlis Peguam atau kepada
mana-mana orang lain mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh pemohon
itu, dan apabila mendengar mana-mana permohonan itu Hakim itu boleh membuat
apa-apa perintah yang difikirkannya patut dan munasabah berkenaan dengan
pekara itu.
6. Jika tiada permohonan dibuat di bawah perenggan 5 atau jika Hakim yang
kepadanya permohonan itu dibuat mengarahkan supaya dokumen itu terus berada
dalam jagaan atau kawalan Majlis Peguam, Majlis Peguam boleh membuat
penyiasatan untuk menentukan siapakah orang yang mempunyai dokumen itu
dan boleh meguruskan dokumen itu mengikut arahan orang itu:
Dengan syarat bahawa, sebelum menguruskan dokumen itu, Majlis Peguam
boleh membuat salinan, atau cabutan daripada, mana-mana dokumen itu.
7. Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan
Majlis Peguam, memerintahkan supaya tiada apa-apa pembayaran dibuat, tanpa
kebenaran Mahkamah Tinggi atau Hakim, oleh mana-mana jurubank yang
dinamakan dalam perintah itu daripada mana-mana akaun bank atas nama peguam
bela dan peguam cara itu atau firmanya.
8. Dalam apa-apa kes jika Majlis Peguam telah mengambil milik dokumen di
bawah perenggan 1, dan belum dikehendaki mengembalikannya menurut perenggan
5, perenggan yang berikut hendaklah terpakai, tetapi tanpa menjejaskan pemakaian
perenggan 16 setakat mana perenggan itu menyentuh mana-mana daripada
perenggan yang mendahuluinya.
9. Majlis Peguam, atas ketetapan bagi maksud itu yang dibuat oleh Majlis itu,
boleh mengawal semua jumlah wang yang kena dibayar daripada peguam bela
dan peguam cara itu atau kepada firmanya kepada kliennya atau klien firmanya,
atau yang dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya atau klien firmanya
atau yang tertakluk kepada sesuatu amanah yang baginya dia ialah pemegang
amanah tunggal atau pemegang amanah bersama sahaja dengan seorang atau
lebih daripada pekongsi, kerani atau pekhidmatnya, dan bagi maksud itu Majlis
Peguam hendaklah menyampaikan kepada peguam bela dan peguam cara itu
atau firmanya, dan, kecuali jika seksyen 98 terpakai, kepada seseorang jurubank
dan kepada mana-mana orang lain yang ada dalam milikan dan kawalan ke atas
apa-apa jumlah wang itu suatu notis, bersama dengan suatu salinan ketetapan
yang diperakui, melarang pembayaran daripada jumlah wang itu selain menurut
perenggan 11 atau 12.
10. Dalam masa empat belas hari selepas disampaikan notis di bawah perenggan
9 peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya, atau jurubank atau orang
lain yang kepadanya notis itu telah disampaikan, boleh memohon kepada Hakim
dalam kamar untuk mendapatkan suatu perintah mengarahkan Majlis Peguam
menarik balik notis itu, dan apabila mendengar permohonan itu hakim itu boleh
membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dan munasabah berkenaan
dengan perkara itu.
11. Tertakluk kepada penyampaian apa-apa notis di bawah perenggan 9, dan
kepada apa-apa permohonan yang mungkin dibuat di bawah perenggan 10,
Majlis Peguam atau mana-mana orang yang dilantik bagi maksud itu oleh
134
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Majlis Peguam boleh mengeluarkan wang, atau dari semasa ke semasa apa-apa
bahagian daripada wang, dalam mana-mana akaun bank atas nama peguam bela
dan peguam cara itu atau firmanya, yang kena dipegang bagi pihak kliennya,
dan memasukkan wang itu ke dalam suatu akaun khas atas nama Majlis Peguam
atau nama orang yang dilantik oleh Majlis itu dan boleh mengendalikan, dan
selainnya menguruskan, akaun khas yang mungkin telah dikendalikan oleh
peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya atau selainnya menguruskan,
akaun bank itu:
Dengan syarat bahawa seseorang jurubank yang dengannya apa-apa akaun
khas itu disimpan tidaklah berkewajipan menentukan yang akaun itu sedang
dikendalikan sedemikian atau selainnya sedang diuruskan.
12. (1) Te r t a k l u k kepada perenggan 10 dan 11, Majlis Peguam boleh
|