UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 166
AKTA PROFESION UNDANG-
UNDANG 1976
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
2
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... ... ... ...
6 Mac 1976
Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... ... ...
11 Mac 1976
3
Profesion Undang-Undang
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 166
AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2.
Pemakaian
3.
Tafsiran
BAHAGIAN II
LEMBAGA KELAYAKAN
4.
Lembaga Kelayakan
5.
Fungsi Lembaga
6.
Kuasa am Lembaga dan kuasa membuat kaedah-kaedah
7.
Keahlian Lembaga
8.
Memilih pemangku Pengerusi
9.
Mesyuarat Lembaga dan kuorum
Orang Berkelayakan
10.
Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara
11.
Kelayakan untuk diterima masuk
12.
Tempoh latihan orang berkelayakan
13.
Pengecualian daripada tempoh latihan dan kelayakan untuk menjalani
latihan
14.
Memfail petisyen untuk diterima masuk dan penyiasatan, dsb.
15.
Petisyen untuk diterima masuk dengan afidavit
16.
Memfail petisyen dan bantahan
4
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Seksyen
17.
Membuat kaveat menentang penerimaan masuk
18.
Penerimaan masuk dalam hal tertentu
19.
Hak merayu pembantah
Kerani Berartikel
20.
Kelayakan bagi kerani berartikel
21.
Syarat menjadi pengetua dan pelepasan kerani
22.
Melepaskan kerani kerana tidak layak
23.
Melepaskan kerani secara am
24.
Tempoh artikel dan syarat artikel
25.
Syarat bagi kerani berartikel diterima masuk
Kaji Semula
26.
Rayuan daripada keputusan Lembaga kepada Hakim
Mendengar Petisyen dan Daftarai
27.
Pendengaran oleh Hakim yang menjadi ahli Lembaga
28.
Daftarai peguam bela dan peguam cara
BAHAGIAN IIA
PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN
PENERIMAAN MASUK SEBAGAI PEGUAM BELA
DAN PEGUAM CARA
28A. Kuasa Peguam Negara untuk mengeluarkan Sijil Penerimaan Masuk
Khas
28B. Penerimaan masuk dan pendaftaraian sebagai seorang peguam bela dan
peguam cara seseorang yang kepadanya dikeluarkan suatu Sijil Penerimaan
Masuk Khas
28C. Peruntukan mengenai Sijil Tahunan tidak terpakai bagi peguam bela
dan peguam cara yang diterima masuk di bawah Bahagian ini
28D. Kuasa Peguam Negara membuat perintah
28E. Peruntukan Bahagian ini hendaklah mengatasi
5
Profesion Undang-Undang
BAHAGIAN III
SIJIL AMALAN
Seksyen
29.
Peguam bela dan peguam cara hendaklah membuat akuan pada tiap-
tiap tahun
30.
Kehilangan kelayakan untuk mendapat sijil amalan
31.
Daftar Pengamal
32.
Pengeluaran Sijil Tahunan
33.
Pengeluaran Sijil Tahunan dalam keadaan tertentu
34.
Pemohon hendaklah memohon kepada Mahkamah
BAHAGIAN IV
KEISTIMEWAAN PEGUAM BELA
DAN PEGUAM CARA
35.
Hak peguam bela dan peguam cara
36.
Peguam bela dan peguam cara hendaklah ada nama mereka dalam
Daftarai sebelum menjalankan amalan
37.
Tiada orang tidak berkuasa boleh bertindak sebagai peguam bela dan
peguam cara
38.
Orang tertentu boleh bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara
39.
Surat cara dan dokumen hendaklah diendors
40.
Tiada kos boleh dibayar kepada orang tidak berkuasa
BAHAGIAN V
BAR MALAYSIA
Penubuhan Bar Malaysia
41.
Tujuan dan kuasa Bar
42.
Ahli Bar Malaysia dan Yuran
Peguam bela dan peguam cara ialah ahli Bar
43.
44.
Kelayakan seseorang ahli
45.
Kehilangan kelayakan menjadi ahli
46.
Yuran tahunan
6
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Kehilangan Kelayakan Untuk Menjadi Ahli Majlis
Peguam, Jawatankuasa Bar, dsb.
Seksyen
46A. Kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Majlis Peguam, sesuatu
Jawatankuasa Peguam, atau mana-mana jawatankuasanya
Majlis Peguam
47.
Penubuhan Majlis Peguam
48.
Tempoh memegang jawatan
Pemilihan Ahli Majlis Peguam
49.
Pemilihan ahli Majlis Peguam
50.
Pemilihan tahunan Majlis Peguam
51.
Bila pemilihan disifatkan sebagai pemilihan
52.
Majlis Peguam bila ditubuhkan
53.
Kekosongan luar jangka hendaklah diisi oleh orang berkelayakan
Pegawai
Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha Bar
54.
55.
Bila seseorang ahli Majlis Peguam kena mengosongkan jawatan
Kuasai Majlis
56.
Kuasa dan perbuatan Majlis Peguam
57.
Kuasa tertentu Majlis Peguam
58.
Pelantikan Jawatankuasa
59.
Hak memeriksa fail dan salinan prosiding kebankrapan
60.
Kuasa Majlis Peguam menerima hadiah
61.
Pewakilan dalam mahkamah
Penjalanan Majlis Peguam
62.
Mesyuarat Majlis
63.
Belanja ahli
7
Profesion Undang-Undang
Mesyuarat Agung Bar Malaysia
Seksyen
64.
Mesyuarat agung tahunan
65.
Mesyuarat agung
66.
Mengundi
67.
Kuorum
Jawatankuasa Bar Negeri
Gabungan Bar-Jawatankuasa Bar Negeri
68.
Gabungan ahli sebagai Bar Negeri
69.
Mesyuarat agung tahunan Bar Negeri
70.
70A. Mesyuarat agung Bar Negeri
Pemisahan gabungan Bar
71.
Mesyuarat Jawatankuasa Bar Negeri
72.
Kuasa Jawatankuasa Bar Negeri
73.
Fi tidak dibenarkan dibayar kepada Jawatankuasa Bar Negeri
74.
75.
Kekosongan luar jangka
Am
Nama ahli Majlis dan Jawatankuasa hendaklah disiarkan dalan Warta
76.
BAHAGIAN VI
AMALAN, KESOPANAN, KELAKUAN DAN TATATERTIB
PROFESIONAL PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA
DAN KERANI
77.
Kuasa membuat kaedah-kaedah mengawal selia amalan, dsb.
78.
Kuasa membuat kaedah-kaedah tertentu
78A. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengenai tanggung rugi profesional
79.
Peguam bela dan peguam cara hendaklah menyerahkan laporan akauntan
Kumpulan Wang Pampasan
80.
Kumpulan Wang Pampasan
81.
Peguam bela dan peguam cara tidak boleh bertindak sebagai pesuruhjaya
atau penyaksi tanpa sijil
82.
Peguam bela dan peguam cara dengan sengaja dan dengan diketahuinya
bertindak sebagai ejen
8
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Seksyen
83.
Peguam bela dan peguam cara tidak boleh mengguna khidmat seorang
bankrap yang belum dilepaskan
84.
Peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pemaju
perumahan tidak boleh bertindak bagi pihak pembeli dalam pemajuan
perumahan
85.
Pendaftar hendaklah menyenggara daftar nama firma
86.
Jika ada hubungan peguam cara dengan klien
87.
Jika wang kena dibayar oleh peguam bela dan peguam cara kepada
klien
Kawalan Harta
88.
Peguam bela dan peguam cara yang bersalah, dsb.
88A. Penggantungan peguam bela dan peguam cara daripada menjalankan
amalan
89.
Mengambil milik dokumen dalam milik peguam bela dan peguam cara
90.
Mengambil milik harta dalam milik peguam bela dan peguam cara
jika dia seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb.
91.
Wakil diri bertanggungan bagi perbuatan peguam bela dan peguam cara
92.
Majlis Peguam hendaklah mengendalikan akaun bank klien peguam
bela dan peguam cara yang telah mati
BAHAGIAN VII
PROSIDING TATATERTIB
93.
Lembaga Tatatertib
94.
K u a s a Lembaga Tatatertib untuk memotong daripada Daftarai,
menggantung kerana salah laku, dsb.
95.
Panel Jawatankuasa Tatatertib dan Panel Tribunal Penyiasatan
96.
Pelantikan Panel Jawatankuasa Tatatertib
97.
Pelantikan Panel Tribunal Penyiasatan
98.
Pengarah Urus Setia Aduan
99.
Aduan terhadap peguam bela dan peguam cara atau pelatih
100.
Tribunal Penyiasatan
101.
Penyiasatan
102.
Pertimbangan Lembaga Tatatertib tentang laporan oleh Tribunal
Penyiasatan
9
Profesion Undang-Undang
Seksyen
103.
Kuasa Lembaga Tatatertib untuk memerintahkan penalti
103A. Permohonan untuk melantik Jawatankuasa Tatatertib
103B. Jawatankuasa Tatatertib
103C. Dapatan Jawatankuasa Tatatertib
103D. Pertimbangan oleh Lembaga Tatatertib akan laporan Jawatankuasa
Tatatertib
103E. Rayuan daripada keputusan Lembaga Tatatertib
103F. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
103G. Peruntukan kecualian dan peralihan
103H. Penubuhan Kumpulan Wang Tatatertib
103I. Pembayaran fi, denda, dsb., ke dalam Kumpulan Wang Tatatertib
103J. Kuasa untuk membuat kaedah
(Dipotong)
104.
105.
Peguam bela dan peguam cara boleh memohon untuk dikeluarkan namanya
daripada Daftarai
106.
Majlis Peguam hendaklah memberitahu Pendaftar akan perintah yang
bertentangan bagi peguam bela dan peguam cara
107.
Mahkamah Tinggi boleh memasukkan semula peguam bela dan peguam
cara
108.
Kos prosiding di bawah Bahagian ini
109.
Jika orang yang disiasat tidak hadir
110.
Penerbitan dan dokumen dianggap keterangan bagi fakta yang dinyatakan
di dalamnya
111.
Tiada tindakan terhadap Jawatankuasa Tatatertib, dsb., kerana perbuatan
yang dilakukan
BAHAGIAN VIII
SARAAN PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA
112.
Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membeli kepentingan klien
113.
Jawatankuasa Kos Peguam Cara
114.
Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian untuk saraan
daripada klien
115.
Peguam bela dan peguam cara berhak mendapatkan kos bagi perundingan
daripada penggadai janji
10
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
URUSAN BERTIKAIAN
Seksyen
116.
Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian bagi kos
urusan bertikaian
117.
Kos boleh didapatkan daripada klien oleh orang lain yang tidak diaku
saksi
118.
Menguatkuasakan perjanjian
119.
Mana-mana pihak boleh membatalkan perjanjian peguam bela dan peguam
cara yang telah mati yang belum disempurnakan
120.
Jika klien menukar peguam sebelum perjanjian disempurnakan
121.
Jika saraan peguam bela dan peguam cara bukannya perkara perjanjian
BAHAGIAN IX
MENDAPATKAN DAN MENETAPKAN KOS
122.
Peguam bela dan peguam cara ditakrif
123.
Peguam bela dan peguam cara berhak mengenakan tanggungan ke atas
harta untuk mendapatkan kos
124.
Tiada peguam bela dan peguam cara boleh mendakwa untuk mendapatkan
kos sehingga telah diserahkan bil kos
125.
Kuasa mahkamah membenarkan peguam cara memulakan tindakan
126.
Perintah untuk penetapan kos hendaklah dibuat dalam masa 6 bulan
dari masa diserahkan bil kos
127.
Kos mendapatkan perintah untuk penetapan
128.
Perintah bagi penetapan bil peguam bela dan peguam cara apabila notis
diberi
129.
Petisyen oleh pihak yang bertanggungan membayar bil kos
130.
Perintah supaya diserahkan bil kos peguam cara dengan cara petisyen
131.
Mahkamah boleh memerintahkan peguam bela dan peguam cara supaya
menyerahkan salinan bil kepada pemohon
132.
Bil kos hendaklah mengikut Kaedah-Kaedah mahkamah
133.
Pendaftar boleh membenarkan bunga dikenakan atas wang yang
dibelanjakan oleh peguam
134.
Kos perintah penetapan kena dibayar oleh peguam cara
135.
Sijil pegawai penetapan adalah muktamad
136.
Hak Kerajaan untuk mendapatkan kos tidak terjejas
11
Profesion Undang-Undang
BAHAGIAN X
PELBAGAI
Lembaga dan Bar hendaklah menyenggara suatu pejabat
137.
138.
Dokumen yang hendak disampaikan boleh dihantar melalui pos
Majlis Peguam atau Bar Malaysia hendaklah mendapatkan jumlah wang
139.
140.
Fi hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kaedah
141.
Bank tidak terikat untuk mengambil perhatian akan hak terhadap akaun
peguam bela dan peguam cara
142.
Tiada duti harta pusaka kena dibayar bagi pemberian berwasiat kepada
Bar
BAHAGIAN XI
PERUNTUKAN PERALIHAN
143.
Takrif
144.
Penamaan ahli Lembaga
145.
Pendaftar hendaklah memindahkan kepada Daftarai nama peguam bela
dan peguam cara
146.
Takrif
147.
Sijil yang dikeluarkan di bawah seksyen 26 disifatkan sebagai sijil
amalan
148.
Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam memegang jawatan pada
tarikh Akta ini mula berkuat kuasa
Aset dan harta Majlis Peguam dan Bar Tempatan
149.
150.
Kecualian
151.
Peruntukan Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara hendaklah terpakai
berkenaan dengan saraan peguam bela dan peguam cara sehingga Perintah
Am dibuat di bawah Akta
BAHAGIAN XII
PEMANSUHAN
152.
Pemansuhan
JADUAL
12
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
13
Profesion Undang-Undang
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 166
AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976
Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang yang berhubungan
dengan profesion undang-undang dalam Malaysia.
[Semenanjung Malaysia--1 Jun 1977, P.U. (B) 327/77]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Undang-Undang
1976.
( 2 ) M e n t e r i boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi
permulaan kuat kuasa bahagian atau peruntukan Akta ini yang
berlainan dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi permulaan
kuat kuasa Akta ini di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Pemakaian
2.  Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia tetapi hendaklah
hanya boleh terpakai di Sabah dan Sarawak dengan ubah suaian
yang dibuat melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
Perintah itu hendaklah disiarkan dalam Warta.
14
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Tafsiran
3.  Dalam Akta ini, melainkan jika konteks ayatnya menghendaki
makna yang lain--
"Bar Malaysia" dan "Bar" ertinya pertubuhan perbadanan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 41;
"Daftar Pengamal" ertinya daftar tahunan yang disimpan oleh
Pendaftar di bawah seksyen 31;
"Daftarai" ertinya Daftarai peguam bela dan peguam cara
M a h k a m a h Tinggi yang disimpan oleh Pendaftar di bawah
seksyen 28;
"Jawatankuasa Peguam" ertinya suatu Jawatankuasa Bar yang
dipilih di bawah seksyen 70;
"Jawatankuasa Kaedah" ertinya Jawatankuasa Kaedah yang
ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan diberi
kuasa untuk membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia tatacara
dalam Mahkamah Tinggi;
"Jawatankuasa Kos Peguam cara" ertinya Jawatankuasa Kos
Peguam cara yang ditubuhkan di bawah seksyen 113;
"klien" termasuklah--
(a) berhubung dengan urusan bertikaian, mana-mana orang
yang sebagai prinsipal atau bagi pihak seorang lain
menempah atau mengguna khidmat seseorang peguam
b e l a dan peguam cara dan mana-mana orang yang
bertanggungan atau mungkin bertanggungan membayar
kos peguam cara;
(b) berhubung dengan urusan bukan bertikaian, mana-mana
orang yang sebagai prinsipal atau bagi pihak seorang
lain, atau sebagai seorang pemegang amanah, wasi atau
pentadbir, atau atas apa-apa sifat lain, mempunyai kuasa
yang nyata atau tersirat, untuk menempah atau mengguna
khidmat, dan menempah atau mengguna khidmat, seseorang
peguam bela, dan peguam cara, dan mana-mana orang
yang pada masa ini bertanggungan membayar kepada
seorang peguam bela dan peguam cara bagi perkhidmatan
dan kosnya;
15
Profesion Undang-Undang
"kerani berartikel" mempunyai erti yang diberikan kepadanya
dalam seksyen 20;
"kos" termasuklah fi, caj, bayaran ganti, belanja dan saraan;
"Kumpulan Wang Pampasan" dan "Kumpulan Wang" ertinya
kumpulan wang yang disenggarakan dan ditadbirkan mengikut
seksyen 80;
"Lembaga" ertinya Lembaga Kelayakan yang ditubuhkan di bawah
seksyen 4;
"Mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim
Mahkamah Tinggi apabila bersidang dalam Mahkamah terbuka,
dan "Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang
dalam Kamar;
"Majlis Peguam" dan "Majlis" ertinya majlis pusat Bar Malaysia
yang ditubuhkan di bawah seksyen 47;
"orang berkelayakan" ertinya mana-mana orang yang--
(a) telah lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada ijazah
S a r j a n a Muda Undang-Undang Universiti Malaya,
Universiti Malaya di Singapura, Universiti Singapura atau
Universiti Kebangsaan Singapura;
(b) ialah seorang barrister-at-law England; atau
(c) mempunyai apa-apa kelayakan lain sebagaimana yang
diisytiharkan oleh Lembaga melalui pemberitahuan dalam
Warta sebagai cukup untuk menjadikan seseorang itu
orang berkelayakan bagi maksud Akta ini;
"Ordinan" ertinya Ordinan Peguam bela dan Peguam cara 1947
[M.U. 4/1947];
"pegawai undang-undang" ertinya seorang berkelayakan dalam
perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
"peguam bela dan peguam cara", dan "peguam cara" jika konteks
ayatnya menghendaki ertinya seseorang peguam bela dan peguam
cara Mahkamah Tinggi yang diterima masuk dan didaftaraikan
sebagai peguam bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-
undang bertulis sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;
16
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
"Pendaftar" ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi dan termasuklah
Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong
Pendaftar;
" P e p e r i k s a a n Kelayakan Bahasa Malaysia" ertinya suatu
peperiksaan yang dijalankan oleh Lembaga atau orang lain yang
dilantik oleh Lembaga bagi maksud itu;
"plider" ertinya seorang plider yang berhak menjalankan amalan
pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
"sijil amalan" ertinya sijil yang dikeluarkan oleh Pendaftar di
bawah seksyen 29;
"Sijil Tahunan" ertinya sijil yang dikeluarkan oleh Majlis di
bawah seksyen 32;
"urusan bertikaian" ertinya urusan yang dijalankan oleh seorang
peguam bela dan peguam cara, dalam atau bagi maksud prosiding
yang dimulakan di hadapan suatu mahkamah keadilan, tribunal,
l e m b a g a , suruhanjaya, majlis, badan berkanun atau seorang
penimbang tara.
BAHAGIAN II
LEMBAGA KELAYAKAN
Lembaga Kelayakan
Suatu badan bernama Lembaga Kelayakan ditubuhkan.
4.
Fungsi Lembaga
Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
5.
(a) bagi menetapkan kelayakan yang dikehendaki bagi
kemasukan mana-mana orang menjalani artikel dengan
tujuan dia diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam
cara;
(b) bagi mengadakan kursus pengajaran untuk, dan bagi
mengawal selia latihan dan pengajaran bagi, kerani
berartikel;
17
Profesion Undang-Undang
(c) bagi mengadakan peperiksaan bagi kerani berartikel yang
hendak menjadi orang berkelayakan;
(d) bagi memutuskan kelayakan, jika ada, selain kelayakan
yang ditetapkan dalam perenggan (a) dan (b) mengenai
takrif "orang berkelayakan" dalam seksyen 3, yang boleh
mengehakkan seseorang menjadi orang berkelayakan bagi
maksud Akta ini;
(e) bagi mengadakan kursus pengajaran untuk, dan peperiksaan
b a g i , orang yang kelayakannya tidak cukup untuk
menjadikan mereka itu orang berkelayakan bagi maksud
Akta ini kecuali selepas menjalani kursus dan lulus
peperiksaan;
(f) bagi mengadakan peruntukan mengenai pengurusan dan
penjalanan Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.
Kuasa am Lembaga dan kuasa membuat kaedah-kaedah
6. (1) Sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang diberikan
oleh Akta ini Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah dan melakukan
segala perkara yang perlu dan bersampingan untuk melaksanakan
tujuan Bahagian ini dan juga fungsi Lembaga.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),
tetapi tertakluk kepada Bahagian ini, Lembaga khususnya boleh
membuat kaedah-kaedah--
(a) bagi mengawal selia mesyuarat dan penjalanan Lembaga;
(b) bagi membolehkan kerani berartikel diambil dan diguna
khidmat oleh prinsipal dan bagi kelakuan, kewajipan dan
tanggungjawab pihak itu;
(c) bagi mengawal selia cara kerani berartikel menjalani tempoh
keartikelannya;
(d) menentukan subjek yang kerani berartikel dikehendaki
mahir di dalamnya;
(e) bagi peperiksaan kerani berartikel dari semasa ke semasa;
(f) bagi pengecualian kerani berartikel daripada kursus
pengajaran atau peperiksaan;
18
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(g) bagi pelantikan pensyarah dan pemeriksa dan bagi
pembayaran fi kepada mereka;
(h) bagi pegurusan dan penjalanan, dan pengecualian kategori
tertentu orang berkelayakan dan kerani berartikel daripada,
Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia;
(i) bagi menetapkan borang yang hendak digunakan dan fi
yang hendak dibayar di bawah Bahagian ini.
Keahlian Lembaga
Lembaga hendaklah terdiri daripada--
7.
(a) Peguam Negara yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) dua orang Hakim yang dinamakan oleh Ketua Hakim
Negara;
(c) Pengerusi Majlis Peguam; dan
(d) seorang Dekan Fakulti Undang-Undang yang dinamakan
oleh Menteri Pelajaran.
Memilih pemangku Pengerusi
8. (1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga
dan jika sekiranya Pengerusi tidak ada, ahli Lembaga yang hadir
dalam mesyuarat itu hendaklah memilih seorang pemangku Pengerusi
yang hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa Pengerusi.
(2) Ketua Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga.
(3) Lembaga hendaklah melantik mana-mana pegawai yang
difikirkannya perlu dan hendaklah mempunyai kuasa untuk membayar
saraan kepada pekerjanya.
Mesyuarat Lembaga dan kuorum
9. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat pada masa dan di tempat
yang ditetapkan oleh Pengerusi.
(2) Lembaga mempunyai kuasa untuk menentukan kuorum bagi
mesyuaratnya.
19
Profesion Undang-Undang
(3) Setiap ahli Lembaga mempunyai satu undi dan Pengerusi
mesyuarat itu hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.
Orang Berkelayakan
Penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara
10.  Mahkamah Tinggi boleh, menurut budi bicaranya dan tertakluk
kepada Akta ini menerima masuk sebagai peguam bela dan peguam
cara Mahkamah Tinggi--
(a) mana-mana orang berkelayakan; dan
(b) mana-mana kerani berartikel yang telah mematuhi
seksyen 25:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun yang menjadi orang
berkelayakan oleh sebab dia telah lulus peperiksaan akhir bagi
ijazah atau kelayakan lain yang menjadikan dia orang berkelayakan
di bawah perenggan (a), (b) atau (c) takrif bagi "orang berkelayakan"
dalam seksyen 3 boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan
peguam cara sebelum ijazah atau kelayakan lain telah dianugerahkan
kepadanya.
Kelayakan untuk diterima masuk
11. (1) Tertakluk kepada seksyen 14, seseorang berkelayakan boleh
diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara jika dia--
(a) telah mencapai umur lapan belas tahun;
(b) berkelakuan baik; dan--
(i) tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-
mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah
yang menjadikannya tidak layak menjadi seorang
ahli bagi profesionnya, dan khususnya, tetapi tidak
terhad kepada, sesuatu kesalahan melibatkan fraud
atau kecurangan;
(ii) tidak pernah dihukum menjadi bankrap dan tidak
pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan
atau peninggalan yang disebut dalam perenggan
33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) Akta
Kebankrapan 1967 [Akta 360];
20
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(iii) tidak pernah melakukan apa-apa perbuatan lain
yang membolehkan dia dipecat, hilang kelayakan
atau digantung daripada menjalankan amalan,
j i k a dia seorang barrister atau peguam bela
di England;
(iv) tidak pernah, atau tidak boleh kena, dipecat, hilang
kelayakan atau digantung atas sifatnya sebagai
seorang pengamal undang-undang di mana-mana
negeri lain;
(c) ialah sama ada seorang warganegara Persekutuan atau
seorang pemastautin tetap Malaysia;
(d) telah menjalani dengan memuaskan di Malaysia tempoh
latihan yang ditetapkan bagi orang berkelayakan.
(2) Mulai 1 Januari 1984, tiada seseorang pun berkelayakan
boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara
melainkan, sebagai tambahan pada memenuhi kehendak subseksyen
(1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan
Bahasa Malaysia.
Tempoh latihan orang berkelayakan
1 2 . ( 1 ) B a g i maksud Bahagian ini, seseorang berkelayakan
h e n d a k l a h dikenali sebagai seorang "pelatih" dalam tempoh
latihannya, dan seseorang yang dengannya pelatih itu menjalani
tempoh latihannya atau mana-mana bahagian daripada tempoh
latihannya hendaklah dikenali sebagai "pengajar".
(2) Seseorang berkelayakan hendaklah, sebelum diterima masuk
sebagai peguam bela dan peguam cara, menjalani suatu tempoh
latihan dan, tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 13, tempoh
latihan yang ditetapkan ialah sembilan bulan.
(3) Tiada seseorang pun berkelayakan boleh, tanpa kebenaran
khas secara bertulis daripada Majlis Peguam, memegang apa-apa
jawatan atau bertugas dalam apa-apa pekerjaan dari apa-apa jenis,
sama ada sepenuh masa atau selainnya, dalam tempoh latihannya,
tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang
seseorang pelatih daripada menerima saraan daripada pengajarnya.
21
Profesion Undang-Undang
Pengecualian daripada tempoh latihan dan kelayakan untuk
menjalani latihan
13. (1) Tertakluk kepada subseksyen (4) seseorang pelatih hendaklah
menjalani tempoh latihannya dengan seorang peguam bela dan
peguam cara yang menjalankan dan telah menjalankan amalan
secara aktif dalam Malaysia bagi jumlah tempoh tidak kurang
daripada tujuh tahun sebelum sahaja tarikh latihannya bermula:
Dengan syarat bahawa Majlis Peguam boleh atas alasan khas
membenarkan seseorang pelatih menjalani tempoh latihannya dengan
seorang peguam bela dan peguam cara yang telah menjalankan
amalan kurang daripada tujuh tahun.
(2) Majlis Peguam boleh membenarkan seseorang berkelayakan
menjalani bahagian tempoh latihannya yang berlainan dengan
pengajar yang berlainan.
(3) Majlis Peguam boleh, menurut budi bicaranya sendiri,
mengecualikan seseorang berkelayakan daripada menjalani apa-
apa tempoh latihan hingga selama enam bulan apabila permohonan
d i b u a t kepadanya dengan disokong dengan keterangan yang
memuaskan bahawa--
(a) ada hal keadaan khas yang mewajarkan tempoh latihan
itu disingkatkan; atau
(b) pemohon telah selama tempoh tidak kurang daripada enam
bulan menjadi pelatih atau berlatih dalam kamar seseorang
pengamal undang-undang yang telah menjalankan amalan
sendirian secara aktif selama lebih daripada tujuh tahun
di Komanwel; atau
(c) pemohon ialah seorang kerani berartikel di Malaysia atau;
(d) pemohon telah bertugas dalam amalan sendirian secara
aktif sebagai pengamal undang-undang tidak kira dengan
n a m a apa jua dia dikenali di mana-mana bahagian
Komanwel selama tempoh tidak kurang daripada enam
bulan.
( 4 ) S e s e o r a n g berkelayakan yang telah berkhidmat dalam
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selama tujuh tahun
dikecualikan daripada menjalani apa-apa tempoh latihan dengan
syarat permohonannya untuk diterima masuk sebagai peguam bela
22
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
dan peguam cara disokong dengan suatu sijil daripada Peguam
Negara yang menyatakan bahawa dia seorang yang layak dan sesuai
diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara.
(5) Majlis Peguam boleh, menurut budi bicaranya sendiri, apabila
permohonan dibuat kepadanya dengan disokong dengan keterangan
yang memuaskan secara bertulis yang diberikan oleh Peguam Negara,
mengecualikan seseorang berkelayakan yang telah berkhidmat dalam
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selama sekurang-
kurangnya tiga tahun, daripada menjalani apa-apa tempoh latihan
sehingga maksimum enam bulan.
Memfail petisyen untuk diterima masuk dan penyiasatan, dsb.
14. (1) Apabila difail apa-apa petisyen untuk diterima masuk dan
didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara, Majlis Peguam
hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat penyiasatan
penuh mengenai kelakuan pempetisyen dan, setelah petisyen itu
diputuskan untuk didengar, hendaklah menghantar kepada Hakim
Besar suatu laporan sulit mengenai hasil penyiasatan itu.
(2) Semua Jawatankuasa Bar Negeri (jika lebih daripada satu)
dalam Negeri yang orang yang memohon untuk diterima masuk
sebagai peguam bela dan peguam cara menurut seksyen 15 telah
menjalani latihannya hendaklah, apabila petisyen orang itu diputuskan
u n t u k didengar, membuat atau menyebabkan supaya dibuat
penyiasatan penuh mengenai kelakuan pempetisyen itu dan laporan
sulit mengenai hasil penyiasatan itu hendaklah dihantar kepada
Hakim Besar dengan apa-apa ulasan mengenainya yang difikirkan
perlu oleh Majlis Peguam.
(3) Jika mana-mana laporan yang disebut dalam subseksyen (1)
atau subseksyen (2) tidak menguntungkan pempetisyen, Hakim
Besar, jika difikirkannya patut, boleh mengarahkan supaya laporan
itu difailkan dalam Mahkamah dan satu salinannya disampaikan
k e p a d a pempetisyen dan, tertakluk kepada apa-apa arahan
sebagaimana yang boleh diberi oleh Mahkamah, laporan itu bolehlah
diambil kira apabila petisyen itu didengar.
(4) Segala laporan dan perhubungan di bawah seksyen ini
diistimewakan secara mutlak.
23
Profesion Undang-Undang
Petisyen untuk diterima masuk dengan afidavit
15. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap orang yang
bercadang hendak memohon untuk diterima masuk dan didaftaraikan
sebagai peguam bela dan peguam cara.
(2) Suatu permohonan untuk diterima masuk sebagai peguam
bela dan peguam cara di bawah seksyen ini hendaklah dibuat
melalui suatu petisyen kepada Mahkamah dan disahkan dengan
afidavit.
(3) Tiap-tiap pempetisyen hendaklah, dalam tempoh tidak kurang
daripada empat belas hari sebelum petisyennya didengar atau suatu
tempoh yang lebih singkat sebagaimana dibenarkan oleh Mahkamah,
membuat suatu afidavit dengan menunjukkan--
(a) jika berkenaan, salinan benar bagi apa-apa keterangan
dokumen yang menunjukkan bahawa dia ialah seorang
berkelayakan;
(b) dua sijil yang terbaharu tentang kelakuan baiknya;
(c) suatu sijil kerajinan daripada pengajarnya yang dengannya
d i a telah menjalani latihannya dalam hal yang dia
dikehendaki menjalani suatu tempoh latihan, atau, jika
ketiadaan sijil itu, apa-apa keterangan lain yang dikehendaki
oleh Mahkamah yang menunjukkan dia telah menjalani
latihan itu dengan rajin;
(d) jika berkenaan, suatu sijil yang ditandatangani oleh
Setiausaha Lembaga menyatakan bahawa pempetisyen
telah menghadiri kursus pengajaran dan lulus peperiksaan,
jika ada, yang diperlukan baginya di bawah Akta ini; dan
(e) jika berkenaan, suatu sijil daripada pengetuanya yang
menyatakan bahawa dia telah menjalani tempoh latihan
yang berkenaan dengan memuaskan sebagai seorang kerani
berartikel;
(f) s a l i n a n benar apa-apa keterangan dokumentar yang
m e n u n j u k k a n bahawa dia ialah sama ada seorang
warganegara Persekutuan atau seorang pemastautin tetap
Malaysia; dan
24
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(g) salinan benar apa-apa keterangan dokumentar bahawa
dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan
Kelayakan Bahasa Malaysia.
(4) Petisyen, notis, afidavit dan sijil yang disebut dalam seksyen
ini hendaklah dalam borang yang ditetapkan oleh Lembaga.
(5) Pempetisyen hendaklah memfailkan petisyennya di Pejabat
Pendaftar di Pejabat Besar Pendaftaran disertai dengan notis
memberitahu yang dia telah membuat petisyen itu; notis itu hendaklah
ditampalkan dan terus ditampalkan pada semua Mahkamah Tinggi
selama tiga bulan sebelum pempetisyen itu diterima masuk dan
didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara.
Memfail petisyen dan bantahan
1 6 . ( 1 ) S a t u salinan bagi setiap petisyen dan afidavit yang
dikehendaki difailkan di bawah seksyen 15 bersama dengan salinan
benar setiap dokumen yang ditunjukkan menurut seksyen itu
hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas pemfailannya di Pejabat
Pendaftar, dan dalam masa tidak kurang daripada sepuluh hari atau
apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang dibenarkan
oleh Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mendengar
petisyen itu, disampaikan kepada Peguam Negara, Majlis Peguam
dan Jawatankuasa Bar Negeri bagi Negeri yang pelatih itu telah
menjalani apa-apa bahagian daripada tempoh latihannya.
( 2 ) J i k a Peguam Negara, Majlis Peguam atau mana-mana
Jawatankuasa Bar Negeri bercadang hendak membantah mana-
mana petisyen, hendaklah disampaikan kepada pempetisyen itu
dan difailkan di Pejabat Pendaftar, dalam masa tidak kurang daripada
tiga hari genap atau apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana
yang dibenarkan oleh Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan
untuk mendengar petisyen itu, suatu notis bantahan yang hendaklah
menyatakan secara ringkas alasan bagi bantahan itu.
(3) Apabila suatu notis bantahan difailkan petisyen itu hendaklah
ditetapkan untuk didengar dalam masa satu bulan atau dengan
secepat yang mungkin di hadapan seorang Hakim Mahkamah Tinggi.
(4) Peguam Negara, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Bar Negeri
tidak perlu diwakili apabila sesuatu petisyen itu didengar melainkan
jika Peguam Negara, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Bar Negeri,
mengikut mana-mana yang berkenaan, bercadang hendak membantah
25
Profesion Undang-Undang
petisyen itu, tetapi tiada apa-apa perintah boleh dibuat terhadap
mana-mana petisyen melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa
petisyen, afidavit dan salinan benar bagi setiap dokumen itu telah
disampaikan dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh
subseksyen (1).
Memasukkan kaveat menentang penerimaan masuk
1 7 . ( 1 ) M a n a - m a n a orang boleh memasukkan suatu kaveat
menentang mana-mana pempetisyen diterima masuk sebagai peguam
bela dan peguam cara dan apabila kaveat itu dimasukkan tiada
apa-apa permohonan untuk pempetisyen itu diterima masuk sebagai
peguam bela dan peguam cara boleh didengar melainkan jika suatu
notis pendengaran tidak kurang daripada 3 hari genap telah
disampaikan kepada orang yang membuat kaveat itu.
(2) Tiap-tiap kaveat di bawah seksyen ini hendaklah dibuat di
Pejabat Pendaftar dan hendaklah mengandungi nama penuh, pekerjaan
dan alamat pengkaveat, suatu pernyataan ringkas tentang alasan
bantahannya dan suatu alamat untuk penyampaian notis.
(3) Jika pada bila-bila masa selepas pempetisyen diterima masuk
dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara, bukti
diberi dengan memuaskan Mahkamah bahawa sesuatu petisyen,
afidavit, sijil atau dokumen lain yang telah difailkan oleh pempetisyen
mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan
pada bahagian materialnya atau menyembunyikan apa-apa fakta
m a t e r i a l nama pempetisyen itu boleh dikeluarkan daripada
Daftarai.
(4) Jika seorang peguam bela dan peguam cara telah dikeluarkan
daripada Daftarai menurut subseksyen (3), Pendaftar hendaklah
apabila apa-apa petisyen dibuat lagi oleh orang itu juga untuk
diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara membawa
fakta itu kepada pengetahuan Mahkamah dan Mahkamah hendaklah,
jika tiada hal keadaan yang khas, enggan meluluskan petisyen
yang dibuat lagi itu.
Penerimaan masuk dalam hal tertentu
18. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta
ini, Mahkamah, bagi maksud mana-mana satu kes dan tertakluk
kepada subseksyen yang berikut, boleh menerima masuk seseorang
26
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
untuk menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam
cara yang, jika dia seorang warganegara Malaysia, atau seorang
pemastautin tetap di Malaysia, dia layak diterima masuk sebagai
seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi dan
tiada seorang pun boleh diterima masuk untuk menjalankan amalan
sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen ini
melainkan jika--
(a) bagi maksud kes yang tertentu itu dia, pada pendapat
Mahkamah, mempunyai kelayakan khas atau pengalaman
daripada jenis yang tidak boleh didapati daripada kalangan
peguam bela dan peguam cara di Malaysia; dan
(b) dia telah diarahkan oleh seorang peguam bela dan peguam
cara di Malaysia.
(2) Mana-mana orang yang memohon untuk dibenarkan hadir
sebagai peguam di bawah seksyen ini hendaklah berbuat demikian
melalui usul pemula yang disahkan dengan afidavitnya sendiri,
a t a u dengan afidavit peguam bela dan peguam cara yang
mengarahkannya, menyatakan nama pihak dan butiran ringkas
mengenai guaman atau perkara yang pemohon bercadang hendak
hadir, dan menunjukkan dalam afidavit itu persetujuan pemohon
untuk hadir dalam guaman atau perkara itu; usul pemula itu dan
a f i d a v i t itu hendaklah disampaikan kepada Peguam Negara,
Setiausaha Majlis Peguam dan Setiausaha Jawatankuasa Bar Negeri
dalam Negeri di mana guaman atau perkara itu akan didengar dan
kepada pihak yang satu lagi kepada guaman atau perkara itu; pada
masa penyampaian itu pemohon hendaklah membayar satu ratus
ringgit kepada Setiausaha Majlis Peguam dan satu ratus ringgit
kepada Setiausaha Jawatankuasa Bar Negeri bagi meliputi kos
mereka yang dilakukan bagi permohonan itu.
(3) Sebelum seseorang dibenarkan hadir sebagai peguam di bawah
seksyen ini Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang
pendapat setiap orang yang telah disampaikan permohonan itu.
(4) Pendaftar hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan itu,
m e n g e l u a r k a n kepada tiap-tiap orang yang dibenarkan hadir
sebagai peguam di bawah seksyen ini suatu sijil untuk menjalankan
amalan dengan menyatakan di dalamnya guaman atau perkara yang
orang itu dibenarkan hadir; dan mana-mana orang yang kepadanya
suatu sijil untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan di bawah
subseksyen ini hendaklah bagi maksud penggunakhidmatannya
27
Profesion Undang-Undang
dalam guaman atau perkara itu disifatkan sebagai seorang yang
kepadanya suatu sijil untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan
di bawah seksyen 29.
(5) Pendaftar tidak boleh mencatatkan di dalam Daftarai tetapi
hendaklah menyimpan suatu Daftarai yang berasingan bagi nama
orang yang dibenarkan hadir sebagai peguam di bawah seksyen
ini.
( 6 ) D a l a m seksyen ini perkataan "guaman atau perkara"
termasuklah apa-apa prosiding interlokutori atau rayuan yang
berkaitan dengan apa-apa guaman atau perkara.
Hak merayu pembantah
19.  Pempetisyen di bawah seksyen 15 dan pemohon di bawah
seksyen 18 dan mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut
iaitu Peguam Negara, Lembaga, Setiausaha Majlis Peguam atau
Setiausaha mana-mana Jawatankuasa Bar Negeri yang membantah
mana-mana petisyen atau membantah pembuatan apa-apa perintah
atau mana-mana usul pemula menurut seksyen 18 mempunyai hak
untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan:
Dengan syarat bahawa seseorang Hakim yang membuat perintah
yang terhadapnya rayuan itu dibuat tidak boleh menjadi seorang
ahli Mahkamah Persekutuan.
Kerani Berartikel
Kelayakan bagi kerani berartikel
20. (1) Kecuali dibenarkan oleh Akta ini dan apa-apa kaedah
yang dibuat oleh Lembaga tiada seorang pun boleh membuat
perjanjian untuk menjalani artikel dengan tujuan supaya diterima
masuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan jika dia--
(a) telah mencapai umur tujuh belas tahun;
(b) berkelakuan baik; dan
(c) mempunyai kelayakan pendidikan yang perlu yang
ditetapkan oleh Lembaga.
28
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(2) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang telah membuat
perjanjian untuk menjalani artikel dengan seseorang peguam bela
dan peguam cara hendaklah dikenali sebagai "kerani berartikel"
dan seseorang peguam bela dan peguam cara yang menerima seorang
kerani berartikel hendaklah dikenali sebagai "pengetua".
Syarat menjadi pengetua dan pelepasan kerani
21. (1) Tanpa kebenaran khas secara bertulis daripada Lembaga,
tiada seseorang peguam bela dan peguam cara layak menjadi pengetua
melainkan jika dia telah menjalankan amalan dengan aktif sebagai
peguam bela dan peguam cara di Malaysia selama tempoh tidak
kurang daripada tujuh tahun sebelum sahaja permulaan artikel dan
dia masih menjalankan amalan dengan aktif.
(2) Tiada seorang pengetua boleh mempunyai lebih daripada
dua orang kerani berartikel pada satu masa.
(3) Tiada seseorang pun pengetua boleh mengambil atau mengguna
khidmat mana-mana kerani berartikel selepas pengetua itu berhenti
menjalankan amalan dengan aktif sebagai peguam bela dan peguam
cara di Malaysia atau semasa kerani berartikel itu diguna khidmat
oleh seorang peguam bela dan peguam cara lain.
(4) Jika mana-mana peguam bela dan peguam cara mengambil
seorang kerani berartikel berlanggaran dengan seksyen ini Lembaga
boleh atas usulnya sendiri melepaskan artikel kerani berartikel itu
atas apa-apa terma, termasuklah terma tentang pemulangan apa-
apa premium, sebagaimana yang difikirkan patut dan munasabah
oleh Lembaga.
Melepaskan kerani kerana tidak layak
2 2 .  J i k a apa-apa tuduhan dibuat kepada Lembaga tentang
ketidaklayakan seseorang kerani berartikel untuk menjadi peguam
bela dan peguam cara, dan Lembaga, selepas menyiasat tuduhan
itu berpuas hati bahawa kerani berartikel itu tidak layak untuk
menjadi peguam bela dan peguam cara, Lembaga boleh atas usulnya
sendiri melepaskan artikel kerani berartikel itu atas apa-apa terma,
t e r m a s u k l a h terma tentang pemulangan apa-apa premium,
sebagaimana yang difikirkan patut dan munasabah oleh Lembaga.
29
Profesion Undang-Undang
Melepaskan kerani secara am
23.  Jika Lembaga berpuas hati atas permohonan yang dibuat
sama ada oleh seorang pengetua atau seorang kerani berartikel
bahawa artikel sepatutnya dilepaskan, Lembaga boleh melepaskan
artikel itu atas apa-apa terma, termasuklah terma-terma tentang
pemulangan apa-apa premium, sebagaimana yang difikirkan patut
dan munasabah oleh Lembaga.
Tempoh artikel dan syarat artikel
24. (1) Tempoh artikel bagi seorang kerani berartikel yang ialah
mahasiswa dari Universiti yang diiktiraf oleh Lembaga bagi maksud
seksyen ini ialah tiga tahun.
(2) Tempoh artikel bagi tiap-tiap orang lain ialah lima tahun.
(3) Tiada seorang pun kerani berartikel boleh tanpa kebenaran
khas secara bertulis daripada Majlis Peguam, memegang apa-apa
jawatan atau bertugas dalam apa-apa jenis pekerjaan, sama ada
penuh masa atau selainnya, dalam masa artikelnya tetapi tiada apa-
apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang seseorang kerani
berartikel menerima saraan daripada pengetuanya.
Syarat bagi kerani berartikel diterima masuk
25. (1) Tertakluk kepada seksyen 22 dan 23 dan apa-apa kaedah
yang dibuat oleh Lembaga tiada seorang kerani berartikel boleh
diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam
cara melainkan jika dia--
(a) telah menjalani tempoh artikel yang ditetapkan dengan
memuaskan;
(b) telah menghadiri apa-apa kursus pengajaran sebagaimana
yang ditetapkan oleh Lembaga secara am atau khas; dan
(c) telah lulus apa-apa peperiksaan sebagaimana yang
ditetapkan oleh Lembaga.
(2) Mulai 1 Januari 1984, tiada seorang pun kerani berartikel
boleh diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan
peguam cara melainkan jika, sebagai tambahan pada memenuhi
kehendak subseksyen (1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada
Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.
30
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Kajian Semula
Rayuan daripada keputusan Lembaga kepada Hakim
26. (1) Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan apa-apa
keputusan Lembaga boleh memohon kepada Hakim bagi mengkaji
semula keputusan itu.
(2) Jika Lembaga tidak memutuskan apa-apa permintaan dalam
masa enam minggu selepas permintaan itu mula-mula dikemukakan
kepadanya, pemohon boleh memohon di bawah seksyen ini seolah-
o l a h permintaan itu telah diputuskan bertentangan dengan
permintaannya.
(3) Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat
melalui saman dalam kamar atas petisyen perayu jika dia telah
memfailkan suatu petisyen, selainnya, melalui saman pemula; Hakim
yang mendengar permohonan itu boleh menurut budi bicaranya
menangguh permohonan itu supaya didengar dalam Mahkamah
terbuka.
(4) Tiap-tiap saman dalam kamar atau saman pemula, mengikut
mana-mana yang berkenaan, hendaklah disokong dengan keterangan
melalui afidavit dan hendaklah disampaikan bersama dengan afidavit
itu kepada Lembaga; saman dalam kamar atau saman pemula itu
tidak boleh didengar sebelum tamat dua belas hari selepas tarikh
ia disampaikan kepada Lembaga.
(5) Pada masa atau sebelum permohonan itu didengar, Lembaga
boleh mengemukakan kepada Hakim suatu laporan sulit mengenai
pemohon itu; laporan itu tidak boleh difailkan dalam Mahkamah
tetapi suatu salinannya hendaklah diberikan kepada pemohon.
(6) Sesuatu laporan sulit di bawah seksyen ini diistimewakan.
(7) Pada pendengaran itu Hakim boleh menolak permohonan
itu atau boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut
dan munasabah di bawah Akta ini.
(8) Seorang Hakim yang menjadi seorang ahli Lembaga tidak
boleh mendengar apa-apa permohonan di bawah seksyen ini.
31
Profesion Undang-Undang
Mendengar Petisyen dan Daftarai
Pendengaran oleh Hakim yang menjadi ahli Lembaga
27.  Seorang Hakim yang menjadi ahli Lembaga tidak boleh
mendengar mana-mana petisyen untuk diterima masuk sebagai
peguam bela dan peguam cara.
Daftarai peguam bela dan peguam cara
28. (1) Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftarai peguam
bela dan peguam cara berserta dengan tarikh mereka masing-masing
diterima masuk sedemikian.
(2) Nama, berserta dengan tarikh diterima masuk sebagai peguam
bela dan peguam cara bagi tiap-tiap orang yang diterima masuk
sedemikian hendaklah dicatitkan dalam Daftarai mengikut susunan
tarikh mereka diterima masuk.
(3) Tiap-tiap orang yang diterima masuk sebagai peguam bela
dan peguam cara hendaklah membayar fi yang ditetapkan dan
Pendaftar hendaklah menyerahkan kepadanya suatu surat cara
diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara yang
ditandatangani oleh Hakim Besar atau Hakim yang menerima
pempetisyen masuk.
(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi orang yang diterima masuk
sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah seksyen 18.
(5) Daftarai hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana
orang pada waktu pejabat tanpa bayaran.
*BAHAGIAN IIA
PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN
PENERIMAAN MASUK SEBAGAI PEGUAM BELA DAN
PEGUAM CARA
Kuasa Peguam Negara untuk mengeluarkan Sijil Penerimaan
Masuk Khas
28A. (1) Peguam Negara boleh mengeluarkan suatu sijil khas untuk
diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara
* CATATAN--Bahagian ini mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1999­lihat P.U. (B) 33/1999.
32
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
Mahkamah Tinggi (kemudian daripada ini disebut sebagai "Sijil
Penerimaan Masuk Khas") kepada mana-mana orang yang, pada
pendapatnya, memenuhi kehendak-kehendak yang berikut:
(a)
(i) ialah seorang berkelayakan; atau
(ii) bukan seorang berkelayakan, tetapi mempunyai suatu
k e l u l u s a n yang menjadikannya layak untuk
menjalankan amalan sebagai seorang barrister, atau
sebagai seorang peguam cara, atau sebagai seorang
peguam bela dan peguam cara, atau selainnya sebagai
seorang pengamal undang-undang tidak kira dengan
nama apa jua dia dikenali atau untuk diambil bekerja
s e b a g a i seorang pegawai undang-undang atau
kehakiman dalam perkhidmatan mana-mana kerajaan,
d a l a m mana-mana negara; atau dalam sesuatu
bahagian mana-mana negara; atau dalam mana-mana
wilayah atau tempat, di luar Malaysia; dan
(b) telah menjalankan amalan sebagai seorang barrister, atau
sebagai seorang peguam cara atau sebagai seorang peguam
bela dan peguam cara, atau selainnya sebagai seorang
pengamal undang-undang tidak kira dengan nama apa
jua dia dikenali atau telah diambil bekerja sebagai seorang
pegawai undang-undang atau kehakiman oleh mana-mana
kerajaan atau oleh mana-mana pihak berkuasa, pertubuhan
atau badan, yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-
undang, atau telah ada kalanya menjalankan amalan
sedemikian atau ada kalanya diambil bekerja sedemikian,
keseluruhan atau sebahagiannya di dalam Malaysia atau
keseluruhan atau sebahagiannya di luar Malaysia, selama
tempoh, atau selama tempoh yang jumlahnya beramaun,
tidak kurang daripada tujuh tahun.
(2) Jika Peguam Negara mengeluarkan sesuatu Sijil Penerimaan
Masuk Khas dia hendaklah menyatakan dalamnya tempoh yang
orang yang kepadanya Sijil itu dikeluarkan akan diterima masuk
sebagai seorang peguam bela dan peguam cara.
(3) Sesuatu Sijil Penerimaan Masuk Khas ialah keterangan
konklusif bahawa kehendak perenggan (1)(a) dan (b) telah dipenuhi,
dan kesahan Sijil itu tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan
dalam mana-mana mahkamah.
33
Profesion Undang-Undang
(4) Dalam subseksyen (1)--
"kerajaan" termasuklah--
(i) Kerajaan Malaysia;
(ii) Kerajaan mana-mana Negeri dalam Malaysia; dan
(iii) kerajaan mana-mana negara, atau suatu bahagian sesuatu
negara, atau sesuatu wilayah atau tempat, di luar Malaysia;
dan
"undang-undang" termasuklah--
(i) undang-undang bertulis sebagaimana ditakrifkan dalam
seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]; dan
(ii) undang-undang mana-mana negara, atau suatu bahagian
sesuatu negara, atau sesuatu wilayah atau tempat, di luar
Malaysia.
Penerimaan masuk dan pendaftaraian sebagai seorang peguam
bela dan peguam cara seseorang yang kepadanya dikeluarkan
suatu Sijil Penerimaan Masuk Khas
2 8  B . ( 1 ) S e s e o r a n g yang kepadanya dikeluarkan suatu Sijil
Penerimaan Masuk Khas boleh memohon melalui saman pemula
ex parte kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi dalam Kamar
supaya diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara
Mahkamah Tinggi.
(2) Seseorang Hakim yang mendengar sesuatu permohonan di
bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila berpuas hati mengenai
keaslian Sijil Penerimaan Masuk Khas itu dan mengenai identiti
pemohon itu, menerima pemohon masuk sebagai seorang peguam
bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi selama tempoh yang
dinyatakan dalam Sijil itu; dan seseorang yang diterima masuk
sedemikian sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah
didaftaraikan dan diberikan suatu surat cara diterima masuk di
bawah seksyen 28.
(3) Penerimaan masuk dan pendaftaraian seseorang sebagai
seorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2)
tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan dalam mana-mana
mahkamah.
34
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
(4) Seseorang peguam bela dan peguam cara yang diterima
masuk di bawah subseksyen (2) berhak untuk memperbaharui
penerimaan masuknya dari semasa ke semasa apabila dikemukakan
kepada Pendaftar dalam tempoh dua bulan sebelum tamat tempoh
penerimaan masuk atau penerimaan masuk yang dibaharui, mengikut
m a n a - m a n a yang berkenaan, suatu Sijil Pembaharuan yang
dikeluarkan oleh Peguam Negara menurut budi bicaranya:
Dengan syarat bahawa, dengan izin Peguam Negara secara bertulis,
Sijil Pembaharuan itu boleh dikemukakan kepada Pendaftar pada
bila-bila masa selepas tamat tempoh penerimaan masuk atau
penerimaan masuk yang dibaharui, mengikut mana-mana yang
berkenaan.
(5) Sesuatu Sijil Pembaharuan yang dikeluarkan di bawah
subseksyen (4) hendaklah untuk pembaharuan penerimaan masuk
atau penerimaan masuk yang dibaharui, mengikut mana-mana yang
berkenaan, selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam Sijil
itu, dan pembaharuan di bawah subseksyen (4) hendaklah sewajarnya
selama tempoh yang dinyatakan demikian.
(6) Kesahan sesuatu Sijil Pembaharuan yang dikeluarkan di
bawah subseksyen (4) tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan
dalam mana-mana mahkamah.
(7) Peruntukan seksyen 10 hingga 19, termasuklah kedua-duanya,
tidak boleh terpakai bagi penerimaan masuk seseorang sebagai
seorang peguam bela dan peguam cara di bawah Bahagian ini, atau
bagi pembaharuan penerimaan masuk atau penerimaan masuk yang
dibaharui, peguam bela dan peguam cara itu.
Peruntukan mengenai Sijil Tahunan tidak terpakai bagi peguam
bela dan peguam cara yang diterima masuk di bawah Bahagian
ini
28C.  Peruntukan seksyen 32 dan 33, atau mana-mana peruntukan
lain Akta ini yang berhubungan dengan Sijil Tahunan, tidak boleh
terpakai bagi peguam bela dan peguam cara yang diterima masuk
di bawah Bahagian ini.
35
Profesion Undang-Undang
Kuasa Peguam Negara membuat perintah
28D.  Peguam Negara boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam
Warta, membuat apa-apa peruntukan yang difikirkan perlu dan
suai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Bahagian ini atau
melaksanakan maksudnya, dan tanpa menjejaskan keluasan yang
tersebut di atas, sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini
boleh mengadakan peruntukan bagi--
(a) apa-apa perkara tambahan, bersampingan atau berbangkit
berhubung dengan Bahagian ini; dan
(b) menghapuskan apa-apa jua kesulitan atau anomali dalam
mana-mana peruntukan Akta ini atau dalam mana-mana
undang-undang bertulis yang lain, atau selainnya, yang
mungkin disebabkan oleh mana-mana peruntukan atau
Bahagian ini.
Peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai
28E.  Peruntukan Bahagian ini atau mana-mana perintah yang
dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa
pun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan atau tidak selaras
dengannya yang terkandung dalam mana-mana peruntukan Akta
ini selain Bahagian ini, atau dalam mana-mana undang-undang
bertulis yang lain, dan peruntukan Akta ini (selain Bahagian ini)
atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain
hendaklah dibaca--
(a) mutatis mutandis dengan peruntukan Bahagian ini dan
mana-mana perintah yang dibuat di bawah Bahagian ini;
dan
(b) dengan segala apa-apa jua ubah suaian, penyesuaian,
perubahan atau pertukaran yang perlu untuk menjadikannya
selaras dengan peruntukan Bahagian ini dan mana-mana
perintah yang dibuat di bawah Bahagian ini.
BAHAGIAN III
SIJIL AMALAN
Peguam bela dan peguam cara hendaklah membuat akuan
pada tiap-tiap tahun
29. (1) Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah dalam
setiap tahun sebelum dia melakukan apa-apa perbuatan atas sifat
36
AKTA 166
Undang-Undang Malaysia
s e o r a n g peguam bela dan peguam cara menyerahkan atau
menyebabkan supaya diserahkan kepada Pendaftar:
(a) suatu akuan secara bertulis menyatakan--
(i) nama penuhnya;
(ii) nama yang dia menjalankan amalan atau nama
peguam bela dan peguam cara atau firma peguam
bela dan peguam cara yang menggunakhidmatnya;
dan
(iii) alamat utama atau alamat lain yang dia menjalankan
amalan di Malaysia;
(b) Sijil Tahunan terakhir atau salinannya yang sebenar, jika
ada, yang dikeluarkan kepadanya oleh Majlis Peguam;
dan
(c) fi yang ditetapkan,
dan Pendaftar hendaklah apabila berpuas hati bahawa semua dokumen
yang perlu adalah teratur dan bahawa nama firma yang di bawahnya
peguam bela dan peguam cara itu menjalankan amalan ada dalam
daftar yang disenggarakan di bawah subseksyen 85(1) mengeluarkan
suatu sijil amalan kepada peguam bela dan peguam cara itu.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), tiap-tiap sijil amalan
hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar dan hendaklah sah dari
tarikh ia dikeluarkan hingga akhir tahun itu:
Dengan syarat bahawa--
(a) jika nama peguam bela dan peguam cara dikeluarkan,
atau dipotong daripada Daftarai, sijil amalan itu, jika
ada, bagi peguam bela dan peguam cara itu hendaklah
tamat serta-merta dan tarikh tamatnya itu hendaklah
dicatatkan oleh Pendaftar dalam Daftar Pengamal;
(b) jika seorang peguam bela dan peguam cara dihukum
menjadi bankrap atau jika suatu perintah penerimaan dibuat
terhadapnya, sijil amalan, jika ada, bagi peguam bela dan
peguam cara itu hendaklah digantung serta merta, sehingga
kebenaran Majlis Peguam untuk menggunakannya semula
didapati.
37
Profesion Undang-Undang
(3) Jika seseorang peguam bela dan peguam cara telah mematuhi
dengan sempurnanya peruntukan subseksyen (1) dalam bulan Januari
sesuatu tahun, sijil amalan yang dikeluarkan kepadanya berkenaan
dengan tahun itu hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa
dari 1 Januari dalam tahun itu.
(4) Dalam seksyen ini perkataan "tahun" hendaklah bererti tempoh
dari 1 Januari dalam mana-mana tahun kalendar hingga 31 Disember
dalam tahun kalendar yang sama itu.
Kehilangan kelayakan untuk mendapat sijil amalan
30. (1) Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh
memohon suatu sijil amalan--
(a) melainkan jika dia menjalankan amalan atau bercadang
untuk menjalankan amalan sama ada bagi pihaknya sendiri
atau secara perkongsian di Malaysia; atau
(b) melainkan jika dia diguna khidmat atau akan diguna
khidmat sepenuh masa dalam menjalankan amalannya di