UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 172
AKTA PERANCANGAN BANDAR
DAN DESA 1976
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
2
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN
DESA 1976
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
...
...
18 Mac 1976
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
...
...
25 Mac 1976
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 1998
Cetakan Semula Yang Kedua
... ... ... ... 2001
Cetakan Semula Yang Ketiga ... ... ... ... 2005
3
Perancangan Bandar dan Desa
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 172
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN
DESA 1976
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2.
Tafsiran
BAHAGIAN II
DASAR DAN PENTADBIRAN
2A. Majlis Perancang Fizikal Negara
2B. Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
3.
Dasar perancangan am
4.
Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya
5.
Pihak berkuasa perancang tempatan
6.
Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan
BAHAGIAN IIA
JAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH
6A. Jawatankuasa perancang wilayah
BAHAGIAN IIB
RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
6B. Rancangan fizikal negara
4
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
BAHAGIAN III
RANCANGAN PEMAJUAN
Seksyen
7.
Tinjauan kawasan perancangan
8.
Penyediaan draf rancangan struktur
9.
Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan struktur
10.
Kelulusan atau penolakan draf rancangan struktur oleh Jawatankuasa
11.
Kajian semula atau pengubahan rancangan struktur
11A.
Tatacara kajian semula rancangan struktur
11B.
Tatacara bagi pengubahan rancangan struktur
12.
Penyediaan draf rancangan tempatan
12A.
Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan tempatan
13.
Publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan
14.
Siasatan dan pendengaran berkenaan dengan draf rancangan tempatan
15.
Kelulusan atau penolakan draf rancangan tempatan
16.
Pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan
16A.
Penyediaan, dsb., rancangan tempatan oleh Pengarah Negeri
16B.
Rancangan kawasan khas
17.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
BAHAGIAN IV
KAWALAN PERANCANGAN
18.
Penggunaan tanah dan bangunan
19.
Larangan terhadap pemajuan tanpa kebenaran merancang
20.
Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran
merancang
20A.
Kewajipan untuk berunding
21.
Permohonan untuk kebenaran merancang
21A.
Laporan cadangan pemajuan
21B.
Pelan susun atur
21C.
Penyediaan pelan, dsb., oleh seseorang yang berkelayakan
22.
Layanan terhadap permohonan
23.
Rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan
24.
Luputnya kebenaran merancang
25.
Pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan
pelan bangunan
26.
Kesalahan yang berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan
5
Perancangan Bandar dan Desa
Seksyen
27.
Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 19
28.
Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 20
29.
Penguatkuasaan dalam hal pemajuan yang tidak selaras dengan kebenaran
merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubah suai
30.
Notis rekuisisi
31.
Pelaksanaan oleh orang diberi kuasa
31A. Ketidakselarasan antara undang-undang kecil bangunan dengan rancangan
pemajuan
BAHAGIAN V
CAJ PEMAJUAN
32.
Caj pemajuan dan tanggungan kepadanya
33.
Penentuan caj pemajuan
34.
Pembayaran caj pemajuan
35.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
BAHAGIAN VA
PERINTAH PEMELIHARAAN POKOK
35A. Perintah pemeliharaan pokok
35B. Perintah pemeliharaan pokok tidak boleh dibuat jika pokok tertakluk
kepada syarat-syaratnya
35C. Rayuan terhadap perintah pemeliharaan pokok, dsb.
35D. Pampasan di bawah perintah pemeliharaan pokok
35E. Penggantian pokok
35F. Pihak berkuasa perancang tempatan bolehlah menggantikan pokok jika
orang yang berkewajipan untuk menggantikannya gagal berbuat demikian
35G. Pembatalan perintah pemeliharaan pokok
35H. Larangan untuk memotong, dsb., pokok yang lilitannya melebihi 0.8
meter
BAHAGIAN VI
LEMBAGA RAYUAN
36. Lembaga Rayuan
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
BAHAGIAN VII
NOTIS PEMBELIAN DAN PENGAMBILAN TANAH
Seksyen
37.
Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal tertentu
BAHAGIAN VIII
KAWASAN PEMAJUAN
38.
Perisytiharan kawasan pemajuan
39.
Kuat kuasa perisytiharan
40.
Peruntukan khas bagi pampasan
41.
Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggaji ejen, membuat
perkiraan, dan menubuhkan perbadanan
42.
Kuasa untuk meminjam wang
43.
Kuasa untuk melupuskan tanah dan harta
44.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
BAHAGIAN IX
PERUNTUKAN PELBAGAI
45.
Kuasa memasuki
46.
Penyampaian dokumen
47.
Pengesahan dokumen
48.
Bukti dokumentar
49.
Keistimewaan daripada pengemukaan dokumen dan kehadiran sebagai
saksi
50.
Pendakwaan
51.
Bidang kuasa mahkamah
52.
Penalti oleh sebab mengganggu tanda
52A. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
53.
Pekhidmat awam
54.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam
55.
Tanggung rugi terhadap tuntutan berkenaan dengan kerosakan atau
kerugian
56.
Pemakaian Akta 119 bagi siasatan atau pendengaran tempatan
57.
Pengecualian daripada fi dan caj
58.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
59.
Pemansuhan undang-undang perancangan yang sedia ada
7
Perancangan Bandar dan Desa
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 172
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN
DESA 1976
Suatu Akta bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya
mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia
dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.
[Lihat Lampiran]
B AHAWASANYA adalah suai manfaat bagi maksud memastikan
keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang dibuat
bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai
perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia:
DAN BAHAWASANYA adalah juga suai manfaat peruntukan dibuat
untuk memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan mengenai
perkara tertentu berhubung dengan pengawalan dan pengawalseliaan
perancangan bandar dan desa:
OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Fasal (1) Perkara 74, Fasal (4)
Perkara 76 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan, MAKA INILAH
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan
Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan
dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 dan hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia.
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), Akta ini hendaklah mula
berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan persetujuan Menteri, melalui
pemberitahuan dalam Warta Negeri.*
(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh menjalankan kuat kuasa Akta
ini dengan apa-apa cara yang difikirkannya paling berfaedah, sesuai,
suai manfaat, atau boleh dilaksanakan, sama ada dengan menetapkan
tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan Akta ini,
dengan menetapkan tarikh yang berlainan bagi kawasan pihak
berkuasa tempatan yang berlainan atau bagi bahagian yang berlainan
kawasan itu, dengan menjalankan kuasa suatu peruntukan secara
am dalam Negeri itu dan pada masa yang sama mengisytiharkan
bahawa, selama tempoh atau sehingga masa yang ditentukan,
peruntukan itu hendaklah terpakai atau tidak terpakai bagi atau
berhubung dengan suatu pihak berkuasa perancang tempatan atau
kawasan atau mana-mana bahagian daripada kawasan suatu pihak
berkuasa perancang tempatan hanya setakat yang ditentukan sahaja,
atau dengan apa-apa cara lain.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain--
"bangunan" termasuklah apa-apa rumah, pondok, bangsal atau
kepungan beratap, sama ada digunakan atau tidak digunakan sebagai
kediaman manusia, dan apa-apa tembok, pagar, pelantar, perancah,
pintu pagar, tiang, pilar, pagar pancang, bingkai, papan dendeng,
pelancar, limbungan, dermaga, tembok sambut, jeti, pentas pengkalan,
a t a u jambatan, dan apa-apa struktur, topang atau asas yang
bersambung pada atau dengan mana-mana daripada struktur itu;
" c a j pemajuan" ertinya caj pemajuan yang disebut dalam
seksyen 32;
"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah;
"jalan" ertinya mana-mana jalan awam atau persendirian, dan
termasuklah mana-mana lebuh, medan, halaman, jalan kecil, lorong,
jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, jalan lalu, atau
lebuh raya, sama ada tembus atau tidak, yang orang awam berhak
lalu;
*CATATAN--Lihat Lampiran.
9
Perancangan Bandar dan Desa
"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Perancang Negeri yang
ditubuhkan di bawah seksyen 4;
"jawatankuasa perancang wilayah", berhubung dengan sesuatu
kawasan, ertinya jawatankuasa perancang wilayah yang ditubuhkan
bagi kawasan itu di bawah seksyen 6A;
"kaedah-kaedah" ertinya kaedah-kaedah yang dibuat di bawah
Akta ini;
"kawasan pemajuan" ertinya suatu kawasan pemajuan yang
diisytiharkan di bawah subseksyen 38(1);
"kawasan khas" ertinya kawasan yang ditetapkan di bawah
seksyen 16B;
"kawasan plinth" ertinya bahagian kawasan daripada mana-mana
lot yang akan diliputi oleh bangunan;
"kebenaran merancang" ertinya kebenaran yang diberikan, dengan
atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan;
"kepadatan" ertinya keamatan penggunaan tanah yang dihitung
atau dinyatakan mengikut bilangan orang, unit kediaman, atau
bilik yang boleh didiami, atau apa-apa gabungan faktor itu, bagi
satu unit kawasan tanah; dan bagi maksud takrif ini, "bilik yang
boleh didiami" tidaklah termasuk dapur, bilik stor, bilik utiliti,
tandas, bilik mandi, atau garaj;
"kemudahan" termasuklah jalan, bekalan air dan elektrik, lampu
jalan, pembetungan, parit, kerja raya, dan perkhidmatan dan
kemudahan awam lain yang seumpama dengannya;
"kerja bangunan" ertinya meruntuhkan, mendirikan, mendirikan
semula, atau meluaskan suatu bangunan atau sebahagian daripadanya
dan termasuklah--
(a) apa-apa tambahan pada ketinggian atau luas lantai suatu
bangunan;
(b) membuat bumbung atau membuat semula bumbung suatu
bangunan atau sebahagian daripadanya;
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(c) apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan
yang menjejaskan atau mungkin akan menjejaskan susunan
saliran atau kebersihannya atau keteguhannya;
(d) apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan,
sama ada dibuat sebelum atau selepas bangunan itu siap,
yang menyimpang dengan apa-apa cara daripada mana-
mana pelan atau tentuan berkenaan dengan bangunan itu,
yang diluluskan pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak
berkuasa yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-
undang bertulis untuk meluluskan pelan atau tentuan itu;
(e) apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan
yang menjejaskan secara material atau mungkin akan
menjejaskan secara material bangunan itu dengan apa-
apa cara; dan
(f) apa-apa kerja lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang
yang menjalankan urusan pembinaan bangunan;
"kerja kejuruteraan" termasuklah membentuk atau meratakan
tanah, membentuk atau menyediakan jalan masuk ke suatu jalan,
atau memasang kabel, sesalur, atau menyediakan bekalan air atau
aliran;
"kerja tanah" termasuklah apa-apa perbuatan mengorek, merata,
menimbus dengan apa-apa bahan, atau menebang pokok atas mana-
mana tanah, atau apa-apa perbuatan lain yang menyentuh atau
mengganggu mana-mana tanah;
"keselesaan" ertinya kualiti atau keadaan suatu tempat atau kawasan
yang menyebabkannya menjadi seronok, harmoni dan dapat dinikmati
dengan lebih baik, dan termasuklah kawasan lapang, taman, taman
rekreasi dan tempat permainan;
"Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa" ertinya Ketua
Pengarah Perancangan Bandar dan Desa yang fungsinya dinyatakan
terutamanya dalam seksyen 2B;
"laporan cadangan pemajuan" ertinya laporan yang dikehendaki
supaya dikemukakan oleh seseorang pemohon bagi kebenaran
merancang di bawah subseksyen 21A(1);
"Lembaga Rayuan" ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan
di bawah seksyen 36;
"luas lantai" ertinya jumlah luas ruang lantai dalam suatu bangunan,
sebagaimana yang diukur dari sebelah luar dinding atau, dalam hal
dinding kongsi, diukur dari tengah-tengah dinding itu;
11
Perancangan Bandar dan Desa
"Majlis" ertinya Majlis Perancang Fizikal Negara yang ditubuhkan
di bawah seksyen 2A;
" m e n e b a n g pokok" termasuklah memotong, memangkas,
mencantas, mencabut, merosakkan atau memusnahkan pokok;
" M e n t e r i " ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi
perancangan bandar dan desa;
"nisbah plot" ertinya nisbah antara jumlah luas lantai suatu
bangunan dengan luas plot bangunan sebagaimana yang diukur
antara garisan sempadan ukur atau, jika tidak ada garisan sempadan
ukur, antara garisan sempadan sementara;
"notis pembelian" ertinya suatu notis pembelian yang disebut
dalam seksyen 37;
"notis rekuisisi" ertinya suatu notis rekuisisi yang disebut dalam
seksyen 30;
"orang diberi kuasa", berhubung dengan mana-mana peruntukan,
ertinya seseorang yang ditetapkan secara bertulis oleh pihak berkuasa
perancang tempatan sebagai seorang yang diberi kuasa bagi maksud
peruntukan itu;
"pelan" termasuklah laporan, lakaran, peta dan model;
" p e m a j u a n " ertinya menjalankan apa-apa kerja bangunan,
kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain
yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah
tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan
m a n a - m a n a tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian
daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah;
dan "memajukan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
"pemunya", berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan,
ertinya--
(a) tuan punya berdaftar tanah itu;
(b) jika, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan,
tuan punya berdaftar tanah itu tidak dapat dikesan, ejen
atau pemegang amanahnya;
(c) jika tuan punya berdaftar tanah itu telah mati, wakil dirinya
di sisi undang-undang; atau
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(d) jika tiada seorang pun antara orang yang disebut dalam
perenggan (a), (b) dan (c) wujud, orang yang pada masa
ini menerima sewa tanah atau bangunan itu, sama ada
bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang
amanah bagi seseorang yang lain atau sebagai seorang
penerima, atau yang akan menerima sewa itu jika tanah
atau bangunan itu disewakan;
"penghuni", berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan,
termasuklah--
(a) seseorang penyewa tanah atau bangunan itu;
(b) seseorang pemunya tanah atau bangunan itu yang menghuni
atau selainnya menggunakan tanah atau bangunan itu;
(c) seseorang yang sebenarnya menghuni tanah atau bangunan
itu atau yang memegang tanggungjawab, mengurus, atau
mengawalnya, sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai
ejen seorang lain,
tetapi tidak termasuk seseorang penumpang;
"Pengarah Negeri", berhubung dengan suatu Negeri, ertinya
Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi Negeri itu;
"penggunaan", berhubung dengan mana-mana tanah, ertinya apa-
apa penggunaan tanah selain semata-mata untuk penyimpanan atau
penstoran bahan dan kelengkapan yang dicadangkan untuk digunakan
dalam pembinaan atau pendirian suatu bangunan di atas tanah itu,
atau semata-mata sebagai suatu tempat bagi bangunan sementara
untuk kediaman pekerja yang terlibat dalam pembinaan atau pendirian
bangunan itu;
"perintah pemeliharaan pokok" ertinya perintah pemeliharaan
pokok yang dibuat di bawah seksyen 35A;
"pertanian" termasuklah hortikultur, perladangan, penanaman
tanaman, pokok buah-buahan, sayur-sayuran, atau pokok, penanaman
tumbuh-tumbuhan untuk digunakan sebagai makanan binatang,
perladangan tenusu, pembiakan dan pemeliharaan ternakan, ikan,
atau lebah, dan menggunakan tanah bagi maksud tambahan pada
mana-mana kegiatan itu atau pada mana-mana kegiatan pertanian
yang lain; tetapi tidak termasuk menggunakan tanah sebagai sebuah
taman untuk digunakan bersama dengan suatu bangunan yang
bercantum pada tanah itu; dan "pertanian" hendaklah ditafsirkan
dengan sewajarnya;
13
Perancangan Bandar dan Desa
"pihak berkuasa perancang tempatan", berhubung dengan sesuatu
kawasan, hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang diperuntukkan
dalam seksyen 5 dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau
bangunan, ertinya pihak berkuasa perancang tempatan, sebagaimana
yang ditafsirkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau
bangunan itu terletak;
"pihak berkuasa tempatan" ertinya mana-mana majlis bandar
raya, majlis perbandaran, perbandaran, majlis daerah, majlis bandaran,
lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luar bandar, atau
mana-mana pihak berkuasa lain seumpamanya yang ditubuhkan
oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
"rancangan fizikal negara" ertinya rancangan fizikal yang meliputi
Semenanjung Malaysia yang disediakan dan diluluskan di bawah
seksyen 6B;
"rancangan pemajuan", berhubung dengan sesuatu kawasan,
ertinya--
(a) rancangan tempatan bagi kawasan itu; atau
(b) jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu, rancangan
struktur bagi kawasan itu,
dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya
rancangan pemajuan, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian,
bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak;
"rancangan struktur", berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya
rancangan struktur bagi kawasan itu, dan apa-apa pengubahan
rancangan itu, yang berkuat kuasa dalam kawasan itu menurut
subseksyen 10(6); dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau
bangunan, ertinya rancangan struktur, sebagaimana yang ditakrifkan
sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak;
dan "draf rancangan struktur" hendaklah ditafsirkan sebagaimana
yang dikehendaki oleh konteksnya;
"rancangan tempatan", berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya
rancangan tempatan bagi kawasan itu, dan apa-apa pengubahan
rancangan itu, yang pada masa ini berkuat kuasa dalam kawasan
itu menurut subseksyen 15(1); dan, berhubung dengan mana-mana
tanah atau bangunan, ertinya rancangan tempatan, sebagaimana
yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau
bangunan itu terletak; dan "draf rancangan tempatan" hendaklah
ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;
14
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
"tanah" termasuklah--
(a) permukaan bumi, dan segala benda yang menjadi
permukaan bumi;
(b) segala benda di bawah permukaan bumi;
(c) segala tumbuh-tumbuhan dan keluaran semula jadi yang
lain, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh
secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di
atas atau di bawah permukaan bumi;
(d) segala benda, sama ada di atas atau di bawah permukaan
bumi, yang bercantum pada bumi atau yang terpasang
dengan kekal pada apa-apa benda yang bercantum pada
bumi;
(e) tanah yang diliputi air; dan
(f) apa-apa harta atau kepentingan mengenai, atau hak ke
atas, tanah;
"tanah lapang" ertinya mana-mana tanah sama ada dikepung
atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur
keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga
awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat
makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu
tempat awam.
(2) Bagi mengelakkan keraguan dalam menentukan, bagi maksud
Akta ini, apa yang menjadi suatu perubahan material mengenai
penggunaan tanah, maka ditetapkan bahawa--
(a) penggunaan tanah sebagai suatu tempat untuk
melonggokkan sampah sarap atau bahan buangan yang
adalah melibatkan suatu perubahan material mengenai
penggunaan tanah itu, walaupun tanah itu mengandungi
suatu tapak yang sudahpun digunakan bagi maksud itu,
jika keluasan permukaan atau tingginya longgokan itu
adalah dengan itu bertambah secara material;
(b) apa-apa penggunaan tanah atau penggunaan sebahagian
daripadanya yang berlanggaran atau tidak selaras atau
bertentangan dengan mana-mana peruntukan rancangan
pemajuan yang adalah melibatkan suatu perubahan material
mengenai penggunaan tanah itu.
15
Perancangan Bandar dan Desa
(3) Bagi mengelakkan keraguan dalam menentukan, bagi maksud
Akta ini, apa yang menjadi suatu perubahan material mengenai
penggunaan suatu bangunan, maka ditetapkan bahawa--
(a) apa-apa penambahan pada bilangan unit dalam suatu
bangunan lebih daripada bilangan yang diluluskan pada
asalnya oleh mana-mana pihak berkuasa yang diberi kuasa
d i bawah mana-mana undang-undang bertulis yang
m e m b e r i k a n kelulusan itu adalah melibatkan suatu
perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;
(b) penggunaan suatu rumah tempat tinggal yang bukan pada
asalnya dibina untuk kediaman manusia melibatkan suatu
perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;
(c) apa-apa pengubahan atau tambahan pada bahagian
bangunan itu, sama ada di sebelah atau bercantum pada
bahagian luar bangunan itu, yang bersempadan dengan
apa-apa garisan biasa jalan sebagaimana yang ditetapkan
oleh atau ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang
bertulis yang berhubungan dengan bangunan adalah
melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan
bangunan itu;
(d) apa-apa penggunaan suatu bangunan atau sebahagian
daripadanya yang berlanggaran atau tidak selaras atau
bertentangan dengan mana-mana peruntukan rancangan
pemajuan adalah melibatkan suatu perubahan material
mengenai penggunaan bangunan itu;
(e) penggunaan bagi maksud lain suatu bangunan atau
sebahagian daripadanya yang pada asalnya dibina sebagai
rumah tempat tinggal melibatkan suatu perubahan material
mengenai penggunaan bangunan itu.
BAHAGIAN II
DASAR DAN PENTADBIRAN
Majlis Perancang Fizikal Negara
2A. (1) Suatu Majlis Perancang Fizikal Negara hendaklah ditubuhkan
yang terdiri daripada--
(a) seorang Pengerusi, iaitu Perdana Menteri;
(b) seorang Timbalan Pengerusi, iaitu Timbalan Perdana
Menteri;
16
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(c) Menteri;
(d) Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan
kerajaan tempatan, jika dia bukan juga Menteri yang
bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa;
(e) Menteri Kewangan;
(f) Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah;
(g) Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri;
(h) Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan;
dan
(i) tidak lebih daripada tujuh anggota lain yang hendaklah
dilantik oleh Pengerusi.
(2) Fungsi Majlis Perancang Fizikal Negara adalah--
(a) untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar
negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat
yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran
dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan
yang mapan di dalam negara;
(b) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
mana-mana Negeri, mengenai perkara yang berhubungan
dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki
di bawah Akta ini; dan
(c) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan
kepada Majlis di bawah Akta ini.
(3) Majlis boleh dari semasa ke semasa memberi Ketua Pengarah
Perancangan Bandar dan Desa arahan yang selaras dengan peruntukan
Akta ini, dan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
( 4 ) M a j l i s boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang
bersampingan dengan atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang
dinyatakan dalam subseksyen (2) dan melakukan segala perkara
yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah
Akta ini.
(5) Majlis hendaklah bermesyuarat sekali tiap-tiap empat bulan
dalam suatu tahun dan hendaklah, sebagai tambahan, bermesyuarat
jika dan apabila Pengerusi memanggil mesyuarat.
(6) Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
17
Perancangan Bandar dan Desa
Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
2B. (1) Seorang Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
hendaklah ada yang fungsinya ialah--
(a) untuk menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan
penyelidikan berhubung dengan apa-apa aspek perancangan
bandar dan desa;
(b) untuk menyiarkan laporan, buletin, perangkaan, monograf
dan terbitan lain yang berhubungan dengan perancangan
bandar dan desa dan perkaedahannya;
(c) untuk memberikan maklumat dan pendidikan kepada orang
ramai berkenaan dengan perancangan bandar dan desa;
(d) untuk membuat laporan kepada dan menasihati Majlis
mengenai perkara yang berkaitan dengan penggunaan
p e r a n c a n g a n bandar dan desa dalam pemuliharaan,
penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negara dan
mengenai apa-apa pindaan yang difikirkannya wajar kepada
mana-mana undang-undang yang menyentuh perancangan
bandar dan desa dan mengenai apa-apa perkara yang
dirujukkan oleh Majlis kepadanya;
(e) untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan
kerjasama dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri berkenaan
dengan perancangan bandar dan desa.
(2) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah
menjadi Setiausaha kepada Majlis.
Dasar perancangan am
3. Tertakluk kepada Fasal (5) dan (6) Perkara 91 Perlembagaan,
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah bertanggungjawab bagi dasar
am berkenaan dengan perancangan pemajuan dan penggunaan semua
tanah dan bangunan dalam kawasan tiap-tiap pihak berkuasa tempatan
di dalam Negeri; dan Pihak Berkuasa Negeri boleh, pada atau bagi
maksud menunaikan tanggungjawabnya di bawah seksyen ini, dari
s e m a s a ke semasa memberikan arahan secara am kepada
Jawatankuasa atau mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan
yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan Jawatankuasa atau
pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan
arahan itu.
18
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya
4. (1) Suatu Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah ditubuhkan
bagi Negeri yang terdiri daripada--
(a) seorang Pengerusi, iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri
Negeri;
(b) seorang Timbalan Pengerusi, iaitu seorang anggota Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang hendaklah dilantik oleh
Pihak Berkuasa Negeri;
(ba) tidak lebih daripada tiga orang anggota yang hendaklah
dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dari kalangan anggota
M a j l i s Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang sekurang-
kurangnya seorang daripadanya hendaklah menjadi anggota
yang bertanggungjawab bagi dan portfolionya berhubungan
dengan perancangan bandar dan desa di dalam Negeri;
(c) Setiausaha Kerajaan Negeri;
(d) Pengarah Negeri, yang hendaklah menjadi Setiausaha
Jawatankuasa;
(e) Pengarah Tanah dan Galian Negeri;
(f) Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai
yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di
Negeri;
(g) Pengarah Kerja Raya Negeri;
(h) Penasihat Undang-Undang Negeri;
(ha) Pegawai Kewangan Negeri;
(hb) Pegawai Kemajuan Negeri atau pegawai yang
bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri;
(hc) Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri atau pegawai yang
bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri;
dan
(i) tidak lebih daripada empat anggota lain yang hendaklah
dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(2) Seseorang anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah
perenggan (1)(b) atau (i) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan
jawatannya lebih awal atau pelantikannya dibatalkan lebih awal,
memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat
cara pelantikannya tetapi adalah layak dilantik semula.
19
Perancangan Bandar dan Desa
(3) Seseorang anggota Jawatankuasa yang bukan seorang anggota
perkhidmatan awam boleh dibayar apa-apa elaun yang diluluskan
oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(4) Fungsi Jawatankuasa adalah--
(a) untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar
negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua
tanah di dalam Negeri;
(aa) untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan
menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;
(b) untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya
usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan
Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan
dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah
di dalam Negeri; dan
(c) untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan
pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan,
b u l e t i n , dan monograf, dan penyiaran lain yang
berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan
perkaedahannya.
(5) Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa memberikan
arahan kepada mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan
yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan pihak berkuasa
perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
(6) Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang
menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit
daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (4)
dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi
menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(7) Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu
s i a s a t a n atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud
menjalankan mana-mana daripada fungsinya di bawah Akta ini.
(8) Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah
menjadi penasihat utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan
perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa
dan, sebagai Setiausaha Jawatankuasa, hendaklah bertanggungjawab
menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa;
dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah
subseksyen ini, dia boleh menggunakan sumber kewangan, manusia
dan sumber lain jabatannya.
20
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
Pihak berkuasa perancang tempatan
*5. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan hendaklah menjadi pihak
berkuasa perancang tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan
itu.
**(2) Bagi mana-mana kawasan di dalam Negeri yang tidak
menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa
tempatan, Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa
p e r a n c a n g tempatan, dan sebutan mengenai "pihak berkuasa
perancang tempatan" dalam Akta ini hendaklah disifatkan termasuk
Pengarah Negeri apabila Pengarah Negeri itu melaksanakan fungsi
pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan kawasan
itu.
(3) (Dipotong oleh Akta A1129).
(4) Suatu pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memberi
k e p a d a Jawatankuasa apa-apa penyata dan maklumat yang
berhubungan dengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki
oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa.
Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan
6. (1) Fungsi suatu pihak berkuasa perancang tempatan adalah--
(a) untuk mengawal selia, mengawal, dan merancang pemajuan
d a n penggunaan semua tanah dan bangunan dalam
kawasannya;
(b) u n t u k mengusahakan, membantu dan menggalakkan
pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan,
b u l e t i n , dan monograf, dan penyiaran lain yang
berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan
perkaedahannya; dan
(c) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan
kepadanya dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa
Negeri atau oleh Jawatankuasa.
*CATATAN--Pindaan seksyen ini melalui Akta A1129 tidak menyentuh apa-apa permohonan belum
selesai bagi kebenaran merancang berkenaan dengan suatu pemajuan atau apa-apa rayuan terhadap
keengganan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memberikan kebenaran merancang atau
terhadap apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 22(3) Akta ini--lihat seksyen 38 Akta
A1129.
**CATATAN--Subseksyen ini tidak terpakai bagi Negeri Kelantan dan Terengganulihat Kn. P.U.
34/2003 dan Tr. G.N. 54/2003.
21
Perancangan Bandar dan Desa
(2) Suatu pihak berkuasa perancang tempatan boleh melaksanakan
apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan
dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan
dalam subseksyen (1) dan melakukan semua perkara yang perlu
atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
BAHAGIAN IIA
JAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH
Jawatankuasa perancang wilayah
*6A. (1) Majlis boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding
dengan Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan, menubuhkan suatu
jawatankuasa perancang wilayah yang terdiri daripada sesuatu
kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri hendaklah menyebabkan
supaya fakta penubuhan suatu jawatankuasa perancang wilayah
disiarkan dalam Warta bersama dengan tanda yang dengannya
sempadan wilayah yang baginya jawatankuasa itu telah ditubuhkan
dapat dikenal pasti.
(3) Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah terdiri daripada--
(a) seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Perdana Menteri;
(b) enam orang mewakili Kerajaan Persekutuan, sekurang-
kurangnya empat orang daripadanya hendaklah pegawai
awam, yang dilantik oleh Menteri;
(c) tidak lebih daripada empat orang yang mewakili Kerajaan
setiap Negeri dalam wilayah itu, yang dilantik oleh Pihak
Berkuasa Negeri, seorang daripadanya hendaklah Pengarah
Negeri; dan
(d) Yang Dipertua tiap-tiap pihak berkuasa perancang tempatan
dalam wilayah itu jika pihak berkuasa itu ialah pihak
berkuasa tempatan.
(4) Seorang Setiausaha bagi jawatankuasa perancang wilayah
yang hendaklah dilantik oleh Ketua Pengarah Perancangan Bandar
dan Desa.
*CATATAN--Seksyen ini tidak terpakai bagi Negeri Terengganulihat Tr. G.N. 54/2003.
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(5) Fungsi jawatankuasa perancang wilayah ialah--
(a) untuk menasihati dan membantu Jawatankuasa Perancang
Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam
wilayah itu mengenai rancangan pemajuan yang sesuai
bagi wilayah itu, mengikut dasar negara;
(b) untuk membuat dasar dan merangka suatu rancangan
wilayah yang komprehensif untuk memandu dan menyelaras
pemajuan wilayah itu;
(c) untuk merancang dan menyelaras penyediaan infrastruktur
dan kemudahan bagi wilayah itu;
(d) untuk mewujudkan proses dan tatacara yang seragam
untuk digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri serta pihak berkuasa tempatan yang berkenaan
bagi wilayah itu;
(e) untuk mengawasi pelaksanaan piawai, garis panduan dan
tatacara dalam memudahkan pemajuan wilayah itu; dan
(f) untuk menjalankan penyelidikan yang perlu bagi
perancangan wilayah itu.
(6) Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah memberi Majlis
atau Jawatankuasa apa-apa penyata, laporan dan maklumat yang
berhubungan dengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki
oleh Majlis atau Jawatankuasa dari semasa ke semasa.
(7) Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah menentukan
tatacaranya sendiri.
BAHAGIAN IIB
RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
Rancangan fizikal negara
6B. (1) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah,
apabila diarahkan oleh Majlis, menyediakan dan mengemukakan
suatu draf rancangan fizikal negara yang meliputi Semenanjung
Malaysia kepada Majlis bagi kelulusannya.
(2) Draf rancangan fizikal negara hendaklah--
(a) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan
dasar strategik bagi maksud menentukan haluan dan arah
aliran am pemajuan fizikal bagi negara;
23
Perancangan Bandar dan Desa
(b) disertakan dengan apa-apa rancangan petunjuk sebagaimana
yang perlu untuk menjelaskan dasar strategik; dan
(c) mengandungi perkara lain sebagaimana yang ditetapkan
atau yang ditentukan oleh Majlis dalam mana-mana hal
yang tertentu.
(3) Apabila menyediakan draf rancangan fizikal negara dan
menentukan kandungannya untuk dikemukakan kepada Majlis, Ketua
Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menimbangkan
dasar pembandaran negara semasa atau dasar lain yang serupa dan
hendaklah berunding dengan tiap-tiap Pihak Berkuasa Negeri dan
mana-mana pihak berkuasa atau badan lain sebagaimana yang
diarahkan oleh Majlis.
(4) Rancangan fizikal negara hendaklah dikaji semula tiap-tiap
lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan
Lima Tahun Negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis.
(5) Adalah menjadi tugas am Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
tiap-tiap Negeri untuk membantu dalam memastikan bahawa matlamat
rancangan fizikal negara tercapai.
(6) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah
memberikan laporan kepada Majlis secara berkala mengenai
pelaksanaan rancangan fizikal negara, atau jika dan apabila diarahkan
oleh Majlis.
BAHAGIAN III
RANCANGAN PEMAJUAN
Tinjauan kawasan perancangan
7. (1) Pengarah Negeri hendaklah, setakat yang dia belum berbuat
demikian, memulakan suatu tinjauan ke atas Negeri, memeriksa
p e r k a r a yang dijangka mungkin menyentuh pemajuan, atau
perancangan pemajuan, Negeri itu, dan hendaklah dalam apa-apa
keadaan sentiasa mengkaji semula semua perkara itu.
(2) Walaupun Pengarah Negeri telah menjalankan kewajipannya
di bawah subseksyen (1), dia boleh, jika difikirkannya patut, dan
hendaklah, jika diarahkan berbuat demikian oleh Majlis atau
Jawatankuasa, memulakan suatu tinjauan baru keseluruhan Negeri,
memeriksa perkara yang disebut dalam subseksyen itu.
24
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(3) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan (2), perkara
yang hendak diperiksa dan sentiasa dikaji semula di bawah subseksyen
itu hendaklah termasuk--
(a) ciri utama fizikal, ekonomi, alam sekitar, dan sosial,
termasuklah penggunaan utama tanah, Negeri itu dan,
setakat ciri utama yang mungkin dijangka menyentuh
kawasan berjiran Negeri itu;
(aa) rancangan fizikal negara dan dasar utama negara mengenai
ekonomi, sosial, fizikal dan pengurusan dan pemuliharaan
alam sekitar yang lain;
(b) bilangan, komposisi, dan taburan penduduk Negeri itu,
sama ada menetap atau tidak;
(c) tanpa menyentuh perenggan (a), perhubungan, sistem
pengangkutan, dan lalu lintas di Negeri itu dan, setakat
yang perhubungan, sistem pengangkutan, dan lalu lintas
yang mungkin dijangka menyentuh Negeri itu;
(d) apa-apa perkara yang tidak disebut dalam mana-mana
perenggan terdahulu yang mungkin dijangka menyentuh
apa-apa perkara yang disebut dalam mana-mana perenggan
terdahulu;
(e) perkara lain yang tidak ditetapkan atau yang ditentukan
oleh Majlis atau Jawatankuasa dalam mana-mana hal;
dan
(f) apa-apa perubahan yang telahpun dirancangkan dalam
apa-apa perkara yang disebut dalam mana-mana perenggan
t e r d a h u l u dan kesan yang mungkin berlaku ke atas
pemajuan, atau perancangan pemajuan, Negeri itu.
( 4 ) P e n g a r a h Negeri hendaklah, bagi maksud menunaikan
fungsinya di bawah seksyen ini, berunding dengan Pengarah Negeri
mana-mana Negeri yang lain mengenai perkara yang berhubungan
dengan kawasan Negeri yang lain itu yang dijangka akan menyentuh
pemajuan atau perancangan pemajuan Negeri itu berkenaan dengan
tinjauan yang dimulakan di bawah seksyen ini.
(5) Subseksyen (1) hendaklah, berkenaan dengan apa-apa tempoh
yang seksyen ini berkuat kuasa dalam suatu bahagian sahaja dalam
Negeri itu, ditafsirkan sebagai menghendaki Pengarah Negeri itu
memulakan suatu tinjauan ke atas, dan sentiasa mengkaji semula,
perkara yang menyentuh bahagian itu sahaja dalam Negeri itu; dan
subseksyen (2) hendaklah, sama ada atau tidak seksyen ini berkuat
25
Perancangan Bandar dan Desa
kuasa di seluruh Negeri itu, berkuat kuasa seolah-olah kuasa yang
diberikan itu termasuk kuasa untuk Pengarah Negeri itu untuk
memulakan, dan untuk Majlis atau Jawatankuasa itu mengarahkannya
memulakan, suatu tinjauan baru ke atas suatu bahagian Negeri itu
sahaja; dan rujukan dalam subseksyen (3) kepada Negeri itu atau
kepada kawasan berjiran hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Penyediaan draf rancangan struktur
8. (1) Pengarah Negeri hendaklah, dalam tempoh yang ditentukan
oleh Majlis atau Jawatankuasa, menyediakan dan mengemukakan
k e p a d a Jawatankuasa suatu laporan tinjauannya di bawah
seksyen 7 dan pada masa yang sama menyediakan dan mengemukakan
suatu draf rancangan struktur menurut subseksyen (3) bagi Negeri
itu kepada Jawatankuasa bagi kelulusannya.
(2) Laporan itu hendaklah termasuk suatu anggaran apa-apa
perubahan yang mungkin berlaku, dalam tempoh yang ditentukan
oleh Majlis atau Jawatankuasa, dalam perkara yang disebut dalam
subseksyen 7(3); dan tempoh yang berlainan boleh ditentukan
berhubung dengan perkara yang berlainan.
(3) Draf rancangan struktur bagi Negeri itu adalah suatu pernyataan
bertulis--
(a) y a n g merumuskan dasar dan cadangan am Pihak
Berkuasa Negeri itu berkenaan dengan pemajuan dan
penggunaan tanah di dalam Negeri itu, termasuklah
langkah untuk memperelok persekitaran hidup dari segi
fizikal, memperelok perhubungan, menguruskan lalu
lintas, memperelok kesejahteraan sosio-ekonomi dan
m e n g g a l a k k a n pertumbuhan ekonomi, dan untuk
memudahkan pemajuan yang mapan;
(b) yang menyatakan pertalian cadangan itu dengan cadangan
am bagi pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan
berjiran yang mungkin dijangka menyentuh kawasan itu;
dan
(c) y a n g mengandungi perkara lain sebagaimana yang
d i t e t a p k a n atau yang ditentukan oleh Majlis atau
Jawatankuasa dalam mana-mana hal.
26
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(4) D a l a m merumuskan dasar dan cadangan am di bawah
perenggan (3)(a), Pengarah Negeri hendaklah memastikan bahawa
dasar dan cadangan itu adalah berpatutan dengan hasil tinjauannya
di bawah seksyen 7 dan dengan apa-apa maklumat lain yang mungkin
didapatinya, dan hendaklah memberi perhatian--
(a) kepada dasar semasa berkenaan dengan perancangan sosial
dan ekonomi serta pembangunan dan perlindungan alam
sekitar Negeri dan negara;
(b) kepada sumber yang mungkin boleh didapati untuk
menjalankan cadangan rancangan struktur itu; dan
(c) kepada perkara lain yang dia diarahkan oleh Majlis atau
Jawatankuasa supaya mengambil kira.
(5) (Dipotong oleh Akta A1129).
(6) Suatu draf rancangan struktur bagi sesuatu kawasan hendaklah
mengandungi atau disertakan dengan gambar rajah, gambaran, dan
bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh Pengarah Negeri untuk
maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam rancangan
itu, atau yang ditetapkan, atau dalam mana-mana hal tertentu
d i t e n t u k a n dalam arahan yang diberikan oleh Majlis atau
Jawatankuasa; dan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan
itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan
itu.
(7) Pada bila-bila masa sebelum Jawatankuasa meluluskan di
bawah seksyen 10 suatu rancangan struktur berkenaan dengan
keseluruhan Negeri itu, Pengarah Negeri boleh, dengan keizinan
Jawatankuasa, dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian olehnya,
menyediakan dan mengemukakan kepada Jawatankuasa untuk
m e n d a p a t kelulusannya suatu draf rancangan struktur yang
berhubungan dengan sebahagian daripada kawasan itu; dan jika
J a w a t a n k u a s a telah memberikan keizinan atau arahan untuk
penyediaan suatu draf rancangan struktur bagi sebahagian daripada
kawasan itu, rujukan dalam Bahagian ini kepada kawasan itu
hendaklah, berhubung dengan suatu draf rancangan struktur,
ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada sebahagian daripada
kawasan itu.
27
Perancangan Bandar dan Desa
Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan struktur
9. (1) Apabila menyediakan draf rancangan struktur bagi Negeri
dan akhirnya menentukan kandungannya untuk dikemukakan kepada
Jawatankuasa, Pengarah Negeri hendaklah mengambil langkah yang
pada pendapatnya akan memastikan--
(a) bahawa publisiti diberikan di dalam Negeri kepada laporan
tinjauan di bawah seksyen 7 dan kepada perkara yang
dicadangkannya untuk dimasukkan dalam rancangan itu;
dan
(b) bahawa orang yang mungkin dijangka ingin mendapatkan
peluang untuk membuat representasi kepada Pengarah
Negeri itu berkenaan dengan perkara itu menyedari bahawa
mereka berhak mendapat, dan diberi, peluang untuk berbuat
demikian,
dan Pengarah Negeri hendaklah menimbangkan tiap-tiap representasi
yang dibuat kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan.
(2) Secepat yang dapat dilaksanakan selepas suatu draf rancangan
struktur dikemukakan kepada Jawatankuasa, Pengarah Negeri
hendaklah--
(a) menyiarkan, dalam tiga keluaran daripada sekurang-
kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam
bahasa kebangsaan, suatu notis yang menyatakan bahawa
salinan rancangan itu boleh didapati untuk diperiksa di
p e j a b a t Pengarah Negeri dan di tempat lain yang
ditentukannya dan masa yang bantahan terhadap rancangan
itu boleh dibuat kepada Jawatankuasa; dan
(b) menyediakan salinan rancangan itu untuk diperiksa di
tempat yang dinyatakan dalam notis itu; dan setiap salinan
hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan mengenai
masa, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, yang
bantahan terhadap rancangan itu boleh dibuat kepada
Jawatankuasa.
(3) Masa yang bantahan terhadap draf rancangan struktur itu
boleh dibuat hendaklah tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh
notis itu mula dikeluarkan di bawah perenggan (2)(a) dalam sesuatu
akhbar tempatan dalam bahasa kebangsaan, dan apa-apa masa yang
dinyatakan dalam notis itu boleh dilanjutkan sekali oleh Pengarah
Negeri selama tidak melebihi satu bulan untuk faedah mana-mana
pembantah yang tertentu.
28
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(4) Suatu draf rancangan struktur yang dikemukakan oleh Pengarah
Negeri kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan kelulusannya
hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan yang mengandungi
butir-butir, jika ada, yang ditetapkan--
(a) mengenai langkah yang telah diambil oleh Pengarah Negeri
untuk mematuhi subseksyen (1); dan
(b) mengenai perundingan Pengarah Negeri dengan, dan
pertimbangannya atas pandangan, orang lain berkenaan
dengan perkara yang dimasukkan, atau yang pada asalnya
dicadangkan untuk dimasukkan, dalam rancangan itu.
(5) Jika, selepas menimbangkan pernyataan yang dikemukakan
dengan, dan perkara yang dimasukkan dalam, draf rancangan struktur
itu dan apa-apa maklumat lain yang diberikan oleh Pengarah Negeri,
Jawatankuasa berpuas hati bahawa maksud perenggan (1)(a) dan
(b) telah dicapai dengan secukupnya melalui langkah yang diambil
oleh Pengarah Negeri itu menurut perenggan itu, ia hendaklah
terus menimbangkan sama ada hendak meluluskan draf rancangan
struktur itu; dan jika ia tidak berpuas hati sedemikian, ia hendaklah
m e n g e m b a l i k a n rancangan itu kepada Pengarah Negeri dan
mengarahkannya supaya--
(a) mengambil tindakan selanjutnya yang ditentukan oleh
Jawatankuasa untuk mencapai maksud itu dengan lebih
baik; dan
(b) selepas berbuat demikian, mengemukakan semula
rancangan itu dengan apa-apa ubah suaian, jika ada, yang
difikirkan sesuai pada masa itu oleh Pengarah Negeri itu
dan, jika dikehendaki sedemikian oleh arahan itu, berbuat
demikian dalam tempoh yang ditentukan,
tetapi Jawatankuasa tidak boleh mengembalikan rancangan itu atau
memberikan arahan itu jika telah genap tiga bulan semenjak Pengarah
Negeri mengemukakan rancangan itu kepada Jawatankuasa.
(6) Jika Jawatankuasa mengembalikan draf rancangan struktur
itu kepada Pengarah Negeri itu di bawah subseksyen (5), ia hendaklah
memberitahu Pengarah Negeri akan sebab ia berbuat demikian
dan, jika mana-mana orang telah membuat apa-apa bantahan kepada
Jawatankuasa terhadap rancangan itu, ia hendaklah juga memberitahu
orang itu bahawa ia telah mengembalikan rancangan itu.
29
Perancangan Bandar dan Desa
(7) Jika Pengarah Negeri diberi arahan oleh Jawatankuasa di
bawah subseksyen (5), dia hendaklah menarik balik dengan serta-
merta salinan rancangan yang disediakan untuk diperiksa sebagaimana
yang dikehendaki oleh subseksyen (2) dan dia hendaklah menyiarkan
fakta tentang penarikan balik itu dalam tiga keluaran daripada
sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya adalah
dalam bahasa kebangsaan.
(8) Subseksyen (2) hingga (7) hendaklah terpakai, dengan ubah
suaian yang perlu, berhubung dengan draf rancangan struktur yang
dikemukakan semula kepada Jawatankuasa mengikut arahan yang
diberikan olehnya di bawah subseksyen (5) sebagaimana subseksyen
i t u terpakai berhubung dengan rancangan itu seperti yang
dikemukakan pada asalnya.
Kelulusan atau penolakan draf rancangan struktur oleh
Jawatankuasa
10. (1) Jawatankuasa boleh, selepas menimbangkan suatu draf
rancangan struktur yang dikemukakan atau dikemukakan semula
kepadanya, sama ada meluluskannya, keseluruhan atau sebahagian
daripadanya dan dengan atau tanpa ubah suaian atau syarat-syarat,
atau menolaknya.
( 2 ) D a l a m menimbangkan draf rancangan struktur itu,
J a w a t a n k u a s a boleh mengambil kira apa-apa perkara yang
difikirkannya berkaitan, sama ada atau tidak ia telah diambil kira
dalam rancangan itu seperti yang dikemukakan atau dikemukakan
semula kepadanya.
(3) Jika, pada masa menimbangkan draf rancangan struktur itu,
Jawatankuasa tidak memutuskan untuk menolaknya, ia hendaklah,
sebelum memutuskan sama ada hendak meluluskannya atau tidak--
(a) menimbangkan apa-apa bantahan terhadap rancangan itu,
setakat bantahan itu dibuat mengikut kaedah-kaedah yang
dibuat di bawah seksyen 17;
(b) memberikan kepada orang yang bantahannya dibuat
sedemikian tidak ditarik balik, peluang untuk hadir di
hadapan, dan didengar oleh, suatu jawatankuasa kecil
yang dilantik oleh Jawatankuasa, dan yang terdiri daripada
empat orang ahli Jawatankuasa seorang daripadanya
hendaklah dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa kecil
itu; dan
30
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(c) jika suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain diadakan,
memberikan juga peluang yang sama kepada Pengarah
Negeri dan kepada orang lain yang difikirkan patut oleh
Jawatankuasa.
(4) Tanpa menjejaskan subseksyen (3), dalam menimbangkan
suatu draf rancangan struktur, Jawatankuasa--
(a) hendaklah berunding dengan Majlis bagi mendapatkan
arahan dan nasihatnya; dan
(b) boleh berunding dengan, atau menimbangkan pandangan,
mana-mana pihak berkuasa lain atau mana-mana orang
lain tetapi tidaklah bertanggungan untuk berunding dengan,
atau menimbangkan pandangan, mana-mana pihak berkuasa
lain atau mana-mana orang lain atau, kecuali sebagaimana
yang diperuntukkan oleh subseksyen itu, memberikan
peluang untuk membuat apa-apa bantahan atau representasi
lain, atau mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan
tempatan atau pendengaran lain.
(5) Jika Jawatankuasa tidak atau telah mengabaikan untuk
meluluskan atau menolak suatu draf rancangan struktur dalam
masa enam bulan selepas ia dikemukakan kepadanya, Pengarah
Negeri boleh merujukkan draf rancangan struktur itu kepada Majlis
untuk membuat keputusan mengenainya.
(6) Setelah meluluskan draf rancangan struktur itu, Jawatankuasa
hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk
mendapatkan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri bagi rancangan
itu, dan setelah persetujuan diberikan, rancangan itu hendaklah
berkuat kuasa.
( 7 ) J a w a t a n k u a s a hendaklah menyebabkan supaya fakta
persetujuan Pihak Berkuasa Negeri bagi suatu draf rancangan struktur
disiarkan dalam Warta Negeri dan sekurang-kurangnya dalam dua
akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, bersama
dengan tanda yang dengannya rancangan itu dikenal pasti dan
suatu pernyataan mengenai tempat rancangan itu boleh diperiksa.
Kajian semula atau pengubahan rancangan struktur
11. (1) Suatu rancangan struktur yang telah mula berkuat kuasa
hendaklah tertakluk kepada kajian semula tiap-tiap lima tahun
seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan lima tahun
Negeri, dan kajian semula itu hendaklah berhubungan dengan seluruh
Negeri itu.
31
Perancangan Bandar dan Desa
(2) Walau apa pun subseksyen (1), selepas suatu rancangan
struktur bagi suatu Negeri telah mula berkuat kuasa, Pengarah
Negeri itu boleh mengemukakan kepada Jawatankuasa dan hendaklah,
jika diarahkan sedemikian oleh Jawatankuasa, mengemukakan
kepadanya, dalam tempoh yang ditentukan dalam arahan itu, cadangan
bagi kajian semula atau pengubahan kepada rancangan itu yang
pada fikiran Pengarah Negeri suai manfaat atau sebagaimana yang
diarahkan oleh Jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan,
dan cadangan itu boleh berhubungan dengan keseluruhan atau
sebahagian Negeri itu.
Tatacara kajian semula rancangan struktur
11A. Jika diputuskan di bawah seksyen 11 bahawa suatu kajian
semula rancangan struktur bagi suatu Negeri akan diadakan, Pengarah
Negeri hendaklah mengemukakan kepada Jawatankuasa suatu laporan
hasil kajian semulanya mengenai perkara yang berkaitan di bawah
seksyen 7 bersama dengan apa-apa maklumat lain yang padanya
cadangan itu diasaskan, dan seksyen 9 dan 10 hendaklah terpakai,
dengan ubah suaian yang perlu, berhubung dengan cadangan itu
sebagaimana seksyen itu terpakai berhubung dengan rancangan
struktur itu.
Tatacara bagi pengubahan rancangan struktur
11B. (1) Jika diputuskan di bawah seksyen 11 bahawa suatu
pengubahan akan dibuat kepada rancangan struktur bagi Negeri
itu, Pengarah Negeri hendaklah menyediakan dan mengemukakan
kepada Jawatankuasa cadangan bagi pengubahan itu.
(2) Dalam merumuskan cadangan bagi pengubahan itu, Pengarah
Negeri hendaklah memberikan perhatian kepada apa-apa perkara
yang diarahkan oleh Majlis atau Jawatankuasa.
(3) Pengarah Negeri hendaklah mengemukakan rancangan struktur
yang mengandungi cadangan pengubahan kepada Jawatankuasa
dan pada masa yang sama menyiarkan suatu notis dalam sekurang-
kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa
kebangsaan, menyatakan bahawa salinan rancangan itu tersedia
untuk diperiksa dan bahawa bantahan boleh dibuat dalam tempoh
satu bulan dari tarikh penyiaran itu.
32
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(4) Jawatankuasa hendaklah melantik suatu jawatankuasa kecil
yang terdiri daripada empat orang anggota Jawatankuasa, seorang
daripadanya hendaklah dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa
kecil itu, dan jawatankuasa kecil hendaklah mendengar tiap-tiap
bantahan yang dibuat mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah
seksyen 17.
( 5 ) J a w a t a n k u a s a kemudiannya hendaklah menimbangkan
pengubahan yang dicadangkan kepada rancangan struktur, dan
sama ada meluluskannya, secara keseluruhan atau sebahagiannya
dan dengan atau tanpa ubah suaian, atau menolaknya.
(6) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan rancangan struktur
yang diubah yang telah diluluskan kepada Pihak Berkuasa Negeri
bagi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri mengenai rancangan itu,
dan apabila persetujuan itu diberikan, rancangan struktur yang
diubah itu hendaklah berkuat kuasa.
(7) Jawatankuasa hendaklah menyebabkan fakta persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri tentang rancangan struktur yang diubah itu disiarkan
dalam Warta Negeri.
Penyediaan draf rancangan tempatan
12. (1) Pihak berkuasa perancang tempatan, semasa suatu draf
rancangan struktur sedang disediakan, atau sebelum Pihak Berkuasa
Negeri memberikan persetujuan mengenai suatu draf rancangan
struktur yang telah disediakan, boleh, jika difikirkannya wajar,
menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi mana-mana
bahagian kawasannya.
(2) Jika suatu rancangan struktur bagi Negeri telah berkuat kuasa,
pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dengan secepat yang
dapat dilaksanakan menyediakan suatu draf rancangan tempatan
bagi seluruh kawasannya.
(3) Suatu draf rancangan tempatan hendaklah mengandungi suatu
peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah--
(a) merumuskan, yang mengandungi apa-apa perincian yang
difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan
mengenai cadangannya bagi--
(i) memajukan;
33
Perancangan Bandar dan Desa
(ii) menggunakan tanah dalam;
(iii) melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi
fizikal bagi;
(iv) memelihara topografi semula jadi;
(v) memperelok lanskap;
(vi) memelihara dan menanam pokok dalam;
(vii) mengadakan tanah lapang dalam;
(viii) m e m e l i h a r a dan mengindahkan ciri dan rupa
bangunan dalam;
(ix) memperelok sistem komunikasi dalam; dan
(x) menguruskan lalu lintas dalam,
kawasan rancangan tempatan; dan
(b) mengandungi perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan
oleh Jawatankuasa dalam apa-apa hal yang tertentu.
(4) Suatu draf rancangan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah
mengandungi, atau disertakan dengan, gambar rajah, gambaran,
dan bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa
perancang tempatan untuk maksud menjelaskan atau menerangkan
c a d a n g a n dalam rancangan itu, atau yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa, atau dalam apa-apa hal tertentu ditentukan dalam
arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa; dan gambar rajah,
gambaran, dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan sebagai
sebahagian daripada rancangan itu.
(5) (Dipotong oleh Akta A1129).
(6) Tanpa menyentuh peruntukan seksyen ini yang terdahulu,
pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, jika Jawatankuasa
memberikan ia arahan bagi maksud itu berkenaan dengan sebahagian
daripada kawasan pihak berkuasa perancang tempatan itu yang
baginya suatu draf rancangan struktur telah, atau sedang disediakan,
dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan bagi bahagian
itu suatu draf rancangan tempatan daripada jenis yang dinyatakan
dalam arahan itu.
(7) Arahan di bawah subseksyen (6) boleh diberikan oleh
Jawatankuasa sama ada sebelum atau selepas draf rancangan struktur
itu berkuat kuasa.
34
Undang-Undang Malaysia
AKTA 172
(8) Dalam merumuskan cadangannya dalam suatu draf rancangan
tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memastikan
bahawa cadangan itu pada amnya menurut rancangan struktur bagi
Negeri itu sebagaimana keadaannya pada masa ini, sama ada ia
telah berkuat kuasa atau belum, dan hendaklah memberikan perhatian
k e p a d a apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada
pendapatnya berkaitan, atau yang ditetapkan, atau yang Jawatankuasa
dalam apa-apa hal tertentu mengarahkan ia mengambil kira.
(9) Sebelum memberikan apa-apa arahan di bawah subseksyen
(8) kepada suatu pihak berkuasa perancang tempatan, Jawatankuasa
hendaklah berunding dengan pihak berkuasa perancang tempatan
itu mengenai arahan yang dicadangkan itu.
Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan tempatan
12A. Sebelum memulakan penyediaan suatu rancangan tempatan,
pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil apa-apa
langkah yang pada pendapatnya akan memastikan--
(a) bahawa publisiti diberikan di dalam kawasannya mengenai
d r a f rancangan tempatan yang akan disediakan,
matlamatnya dan maksud bagi penyediaannya, dan perkara
yang pihak berkuasa perancang tempatan bercadang untuk
memasukkannya ke dalam rancangan itu;
(b) bahawa orang yang mungkin dijangkakan ingin
mendapatkan peluang untuk membuat representasi kepada
pihak berkuasa perancang tempatan itu berkenaan dengan
perkara itu menyedari bahawa mereka berhak mendapat,
dan diberi, peluang untuk berbuat demikian.
Publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan
1 3 . ( 1 ) A p a b i l a pihak berkuasa perancang tempatan telah
menyediakan draf rancangan tempatan, ia hendaklah, sebelum
menerima pakainya di bawah subseksyen 15(1), tetapi tidak sebelum
rancangan struktur, setakat ia terpakai bagi kawasan draf rancangan
tempatan itu, berkuat kuasa, dan tertakluk kepada subseksyen (2),
menyediakan salinan draf rancangan tempatan itu untuk diperiksa
di pejabatnya dan di tempat lain yang ditentukannya; dan setiap
salinan yang disediakan untuk diperiksa hendaklah disertakan dengan
suatu pernyataan mengenai masa, sebagaimana yang dinyatakan
dalam notis yang disiarkan di bawah subseksyen (2), yang bantahan
terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan
itu boleh dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan.
35
Perancangan Bandar dan Desa
(2) Sebelum menyediakan salinan draf rancangan tempatan untuk
diperiksa di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa perancang
tempatan hendaklah menyiarkan, dalam tiga keluaran daripada
sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam