|
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 118
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN
(KAWALAN DAN PELESENAN)
1966
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Housing Development
(Control and Licensing) Act 1966. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen
7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
2
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN
PELESENAN) 1966
Pertama kali diperbuat ...
...
...
...
1966 (Akta No. 38
tahun 1966)
Disemak ...
...
...
...
...
...
...
1973 (Akta 118 m.b.p.
16 Ogos 1973)
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... ...
1988
Cetakan Semula Yang Kedua
... ... ... ... ...
1995
Hakcipta Pencetak H
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/
atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang
dilantik).
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 118
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN
PELESENAN) 1966
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas dan pemakaian
2.
Kecualian dan pengecualian
3.
Tafsiran
4.
Pelantikan Pengawal, Pemeriksa dan pegawai dan pengkhidmat lain
BAHAGIAN II
PELESENAN PEMAJU PERUMAHAN
5.
Larangan terhadap pemajuan perumahan kecuali menurut kuasa suatu
lesen dan peruntukan yang berhubungan dengan pemberian lesen
6.
Syarat atau sekatan bagi pemberian lesen
6A.
Pengawal menyimpan deposit
6B.
Pengawal boleh melucut hak deposit
BAHAGIAN III
KEWAJIPAN PEMAJU PERUMAHAN BERLESEN
7.
Kewajipan pemaju perumahan berlesen
7A.
Pemaju perumahan berlesen hendaklah membuka dan menyenggarakan
Akaun Pemajuan Perumahan
7B.
Pemaju perumahan berlesen bagi maksud seksyen 8, 8A, 11 dan 12
8.
Perkiraan atau perjanjian yang menyentuh perniagaan pemaju perumahan
berlesen
8A.
Penamatan statutori perjanjian jual dan beli
9.
Audit
4
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
BAHAGIAN IV
PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN
Seksyen
10.
Penyiasatan
10A.
Kuasa masuk, menggeledah dan menyita
10B.
Pemeriksaan ke atas seseorang
10C.
Galangan terhadap penjalanan kuasa oleh seseorang Inspektor
10D.
Kehendak untuk menyediakan terjemahan
10E.
Kuasa untuk memeriksa orang
10F.
Orang tertentu yang berkenaan dengannya kuasa penyiasatan boleh
dijalankan
10G.
Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain
10H.
Perlindungan informer
10I.
Kuasa untuk bertindak
10J.
Pengehadan ke atas kuasa seseorang Inspektor
BAHAGIAN V
KUASA MENTERI
11.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan bagi maksud melindungi
kepentingan pembeli
12.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan am
13.
Pembatalan dan penggantungan lesen
13A.
Pengawal hendaklah melaporkan kelakuan seseorang arkitek atau jurutera
13B.
Pemindahmilikan atau penyerahhakan lesen
14.
Peluang untuk didengar hendaklah diberikan sebelum pembatalan atau
penggantungan suatu lesen dan dalam hal lain yang tertentu
15.
Individu tidak layak mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan
seorang pemaju perumahan berlesen
16.
Hak merayu kepada Menteri oleh seseorang pemaju perumahan berlesen
yang terkilan dengan keputusan Pengawal
BAHAGIAN VI
TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH
16A.
Pengertian "pembeli rumah"
16B.
Penubuhan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
16C.
Keanggotaan Tribunal
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
5
Seksyen
16D.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
16E.
Kekosongan jawatan
16F.
Pembatalan pelantikan
16G.
Peletakan jawatan
16H.
Pengisian kekosongan
16I.
Saraan
16J.
Setiausaha Tribunal dan pengawal lain
16K.
Mesyuarat Tribunal
16L.
Permulaan kuat kuasa prosiding
16M.
Bidang kuasa Tribunal
16N.
Pengehadan bidang kuasa
16O.
Peluasan bidang kuasa melalui perjanjian
16P.
Peninggalan untuk membawa tuntutan dalam bidang kuasa
16Q.
Kausa tindakan tidak boleh berbelah
16R.
Pengecualian bidang kuasa mahkamah
16S.
Notis tuntutan dan pendengaran
16T.
Rundingan penyelesaian
16U.
Hak untuk hadir di pendengaran
16V.
Prosiding hendaklah umum
16W.
Keterangan
16X.
Tribunal boleh bertindak dengan ketidakhadiran pihak
16Y.
Award Tribunal
16Z.
Rujukan kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi atas persoalan undang-
undang
16AA.
Alasan keputusan
16AB.
Perintah dan penyelesaian hendaklah direkod secara bertulis
16AC.
Keputusan Tribunal adalah muktamad
16AD.
Penalti jenayah kerana tidak mematuhi
16AE.
Prosedur jika tiada peruntukan dibuat
16AF.
Ketiadaan bentuk
16AG.
Pelupusan dokumen, dsb.
16AH.
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
16AI.
Peraturan-peraturan berkaitan dengan Tribunal
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
BAHAGIAN VII
PELBAGAI
Seksyen
17.
Indemniti dan perlindungan terhadap guaman dan prosiding
18.
Kesalahan yang berhubungan dengan suatu lesen di bawah seksyen 5
19.
Kesalahan oleh pemaju perumahan
20.
Kesalahan oleh seorang pengarah atau seseorang yang berkaitan dengan
perniagaan pemaju perumahan berlesen dalam hal tertentu
21.
Penalti bagi kesalahan yang penaltinya tidak diperuntukkan
22.
Liabiliti pengarah, pengurus dan pegawai lain bagi kesalahan yang
dilakukan oleh syarikat dan liabiliti seseorang bagi perbuatan yang
dilakukan oleh orang lain
22A.
Pekhidmat awam dan pegawai awam
22B.
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
22C.
Hak untuk memulakan dan menyenggarakan tindakan
23.
Pendakwaan
23A.
Kuasa untuk mengkompaun
24.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
JADUAL
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 118
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN
PELESENAN) 1966
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan dan
pelesenan urusan pemajuan perumahan di Semenanjung Malaysia
dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
[29 Ogos 1969, P.U. (B) 212/1969]
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966.*
(2) (Ditinggalkan).
(3) Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.
Kecualian dan pengecualian
2. (1) (Dipotong oleh Akta A1142).
(2) Menteri boleh melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam
Warta mengecualikan mana-mana pemaju perumahan daripada mana-
mana atau kesemua peruntukan Akta ini.
(3) Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan sesuatu syarikat
hendaklah ditafsirkan sebagai tambahan kepada, dan bukannya
pengurangan daripada, peruntukan mana-mana undang-undang
bertulis berhubungan dengan syarikat.
* CATATAN--Jika, pada atau selepas 1 Disember 2002, sebutan dibuat dalam mana-mana undang-
undang bertulis mengenai "Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966", sebutan itu
hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai "Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
1966"-lihat seksyen 5 [Akta A1142].
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
Tafsiran
3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain--
"Akaun Pemajuan Perumahan" ertinya sesuatu akaun yang dibuka
dan disenggarakan oleh seorang pemaju perumahan berlesen menurut
seksyen 7A;
"bank" ertinya mana-mana bank yang dilesenkan di bawah Akta
Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau di
bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];
"ditetapkan" ertinya melalui peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah Akta ini, dan jika tiada cara disebut ertinya ditetapkan dari
semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
"firma" ertinya kumpulan orang yang tidak diperbadankan (sama
ada terdiri daripada individu atau perbadanan atau sebahagiannya
individu dan sebahagiannya perbadanan) yang disekutukan bersama
bagi maksud menjalankan perniagaan;
"kumpulan orang" ertinya kumpulan orang, yang bukan badan
atau kumpulan yang diperbadankan;
"lesen" ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 5;
"lot perumahan" ertinya mana-mana tanah yang telah diukur
atau selainnya, yang baginya suatu nombor lot telah diberikan dan
yang tertakluk kepada kategori "bangunan" mengikut Kanun Tanah
Negara 1965 [Akta 56 tahun 1965];
"pemaju perumahan" ertinya mana-mana orang, kumpulan orang,
s y a r i k a t , firma atau pertubuhan (dengan apa jua pun nama
d i p e r i h a l k a n ) , yang mengerjakan atau menjalankan atau
mengusahakan atau menyebabkan supaya diusahakan pemajuan
perumahan;
"pemajuan perumahan" ertinya memajukan atau membina atau
menyebabkan dibina dengan apa-apa cara lebih daripada empat
unit rumah tempat tinggal dan termasuklah pengutipan wang atau
penjalanan apa-apa pengendalian bangunan bagi maksud mendirikan
rumah tempat tinggal dalam, pada, atas atau di bawah mana-mana
tanah; atau penjualan lebih daripada empat unit lot perumahan
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
9
oleh pemunya tanah atau penamanya dengan tujuan membina lebih
daripada empat unit rumah tempat tinggal oleh pemunya tanah
tersebut atau penamanya;
" p e m a j u perumahan berlesen" ertinya mana-mana pemaju
perumahan yang dilesenkan di bawah seksyen 5 untuk mengerjakan
atau menjalankan atau mengusahakan pemajuan perumahan dan
termasuklah pemegang apa-apa surat kuasa wakil pemaju perumahan
tersebut yang diwujudkan dengan sempurnanya di bawah Akta
Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424];
"pembeli" ertinya mana-mana orang yang telah membeli rumah
tempat tinggal atau yang mempunyai apa-apa urusan dengan seorang
pemaju perumahan berlesen berkenaan dengan pengambilan rumah
tempat tinggal;
"Pemegang amanah harta" ertinya mana-mana peguam cara yang
memegang wang sebagai pemegang amanah harta untuk pembayaran
kepada seorang pemaju perumahan menurut perjanjian jual dan
beli berkenaan dengan suatu pemajuan perumahan yang pemaju
perumahan sedang mengerjakan, menjalankan atau mengusahakan
atau menyebabkan diusahakan;
"Pemeriksa" ertinya seseorang pemeriksa yang dilantik di bawah
seksyen 4;
"Pengawal" ertinya Pengawal Perumahan yang dilantik di bawah
seksyen 4;
"perakuan layak menduduki" ertinya perakuan layak menduduki
yang diberikan atau diluluskan di bawah Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974 [Akta 133] dan mana-mana undang-undang kecil
yang dibuat di bawah Akta itu;
"rumah tempat tinggal" termasuklah mana-mana bangunan,
tenemen atau mesuaj yang keseluruhannya atau sebahagian utamanya
dibina, disesuaikan atau diniatkan bagi kediaman manusia atau
sebahagiannya bagi kediaman manusia dan sebahagiannya bagi
premis perniagaan tetapi tidak termasuk sesuatu tempat tinggal
yang didirikan atas mana-mana tanah yang diperihalkan untuk atau
diluluskan bagi pembangunan komersial;
"Timbalan Pengawal" ertinya Timbalan Pengawal Perumahan
yang dilantik di bawah seksyen 4;
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
"Tribunal" ertinya Tribunal untuk Tuntutan Pembeli Rumah yang
ditubuhkan di bawah seksyen 16B;
"pihak berkuasa tempatan" termasuklah mana-mana orang atau
kumpulan orang yang dilantik atau diberi kuasa di bawah mana-
mana undang-undang bertulis untuk menjalankan dan melaksanakan
kuasa dan tugas yang diberikan dan dipertanggungkan ke atas
pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis;
"syarikat" ertinya mana-mana syarikat yang diperbadankan,
dibentuk atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis yang sedang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan
dengan syarikat, dan termasuklah mana-mana pertubuhan perbadanan
yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
yang berkuat kuasa di Malaysia;
"syarikat kewangan" ertinya mana-mana syarikat kewangan yang
dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan
1989.
Pelantikan Pengawal, Timbalan Pengawal, Pemeriksa dan
pegawai dan pekhidmat lain
4. (1) Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh melantik seorang
Pengawal Perumahan dan apa-apa bilangan Timbalan Pengawal
Perumahan, Pemeriksa Perumahan dan pegawai dan pekhidmat
lain yang difikirkan patut oleh Menteri daripada kalangan anggota
pekhidmat awam.
(2) Pengawal dan Timbalan Pengawal hendaklah mempunyai
dan boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepada
seseorang Pemeriksa oleh atau di bawah Akta ini.
(3) Pengawal boleh,secara bertulis, mewakilkan semua atau mana-
mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini, kecuali kuasa
perwakilannya, kepada mana-mana Timbalan Pengawal, Pemeriksa,
pegawai atau pekhidmat yang dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Tanpa menjejaskan subseksyen (2) Pengawal boleh, secara
bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa dan fungsinya di bawah
Akta ini berkenaan dengan penyiasatan kesalahan di bawah Akta
ini dan penguatkuasaan Akta ini kepada mana-mana pegawai awam
atau pegawai pihak berkuasa tempatan.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
11
(5) Mana-mana perwakilan di bawah subseksyen (3) atau (4)
boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pengawal dan perwakilan
itu tidak melarang Pengawal daripada menjalankan sendiri kuasa
atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan sedemikian.
BAHAGIAN II
PELESENAN PEMAJU PERUMAHAN
Larangan terhadap pemajuan perumahan kecuali menurut kuasa
s u a t u lesen dan peruntukan yang berhubungan dengan
pemberian lesen
5. (1) Tiada pemajuan perumahan boleh dikerjakan, dijalankan,
diusahakan atau disebabkan supaya diusahakan kecuali oleh seorang
pemaju perumahan yang memiliki suatu lesen yang dikeluarkan di
bawah Akta ini.
(2) Kecuali dengan keizinan bertulis Pengawal, tiada pemaju
perumahan selain seorang pemaju perumahan berlesen boleh
mengambil atau menggunakan, berhubung dengan perniagaan atau
mana-mana bahagian perniagaannya, perkataan "pemaju perumahan"
atau apa-apa kata terbitannya atau apa-apa perkataan atau perkataan-
perkataan lain yang menunjukkan penjalanan perniagaan pemajuan
perumahan.
( 3 ) S e s e o r a n g pemaju perumahan yang berhasrat untuk
mengerjakan atau menjalankan atau rnengusahakan atau menyebabkan
diusahakan pemajuan perumahan hendaklah memohon kepada
Pengawal bagi suatu lesen dan apa-apa permohonan sedemikian
hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan dalam hal
m a n a - m a n a pemohon yang disenaraikan di ruang (1) Jadual
p e r m o h o n a n itu hendaklah disertai dengan dokumen yang
disenaraikan bersetentangan dengannya di ruang (2), tiap-tiap
dokumen sedemikian ditentusahkan melalui suatu akuan berkanun
yang dibuat oleh orang yang disenaraikan di ruang (3) Jadual
tersebut.
(4) Apabila sesuatu permohonan bagi suatu lesen di bawah seksyen
ini diterima, Pengawal boleh memberikan lesen yang dipohon atau
enggan memberikan lesen itu; dan dalam memberikan lesen itu
Pengawal boleh mengenakan ke atasnya apa-apa syarat (termasuk
tempoh lesen itu sah) sebagaimana yang difikirkannya patut dan
sesuai.
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
(4A) Tiada permohonan bagi suatu lesen di bawah seksyen ini
boleh dipertimbangkan melainkan fi yang ditetapkan telah dibayar
kepada Pengawal.
(4B) Maka hendaklah dipertanggungkan dan dibayar kepada
Pengawal apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan atas pemberian
suatu lesen dan pada apa-apa jarak waktu selepas pemberian tersebut
dalam tempoh keesahan lesen itu.
(5) Tertakluk kepada seksyen 14, Pengawal boleh pada bila-
bila masa menukar, membatal atau mengubah syarat-syarat yang
dikenakan di bawah subseksyen (4) atau mengenakan apa-apa syarat
baru atau tambahan; atau, jika lesen itu tidak tertakluk kepada apa-
apa syarat, mengenakan ke atasnya apa-apa syarat sebagaimana
yang Pengawal fikirkan patut bagi menguatkuasakan peruntukan
Akta ini.
Syarat atau sekatan bagi pemberian lesen
6. (1) Tertakluk kepada penjalanan kuasa penepian oleh Menteri
di bawah subseksyen (2), lesen yang dipohon di bawah seksyen
5 tidak boleh diberikan--
(a) melainkan jika pemohon mempunyai modal diterbitkan
dan modal terkumpul secara tunai yang tidak kurang
daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit dan memberikan
Pengawal deposit tidak kurang daripada dua ratus ribu
ringgit secara tunai atau dalam apa-apa bentuk lain yang
ditentukan oleh Menteri, jika permohonan itu dibuat oleh
sesuatu syarikat; atau
(b) melainkan jika pemohon memberikan Pengawal deposit
yang tidak kurang daripada dua ratus ribu ringgit secara
tunai atau dalam apa-apa bentuk lain yang ditentukan
oleh Menteri, jika permohonan itu dibuat oleh seseorang
atau suatu kumpulan orang;
(c) melainkan jika pemohon itu sendiri atau mana-mana
anggota atau pekongsinya bukannya seseorang yang
disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud
atau kecurangan atau bukannya seorang bankrap yang
belum dilepaskan, jika permohonan itu masing-masing
dibuat oleh seseorang atau sekumpulan orang atau suatu
firma;
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
13
(d) melainkan jika tiada seorang pun yang telah disabitkan
atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan
atau ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan sedang
memegang jawatan sebagai pengarah, pengurus atau
setiausaha pemohon atau jawatan atau kedudukan serupa
yang lain, jika permohonan itu dibuat oleh sesuatu syarikat,
atau sedang memegang jawatan sebagai yang dipertua,
setiausaha atau bendahari atau jawatan atau kedudukan
serupa yang lain, jika permohonan itu dibuat oleh sesuatu
pertubuhan;
(e) melainkan jika, pada masa permohonan dibuat, pemohon
atau mana-mana ahli atau pekongsi pemohon, jika pemohon
ialah suatu kumpulan orang atau firma, atau seorang
pengarah, pengurus atau setiausaha pemohon, jika pemohon
ialah sesuatu syarikat, belum lagi, disebabkan suatu sabitan
bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dikenakan
suatu denda melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan
(selain pemenjaraan kerana ingkar denda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit);
(f) malainkan jika, pada masa permohonan dibuat, seseorang
yang pernah menjadi seorang pengarah atau yang pernah
secara langsung berkaitan dengan pengurusan perniagaan
seorang pemaju perumahan berlesen yang telah digulung
oleh suatu mahkamah bukan seorang pengarah atau yang
bukan secara langsung berkaitan dengan pengurusan
perniagaan pemohon; dan
(g) jika pendaftaran arkitek atau jurutera pemohon telah
dibatalkan dan belum dihidupkan semula di bawah Akta
Arkitek 1967 [Akta 117] atau Akta Pendaftaran Jurutera
1967 [Akta 138] pada masa permohonan dibuat.
(1A) Bagi maksud perenggan (1)(d), (e) dan (f), jika pemohon
ialah suatu syarikat, ungkapan "pemohon" hendaklah termasuk
syarikat pemegang pemohon, atau suatu anak syarikat pemohon
atau suatu anak syarikat pemegang pemohon.
(2) Menteri boleh menurut budi bicara mutlaknya mengetepikan
mana-mana atau semua syarat yang dinyatakan dalam perenggan
(1)(a), (b) atau (d) atau menggantikan mana-mana atau semua
syarat tersebut dengan syarat-syarat lain yang difikirkannya patut
dan sesuai.
14
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
Pengawal menyimpan deposit
6A. T e r t a k l u k kepada mana-mana arahan Menteri, Pengawal
hendaklah menyimpan deposit yang dibuat di bawah perenggan
6(1)(a) dan (b) sehingga luput tempoh tanggungan kecacatan
pemajuan perumahan.
Pengawal boleh melucut hak deposit
6B.
Jika mana-mana pemaju yang memegang lesen--
(a) sedang menjalankan perniagaannya, pada pendapat
Pengawal, dalam cara yang memudaratkan kepentingan
pembeli atau kepada mana-mana orang awam;
(b) mempunyai aset yang tidak mencukupi untuk menanggung
liabilitinya;
(c) sedang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini; atau
(d) telah terhenti menjalankan pemajuan perumahan di
Semenanjung Malaysia,
Pengawal boleh, selepas memberi peluang kepada pemaju berlesen
untuk mengemukakan sebab dalam tempoh yang ditetapkan mengapa
deposit di bawah perenggan 6(1)(a) atau (b) tidak boleh dilucut
hak, melucut hak keseluruhan atau sebahagian daripada deposit
itu.
BAHAGIAN III
KEWAJIPAN PEMAJU PERUMAHAN BERLESEN
Kewajipan pemaju perumahan berlesen
7. Sebagai tambahan kepada liabiliti dan kewajipan yang dikenakan
dalam seksyen 8 dan 9, seseorang pemaju perumahan berlesen
hendaklah--
(a) dalam tempoh empat minggu dari apa-apa perubahan yang
dibuat dalam atau terhadap mana-mana dokumen yang
dikemukakan kepada Pengawal di bawah subseksyen 5(3)
m e m b e r i k a n Pengawal butir-butir bertulis mengenai
perubahan itu;
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
15
(b) mempamerkan pada setiap masa dalam kedudukan yang
mudah dilihat di dalam mana-mana pejabat dan pejabat
cawangan pemaju perumahan berlesen itu suatu salinan
lesen, permit iklan dan jualannya dan suatu salinan kunci
kira-kira terauditnya yang terakhir sebaik sahaja kunci
kira-kira itu ada dan maklumat seperti nama penuh sekarang
atau yang dahulu, alamat tempat tinggal biasa, kerakyatan,
kerakyatan asal (jika kerakyatan sekarang bukannya
kerakyatan asal), perniagaan atau pekerjaan (jika ada)
bagi setiap orang yang mengawal dan menguruskan
perniagaan pemaju perumahan berlesen itu dan butir-
butir mengenai apa-apa jawatan pengarah lain yang
dipegang oleh orang itu;
(c) menyimpan atau menyebabkan disimpan di pejabatnya di
Semenanjung Malaysia apa-apa rekod perakaunan dan
rekod lain yang akan menjelaskan dengan secukupnya
transaksi dan kedudukan kewangan pemaju perumahan
berlesen dan membolehkan akaun untung rugi dan kunci
kira-kira dan apa-apa dokumen yang dikehendaki disertakan
bersamanya yang benar dan wajar disediakan dari semasa
ke semasa, dan hendaklah menyebabkan rekod-rekod ini
disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkannya
diaudit dengan mudah dan sepatutnya;
(d) tiap-tiap tahun melantik seseorang juruaudit atau juruaudit-
juruaudit mengikut cara yang dikehendaki di bawah seksyen
9;
(e) dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun
kewangan bagi pemaju perumahan berlesen yang berkenaan
menghantar kepada Pengawal dan juga menyiarkan dalam
Warta suatu salinan laporan juruaudit yang disediakan di
bawah seksyen 9 berserta suatu salinan kunci kira-kira
dan akaun untung ruginya;
(f) tidak lewat daripada 21 hari bulan Januari dan 21 hari
bulan Julai setiap tahun, menghantar kepada Pengawal
suatu pernyataan dalam bentuk dan mengandungi apa-
apa maklumat sebagaimana Pengawal boleh tentukan dari
semasa ke semasa mengenai kemajuan pemajuan perumahan
yang pemaju perumahan sedang mengerjakan, menjalankan
atau mengusahakan atau menyebabkan diusahakan;
16
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
(g) jika pada pendapatnya dia mungkin tidak berupaya untuk
memenuhi obligasinya kepada pembeli pada mana-mana
peringkat pemajuan perumahan sebelum pengeluaran
p e r a k u a n layak menduduki, dengan serta-merta
memberitahu Pengawal mengenai hakikat itu;
(h) memberitahu Pengawal mengenai penyerahan milikan
kosong rumah tempat tinggal dalam pemajuan perumahan
k e p a d a pembeli dan mengemukakan suatu perakuan
a r k i t e k n y a yang diperakui salinan benar yang
memperakukan bahawa pembinaan rumah tempat tinggal
telah disiapkan dengan wajar dan bahawa bekalan air dan
letrik sedia disambung kepada rumah tempat tinggal itu;
(i) memberitahu Pengawal jika pihak berkuasa berkenaan
telah enggan menerima pengemukaan mana-mana dokumen
yang berhubungan dengan pengeluaran perakuan kelayakan
menduduki dan mengemukakan surat penolakan daripada
pihak berkuasa berkenaan kepada Pengawal;
(j) memastikan bahawa pemaju rumah tempat tinggal telah
dijalankan mengikut mana-mana kehendak yang ditetapkan
di bawah mana-mana undang-undang yang mengawalsedia
b a n g u n a n dan telah menjalankan segala ketekunan
sebagaimana yang dikehendaki bagi pengeluaran perakuan
l a y a k menduduki dan bagi pengeluaran dan
pemindahmilikan hak milik kepada rumah tempat tinggal
kepada pembeli; dan
(k) memberitahu Pengawal mengenai kemajuan pengeluaran
hak milik berasingan atau strata bagi rumah tempat tinggal
dan pemindahan hak milik tersebut kepada pembeli.
Pemaju perumahan berlesen hendaklah membuka dan
menyenggarakan Akaun Pemajuan Perumahan
7 A . ( 1 ) T e r t a k l u k kepada subseksyen (9), tiap-tiap pemaju
perumahan berlesen hendaklah membuka dan menyenggarakan suatu
Akaun Pemajuan Perumahan dengan suatu bank atau syarikat
kewangan bagi setiap pemajuan perumahan yang diusahakan oleh
pemaju perumahan berlesen itu.
( 2 ) J i k a sesuatu pemajuan perumahan akan dimajukan
berperingkat-peringkat, pemaju perumahan berlesen hendaklah
membuka dan menyimpan suatu Akaun Pemajuan Perumahan di
bawah subseksyen (1) bagi setiap peringkat pemajuan perumahan
itu.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
17
(3) Pemaju perumahan berlesen hendaklah membayar ke dalam
Akaun Pemajuan Perumahan bagi suatu pemajuan perumahan, wang
belian yang diterima oleh pemaju perumahan berlesen itu daripada
penjualan rumah tempat tinggal dalam pemajuan perumahan itu
dan apa-apa jumlah wang lain yang dikehendaki dibayar ke dalam
Akaun Pemajuan Perumahan oleh peraturan-peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini.
(4) Pemaju perumahan berlesen tidak boleh mengeluarkan mana-
m a n a wang daripada Akaun Pemajuan Perumahan kecuali
sebagaimana yang dibenarkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini.
(5) Tertakluk kepada perenggan (6)(b), segala wang dalam Akaun
Pemajuan Perumahan dan sagala wang yang dipegang oleh pemegang
amanah harta hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang
bertulis lain yang berlawanan, disifatkan tidak menjadi sebahagian
daripada harta pemaju perumahan berlesen itu sekiranya--
(a) pemaju perumahan berlesen itu membuat apa-apa komposisi
atau perkiraan dengan pemiutangnya atau terdapat perintah
penerimaan atau perintah penghukuman yang dibuat
terhadapnya; atau
(b) pemaju perumahan berlesen itu, yang merupakan suatu
syarikat, mengalami pelikuidasian secara sukarela atau
paksa.
(6) Apabila berlakunya mana-mana keadaan yang disebut dalam
subseksyen (5)--
(a) wang dalam Akaun Pemajuan Perumahan itu dan wang
yang dipegang oleh pemegang amanah harta hendaklah
terletak hak pada pegawai penerima, pemegang amanah
dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana
yang berkenaan, untuk digunakan bagi kesemua atau apa-
apa maksud yang baginya wang dalam Akaun Pemajuan
Perumahan dan wang yang dipegang oleh pemegang
amanah harta dibenarkan dikeluarkan oleh peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan
(b) apa-apa baki wang dalam Akaun Pemajuan Perumahan
dan wang yang dipegang oleh pemegang amanah harta,
selepas segala pembayaran dibuat menurut perenggan (a)
dan segala liabiliti dan obligasi pemaju perumahan berlesen
18
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
itu di bawah perjanjian jual dan beli berkenaan dengan
pemajuan perumahan itu telah dilepaskan dan ditunaikan
sepenuhnya, hendaklah dipegang oleh pegawai penerima,
pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi,
mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai wang
kepunyaan pemaju perumahan berlesen itu untuk digunakan
mengikut undang-undang berhubungan dengan kebankrapan
atau penggulungan suatu syarikat.
(7) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang
berlawanan, segala wang dalam Akaun Pemajuan Perumahan dan
wang yang dipegang oleh pemegang amanah harta tidak boleh
digarnis sehingga segala liabiliti dan obligasi pemaju perumahan
berlesen itu di bawah perjanjian jual dan beli berkenaan dengan
pemajuan perumahan itu telah dilepaskan dan ditunaikan sepenuhnya.
(8) Tertakluk kepada peruntukan Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989 dan Akta Bank Islam 1983, Menteri boleh, jika
difikirkannya perlu, melantik seorang juruaudit syarikat yang
diluluskan untuk menyiasat buku, akaun dan transaksi sesuatu
Akaun Pemajuan Perumahan dan pemaju perumahan berlesen itu
h e n d a k l a h membayar segala perbelanjaan yang dilakukan
mengenainya.
( 9 ) S e k s y e n ini tidak terpakai bagi mana-mana pemajuan
perumahan yang dijalankan oleh pemaju perumahan berlesen jika
kesemua rumah tempat tinggal dalam pemajuan perumahan itu
tidak akan ditawarkan untuk jualan dan pembelian sebelum pemajuan
perumahan itu siap dan pengeluaran perakuan layak menduduki.
(10) Mana-mana pemaju perumahan yang melanggar atau gagal
mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila
disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu
ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan boleh juga
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.
Pemaju Perumahan berlesen bagi maksud seksyen 8, 8A, 11
dan 12
7B. Bagi maksud seksyen 8, 8A, 11 dan 12 "pemaju perumahan
berlesen" termasuklah mana-mana pemaju perumahan yang lesennya
telah habis tempoh.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
19
Perkiraan atau perjanjian yang menyentuh perniagaan pemaju
perumahan berlesen
8. (1) Jika seseorang pemaju perumahan berlesen bercadang hendak
m e m b u a t suatu perkiraan atau perjanjian untuk menjual,
memindahmilik, menyerahhak, melupuskan atau membina semula
perniagaan atau pengurusannya yang berhubungan dengan pemajuan
perumahan sama ada melalui penyatuan atau selainnya, pemaju
perumahan berlesen itu hendaklah dengan seberapa segera yang
mungkin memberitahu Pengawal mengenai perkiraan atau perjanjian
yang dicadangkan itu dan melainkan jika diluluskan oleh Pengawal
di bawah subseksyen (2), pemaju perumahan berlesen itu tidak
boleh meneruskan perkiraan atau perjanjian itu.
(2) Jika Pengawal menerima pemberitahuan mengenai perkiraan
atau perjanjian yang dicadangkan di bawah subseksyen (1), Pengawal
b o l e h meluluskan perkiraan atau perjanjian itu atau enggan
memberikan kelulusannya; dan dalam meluluskan perkiraan atau
perjanjian itu dia boleh mengenakan ke atasnya apa-apa syarat
yang difikirkannya patut dan sesuai bagi maksud menguatkuasakan
peruntukan Akta ini.
Penamatan statutori perjanjian jual dan beli
8A. (1) Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam mana-
mana perjanjian, seseorang pemaju perumahan berlesen boleh
memohon kepada Menteri untuk kelulusan bagi menamatkan segala
perjanjian jual dan beli yang dibuat berkenaan dengan pemajuan
perumahan atau mana-mana peringkat pemajuan perumahan yang
p e m a j u a n perumahan itu mengerjakan, menjalankan atau
mengusahakan atau menyebabkan diusahakan jika--
(a) enam bulan selepas pelaksanaan perjanjian jual dan beli,
pemajuan rumah tempat tinggal dalam pemajuan atau
peringkat perumahan belum bermula; dan
(b) sekurang-kurangnya tujuh puluh lima peratus daripada
semua pembeli yang membuat perjanjian jual dan beli
t e l a h bersetuju dengan pemaju perumahan untuk
menamatkan perjanjian jual dan beli secara bertulis.
20
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
(2) Mana-mana permohonan yang dibuat di bawah subseksyen
(1) hendaklah disokong oleh--
(a) keizinan bertulis pemaju perumahan berlesen dan setiap
pembeli yang telah bersetuju untuk menamatkan perjanjian
jual dan beli itu dan keizinan tersebut telah dilaksanakan
dengan sempurna oleh pemaju perumahan berlesen dan
pembeli, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan
disaksikan oleh peguam caranya atau seorang Pesuruhjaya
S u m p a h tidak awal dari satu bulan sebelum tarikh
permohonan; dan
(b) apa-apa dokumen atau keterangan lain sebagaimana yang
dikehendaki oleh Menteri atau sebagaimana yang ditentukan
termasuk apa-apa keterangan yang boleh memuaskan hati
Menteri bahawa pemaju perumahan berlesen berupaya
dari segi kewangan memulangkan kepada pembeli dan
pembiaya mereka segala wang yang dibayar oleh mereka
kepada pemaju perumahan berlesen jika Menteri meluluskan
permohonan itu.
(3) Bagi maksud seksyen ini, pembeli bersama tanpa mengira
apa-apa jumlah dalam suatu perjanjian jual dan beli hendaklah
dianggap sebagai seorang pembeli.
(4) Setelah menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen
(1), Menteri boleh membenarkan atau menolak permohonan untuk
kelulusan.
(5) Dalam memberi kelulusan di bawah subseksyen (4) Menteri
boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana disifatkannya layak
dan sesuai.
( 6 ) K e p u t u s a n Menteri adalah muktamad dan tidak boleh
dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah dan ia hendaklah mengikat
pemaju perumahan berlesen dan semua pembeli dan tiada injuksi
boleh diberikan untuk menghalang mana-mana orang daripada
menjalankan keputusan Menteri.
(7) Segala perjanjian jual dan beli berkenaan dengan pemajuan
perumahan atau peringkat sesuatu pemajuan perumahan yang
tertakluk kepada kelulusan di bawah subseksyen (4) termasuk baki
pembeli yang tidak bersetuju dengan penamatan itu hendaklah
disifatkan telah ditamatkan dengan sempurnanya.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
21
(8) Pemaju perumahan berlesen hendaklah, dalam tempoh empat
belas hari dari tarikh penerimaan kelulusan Menteri, memberitahu
semua pembeli secara bertulis mengenai keputusan Menteri.
(9) Pemaju perumahan berlesen hendaklah membayar balik semua
wang yang diterima oleh pemaju perumahan berlesen daripada
pembeli masing-masing bebas daripada apa-apa bunga dalam tempoh
yang dinyatakan dalam kelulusan Menteri.
(10) Setelah menerima wang yang dibayar balik di bawah
subseksyen (9), pembeli hendaklah dengan segera menyebabkan
segala bebanan ke atas tanah itu dipindahkan dan kos dan perbelanjaan
bagi pemindahan tersebut hendaklah ditanggung oleh dan boleh
dituntut sebagai hutang sivil daripada pemaju perumahan.
( 1 1 ) M a n a - m a n a orang yang tidak mematuhi mana-mana
peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit
dan didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-
tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Audit
9. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap pemaju perumahan
berlesen hendaklah pada tiap-tiap tahun atau seberapa kerap yang
diperlukan melantik seseorang yang diluluskan oleh Menteri untuk
menjadi juruaudit atau juruaudit-juruauditnya; dan jika seorang
pemaju perumahan berlesen tidak membuat pelantikan itu atau
tidak melantik juruaudit lain untuk menggantikan juruaudit yang
telah meletakkan jawatan atau mati atau yang pelantikannya telah
ditamatkan, Menteri boleh melantik mana-mana orang atau orang-
orang yang pada pendapatnya adalah layak dan sesuai untuk menjadi
seorang juruaudit atau juruaudit-juruaudit bagi pemaju perumahan
berlesen yang berkenaan itu dan menetapkan saraan yang hendaklah
dibayar kepada juruaudit atau juruaudit-juruaudit yang dilantik
sedemikian dan saraan sedemikian hendaklah dibayar oleh pemaju
perumahan berlesen yang baginya juruaudit atau juruaudit-juruaudit
itu dilantik sedemikian.
(2) Tiada seorang pun yang mempunyai kepentingan dalam
perniagaan pemaju perumahan berlesen sama ada sebagai seorang
pemegang syer atau selainnya; dan tiada seorang pun pengarah,
pegawai, pekerja atau ejen seorang pemaju perumahan berlesen
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
layak untuk dilantik sebagai juruaudit pemaju perumahan itu; dan
jika mana-mana orang yang dilantik sebagai seorang juruaudit
pemaju perumahan berlesen hendaklah selepas pelantikannya
m e m p e r o l e h sesuatu kepentingan dalam perniagaan pemaju
perumahan berlesen itu atau menjadi seorang pengarah, pegawai,
pekerja atau ejen pemaju perumahan berlesen itu, dia hendaklah
dengan serta-merta terhenti menjadi juruaudit pemaju perumahan
berlesen itu.
(3) Tiap-tiap juruaudit seorang pemaju perumahan berlesen
hendaklah membuat suatu laporan kepada Pengawal tentang kunci
kira-kira tahunan dan akaun untung rugi pemaju perumahan
b e r l e s e n yang baginya juruaudit itu dilantik dan hendaklah
menyatakan dalam tiap-tiap laporan sedemikian sama ada pada
pendapatnya--
(a) kunci kira-kira dan akaun untung rugi itu dibuat dengan
sewajarnya dan supaya dapat memberikan suatu akaun
yang sebenar dan wajar mengenai kedudukan hal ehwal
pemaju perumahan berlesen itu;
(b) perakaunan dan rekod yang diperiksa olehnya disimpan
dengan sepatutnya; dan
(c) jika juruaudit meminta penerangan atau maklumat daripada
p e g a w a i atau ejen pemaju perumahan berlesen itu,
penerangan atau maklumat sedemikian adalah memuaskan.
(4) Tiap-tiap juruaudit seorang pemaju perumahan berlesen
hendaklah mempunyai hak akses pada setiap masa kepada rekod
perakaunan dan rekod lain pemaju perumahan berlesen dan adalah
berhak untuk menghendaki apa-apa maklumat dan penerangan
sebagaimana yang diperlukannya bagi maksud audit daripada pegawai
pemaju perumahan berlesen itu atau daripada mana-mana orang
lain yang memiliki maklumat itu atau yang boleh memberikan
maklumat atau penerangan itu.
(5) Sebagai tambahan kepada tugas dan kuasa di bawah seksyen
ini, tiap-tiap juruaudit seorang pemaju perumahan berlesen boleh
juga menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas yang diberikan
atau dikenakan atas Pengawal dan Pemeriksa di bawah seksyen 10
yang berhubungan dengan penyiasatan dalam hal ehwal seorang
pemaju perumahan berlesen atau rekod perakaunan atau rekod
lainnya.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
23
BAHAGIAN IV
PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN
Penyiasatan
10. (1) Sama ada atas kemahuannya sendiri atau setelah diarahkan
oleh Menteri di bawah subseksyen (2), Pengawal atau seseorang
Pemeriksa boleh dari semasa ke semasa dalam keadaan rahsia
menyiasat pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau
menyiasat dalam hal ehwal atau rekod perakaunan atau rekod-
rekod lain mana-mana pemaju perumahan.
( 2 ) M e n t e r i boleh mengarahkan Pengawal atau seseorang
Pemeriksa untuk membuat penyiasatan di bawah subseksyen (1)--
(a) jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa
p e m a j u perumahan yang berkenaan menjalankan
p e r n i a g a a n n y a mengikut cara yang memudaratkan
pembelinya; atau mempunyai aset yang tidak mencukupi
untuk menjelaskan liabilitinya atau melanggar mana-mana
peruntukan Akta ini; atau
(b) jika sesuatu permohonan bagi sesuatu penyiasatan demikian
dibuat kepadanya, dan tiap-tiap permohonan sedemikian
hendaklah disokong oleh tidak kurang daripada lima
pembeli dan disertai dengan apa-apa keterangan dan
jaminan sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri bagi
maksud memuaskan hatinya bahawa permohonan itu dibuat
dengan suci hati, dan mengenai pembayaran kos penyiasatan
sedemikian.
(3) (Dipotong oleh Akta A1142).
Kuasa masuk, menggeledah dan menyita
10A. (1) Jika ternyata kepada seorang Majistret, atas maklumat
bertulis atas sumpah dan selepas siasatan sebagaimana yang dianggap
perlu, bahawa terdapat sebab munasabah untuk mempercayai bahawa
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan untuk,
atau terdapat dalam atau mana-mana premis keterangan yang perlu
untuk membuktikan, pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta
24
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa
kepada seseorang Inspektor yang kepadanya waran tersebut ditujukan,
pada apa-apa masa yang munasabah semasa siang atau malam
dengan atau tanpa bantuan--
(a) masuk ke dalam mana-mana premis dan di situ
menggeledah, menyita dan menahan mana-mana harta,
buku atau dokumen lain;
(b) memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan
daripada, mana-mana buku atau dokumen lain yang disita
dan ditahan sedemikian;
(c) mengambil milik, dan memindahkan dari premis itu, mana-
mana harta, buku atau dokumen lain yang disita dan
ditahan sedemikian;
(d) memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau
di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan
orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat
yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu, dan
menyita dan menahan mana-mana harta, buku atau dokumen
lain yang dijumpai pada orang itu;
(e) memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, mana-mana
artikel, kontena atau bekas; atau
(f) memberhentikan, menahan atau menggeledah mana-mana
kenderaan.
(2) Seseorang Inspektor yang diberi kuasa di bawah subseksyen
(1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian--
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam
premis itu dan masuk premis itu dan tiap-tiap bahagian
premis itu;
(b) memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa
galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan,
penahanan atau pemindahan itu; atau
(c) menahan semua atau mana-mana orang yang dijumpai di
mana-mana premis, atau di dalam mana-mana kenderaan,
yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis
atau kenderaan itu telah digeledah.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
25
(3) Jika seseorang Inspektor mempunyai sebab yang munasabah
untuk mengesyaki oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu
waran geledah di bawah subseksyen (1) bahawa--
(a) penyiasatan akan terjejas; atau
(b) keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan mungkin
akan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,
dia boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, dan berkenaan
dengan premis itu, segala kuasa yang disebut dalam subseksyen
(1) dan (2) dengan cara yang penuh dan secukupnya seolah-olah
dia telah diberi kausa berbuat demikian oleh suatu waran yang
dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
(4) Suatu senarai segala barang yang disita dalam menjalankan
penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan di tempat di
mana barang tersebut masing-masingnya dijumpai hendaklah
disediakan oleh Inspektor yang menjalankan penggeledahan itu
dan ditandatangani olehnya.
(5) Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1),
atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada tiap-tiap
ketika dibenarkan hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan
senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah subseksyen
(4) hendaklah dengan serta-merta diserahkan kepada penghuni atau
orang itu.
(6) Seseorang Inspektor hendaklah, melainkan jika diperintahkan
selainnya oleh mana-mana mahkamah--
(a) pada penutupan penyiasatan atau apa-apa prosiding yang
berbangkit daripadanya; atau
(b) dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada
Pengawal untuk Inspektor bertindak bagi pihaknya bagi
m a k s u d ini pada bila-bila masa sebelum penutupan
penyiasatan,
melepaskan mana-mana harta, buku atau dokumen lain yang disita,
ditahan atau dialih olehnya atau mana-mana Inspektor lain, kepada
mana-mana orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak di sisi
undang-undang terhadap harta, buku atau dokumen lain itu jika dia
berpuas hati bahawa ia tidak diperlukan bagi maksud apa-apa
pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud
apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
lain.
26
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
(7) Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Inspektor yang
menyebabkan apa-apa pelepasan mana-mana harta, buku atau
dokumen lain di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pelepasan
sedemikian dengan menyatakan dalamnya secara terperinci hal
keadaan, dan sebab bagi, pelepasan sedemikian.
(8) Jika Inspektor tidak dapat menentukan orang yang berhak
disisi undang-undang terhadap harta, buku atau dokumen lain atau
jika terdapat lebih daripada satu pihak menuntut harta, buku atau
dokumen lain itu, Inspektor hendaklah melaporkan perkara ini
kepada Majistret yang hendaklah kemudiannya memperlakukan
harta, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang diperuntukkan
dalam subseksyen 413(2), (3) dan (4) dan seksyen 414, 415 dan
416 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Pemeriksaan ke atas seseorang
10B. (1) Seseorang Inspektor boleh memeriksa mana-mana orang
yang pada dirinya Inspektor itu mempunyai sebab untuk percaya
mana-mana harta, buku atau dokumen lain, atau artikel lain yang
perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan ke atas mana-
mana kesalahan di bawah Akta ini, dan bagi maksud pemeriksaan
itu boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh sebagaimana
yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan itu, yang tidaklah boleh
dalam apa-apa hal melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran
seorang Majistret, dan boleh memindahkan orang itu dalam jagaan
k e mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk
mempermudahkan pemeriksaan itu.
(2) Seseorang Inspektor yang melakukan pemeriksaan ke atas
seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan, atau
mengambil milik mana-mana harta, buku atau dokumen lain, atau
artikel, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan
yang sedang dijalankan olehnya.
(3) Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa tubuhnya di
bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 10A kecuali oleh seorang
perempuan lain dan dengan memberikan perhatian teliti kepada
kesopanan.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
27
Galangan terhadap penjalanan kuasa oleh seseorang Inspektor
10C.
Tiada seorang pun boleh--
(a) enggan memberikan mana-mana Inspektor yang
menjalankan kuasanya di bawah seksyen 10A atau 10B,
akses ke mana-mana premis atau mana-mana bahagian
p r e m i s tersebut, atau enggan membenarkan dirinya
diperiksa;
(b) menyerang, menggalang, menghalang atau melengah-
lengahkan Inspektor itu untuk masuk sedangkan dia berhak
masuk;
(c) tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada mana-
mana Inspektor dalam pelaksanaan tugasnya di bawah
seksyen 10A atau 10B;
(d) enggan memberikan kepada seseorang Inspektor apa-apa
maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya
dan yang berkuasa diberikan olehnya;
(e) tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau
cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang Inspektor,
mana-mana harta, buku, dokumen lain atau artikel yang
berhubungan dengannya seseorang Inspektor ada alasan
y a n g munasabah bagi mengesyaki bahawa sesuatu
kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini;
(f) menyelamatkan atau berusaha untuk menyelamatkan mana-
mana benda yang telah disita dengan wajar;
(g) memberikan kepada Inspektor dengan mengatakan sebagai
benar, maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab
bagi mempercayai adalah palsu; atau
(h) sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecahkan
atau selainnya memusnahkan mana-mana benda untuk
mengelakkannya daripada disita, atau didapatkannya.
Kehendak untuk menyediakan terjemahan
10D. (1) Jika seseorang Inspektor menjumpai, menyita, menahan
atau mengambil milik mana-mana buku atau dokumen lain dalam
menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini, dan buku atau
dokumen lain itu atau mana-mana bahagiannya di dalam suatu
bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau di
dalam apa-apa isyarat atau kod, maka Inspektor boleh secara lisan
28
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
atau secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan,
jagaan atau kawalan ke atas buku atau dokumen lain tersebut,
supaya memberikan kepada Inspektor suatu terjemahan di dalam
bahasa kebangsaan akan buku atau dokumen lain tersebut dalam
apa-apa tempoh yang, pada pendapat Inspektor, adalah munasabah
memandangkan betapa panjangnya buku atau dokumen lain itu,
atau lain-lain hal keadaan yang berhubungan dengannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya memberikan
suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukannya suatu
terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau dengan disedarinya
membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak
tepat, jujur dan benar.
Kuasa untuk memeriksa orang
1 0 E . ( 1 ) J i k a seseorang Inspektor mengesyaki mana-mana
orang telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka
dia boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu
untuk berbuat demikian bagi maksud penyiasatan ke atas kesalahan
itu--
(a) memerintahkan mana-mana orang secara lisan atau secara
bertulis supaya hadir di hadapan Inspektor bagi maksud
diperiksa secara lisan oleh Inspektor itu berhubung dengan
apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat Inspektor itu,
membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu;
(b) memerintahkan mana-mana orang secara lisan atau secara
bertulis supaya mengemukakan di hadapan Pengawal atau
Inspektor buku, dokumen lain, harta, artikel, atau benda
yang boleh, pada pendapat Pengawal atau Inspektor itu,
membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu; atau
(c) melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang
supaya memberi satu pernyataan bertulis yang dibuat
atas sumpah atau ikrar menerangkan di dalamnya segala
maklumat sedemikian yang mungkin dikehendaki di bawah
notis itu, merupakan maklumat yang, pada pendapat
Pengawal itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan
ke atas kesalahan itu.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
29
(2) Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan
(1)(a) atau (b), atau suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c),
telah diberikan hendaklah mematuhi terma-terma perintah atau
notis bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan
khususnya--
(a) s e s e o r a n g yang kepadanya suatu perintah di bawah
perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah hadir mengikut
terma-terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah
terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana
yang diarahkan oleh Inspektor sehinggalah pemeriksaan
itu selesai, dan hendaklah di sepanjang pemeriksaan tersebut
m e n d e d a h k a n segala maklumat yang ada dalam
pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau
yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara
yang berhubungan dengannya dia sedang diperiksa, sama
ada apa-apa soalan dikemukakan kepadanya ataupun tidak
mengenainya, dan jika apa-apa soalan dikemukakan
kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan
benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya, dan tidak
boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan yang
jawapan itu dapat menunjukkan bahawa dia bersalah;
(b) seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan
di bawah perenggan (1)(b) tidaklah boleh menyembunyikan,
m e n y o r o k k a n , memusnahkan, mengubahpinda,
memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia,
atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan,
mana-mana buku, dokumen lain, harta, artikel, atau benda
yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubahpinda
atau merosakkan apa-apa cacatan dalam mana-mana buku
atau dokumen lain tersebut atau menyebabkan perbuatan
tersebut dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk
melakukannya; dan
(c) seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah
diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam
p e r n y a t a a n n y a yang dibuat atas sumpah atau ikrar,
m e m b e r i k a n dan mendedahkan dengan benar semua
maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada
di dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya,
atau yang boleh didapatkan olehnya, dan tidaklah boleh
gagal memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas
alasan yang jawapan itu dapat menunjukkan bahawa dia
bersalah.
30
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
(3) Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau notis diberikan
di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis atau perintah
tersebut dan peruntukan subseksyen (2) yang berhubungan dengan
perintah atau notis itu, walau apa pun peruntukan mana-mana
undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas
mula berkuatkuasanya Akta ini, atau apa-apa sumpah, akujanji
atau kehendak menyimpan rahsia, yang berlawanan, atau apa-apa
obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama
ada nyata atau tersirat, yang berlawanan.
(4) Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau
mengemukakan mana-mana harta, buku, dokumen lain, artikel,
atau benda, menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang mula
disebut itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau
atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pekerjanya orang yang
mula disebut itu mungkin bertindak, tidaklah boleh, oleh sebab
pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan
kerana mana-mana kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-
mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan
dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana
orang di bawah atau menurut kuasa apa-apa perjanjian atau perkiraan,
atau selainnya.
(5) Seseorang Inspektor boleh menyita, mengambil milik dan
menahan selama apa-apa jangka masa yang difikirkannya perlu,
mana-mana harta, buku, dokumen lain, artikel atau benda yang
dikemukakan di hadapannya semasa berjalannya sesuatu penyiasatan
di bawah subseksyen (1), atau memeriksa orang yang sedang diperiksa
olehnya di bawah perenggan (1)(a), atau yang mengemukakan
a p a - a p a benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), untuk
memastikan sama ada apa-apa benda yang berkaitan dengan
penyiasatan itu disembunyikan, pada diri orang itu atau selainnya
pad diri orang itu.
(6) Sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah
dijadikan dalam bentuk tulisan oleh Inspektor dan hendaklah
dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang sedang diperiksa,
dan jika orang tersebut enggan menandatangani rekod itu, Inspektor
itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya
dengan menyatakan hal keengganan tersebut dan sebab baginya,
jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
31
(7) Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau
suatu pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut
perenggan (1)(c), atau mana-mana harta, buku, dokumen lain, artikel
atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau
dalam perjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a)
atau di bawah suatu pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar
yang dibuat menurut perenggan (1)(c), hendaklah, walau apa pun
mana-mana undang-undang bertulis atau hukum undang-undang
yang berlawanan, menjadi boleh terima sebagai keterangan dalam
apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah--
(a) bagi, atau berhubung dengan, sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini; atau
(b) bagi, atau berhubung dengan, apa-apa perkara lain di
bawah Akta ini,
tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah
diperiksa, atau yang mengemukakan harta, buku, dokumen lain,
artikel atau benda, atau yang membuat pernyataan bertulis atas
sumpah atau ikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain.
Orang tertentu yang berkenaan dengannya kuasa penyiasatan
boleh dijalankan
10F. Kuasa penyiasatan yang diberikan kepada seseorang Inspektor
di bawah Bahagian ini, boleh dijalankan olehnya terhadap--
(a) mana-mana sekutu perniagaan yang lalu atau sekarang;
atau
(b) mana-mana orang yang sedang atau telah bersangkut-
paut dengan pengawalan atau pengurusan, keseluruhan
atau sebahagian hal ehwal,
orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain
10G. Pengawal boleh atas inisiatifnya sendiri, atau atas permintaan
seseorang Inspektor--
(a) membekalkan kepada seorang pegawai polis atau mana-
mana pegawai awam lain satu salinan apa-apa buku atau
dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milik di
b a w a h seksyen 10 A atau 10 B , atau apa-apa rekod
32
Undang-Undang Malaysia
AKTA 118
pemeriksaan di bawah perenggan 10E(1)(a), atau apa-apa
pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di
bawah perenggan 10E(1)(c), atau mana-mana buku atau
dokumen lain yang dikemukakan di bawah perenggan
1 0E ( 1 ) ( b ) , atau selainnya dalam perjalanan apa-apa
pemeriksaan di bawah perenggan 10E(1)(a), atau di bawah
apa-apa pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang
dibuat menurut perenggan 10E(1)(c), dan pegawai polis
atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan
bagi rekod, pernyataan, buku atau dokumen lain itu
sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung
dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau
penunaian tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang;
atau
(b) membenarkan seorang pegawai polis atau mana-mana
pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan
memeriksa mana-mana harta, buku, dokumen lain, artikel
atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau
disita, ditahan atau diambil milik, oleh seseorang pegawai
penyiasat di bawah Akta ini, dan pegawai polis atau
pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa
pengetahuan yang diperolehi dengan cara akses atau
pemeriksaan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat
berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan
fungsinya, atau penunaian tugasnya, berkenaan dengan
mana-mana orang.
Perlindungan informer
10H. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen
(3), tiada seorang saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah
boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk mendedahkan nama atau
alamat mana-mana informer atau isi dan jenis maklumat yang
diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin
menyebabkan informer itu diketahui.
(2) Jika mana-mana buku, dokumen, rekod atau kertas yang
menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa
prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang di
dalamnya mana-mana informer dinamakan atau diperihalkan atau
yang mungkin menyebabkan informer itu diketahui, mahkamah
hendaklah menyebabkan supaya segala bahagian sedemikian ditutup
daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk
melindungi informer itu daripada diketahui.
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
33
(3) Jika semasa perbicaraan bagi mana-mana kesalahan di bawah
A k t a ini, mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu
mempercayai bahawa informer itu dengan sengaja membuat dalam
aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya
adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-
apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak
dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak dalam prosiding tanpa
indentiti informer itu diketahui, maka adalah sah bagi mahkamah
untuk mengkehendaki supaya aduan asal, jika bertulis, dikemukakan,
d a n membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan
sepenuhnya, mengenai informer itu.
Kuasa untuk bertindak
10I. Seseorang Inspektor apabila bertindak di bawah Bahagian
i n i hendaklah apabila diminta mendedahkan jawatannya dan
mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak apa-
apa kebenaran bertulis sebagaimana Pengawal boleh arahkan untuk
dijalankan oleh Inspektor itu.
Pengehadan ke atas kuasa seseorang Inspektor
10J. Tiada seorang pun Inspektor berhak untuk menjalankan mana-
mana kuasa di bawah Bahagian ini tanpa kebenaran bertulis terdahulu
daripada Pengawal.
B |