UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 191
AKTA MELARIKAN ORANG DAN
MENGUGUT SAKSI SECARA
JENAYAH 1947
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Abduction and Criminal
Intimidation of Witnesses Act 1947. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah
subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
2
AKTA 191
Undang-Undang Malaysia
AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT
SAKSI SECARA JENAYAH 1947
Pertama kali diperbuat
...
...
...
1947 (Ordinan No. 26
tahun 1947
Disemak
...
...
...
...
...
...
1977 (Akta 191 m.b.p.
1 Oktober 1977)
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 2001
3
Akta Melarikan Orang Dan Mengugut
Saksi Secara Jenayah 1947
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 191
AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT
SAKSI SECARA JENAYAH 1947
SUSUNAN SEKSYEN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas dan pemakaian
2.
Tafsiran
3.
Melarikan orang dengan niat hendak melakukan pemerasan
4.
Melarikan orang untuk menghalang perjalanan keadilan
5.
Mengugut orang secara jenayah untuk menghalang perjalanan keadilan
6.
Subahat dan percubaan
4
AKTA 191
Undang-Undang Malaysia
5
Akta Melarikan Orang Dan Mengugut
Saksi Secara Jenayah 1947
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 191
AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT
SAKSI SECARA JENAYAH 1947
Suatu Akta untuk mengadakan hukuman lebih berat bagi kesalahan
melarikan orang dan mengugut secara jenayah dalam hal keadaan
tertentu.
[10 Jun 1947]
Tajuk ringkas dan pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Melarikan Orang dan
Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947.
(2) Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika hal perkara atau konteksnya
menghendaki makna yang lain--
"melarikan orang," "subahat," "percubaan," "mengugut secara
jenayah," "pemerasan," "memberikan keterangan palsu," dan
"mereka-reka keterangan palsu" dengan variasi kenahuannya dan
ungkapan seasalnya mempunyai erti yang sama seperti dalam
Kanun Keseksaan [Akta 574];
"prosiding jenayah", termasuklah apa-apa perbicaraan atau siasatan
jenayah di hadapan Mahkamah atau tribunal yang mempunyai
bidang kuasa jenayah, dan inkues atau siasatan mengenai kematian,
d a n penyiasatan polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593].
(2) Bagi maksud Akta ini, perjalanan keadilan terhalang jika
mana-mana orang yang dikehendaki daripadanya apa-apa keterangan,
testimoni, pernyataan atau maklumat dalam atau bagi maksud
6
AKTA 191
Undang-Undang Malaysia
apa-apa prosiding jenayah, tidak lagi boleh didapati untuk
memberikan keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat itu,
atau tidak memberikan keterangan, testimoni, pernyataan atau
maklumat itu, atau memberikan atau mereka-reka keterangan palsu.
Melarikan orang dengan niat hendak melakukan pemerasan
3.
Sesiapa sahaja yang melarikan mana-mana orang--
(a) dengan niat supaya orang itu ditahan untuk tebusan atau
supaya pemerasan dilakukan daripada orang itu atau mana-
mana orang lain; atau
(b) dengan mengetahui bahawa ada kemungkinan orang itu
akan ditahan untuk tebusan atau pemerasan akan dilakukan
daripada orang itu atau mana-mana orang lain,
hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh
yang boleh sampai empat belas tahun dan boleh juga didenda.
Melarikan orang untuk menghalang perjalanan keadilan
4.  Sesiapa sahaja yang melarikan mana-mana orang supaya dengan
itu perjalanan keadilan terhalang hendaklah dihukum dengan hukuman
pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun
dan bolehlah juga dikenakan denda.
Mengugut orang secara jenayah untuk menghalang perjalanan
keadilan
5.  Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan mengugut secara
jenayah--
(a) dengan niat untuk menghalang perjalanan keadilan; atau
(b) supaya dengan itu perjalanan keadilan terhalang,
hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh
yang boleh sampai sepuluh tahun dan bolehlah juga dikenakan
denda.
Subahat dan percubaan
6.  Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-
mana undang-undang bertulis, sesiapa sahaja yang bersubahat untuk
atau cuba melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di
bawah Akta ini boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan
bagi kesalahan itu.
7
Akta Melarikan Orang Dan Mengugut
Saksi Secara Jenayah 1947
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 191
AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT
SAKSI SECARA JENAYAH 1947
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa
yang meminda
dari
­ TIADA ­
8
AKTA 191
Undang-Undang Malaysia
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 191
AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT
SAKSI SECARA JENAYAH 1947
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
dari
­ TIADA ­