UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 159
AKTA MAKLUMAT
PEKERJAAN 1953
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Employment
Information Act 1953. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah
subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan
perundangan.
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
Undang-Undang Malaysia
2
AKTA 159
AKTA MAKLUMAT PEKERJAAN 1953
Pertama kali diperbuat ... ...
...
1953 (F.M. Ordinan No.
33 tahun 1953)
Disemak
............... ...
...
1975 (Akta 159 m.b.p.
15 Julai 1975)
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 1967
Cetakan Semula Yang Kedua
... ... ... ... 1998
Cetakan Semula Yang Ketiga  ... ... ... ... 2001
Maklumat Pekerjaan
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 159
AKTA MAKLUMAT PEKERJAAN 1953
SUSUNAN SEKSYEN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas
2.
Tafsiran
3.
Pegawai diberi kuasa boleh menghendaki majikan memberikan maklumat
tertentu
4.
Pegawai diberi kuasa boleh memasuki premis untuk membuat siasatan
(Dipotong)
5.
6.
Kesalahan
7.
Maklumat yang terkumpul dihadkan untuk kegunaan rasmi
Undang-Undang Malaysia
4
AKTA 159
Maklumat Pekerjaan
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 159
AKTA MAKLUMAT PEKERJAAN 1953
Suatu Akta bagi memudahkan pengumpulan maklumat berkenaan
dengan terma perkhidmatan dan syarat kerja orang yang diambil
bekerja.
[Semenanjung Malaysia --15 November 1953,
L.N. 684/1953;
Sabah dan Sarawak--2 Mac 1967,
P.U. 96/1967]
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Maklumat Pekerjaan 1953.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini--
"majikan" ertinya mana-mana orang yang telah membuat suatu
kontrak perkhidmatan bagi mengambil bekerja mana-mana orang
lain dalam apa-apa sifat jua dan termasuklah ejen, pengurus atau
faktor orang yang mula-mula disebut itu, dan perkataan "mengambil
bekerja" dengan variasi tatabahasa dan ungkapan seasalnya, hendaklah
ditafsirkan dengan sewajarnya; dan
"pegawai diberi kuasa" ertinya Ketua Setiausaha Kementerian
Sumber Manusia dan termasuklah seseorang pegawai yang diberi
kuasa olehnya bagi maksud Akta ini.
Pegawai diberi kuasa boleh menghendaki majikan memberikan
maklumat tertentu
3. (1) Pegawai diberi kuasa boleh memberi notis secara bertulis
kepada mana-mana majikan menghendakinya membuat suatu
pernyataan bertulis mengenai--
(a) bilangan orang yang diambil bekerja olehnya pada masa
itu dan umur dan jantina setiap orang itu;
Undang-Undang Malaysia
6
AKTA 159
(b) terma kontrak antaranya dengan setiap orang itu;
(c) waktu yang setiap orang itu dikehendaki bekerja dan
waktu sebenarnya dia bekerja, dan cuti, hari kelepasan
dan waktu rehat yang dibenarkan bagi setiap orang itu;
(d) jenis kerja yang dilakukan oleh setiap orang itu untuknya;
(e) struktur upah, mengikut pekerjaan;
(f) kelayakan dan pengalaman yang dikehendaki bagi setiap
pekerjaan;
(g) peluang kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi;
(h) perihalan kerja setiap pekerjaan;
(i) waktu biasa kerja dan waktu sebenarnya bekerja, mengikut
pekerjaan;
(j) cuti bergaji dan cuti tanpa gaji, hari kelepasan dan waktu
rehat;
(k) jumlah pendapatan termasuk upah, elaun, lebih masa,
bonus dan faedah kewangan lain; bayaran bukan dalam
bentuk wang bagi setiap orang yang diambil bekerja; dan
(l) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua
Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dari semasa ke
semasa bagi maksud Akta ini.
(2) Pernyataan bertulis yang dikehendaki oleh subseksyen (1)--
(a) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan, tertakluk kepada
subseksyen (1), hendaklah mengandungi apa-apa butir
yang dinyatakan oleh pegawai diberi kuasa;
(b) hendaklah ditandatangani oleh majikan yang dikehendaki
m e m b u a t n y a , yang hendaklah memperaku bahawa
pernyataan bertulis itu, sepanjang pengetahuannya, tepat
dalam tiap-tiap butir; dan
(c) hendaklah diserahkan melalui pos atau selainnya kepada
pegawai diberi kuasa dalam masa empat puluh dua hari
dari tarikh notis yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa
di bawah subseksyen (1):
Dengan syarat bahawa, jika majikan meminta sedemikian, pegawai
diberi kuasa boleh memberi apa-apa tempoh yang lebih daripada
Maklumat Pekerjaan
7
empat puluh dua hari bagi penyerahan pernyataan bertulis itu
sebagaimana yang didapati munasabah oleh pegawai diberi kuasa
itu.
Pegawai diberi kuasa boleh memasuki premis untuk membuat
siasatan
4. (1) Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk
memasuki pada bila-bila masa yang munasabah mana-mana tempat
atau premis pekerjaan yang seorang atau lebih daripada seorang
bekerja atau yang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa seorang atau lebih daripada seorang bekerja:
Dengan syarat bahawa pegawai diberi kuasa semasa memasuki
tempat atau premis pekerjaan itu hendaklah memberitahu majikan
orang itu, atau, jika majikannya tidak ada, mana-mana orang yang
berupa sebagai mewakilinya, tentang kemasukan itu.
(2) Pegawai diberi kuasa boleh mengemukakan soalan mengenai--
(a) bilangan orang yang pada masa ini bekerja di tempat atau
premis itu dan umur dan jantina setiap orang itu;
(b) terma kontrak antara setiap orang itu dan majikannya;
(c) waktu setiap orang itu dikehendaki bekerja dan waktu
sebenarnya dia bekerja dan cuti, hari kelepasan dan waktu
rehat yang dibenarkan bagi setiap orang itu;
(d) jenis kerja yang dilakukan oleh setiap orang itu; dan
(e) apa-apa perkara lain berhubungan dengan terma dan syarat
perkhidmatan orang itu,
kepada majikan orang itu, atau kepada mana-mana orang yang
mungkin menjaga orang itu atau kepada orang itu, atau kepada
mana-mana orang lain yang dipercayainya mempunyai apa-apa
maklumat yang relevan; dan tiap-tiap orang yang disoal sedemikian
adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu
dengan benar setakat yang termampu olehnya.
(3) P e g a w a i diberi kuasa boleh menghendaki majikan itu
mengemukakan di hadapannya di tempat pekerjaan itu semua atau
mana-mana orang yang pada masa itu bekerja untuknya bersama
Undang-Undang Malaysia
8
AKTA 159
dengan apa-apa kontrak bertulis atau dokumen lain berhubungan
dengan syarat perkhidmatan orang itu dan menjawab apa-apa soalan
yang berhubungan dengannya yang difikirkannya wajar untuk
ditanya.
5. (Dipotong oleh Akta A211).
Kesalahan
6. (1) Mana-mana majikan yang menandatangani suatu pernyataan
bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 3(2)(b)
dengan mengetahui bahawa pernyataan itu palsu dalam apa-apa
butir boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda dua ribu ringgit.
(2) Mana-mana majikan yang tidak menyerahkan suatu pernyataan
bertulis kepada pegawai diberi kuasa mengikut perenggan 3(2)(c)
boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda dua ribu ringgit dan
sebagai tambahan didenda seratus ringgit berkenaan dengan tiap-
tiap hari kesalahan itu berterusan.
Maklumat yang terkumpul dihadkan untuk kegunaan rasmi
7. (1) Apa-apa maklumat yang terkumpul bagi maksud Akta ini
hendaklah dianggap sulit dan hendaklah dihadkan untuk kegunaan
rasmi sahaja.
(2) Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa maklumat
y a n g terkumpul bagi maksud Akta ini bertentangan dengan
subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak
melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam
bulan.
Maklumat Pekerjaan
9
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 159
AKTA MAKLUMAT PEKERJAAN 1953
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa
yang meminda
dari
L.N. 332/1958
Perintah Perlembagaan
13-11-1958
Persekutuan (Pengubahsuaian
Undang-Undang) (Ordinan dan
Perisytiharan) 1958
P.U. 96/1967
Perintah Pengubahsuaian
02-03-1967
Undang-Undang (Maklumat
Pekerjaan) (Perluasan ke
Negeri-Negeri Borneo) 1967
Akta A211
Akta Maklumat Pekerjaan
31-08-1973
(Pindaan) 1973
Akta 160
Akta Matawang Malaysia
29-08-1975
(Ringgit) 1975
Undang-Undang Malaysia
10
AKTA 159
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 159
AKTA MAKLUMAT PEKERJAAN 1953
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
dari
2
L.N. 332/1958
13-11-1958
Akta A211
31-08-1973
3
Akta A211
31-08-1973
4
Akta A211
31-08-1973
5
L.N. 332/1958
13-11-1958
Akta A211
31-08-1973
6
Akta A211
31-08-1973
7
Akta A211
31-08-1973
Jadual
Akta A211
31-08-1973