042b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG
PINJAMAN PERUMAHAN 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
042b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
2
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN
PERUMAHAN 1971
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
...
30 Ogos 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... 2 September 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama
...
...
1993
Cetakan Semula Yang Kedua
...
...
1999
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH
MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR
2006
042b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN
PERUMAHAN 1971
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas
BAHAGIAN II
PEMBERIKUASAAN MENGENAI PINJAMAN
2.
Kuasa bagi mendapatkan pinjaman
3.
Pinjaman hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang
Disatukan
BAHAGIAN III
PENGGUNAAN PINJAMAN
4.
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
4A.
Menteri boleh membenarkan pembayaran
5.
Penggunaan wang Kumpulan Wang
6.
Pembayaran balik pinjaman
7.
Menteri boleh mengeluarkan arahan
BAHAGIAN IV
KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN
NEGERI
8.
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Negeri
042b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
4
Undang-Undang Malaysia
AKTA 42
BAHAGIAN V
AM
Seksyen
9.
Pemansuhan
JADUAL
042b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN
PERUMAHAN 1971
Suatu Akta bagi memberi kuasa supaya beberapa jumlah wang
didapatkan sebagai pinjaman bagi maksud Kumpulan Wang
Pinjaman Perumahan Persekutuan dan bagi membuat peruntukan
berhubung dengan tatacara kewangan mengenai Kumpulan Wang
Pinjaman Perumahan Persekutuan dan Negeri.
[Seluruh Malaysia--3 September 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang
berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1.  Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Pinjaman
Perumahan 1971.
BAHAGIAN II
PEMBERIKUASAAN MENGENAI PINJAMAN
Kuasa bagi mendapatkan pinjaman
2.  (1) Menteri Kewangan diberi kuasa, tertakluk kepada
peruntukan Akta ini, untuk mendapatkan beberapa jumlah wang
dari semasa ke semasa di dalam atau di luar Persekutuan bagi
maksud Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Persekutuan.
042b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 42
(2) Jumlah wang yang didapatkan di bawah Akta ini boleh
didapatkan--
(a)
daripada mana-mana punca di bawah apa-apa perkiraan
dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang
dikenakan oleh Menteri Kewangan; dan
(b)
melalui peruntukan dengan cara pemberian atau
pemindahan wang yang dibuat menurut Akta Kumpulan
Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] daripada Kumpulan
Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta
61] kepada Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
Persekutuan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat
sebagaimana yang dikenakan oleh Menteri Kewangan.
Pinjaman hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan
Wang Disatukan
3.  Wang pokok yang didapatkan di bawah Akta ini berserta
dengan segala faedah atasnya dipertanggungkan kepada Kumpulan
Wang Disatukan.
BAHAGIAN III
PENGGUNAAN PINJAMAN
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
4.  Tertakluk kepada seksyen 4A, hendaklah dibayar ke dalam
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 (kemudian
daripada ini disebut "Kumpulan Wang")--
(a)
wang yang merupakan hasil pendapatan daripada
pinjaman yang didapatkan di bawah Akta ini;
(b)
wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh
Parlimen bagi maksud Kumpulan Wang;
(c)
wang yang merupakan pembayaran balik wang pokok
apa-apa pinjaman yang telah diberikan di bawah Akta
ini dan faedah yang kena dibayar atasnya melainkan
jika Menteri Kewangan membenarkan pembayaran
042b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
7
apa-apa wang sedemikian kepada mana-mana orang
menurut apa-apa perkiraan yang dibuat dengan orang
itu yang di bawahnya apa-apa aset yang dibayar daripada
wang Kumpulan Wang, atau apa-apa hak atau bunga
yang diperoleh atau yang berbangkit daripada pemberian
apa-apa pinjaman daripada wang Kumpulan Wang,
telah dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang
itu;
(d)
wang yang merupakan bunga yang diterima daripada
pelaburan wang Kumpulan Wang;
(e)
wang yang diterima daripada penjualan atau penghasilan
apa-apa aset yang telah dibayar daripada Kumpulan
Wang atau daripada atau menurut apa-apa perkiraan
yang dibuat dengan mana-mana orang yang di
bawahnya apa-apa aset yang dibayar daripada
Kumpulan Wang, atau apa-apa hak atau bunga yang
diperoleh atau yang berbangkit daripada pemberian
apa-apa pinjaman daripada wang Kumpulan Wang,
telah dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada
orang itu; dan
(f)
wang lain yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan
bagi maksud Kumpulan Wang.
Menteri boleh membenarkan pembayaran
4A. Walau apa pun peruntukan seksyen 4 dan Akta Tatacara
Kewangan 1957, Menteri Kewangan boleh membenarkan--
(a)
pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan dalam
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan kesemua
atau mana-mana bahagian daripada mana-mana wang
Kumpulan Wang yang diterima daripada atau menurut
apa-apa perkiraan yang dibuat dengan mana-mana
orang yang di bawahnya apa-apa aset yang dibayar
daripada wang Kumpulan Wang, atau apa-apa hak
atau bunga  yang diperoleh atau yang berbangkit
daripada pemberian apa-apa pinjaman daripada wang
Kumpulan Wang, telah dijual, dilupuskan atau
dipindahkan kepada orang itu;
(b)
pembayaran kepada mana-mana orang apa-apa wang
Kumpulan Wang menurut apa-apa perkiraan yang
042b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 42
dibuat dengan orang itu yang di bawahnya apa-apa
aset yang dibayar daripada wang Kumpulan Wang,
atau apa-apa hak atau bunga yang diperoleh atau yang
berbangkit daripada pemberian apa-apa pinjaman
daripada wang Kumpulan Wang, telah dijual, dilupuskan
atau dipindahkan kepada orang itu.
Penggunaan wang Kumpulan Wang
5.  (1) Wang Kumpulan Wang hendaklah digunakan dan
diperuntukkan bagi maksud memberikan pinjaman mengikut apa-
apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri Kewangan
kepada mana-mana orang--
(a)
yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan
awam yang disebut dalam Perkara 132 Perlembagaan
Persekutuan;
(b)
yang menjadi Anggota pentadbiran dalam Persekutuan
atau sesuatu Negeri sebagaimana yang ditakrifkan
dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
(c)
yang menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan atau
Mahkamah Tinggi;
(d)
yang  menjadi  anggota  Perkhidmatan  Parlimen
sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta
Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394];
(e)
yang menjadi anggota salah satu Majlis Parlimen;
(f)
yang menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat;
(g)
yang menjadi anggota sesuatu Dewan Undangan Negeri;
(h)
yang menjadi pekerja mana-mana badan berkanun
atau pihak berkuasa tempatan;
(i)
yang menjadi suami atau isteri mana-mana orang yang
telah mati (yang sebelum kematiannya layak, oleh
sebab dia termasuk dalam salah satu daripada kategori
orang yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga
(h) subseksyen ini, untuk diberi suatu pinjaman)
sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri Kewangan
menurut budi bicaranya, tetapi pinjaman itu, jika
diberikan, tidak boleh melebihi jumlah pinjaman yang
042b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
9
layak diterima oleh orang yang mati itu sebelum
kematiannya; atau
(j)
yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan melalui
perintah dalam Warta,
untuk membolehkan atau membantu orang itu--
(aa) membeli tanah, sama ada dengan rumah kediaman di
atasnya atau tidak;
(bb) membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan
masuk ke rumah itu; atau
(cc) menyelesaikan kesemua atau sebahagian daripada
h u t a n g atau hutang-hutang yang dilakukan pada
membeli tanah, sama ada dengan rumah kediaman di
a t a s n y a atau tidak, atau pada membina rumah
kediaman dan jalan sebagai jalan masuk ke rumah itu,
sebelum pinjaman diberikan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (7) Perkara 125 Perlembagaan
Persekutuan, seseorang yang pada masa yang sama memegang
dua kedudukan atau jawatan yang diperihalkan dalam subseksyen
(1) atau lebih layak memohon pinjaman berkenaan dengan satu
kedudukan atau jawatan sahaja, dan seseorang yang telah diberi
p i n j a m a n di bawah subseksyen (1) tidaklah layak memohon
pinjaman lain di bawah subseksyen itu berkenaan dengan apa-apa
kedudukan atau jawatan lain yang dipegangnya kemudian.
(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh ditafsirkan
s e b a g a i menghalang seseorang yang telah diberi pinjaman
daripada mendapatkan--
(a)
baki jumlah yang layak didapatinya; atau
(b)
baki jumlah yang mungkin layak didapatinya oleh
sebab apa-apa pertukaran kedudukan atau jawatan.
(4) Seseorang yang layak memohon pinjaman daripada
Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan
y a n g mengendalikan skim pinjaman perumahannya sendiri
tidaklah layak mendapat pinjaman di bawah subseksyen (1).
042b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA 42
Pembayaran balik pinjaman
6.  (1) Walau apa pun peruntukan subseksyen 13(2) Akta Tatacara
Kewangan 1957--
(a)
wang yang merupakan hasil pendapatan daripada
pinjaman yang didapatkan di bawah peruntukan Akta
ini berserta dengan faedah yang kena dibayar atasnya,
hendaklah, tertakluk kepada perenggan (b), dibayar
balik daripada Kumpulan Wang itu; dan
(b)
Menteri Kewangan boleh membenarkan supaya
dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa
bahagian daripada bunga sebagaimana yang ditentukan
olehnya yang kena dibayar dalam perenggan (a).
(2) Jika wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang itu tidak
cukup untuk membayar balik kesemua wang yang didapatkan itu
atau sebahagian daripadanya berserta dengan bunga yang kena
dibayar atasnya, Menteri Kewangan hendaklah memperuntukkan
daripada Kumpulan Wang Disatukan dan membayar balik wang
yang belum dibayar itu berserta dengan bunga atasnya.
Menteri boleh mengeluarkan arahan
7.  Menteri Kewangan boleh mengeluarkan arahan yang tidak
berlawanan dengan Akta ini mengenai pengurusan dan pengendalian
Kumpulan Wang itu.
BAHAGIAN IV
KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN
NEGERI
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Negeri
8.  (1) Bahagian III Akta ini hendaklah dipakai bagi Kumpulan
Wang Pinjaman Perumahan bagi sesuatu Negeri sebagaimana
yang peruntukan itu dipakai bagi Kumpulan Wang Pinjaman
Perumahan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta
Tatacara Kewangan 1957, dan sebutan dalam Bahagian itu
mengenai Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan yang dinyatakan
dalam Jadual Kedua yang tersebut itu hendaklah ditafsirkan
sewajarnya.
042b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
11
(2) Berhubung dengan pemakaian Bahagian III Akta ini bagi
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan sesuatu Negeri
sebagaimana yang disebut di atas--
(a)
sebutan dalam Bahagian itu yang dinyatakan dalam
ruang pertama Jadual kepada Akta ini hendaklah
ditafsirkan sebagai sebutan yang dinyatakan dalam
ruang kedua yang bersetentangan dalam Jadual
tersebut;
(b)
perenggan 5(1)(c), (d), (e) dan (f) tidaklah dipakai.
BAHAGIAN V
AM
Pemansuhan
9.  Ordinan No. 48 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 [P.U.(A)
301/1970] dimansuhkan.
JADUAL
[Seksyen 8]
Sebutan-sebutan dalam Bahagian III
Tafsiran berhubung dengan pemakaian
Bahagian III Kumpulan Wang Pinjaman
Perumahan bagi sesuatu Negeri
1.
Persekutuan
...
...
...
Negeri
2.
Parlimen ...
...
...
...
Dewan Undangan Negeri
3.
Menteri Kewangan
...
...
Menteri Besar atau Ketua Menteri
bagi sesuatu Negeri, dan bagi Sabah,
Menteri yang bertanggungjawab bagi
kewangan dalam Negeri itu
4.
Anggota  perkhidmatan  awam Anggota perkhidmatan awam bagi
(selain perkhidmatan awam bagi sesuatu Negeri
sesuatu Negeri)
042b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA 42
Sebutan-sebutan dalam Bahagian III
Tafsiran berhubung dengan pemakaian
Bahagian III Kumpulan Wang Pinjaman
Perumahan bagi sesuatu Negeri
Wang
yang
merupakan
hasil
5.
Wang  yang  merupakan  hasil
pendapatan daripada pinjaman yang
pendapatan daripada pinjaman
didapatkan di bawah kuasa undang-
yang  didapatkan  di  bawah
undang
Negeri
bagi
maksud
peruntukan Akta ini
Kumpulan Wang itu
6. Subseksyen 13(2) Akta Tatacara
Subseksyen  27(2)
Akta
Tatacara
Kewangan 1957
Kewangan 1957
042b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
13
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN
PERUMAHAN 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa
yang meminda
dari
Akta A326
Akta Kumpulan Wang Pinjaman
03-09-1971
Perumahan (Pindaan) 1976
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
29-08-1975
1975
Akta A438
Akta Kumpulan Wang Pinjaman
19-05-1978;
Perumahan (Pindaan) 1978
s. 4(c):
03-09-1971
Akta A453
Akta Kumpulan Wang Pembangunan
s. 2 & 3:
dan Kumpulan Wang Pinjaman
01-01-1978;
(Pindaan) 1979
s. 4:
03-09-1971
Akta A780
Akta Kumpulan Wang Pinjaman
01-07-1980
Perumahan (Pindaan) 1990
Akta A885
Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994
24-06-1994
Akta A1225
Akta Kumpulan Wang Pinjaman
01-09-2004
Perumahan (Pindaan) 2004
042b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
14
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN
PERUMAHAN 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
dari
Tajuk panjang
Akta A438
19-05-1978
2
Akta A438
19-05-1978
Akta A453
01-01-1978
4
Akta A1225
01-09-2004
4A
Akta A1225
01-09-2004
5
Akta A326
03-09-1971
Akta A438
19-05-1978
kecuali s.5(iv)
03-09-1971
Akta A453
03-09-1971
Akta A780
01-07-1980
8
Akta A326
03-09-1971
Akta A438
19-05-1978