|
004b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 4
AKTA KESELAMATAN SOSIAL
PEKERJA 1969
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
004b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
2
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA
1969
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
...
2 April 1969
Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... 10 April 1969
Teks bahasa Inggeris adalah
teks sahih ... ... ... ...
...
...
P.U.(B)80/1969
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ...
...
...
1992
Cetakan Semula Yang Kedua
...
...
...
1999
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH
MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR
2006
004b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 4
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA
1969
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas, takat, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
2.
Takrif
BAHAGIAN II
INSURANS DAN CARUMAN
3.
Pemakaian
4.
Pendaftaran perusahaan
5.
Semua pekerja hendaklah diinsuranskan
6.
Caruman
7.
Majikan utama hendaklah mendahului pembayaran caruman
8.
Mendapatkan balik caruman daripada majikan langsung
9.
Peruntukan am tentang pembayaran caruman
9A.
Caruman jika perusahaan atau pekerja tidak diinsuranskan atau
didaftarkan
9B.
Pengesahan caruman yang dipungut
10.
Cara membayar caruman
11.
Majikan hendaklah memberikan penyata dan menyenggarakan daftar
dalam hal tertentu
12.
Pemeriksa, fungsi dan kewajipan mereka
004b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
4
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
Seksyen
12A.
Kuasa untuk memeriksa dan menggeledah
12B.
Halangan terhadap penjalanan kuasa oleh Pemeriksa
12C.
Kuasa untuk memeriksa orang
13.
Menetapkan caruman dalam hal tertentu
13A.
Kuasa Ketua Pengarah meminta maklumat dan permohonan bagi
waran geledah
14.
Menuntut caruman
14A.
Bunga atas caruman tertunggak
BAHAGIAN III
FAEDAH
15.
Faedah
16.
Bila orang dianggap mengidap keilatan
17.
Bila orang berinsurans layak mendapat pencen ilat
17A.
Syarat kelayakan bagi pencen penakat
18.
(Dipotong)
19.
Pembayaran pencen ilat
20.
Pencen ilat
20A.
Pencen penakat
20B.
(Dipotong)
21.
Bantuan ilat
22.
Faedah hilang upaya
23.
Anggapan tentang kemalangan yang terbit dalam masa pekerjaan
24.
Kemalangan semasa dalam perjalanan
25.
Kemalangan berlaku tatkala menghadapi kecemasan
26.
Faedah orang tanggungan
27.
(Dipotong)
28.
Penyakit khidmat
29.
Faedah pengurusan mayat
30.
Elaun layanan sentiasa
31.
Liabiliti majikan dan pekhidmatnya
004b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
5
Seksyen
32.
Menentukan soal keilatan atau hilang upaya
32A.
Menentukan penyakit khidmat
33.
Rujukan kepada jemaah doktor dan rayuan kepada jemaah doktor
rayuan
33A.
Orang berinsurans mati sebelum pemeriksaan jemaah doktor
34.
Keputusan diulang kaji oleh jemaah doktor atau jemaah doktor
rayuan
35.
Ulang kaji pencen ilat
36.
Ulang kaji faedah orang tanggungan
37.
Faedah perubatan
38.
Tingkatan faedah perubatan
39.
Penubuhan dan penyenggaraan hospital, dsb.
40.
Kuasa Pertubuhan untuk bekerjasama dengan pertubuhan yang ada
atau menganjur langkah untuk kesihatan, kebajikan, dsb., orang
berinsurans
41.
Faedah tidak boleh diserahhakkan kepada sesiapa atau ditahan
42.
(Dipotong)
43.
Orang tidak boleh menggantikan faedah berupa wang tunai
44.
Orang yang tidak berhak mendapat faedah dalam hal tertentu
45.
Pihak yang menuntut faedah hilang upaya atau pencen ilat hendaklah
mematuhi syarat
46.
Penerima faedah hilang upaya hendaklah mematuhi syarat
47.
(Dipotong)
48.
Hak Pertubuhan jika majikan utama mungkir atau cuai membayar
apa-apa caruman
49.
Penggantungan pencen ilat
50.
Membayar balik faedah yang tidak sepatutnya diterima
51.
Pembayaran amaun faedah yang masih belum dibayar tatkala orang
berinsurans mati
52.
Majikan tidak boleh mengurangkan gaji, dsb.
53.
Majikan tidak boleh membuang kerja atau menghukum pekerja
dalam tempoh hilang upaya sementara
004b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
Seksyen
54.
Tuntutan faedah
55.
Melaporkan perubahan tentang hal keadaan, dsb.
56.
Budi bicara bagi menghitung tempoh kelayakan dan kadar pencen ilat
bulanan
57.
Kemudahan untuk pemulihan jasmani atau vokasional
57A.
Faedah pendidikan
57B.
Pertubuhan hendaklah bertanggungjawab bagi mendapatkan dan
memungut bayaran balik pinjaman pendidikan
57C.
Pelantikan ejen pemungutan
BAHAGIAN IV
PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN AUDIT
58.
Pentadbiran Rancangan Keselamatan Sosial
59.
Ketua Pegawai Eksekutif
59A.
Pertubuhan Keselamatan Sosial
59B.
Penubuhan Lembaga
59C.
Menteri hendaklah melantik mana-mana orang untuk bertindak
sebagai Pengerusi
59D.
Jadual Keenam hendaklah terpakai bagi Lembaga
59E.
Terhenti menjadi ahli Lembaga
59F.
Hilang kelayakan
59G.
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
59H.
Pekhidmat awam dan pegawai awam
59I.
Lembaga menguatkuasakan arahan Menteri
59J.
Pewakilan kuasa
59K.
Kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat oleh Ketua
Pengarah
59L.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
59M.
Penubuhan bahagian, pejabat kawasan, dsb.
59N.
Kuasa untuk menyelesaikan soal kakitangan
59O.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah kakitangan
59P.
Jawatankuasa
004b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
7
Seksyen
59Q.
Jawatankuasa Tatatertib
59R.
Tatatertib pegawai
59S.
Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib
59T.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah tatatertib
59U.
Pengenaan surcaj
59V.
Penubuhan Lembaga Kenaikan Pangkat
59W.
Penubuhan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat
60.
(Dipotong)
61.
(Dipotong)
62.
(Dipotong)
63.
(Dipotong)
64.
Fi dan elaun
65.
(Dipotong)
66.
(Dipotong)
67.
(Dipotong)
68.
Kumpulan Wang Keselamatan Sosial
69.
Pentadbiran Kumpulan Wang
70.
Penerimaan bantuan wang, derma, dsb.
71.
Bagi maksud apakah Kumpulan Wang boleh dibelanjakan
72.
Perbelanjaan bagi pentadbiran
72A.
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi pinjaman
73.
Perbelanjaan pentadbiran adalah tanggungjawab Kerajaan
74.
Memegang harta, dsb.
75.
Pelaburan wang
75A.
Panel Pelaburan
75B.
(Dipotong)
76.
Mendapatkan pinjaman
77.
Anggaran belanjawan
78.
Akaun
79.
Audit
004b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
Seksyen
80.
Laporan tahunan
81.
Laporan tahunan dan akaun yang telah diaudit
82.
Penilaian aset dan tanggungan
BAHAGIAN V
MEMUTUSKAN PERTIKAIAN DAN TUNTUTAN
83.
Keanggotaan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
84.
Perkara untuk diputuskan oleh Jemaah
85.
Memulakan prosiding, dsb.
86.
Pemulaan prosiding
87.
Kuasa Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
88.
Kehadiran melalui pengamal undang-undang, dsb.
89.
Faedah tidak boleh dibenarkan melainkan jika dituntut dalam masa
yang sepatutnya
90.
Rujukan kepada Mahkamah Tinggi
91.
Rayuan
92.
Pembayaran digantung sementara menanti rayuan
BAHAGIAN VI
PENALTI
93.
Hukuman bagi maklumat palsu
94.
Hukuman bagi kemungkiran membayar caruman, dsb.
94A.
Perintah Mahkamah berkenaan dengan caruman yang genap masa
dan kena dibayar kepada Pertubuhan
94B.
Perbicaraan bagi lebih daripada satu kesalahan
94C.
Salinan catatan menjadi keterangan prima facie
95.
Pendakwaan
95A.
Mengkompaunkan kesalahan
BAHAGIAN VII
PELBAGAI
96.
Orang berinsurans tidak berhak mendapat lebih daripada satu faedah
004b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
9
Seksyen
96A.
Orang tanggungan tidak berhak mendapat kedua-dua pencen penakat
dan faedah orang tanggungan bagi tempoh yang sama
97.
Pengecualian bagi perusahaan atau kelas perusahaan
98.
Pengecualian bagi orang atau kelas orang
99.
Pertubuhan hendaklah membuat pernyataan
100.
Pengecualian bagi perusahaan yang dipunyai oleh Kerajaan atau
mana-mana pihak berkuasa tempatan
101.
Pengecualian daripada satu peruntukan Akta ini atau lebih
102.
Caruman, dsb., yang kena dibayar kepada Pertubuhan hendaklah
mendapat keutamaan daripada hutang lain
103.
Menjalankan kuasa dan fungsi Pertubuhan
103A.
Pelupusan dokumen selepas lebih daripada tiga tahun
104.
(Dipotong)
105.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
106.
Kewajipan Lembaga untuk mengulang kaji faedah
106A.
Kadar faedah
107.
Tambahan faedah
108.
Kuasa untuk menghapuskan kesulitan
108A.
Tanggungan bersesama dan berasingan pengarah
109.
Mendapatkan balik caruman, dsb.
110.
Kuasa Ketua Pengarah
111.
Pertubuhan berurusan dengan orang yang diberi kuasa
112.
Faedah bagi dua kemalangan atau lebih yang berturut-turut
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
JADUAL KETIGA
JADUAL KEEMPAT
JADUAL KELIMA
JADUAL KEENAM
004b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
Seksyen
JADUAL KETUJUH
JADUAL KELAPAN
JADUAL KESEMBILAN
JADUAL KESEPULUH
004b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
11
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 4
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA
1969
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai keselamatan
sosial dalam kontingensi yang tertentu dan bagi membuat
peruntukan mengenai beberapa perkara lain yang berkaitan
dengannya.
[Lihat Apendiks]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti yang
berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, takat, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969.
(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
(3) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh
sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui
pe mberit ahua n dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh
ditetapkan bagi peruntukan yang berlainan Akta ini dan juga bagi
Negeri yang berlainan atau bagi bahagiannya yang berlainan.
Takrif
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki
makna yang lain--
(1) (Dipotong oleh Akta A675);
004b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
(1A) "Lembaga", kecuali dalam Bahagian V, ertinya Lembaga
P e r t u b u h a n Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah
seksyen 59B;
(1B) "anak" ertinya anak seorang orang berinsurans yang mati--
(a)
iaitu anak yang berumur kurang daripada dua puluh
satu tahun dan meliputi--
(i)
anak yang dilahirkan selepas kematian bapanya,
anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf
orang berinsurans; dan
(ii)
anak yang diambil menjadi anak angkat oleh
orang berinsurans di bawah mana-mana
u n d a n g - u n d a n g bertulis yang berhubungan
d e n g a n pengangkatan atau mana-mana adat
atau kelaziman, apabila pengangkatan tersebut
dibuktikan dengan memuaskan; dan
(b)
iaitu anak yang, walau berapa pun umurnya, terencat
mentalnya atau menjadi tidak upaya secara fizikal dan
tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;
(2) "caruman" ertinya jumlah wang yang kena dibayar oleh
m a j i k a n utama kepada Pertubuhan bagi seorang pekerja
berinsurans dan termasuklah apa-apa wang yang kena dibayar
oleh atau bagi pihak pekerja mengikut peruntukan Akta ini;
(3) "orang tanggungan" ertinya mana-mana daripada saudara
yang berikut bagi orang berinsurans yang mati, iaitu--
(a)
balu, atau duda atau anak; dan
(b)
jika tiada balu atau duda atau anak--
(i)
anak perempuan, jika telah berkahwin tetapi
belum dewasa, atau jika menjadi balu tetapi
belum dewasa;
(ii)
adik lelaki atau adik perempuan yang belum
d e w a s a , yang belum berkahwin atau adik
perempuan belum dewasa yang telah menjadi
balu;
(iii)
menantu perempuan yang menjadi balu;
(iv)
anak yang belum dewasa kepada anak lelaki
yang mati sebelum orang berinsurans mati;
004b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
13
(v)
anak yang belum dewasa kepada anak perempuan
yang mati sebelum orang berinsurans mati jika
bapa anak itu sudah mati;
(vi)
ibu atau bapa; atau
(vii)
nenek atau datuk, jika ibu bapa orang berinsurans
sudah mati;
(c)
(Dipotong oleh Akta A814).
D e n g a n syarat bahawa Menteri boleh memberikan apa-apa
arahan yang didapatinya perlu bagi mengatasi kesusahan mana-
mana saudara lain bagi orang berinsurans yang mati itu termasuk
duda ilat;
(4) "dilantik dengan sempurna" ertinya dilantik mengikut
peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan
yang dibuat di bawahnya;
(5) "pekerja" ertinya seseorang yang diambil kerja dengan
b e r g a j i di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak
perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata
atau tersirat ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam
atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang
terhadapnya Akta ini terpakai dan--
(i)
orang itu diambil kerja secara langsung oleh majikan
utama dalam apa-apa kerja perusahaan, atau yang
bersampingan dengan atau sebagai permulaan bagi
atau yang berhubungan dengan kerja perusahaan,
sama ada kerja itu dilakukan oleh pekerja itu di premis
perusahaan itu atau di tempat lain; atau
(ii)
orang itu diambil kerja oleh atau melalui seorang
majikan langsung di premis perusahaan atau di bawah
penyeliaan majikan utama atau ejennya dalam kerja
yang biasanya adalah sebahagian daripada kerja
perusahaan itu atau yang adalah permulaan bagi kerja
yang dijalankan dalam atau yang bersampingan
dengan maksud perusahaan itu; atau
(iii)
perkhidmatan orang itu adalah dipinjamkan atau
disewakan bagi sementara kepada majikan utama oleh
orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya
dipinjamkan atau disewakan itu telah membuat suatu
kontrak perkhidmatan,
004b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
14
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
akan tetapi tidak termasuk seseorang yang diperihalkan dalam
Jadual Pertama;
(6) "bencana kerja" ertinya bencana pada seorang pekerja
sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat
yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya
dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai;
(6A) "Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang Keselamatan
Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 68;
(7)
(Dipotong oleh Akta A590);
(7A) (Dipotong oleh Akta A675);
(8) "Kerajaan" ertinya Kerajaan Malaysia;
(9) "majikan langsung", berkaitan dengan pekerja yang
diambil kerja oleh atau melaluinya, ertinya seseorang yang telah
s a n g g u p melaksanakan di premis tempat majikan utama
menjalankan perdagangan atau perniagaan, profesion, vokasion
atau pekerjaannya, atau di bawah penyeliaan majikan utama atau
ejennya, kesemua atau sebahagian apa-apa kerja yang biasanya
adalah sebahagian daripada kerja perdagangan atau perniagaan,
p r o f e s i o n , vokasion atau pekerjaan majikan utama atau yang
adalah permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam, atau yang
b e r s a m p i n g a n dengan maksud, mana-mana perdagangan atau
p e r n i a g a a n , profesion, vokasion atau pekerjaan tersebut, dan
t e r m a s u k l a h seseorang yang telah membuat suatu kontrak
p e r k h i d m a t a n dengan seorang pekerja dan meminjamkan atau
m e n y e w a k a n bagi sementara waktu perkhidmatan pekerja
tersebut kepada majikan utama;
(10) "perusahaan" ertinya apa-apa perniagaan, perdagangan,
pengusahaan, perkilangan atau pekerjaan majikan, dan
t e r m a s u k l a h apa-apa pekerjaan, perkhidmatan, pertukangan
tangan atau kerja perusahaan pekerja;
(10A) "Pemeriksa" ertinya seseorang Pemeriksa yang dilantik
di bawah seksyen 12 dan termasuklah Ketua Pengarah dan tiap-
tiap Timbalan Ketua Pengarah;
(11) "orang berinsurans" ertinya seorang pekerja yang
mengenainya caruman adalah kena atau telah kena atau boleh
k e n a dibayar di bawah Akta ini, walaupun perusahaan atau
004b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
15
pekerja itu tidak didaftarkan sedemikian, asalkan perusahaan itu
adalah suatu perusahaan yang baginya Akta ini terpakai;
(12) "Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi
sumber manusia;
(13) "remaja" ertinya seseorang yang umurnya belum mencapai
umur dua puluh satu tahun;
(14) "bulan" ertinya sebulan yang dihitung mengikut kalendar
Gregory;
(15) Ungkapan "penduduk" dan "kilang" hendaklah masing-
masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam
Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139];
(16) "Pertubuhan" ertinya Pertubuhan Keselamatan Sosial;
(17) "hilang upaya separa yang kekal" ertinya hilang upaya
y a n g berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah
s e s e o r a n g pekerja dalam segala pekerjaan yang sanggup
dijalankannya pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilang
upaya itu:
Dengan syarat bahawa tiap-tiap bencana yang dinyatakan dalam
Bahagian II dalam Jadual Kedua hendaklah disifatkan sebagai
mengakibatkan hilang upaya separa yang kekal;
(18) "hilang upaya langsung yang kekal" ertinya apa-apa
h i l a n g upaya yang berkekalan hingga menghilangkan upaya
seseorang pekerja untuk menjalankan segala kerja yang boleh
dijalankannya pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilang
upaya itu:
D e n g a n syarat bahawa hilang upaya langsung yang kekal
hendaklah disifatkan sebagai diakibatkan oleh tiap-tiap bencana
yang dinyatakan dalam Bahagian I dalam Jadual Kedua atau oleh
c a m p u r a n bencana yang dinyatakan dalam Bahagian II dalam
Jadual itu jika kesemua peratus kehilangan upaya mencari nafkah,
s e b a g a i m a n a yang dinyatakan dalam Bahagian II tersebut
bers etentangan dengan bencana itu, berjumlah seratus peratus
atau lebih;
(19) "majikan utama" ertinya pemunya sesuatu perusahaan
a t a u orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat
004b.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
16
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dan
termasuklah--
(a)
pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab
membayar gaji seseorang pekerja;
(b)
penduduk sesuatu kilang;
(c)
wakil yang sah di sisi undang-undang bagi pemunya
atau penduduk yang mati;
(d)
mana-mana kerajaan dalam Malaysia, jabatan mana-
mana kerajaan itu, pihak berkuasa tempatan atau badan
berkanun dan, jika seseorang pekerja diambil kerja
dengan mana-mana kerajaan, jabatan, pihak berkuasa
atau badan tersebut atau dengan mana-mana pegawai
bagi pihak mana-mana kerajaan, jabatan, pihak berkuasa
atau badan tersebut, pegawai yang di bawahnya
pekerja itu bekerja:
Dengan syarat bahawa tiada seseorang pegawai
tersebut boleh bertanggungan sendiri di bawah Akta
ini bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau tidak
dilakukan dengan suci hati olehnya sebagai seorang
pegawai majikan itu;
(20) "peraturan" ertinya sesuatu peraturan yang dibuat oleh
Menteri;
(21) (Dipotong oleh Akta A450);
(22) "Jadual" ertinya sesuatu Jadual kepada Akta ini;
(23) "hilang upaya sementara" ertinya suatu keadaan yang
diakibatkan oleh suatu bencana kerja yang memerlukan rawatan
d o k t o r dan menyebabkan seseorang pekerja, sebagai akibat
b e n c a n a itu, tidak dapat buat sementara membuat kerja yang
dibuat olehnya sebelum atau pada masa bencana itu;
(24) "gaji" ertinya semua saraan yang kena dibayar dengan
w a n g oleh majikan kepada pekerja termasuk apa-apa bayaran
b e r k e n a a n dengan cuti, kelepasan, lebih masa, dan kerja
tambahan pada hari kelepasan tetapi tidak termasuk--
(a)
apa-apa caruman yang kena dibayar oleh majikan
utama atau majikan langsung kepada mana-mana
kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan,
atau di bawah Akta ini;
004b.fm Page 17 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
17
(b)
apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi
perjalanan;
(c)
apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada pekerja
untuk membayar belanja khas yang dilakukan hasil
daripada pekerjaannya;
(d)
apa-apa ganjaran yang kena dibayar apabila berhenti
kerja atau bersara;
(e)
bonus tahunan;
(f)
apa-apa saraan lain yang ditetapkan.
BAHAGIAN II
INSURANS DAN CARUMAN
Pemakaian
3. (1) Akta ini hendaklah terpakai bagi semua perusahaan yang
mempunyai seorang pekerja atau lebih.
(2) Dalam seksyen ini, "pekerja" meliputi mana-mana pekerja
yang digaji oleh majikan langsung.
Pendaftaran perusahaan
4. Tiap-tiap perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai
hendaklah didaftarkan dengan Pertubuhan dalam masa dan mengikut
cara yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan.
Semua pekerja hendaklah diinsuranskan
5. Tertakluk kepada Akta ini, semua pekerja dalam perusahaan
yang terhadapnya Akta ini terpakai hendaklah diinsuranskan
mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Caruman
6. (1) Caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini bagi
seseorang pekerja adalah terdiri daripada caruman yang kena
dibayar oleh majikan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai
caruman majikan) dan caruman yang kena dibayar oleh pekerja
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai caruman pekerja) dan
hendaklah dibayar kepada Pertubuhan.
004b.fm Page 18 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
18
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
(2) Caruman itu hendaklah dibahagi kepada dua jenis yang
berikut, iaitu:
(a)
caruman jenis pertama, yang merupakan caruman yang
kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang
diinsuranskan terhadap kontingensi keilatan dan bencana
kerja; dan
(b)
caruman jenis kedua, yang merupakan caruman yang
kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang
diinsuranskan hanya terhadap kontingensi bencana
kerja.
(3) Tiap-tiap jenis caruman itu hendaklah dibayar mengikut
kadar yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(4) Caruman jenis pertama hendaklah dibayar oleh majikan
dan pekerja mengikut bahagiannya masing-masing sebagaimana
yang dinyatakan dalam Bahagian I dalam Jadual Ketiga.
(5) Caruman jenis kedua hendaklah dibayar semuanya oleh
majikan.
(6) Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan
boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, meminda,
menambah, mengubah atau mengkaji semula kadar caruman yang
dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(7) Sebulan ialah kiraan tempoh yang baginya semua caruman
kena dibayar di bawah Akta ini.
(8) Caruman yang kena dibayar bagi tiap-tiap satu bulan
hendaklah biasanya kena dibayar pada hari akhir bulan itu, dan
j i k a pekerja diambil kerja dengan majikan bagi sebahagian
sesuatu bulan, caruman bulan itu hendaklah kena dibayar pada
hari akhir dia bekerja dengan majikan itu dalam bulan tersebut.
(9) Jika dua caruman atau lebih dibayar berkenaan dengan
orang berinsurans yang sama bagi bulan yang sama, caruman-
c a r u m a n itu hendaklah dikira sebagai satu caruman bulanan
tunggal.
(10) Pada menghitung purata gaji anggapan bagi maksud
mengira kadar pencen atau faedah yang kena dibayar di bawah
Akta ini, dua caruman bulanan atau lebih yang dibayar berkenaan
d e n g a n orang berinsurans yang sama bagi bulan yang sama
h e n d a k l a h dikira sebagai satu caruman bulanan tunggal yang
004b.fm Page 19 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
19
bersamaan dengan agregat gaji bulanan anggapan yang berlainan
yang dimaksudkan oleh caruman itu:
Dengan syarat bahawa jika agregat gaji bulanan anggapan yang
b e r l a i n a n yang bersamaan dengan caruman yang berlainan
m e l e b i h i gaji bulanan anggapan yang maksimum, maka gaji
bulanan anggapan hendaklah gaji bulanan yang maksimum itu.
Majikan utama hendaklah mendahulukan pembayaran caruman
7. (1) Majikan utama hendaklah membayar caruman majikan
dan caruman pekerja kedua-duanya bagi tiap-tiap seorang pekerja
sama ada yang diambil kerja terus olehnya atau melalui seorang
majikan langsung.
(2) Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam mana-
mana undang-undang bertulis yang lain tetapi tertakluk kepada
Akta ini dan peraturan-peraturan, jika ada, majikan utama adalah,
mengenai seseorang pekerja yang diambil kerja terus olehnya,
b e r h a k mendapatkan daripada pekerja itu caruman pekerja
dengan memotong daripada gajinya tetapi tidak dengan cara lain:
D e n g a n syarat bahawa tiada apa-apa potongan sedemikian
boleh dibuat daripada mana-mana gaji kecuali gaji yang bersabit
d e n g a n tempoh atau bahagian tempoh yang mengenainya
caruman kena dibayar, atau yang lebih daripada caruman pekerja
bagi tempoh itu.
(3) Walau apa pun yang terkandung dalam apa-apa kontrak
yang berlawanan, majikan utama atau majikan langsung tidak
b e r h a k memotong caruman majikan daripada mana-mana gaji
yang kena dibayar kepada seseorang pekerja atau mendapatkan
caruman itu daripadanya dengan apa-apa cara lain.
(4) Apa-apa jumlah wang yang dipotong oleh majikan utama
d a r i p a d a gaji di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai
t e l a h diamanahkan kepadanya oleh pekerja bagi maksud
membayar caruman yang kerananya wang itu telah dipotong.
Mendapatkan balik caruman daripada majikan langsung
8. (1) Seseorang majikan utama, yang telah membayar caruman
bagi seseorang pekerja yang diambil kerja olehnya atau melalui
004b.fm Page 20 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
20
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
seorang majikan langsung, adalah berhak mendapatkan balik
wang caruman yang telah dibayar itu (iaitu caruman majikan serta
jua caruman pekerja, jika ada) daripada majikan langsung, sama
ada dengan memotong wang itu daripada apa-apa wang yang kena
dibayar kepadanya oleh majikan utama di bawah apa-apa kontrak,
atau sebagai suatu hutang yang kena dibayar oleh majikan
langsung itu.
(2) Dalam hal yang dirujuk dalam subseksyen (1), majikan
l a n g s u n g adalah berhak mendapatkan balik caruman pekerja
d a r i p a d a pekerja yang diambil kerja olehnya atau melaluinya
dengan memotong daripada gaji dan tidak dengan apa-apa cara
lain, tertakluk kepada subseksyen 7(2).
Peruntukan am tentang pembayaran caruman
9. (1) Caruman (iaitu caruman majikan dan caruman pekerja)
hendaklah dibayar oleh majikan utama bagi tiap-tiap bulan yang
bagi keseluruhan atau sebahagiannya gaji kena dibayar kepada
pekerja dan tidak bagi mana-mana bulan atau bahagian bulan yang
lain.
(2) (Dipotong oleh Akta A675).
Caruman jika perusahaan atau pekerja tidak diinsuranskan
atau didaftarkan
9A. Caruman hendaklah kena dibayar berkenaan dengan pekerja
mulai dari bulan mereka memasuki pekerjaan dan caruman itu kena
dibayar walaupun perusahaan yang baginya Akta ini terpakai atau
pekerja atau kedua-duanya tidak diinsuranskan atau didaftarkan
dengan Pertubuhan:
D e n g a n syar a t bahawa ma j i k a n yang telah membayar
tunggakan caruman berkenaan dengan seseorang pekerja akan
hanya berhak mendapat balik daripada gaji yang kena dibayar
walau apa pun proviso kepada subseksyen 7(2) bahagian caruman
p e k e r j a yang kena dibayar dalam masa enam bulan terdahulu
yang akhir sebelum tarikh pembayaran.
Pengesahan caruman yang dipungut
9B. Apa-apa caruman yang dipungut oleh Pertubuhan bagi seseorang
pekerja yang tidak didaftarkan bagi maksud insurans di bawah
004b.fm Page 21 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
21
Akta ini bagi apa-apa tempoh sebelum 1 Julai 1987 adalah dengan
ini disahkan dan diisytiharkan sebagai telah dipungut secara sah
di sisi undang-undang.
Cara membayar caruman
10. Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh membuat
peraturan-peraturan bagi apa-apa perkara yang berkaitan atau
bersampingan dengan pembayaran dan pemungutan caruman yang
kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan tidak menyentuh
keluasan kuasa yang tersebut di atas peraturan-peraturan itu boleh
membuat peruntukan tentang--
(a)
cara dan masa pembayaran caruman;
(b)
pembayaran caruman sama ada dengan wang tunai
atau cek atau apa-apa cara pembayaran yang lain;
(c)
tarikh sehingga bila keterangan mengenai caruman
yang telah dibayar akan diterima oleh Pertubuhan;
(d)
catatan dengan cara yang diluluskan butiran dalam
atau pada buku, borang mengenai caruman yang
dibayar dan faedah yang dibahagikan mengenai orang
berinsurans yang berkaitan dengan buku atau borang
itu; dan
(e)
pengeluaran, penjualan, penyimpanan, pengemukaan,
pemeriksaan dan penyerahan bahan, buku, atau borang
atau penggantian bahan, buku atau borang yang telah
hilang, binasa atau cacat.
Majikan hendaklah memberikan penyata dan menyenggarakan
daftar dalam hal tertentu
11. (1) Setiap majikan utama dan majikan langsung hendaklah
menyampaikan kepada Pertubuhan atau kepada mana-mana
pegawai Pertubuhan sebagaimana yang diarahkan oleh
Pertubuhan apa-apa penyata mengikut apa-apa bentuk dan
mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan dalam
peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud ini berkenaan
dengan orang yang diambil kerja olehnya atau berkenaan dengan
004b.fm Page 22 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
mana-mana perusahaan yang mengenainya dia adalah majikan
utama atau majikan langsungnya.
(2) Jika, mengenai sesuatu perusahaan, Pertubuhan ada sebab
u n t u k mempercayai bahawa sesuatu penyata sepatutnya telah
disampaikan menurut subseksyen (1) tetapi tidak disampaikan,
P e r t u b u h a n boleh menghendaki sesiapa yang mengetuai
perusahaan itu memberikan apa-apa butir yang pada pendapatnya
adalah perlu bagi maksud membolehkan Pertubuhan memutuskan
sama ada perusahaan itu adalah suatu perusahaan yang
mengenainya Akta ini terpakai.
(3) Tiap-tiap majikan utama dan majikan langsung hendaklah
m e n y e n g g a r a k a n daftar atau rekod mengenai perusahaannya
s e b a g a i m a n a yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang
dibuat bagi maksud ini.
Pemeriksa, fungsi dan kewajipan mereka
12. (1) Menteri boleh melantik sesiapa yang difikir patut sebagai
Pemeriksa, bagi maksud Akta ini.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang Pemeriksa
yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai
semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan di bawah Akta
ini.
(3) Seseorang Pemeriksa hendaklah tertakluk kepada arahan
d a n kawalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai atau
p e k h i d m a t lain Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua
Pengarah untuk bertindak bagi pihak Ketua Pengarah, dan mana-
m a n a Pemeriksa lain yang berpangkat lebih tinggi daripada
Pemeriksa itu, dan hendaklah menjalankan kuasanya,
melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah
A k t a ini dengan mematuhi segala arahan, petunjuk, syarat,
sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan secara lisan
atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam mana-mana hal atau
keadaan tertentu, oleh Ketua Pengarah, atau seseorang pegawai
atau pekhidmat Pertubuhan yang diberi kuasa untuk bertindak
bagi pihak Ketua Pengarah, atau mana-mana Pemeriksa lain yang
berpangkat lebih tinggi daripada Pemeriksa itu.
(4) Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah
mempunyai semua kuasa seseorang Pemeriksa.
004b.fm Page 23 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
23
Kuasa untuk memeriksa dan menggeledah
12A. Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di
bawah seksyen 105, seseorang Pemeriksa boleh pada bila-bila
masa yang munasabah--
(a)
membuat apa-apa pemeriksaan dan siasatan sebagaimana
yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan
Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah
yang dibuat di bawahnya sedang atau telah dipatuhi;
(b)
pada bila-bila masa yang munasabah memasuki mana-
mana premis atau tempat yang diduduki oleh mana-
mana majikan utama atau majikan langsung bagi
maksud pemeriksaan dan siasatan sedemikian;
(c)
memeriksa majikan utama atau majikan langsung atau
ejen atau pekhidmatnya atau mana-mana orang yang
dijumpai di premis atau tempat itu atau mana-mana
orang yang Pemeriksa ada sebab yang munasabah bagi
mempercayai merupakan seorang pekerja atau pernah
menjadi seorang pekerja;
(d)
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada
mana-mana daftar, buku atau dokumen lain yang
disimpan di premis atau tempat itu; dan
(e)
menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yang
perlu bagi melaksanakan Akta ini.
Halangan terhadap penjalanan kuasa oleh Pemeriksa
12B. (1) Tiada seorang pun boleh--
(a)
enggan memberi mana-mana Pemeriksa yang
menj al ankan kuasanya di bawah seksyen 12A akses
kepada mana-mana premis atau tempat atau mana-
mana bahagian premis atau tempat itu;
(b)
mengamang,
menghalang,
menggalang
atau
melengahkan Pemeriksa itu masuk yang berhak
dilakukan olehnya;
(c)
tidak mematuhi apa-apa permintaan Pemeriksa yang
sah di sisi undang-undang dalam melaksanakan kuasanya
di bawah seksyen 12A;
004b.fm Page 24 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
24
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
(d)
enggan memberi Pemeriksa apa-apa maklumat yang
secara munasabahnya dikehendaki daripada orang itu;
(e)
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan
atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang
Pemeriksa, apa-apa harta, buku atau dokumen lain
termasuk rekod elektronik yang berhubungan
dengannya Pemeriksa mempunyai alasan yang
munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan
telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini; atau
(f)
memberi Pemeriksa sebagai benar maklumat yang dia
tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah
palsu.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan.
Kuasa untuk memeriksa orang
12C. (1) Seseorang Pemeriksa yang membuat apa-apa pemeriksaan
atau siasatan di bawah seksyen 12A boleh memeriksa secara lisan
mana-mana orang yang dia percaya tahu tentang fakta dan hal
keadaan kes itu dan boleh bagi maksud itu memanggil mana-mana
orang sedemikian hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan
dalam saman itu.
(2) Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) adalah
t e r i k a t di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan
b e r h u b u n g dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh
P e m e r i k s a yang membuat pemeriksaan, tetapi orang itu boleh
enggan menjawab apa-apa soalan yang mempunyai
k e c e n d e r u n g a n untuk mendedahkannya kepada pertuduhan
jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini
a d a l a h terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang
benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada
keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan.
(4) Seseorang Pemeriksa yang memeriksa seseorang di bawah
subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang
itu tentang subseksyen (2) dan (3).
004b.fm Page 25 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
25
(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di
bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diambil secara
bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau
d i c a p k a n dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang
berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam
b a h a s a pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi
peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Menetapkan caruman dalam hal tertentu
13. (1) Seseorang Pemeriksa boleh menaksirkan apa-apa caruman
yang kena di bayar oleh mana-mana majikan utama atau langsung
berdasarkan apa-apa maklumat yang ada, jika majikan itu--
(a)
tidak menyimpan atau menyenggarakan apa-apa penyata,
butiran, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan
dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki
supaya disimpan atau disenggarakan olehnya di bawah
Akta ini; atau
(b)
tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata,
butiran, buku daftar atau rekod berkaitan dengan
setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di
bawah Akta ini.
(2) Taksiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah
menjadi bukti yang mencukupi tentang tuntutan Pertubuhan untuk
mendapatkan balik apa-apa caruman di bawah seksyen 84 atau
untuk mendapatkan amaun yang ditetapkan melalui taksiran itu
sebagai hutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan di bawah
seksyen 14.
(3) Apa-apa taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini
h e n d a k l a h disampaikan sama ada sendiri atau melalui pos
berdaftar.
Kuasa Ketua Pengarah meminta maklumat dan permohonan
bagi waran geledah
13A. (1) Bagi maksud mendapatkan maklumat yang lengkap
untuk menentukan sama ada mana-mana orang bertanggungan
untuk membayar caruman di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau
mana-mana Pemeriksa yang dilantik oleh Ketua Pengarah bagi
004b.fm Page 26 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
26
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
maksud itu boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-
mana orang--
(a)
mengemukakan kepada Ketua Pengarah atau Pemeriksa
itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu apa-
apa maklumat atau butir sebagaimana yang dinyatakan
dalam notis itu; atau
(b)
hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah atau Pemeriksa
itu dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku,
rekod dan dokumen lain termasuk rekod elektronik
yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah atau
Pemeriksa itu; atau
(c)
mengemukakan maklumat atau butir mengikut perenggan
(a) dan juga hadir mengikut perenggan (b).
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
(3) Jika didapati oleh mana-mana Majistret, berdasarkan
maklumat bertulis yang dibuat secara bersumpah, dan selepas
a p a - a p a siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat
alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat di
mana-mana premis tertentu apa-apa buku, akaun, rekod (termasuk
rekod elektronik) atau dokumen lain, yang pengemukaannya telah
dikehendaki menurut subseksyen (1) dan yang tidak dikemukakan
b a g i mematuhi kehendak itu, maka Majistret itu boleh
mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah
atau mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya, dengan atau
tanpa pembantu--
(a)
untuk menggeledah premis itu dan memecah buka dan
menggeledah apa-apa almari, laci, almari berlaci, peti,
kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu
lekapan atau tidak, dalam premis itu; dan
(b)
untuk mengambil milik, atau melindungi daripada
gangguan, apa-apa buku, akaun, rekod (termasuk
rekod elektronik) atau dokumen lain yang tampak
sebagai buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang
pengemukaannya dikehendaki sedemikian.
Menuntut caruman
14. Apa-apa caruman atau bunga yang kena dibayar di bawah
Akta ini boleh dituntut sebagai hutang yang kena dibayar kepada
Pertubuhan.
004b.fm Page 27 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
27
Bunga atas caruman tertunggak
14A. Jika amaun caruman bulanan atau sebahagian daripada apa-
apa caruman bulanan yang kena dibayar oleh majikan di bawah
seksyen 6 tidak dibayar dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan
melalui peraturan-peraturan, majikan hendaklah bertanggungan
untuk membayar bunga yang hendaklah dikreditkan kepada
Pertubuhan atas apa-apa amaun pada apa-apa kadar yang boleh
ditetapkan melalui peraturan-peraturan berkenaan dengan apa-apa
tempoh yang amaun itu masih tidak dibayar.
BAHAGIAN III
FAEDAH
Faedah
15. Tertakluk kepada Akta ini, orang berinsurans, orang
tanggungan mereka atau orang yang disebut di bawah ini,
mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berhak kepada
faedah yang berikut, iaitu:
(a)
bayaran berkala kepada seseorang berinsurans sekiranya
berlaku keilatan yang diperakui oleh suatu jemaah
doktor yang dilantik dengan sempurnanya atau oleh
suatu pihak berkuasa yang dinyatakan dalam peraturan-
peraturan bagi maksud ini (kemudian daripada ini dirujuk
sebagai pencen ilat);
(b)
bayaran berkala kepada seseorang berinsurans yang
mengidap hilang upaya akibat bencana kerja yang
berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja
mengikut Akta ini dan diperakui sebagai layak
mendapat bayaran itu oleh suatu pihak berkuasa yang
dinyatakan dalam peraturan-peraturan bagi maksud ini
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai faedah hilang
upaya);
(c)
bayaran berkala kepada mana-mana orang tanggungan
seseorang berinsurans yang mati akibat bencana kerja
yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang
pekerja mengikut Akta ini (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai faedah orang tanggungan);
004b.fm Page 28 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
28
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
(d)
bayaran bagi faedah atau belanja pengurusan mayat
mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada orang
yang disebut dalam seksyen 29 atas kematian seorang
orang berinsurans akibat bencana kerja yang berlaku
ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja di bawah
Akta ini atau dalam masa dia menerima faedah hilang
upaya di bawah Akta ini, atau seseorang orang
berinsurans yang mengidap keilatan dalam masa dia
menerima pencen ilat di bawah Akta ini, atau
seseorang orang berinsurans yang belum mencapai
umur 55 tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang
tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang
dikurangkan yang disebut dalam subseksyen 29(3)
dan (4) (kemudian daripada ini disebut faedah
pengurusan mayat);
(e)
bayaran berkala kepada seseorang berinsurans yang
menerima pencen ilat atau faedah hilang upaya jika
dan selagi dia tidak berdaya atau tidak berupaya
hingga sentiasa memerlukan layanan tersendiri oleh
seorang lain (kemudian daripada ini dirujuk sebagai
elaun layanan sentiasa):
D e n g a n syarat bahawa ukuran peringkat hilang
upaya yang melayakkan seseorang ilat atau seorang
b e r i n s u r a n s yang hilang upaya itu mendapat elaun
l a y a n a n sentiasa hendaklah disahkan oleh suatu
j e m a a h doktor yang dilantik dengan sempurnanya
a t a u oleh jemaah doktor rayuan atau mana-mana
pihak berkuasa lain yang dinyatakan dalam peraturan-
peraturan bagi maksud ini, mengikut cara
s e b a g a i m a n a yang ditetapkan dalam peraturan-
peraturan;
(f)
rawatan doktor dan layanan terhadap orang berinsurans
yang mengidap hilang upaya akibat bencana kerja
yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang
pekerja mengikut Akta ini (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai faedah perubatan);
(g)
bayaran berkala kepada orang tanggungan bagi
seseorang orang berinsurans yang telah mati semasa
dia masih menerima pencen ilat, atau orang berinsurans
yang belum mencapai umur 55 tahun tetapi telah
genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau
tempoh kelayakan yang dikurangkan bagi pencen
004b.fm Page 29 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
29
penakat yang disebut dalam subseksyen 17A(2) dan
(3) (kemudian daripada ini disebut pencen penakat).
Bila orang dianggap mengidap keilatan
16. (1) Seseorang berinsurans hendaklah dianggap sebagai
mengidap keilatan, jika, oleh sebab sesuatu keadaan uzur tertentu
yang berkekalan, dia tidak berupaya mengambil bahagian dalam
apa-apa kegiatan yang mendatangkan keuntungan yang bermakna.
(2) Bagi maksud subseksyen (1)--
(a)
sesuatu keadaan uzur hendaklah disifatkan sebagai
berkekalan jika keuzuran itu sama ada tidak boleh
diubati atau tidak mungkin boleh diubati;
(b)
seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai tidak
berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang
mendatangkan keuntungan yang bermakna, jika oleh
sebab keadaan uzur tertentunya kerana sakit atau
kelemahan itu dia tidak lagi berupaya mencari nafkah,
dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan
tenaganya, yang, dengan memandang kepada latihan
dan pekerjaannya yang dahulu, boleh dengan berpatutan
diberikan kepadanya di tempat kerjanya atau di
sesuatu tempat seumpama itu di kawasan yang
berdekatan atau di daerah yang sama, sebanyak satu
pertiga daripada pendapatan yang biasa bagi seseorang
yang sempurna akal dan sihat tubuh badannya yang
mempunyai kelulusan dan latihan yang sepertinya;
(c)
pada menentukan sama ada pihak menuntut mengidap
keilatan, pertimbangan hendaklah diberikan tentang
apa-apa kepulihan kekal mengenai keadaan keilatannya
yang terhasil atau dijangka terhasil daripada apa-apa
langkah pemulihan tenaga atau vokasional yang mungkin
diberikan kepadanya dengan percuma oleh Pertubuhan.
Bila orang berinsurans layak mendapat pencen ilat
17. (1) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang mengidap
keilatan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 16 adalah,
melainkan jika dia berumur genap lima puluh lima tahun, berhak
004b.fm Page 30 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
30
Undang-Undang Malaysia
AKTA 4
menerima pencen ilat jika dia telah genap bekerja sepanjang
tempoh kelayakan atau suatu tempoh kelayakan yang dikurangkan.
(2) Seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah genap bekerja
sepanjang tempoh kelayakan di bawah subseksyen (1) jika--
(i)
caruman bulanan telah dibayar mengenainya selama
tidak kurang daripada dua puluh empat bulan dalam
tempoh empat puluh bulan berturut-turut yang akhir
sebelum bulan dia mengemukakan notis ilat mengikut
peruntukan peraturan-peraturan; atau
(ii)
caruman bulanan telah dibayar mengenainya selama
tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilangan
bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara
tarikh apabila caruman mula-mula menjadi kena
dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan bulan
sebaik sebelum bulan dia mengemukakan notis ilat
mengikut peruntukan peraturan-peraturan, dengan
syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang
dibayar dalam tempoh yang tersebut di atas hendaklah
sekurang-kurangnya dua puluh empat.
(3) Seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah genap bekerja
s e p a n j a n g tempoh kelayakan yang dikurangkan di bawah
subseksyen (1) jika caruman bulanan telah dibayar mengenainya
s e l a m a tidak kurang daripada satu pertiga daripada bilangan
bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila
caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah Akta
ini dengan bulan sebaik sebelum bulan dia mengemukakan notis
ilat mengikut peraturan-peraturan dengan syarat bahawa jumlah
b i l a n g a n caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh yang
tersebut di atas hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat.
(3A) Jika orang berinsurans gagal menggenapkan tempoh
k e l a y a k a n di bawah subseksyen (2) atau (3) dan Pertubuhan
berpuas hati bahawa kegagalan itu bukanlah disebabkan oleh apa-
apa kesilapan orang berinsurans itu atau adalah disebabkan oleh
kejahilan orang berinsurans itu, Pertubuhan boleh menganggap
b a h a w a tempoh kelayakan itu telah digenapkan oleh orang
b e r i n s u r a n s itu jika jemaah doktor, yang ditubuhkan menurut
s e k s y e n 32, yang kepadanya perkara itu dirujukkan oleh
Pertubuhan menentukan bahawa keilatan orang berinsurans itu
t e l a h bermula sebelum tarikh notis keilatan diterima oleh
Pertubuhan mengikut peraturan-peraturan.
004b.fm Page 31 Monday, March 27, 2006 11:57 AM
Keselamatan Sosial Pekerja
31
(3B) Jika Pertubuhan telah menganggap bahawa tempoh
k e l a y a k a n telah digenapkan oleh orang berinsurans di bawah
subseksyen (3A), maka tarikh orang berinsurans itu
mengemukakan notis keilatannya hendaklah disifatkan sebagai
tarikh keilatannya bermula.
(3C) Walau apapun peruntukan subseksyen (2) dan (3), Pertubuhan
m e m p u n y a i budi bicara untuk membenarkan tempoh kredit
d i a m b i l kira bagi maksud menentukan genapnya tempoh
k e l a y a k a n orang berinsurans, dan bulan-bulan dalam tempoh
kredit yang baginya caruman kena dibayar hendaklah dimasukkan
bagi maksud pengiraan jumlah bulan bagi maksud subseksyen itu.
(3D) Istilah "tempoh kredit" dalam subseksyen (3C) ertinya
t e m p o h orang berinsurans menerima faedah hilang upaya
s e m e n t a r a dan majikan tidak membayar apa-apa gaji kepada
|