|
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 151
AKTA CUKAI
PERKHIDMATAN 1975
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
Undang-Undang Malaysia
2
AKTA 151
AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 1975
Tarikh Perkenan Diraja
............
30 Januari 1975
Tarikh penyiaran dalam Warta
......
30 Januari 1975
CETAKAN SEMULA
TERDAHULU
YANG
Cetakan Semula Yang Pertama
1997
......
...
...
Cetakan Semula Yang Kedua
2001
......
...
...
Cukai Perkhidmatan
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 151
AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 1975
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2.
Tafsiran
BAHAGIAN II
PENGENAAN CUKAI
3.
Pengenaan cukai
4.
Penentuan caj dan nilai
5.
Kadar cukai
6.
Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik
BAHAGIAN III
ORANG YANG KENA MEMBAYAR
CUKAI--PELESENAN
7.
Orang yang dikenakan cukai
7A. Arahan untuk menganggap orang sebagai orang yang kena membayar
cukai tunggal
8.
Permohonan lesen, pengeluaran, dll.
8A. Pelesenan sukarela
9.
Penyerahan dan pembatalan lesen
Undang-Undang Malaysia
4
AKTA 151
BAHAGIAN IV
INVOIS, REKOD, PENYATA DAN TAKSIRAN
Seksyen
10.
Invois dan resit
10A. Pengeluaran invois atau resit melalui komputer
11.
Kewajipan untuk menyimpan rekod
12.
Pemberian penyata
13.
Taksiran cukai
BAHAGIAN V
PEMUNGUTAN, MENDAPATKAN, MEMBAYAR BALIK
DAN PEREMITAN
14.
Bila cukai genap masanya dan kena dibayar
15.
Mendapatkan cukai
16.
Penalti bagi lewat membayar cukai
17.
Liabiliti bersesama dan berasingan bagi pengarah, dll.
18.
Orang yang hendak meninggalkan Malaysia
18A. Mendapatkan cukai perkhidmatan, dll., daripada orang yang meninggalkan
Malaysia
19.
Kuasa untuk memungut cukai perkhidmatan, dll., daripada orang yang
berhutang wang kepada orang yang kena membayar cukai
20.
Pembayaran cukai perkhidmatan, dll., yang terkurang dibayar atau yang
tersilap dipulangkan balik dan pembayaran secara ansuran
21.
Pemulangan cukai perkhidmatan atau penalti yang terlebih dibayar atau
tersilap bayar
21A. Pemotongan daripada penyata bagi cukai perkhidmatan yang dipulangkan
balik
21B. Bayaran balik hutang lapuk
21C. Pembayaran semula bayaran balik
22.
Peremitan
BAHAGIAN VI
PEMERIKSAAN, PENGGELEDAHAN, PENYITAAN DAN
PENANGKAPAN
23.
Orang yang terikat memberikan maklumat
24.
Akses kepada bangunan, tempat, buku, dll.
Cukai Perkhidmatan
5
Seksyen
25.
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah
26.
Bila penggeledahan boleh dibuat tanpa waran
26A. Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer
27.
Penyitaan buku, dokumen, dll.
28.
Kuasa untuk menangkap
BAHAGIAN VII
KESALAHAN
29.
Tidak mematuhi notis, dll.
30.
Penalti bagi penyata yang tidak betul
31.
Penalti bagi pengenaan atau pemungutan cukai perkhidmatan oleh orang
yang tidak kena membayar cukai
32.
Penalti bagi pengelakan cukai perkhidmatan
33.
Cubaan dan persubahatan
34.
Penalti am
35.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
BAHAGIAN VIII
PERUNTUKAN TENTANG PERBICARAAN DAN
PROSIDING
36.
(Dipotong)
37.
Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa
37A. Kewajipan kerahsiaan
38.
Perlindungan pemberi maklumat daripada dizahirkan
39.
Pengkompaunan kesalahan
40.
Sabitan di bawah undang-undang lain
40A. Perintah mahkamah
BAHAGIAN IX
PERATURAN-PERATURAN
41.
Peraturan-peraturan
Undang-Undang Malaysia
6
AKTA 151
BAHAGIAN X
PENTADBIRAN DAN PERKARA
PELBAGAI
Seksyen
42.
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain
43.
Pegawai sebagai pekhidmat awam
44.
Kad kuasa, dll., hendaklah dikemukakan
45.
Tiada kos atau kerugian yang timbul daripada penyitaan boleh didapatkan
melainkan jika penyitaan tanpa sebab yang munasabah atau barangkali
46.
Penyampaian notis, dll.
47.
Kerani dan pekhidmat boleh menguruskan kerja
47A. Pengurusan kerja bagi pihak orang yang kena membayar cukai
48.
Hadiah
49.
Borang hendaklah digunakan
50.
Pertikaian dan rayuan
51.
Pelikuidasi syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan
mengetepikan cukai
52.
Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah
Cukai Perkhidmatan
7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 151
AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 1975
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan untuk mengenakan,
mendapatkan secara levi dan memungut cukai perkhidmatan.
[1 Mac 1975, P.U. (B) 52/1975]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Perkhidmatan
1975 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia, tidak termasuk
Langkawi, Labuan dan Tioman.
(1A) Akta ini tidaklah terpakai bagi kawasan yang dikenali sebagai
Kawasan Pembangunan Bersama.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain--
"barang" termasuklah apa jua jenis makanan, minuman atau
barang;
"bulan kalendar" ertinya sesuatu bulan yang dihitung mengikut
kalendar Gregory;
Undang-Undang Malaysia
8
AKTA 151
"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini;
"dokumen"mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
"Kastam" ertinya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja;
"Kawasan Pembangunan Bersama" mempunyai erti yang diberikan
kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia
Thailand 1990 [Akta 440];
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais,
y a n g dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967
[Akta 235];
"komputer" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
"Labuan" ertinya Pulau Labuan dan pulau tanggungannya, iaitu,
Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burung, Papan dan
Daat;
"Langkawi" ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang
berdampingan dan terletak lebih dekat dengan Pulau Langkawi
daripada dengan tanah besar;
"Menteri" ertinya Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab
atas kewangan;
"orang" termasuklah orang perseorangan, sesuatu firma, sesuatu
pertubuhan, sesuatu persatuan, sesuatu syarikat dan tiap-tiap orang
juredikal lain;
"orang yang kena membayar cukai" ertinya mana-mana orang
yang ditetapkan sebagai orang yang kena membayar cukai;
"pegawai kanan kastam" ertinya mana-mana pegawai kanan kastam
sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam
1967;
"pegawai yang berpatutan" ertinya mana-mana pegawai yang
bertindak dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini,
sama ada kewajipan itu diberikan kepadanya secara khas atau am,
atau secara nyata atau tidak langsung;
Cukai Perkhidmatan
9
"penalti" ertinya apa-apa caj yang genap masanya dan kena
dibayar di bawah seksyen 16;
"peraturan-peraturan" ertinya peraturan-peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini;
"perkhidmatan yang kena dibayar cukai" ertinya mana-mana
perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang kena
dibayar cukai;
"pertukaran data elektronik" ertinya pemindahan, daripada
komputer ke komputer, transaksi perdagangan dan pentadbiran
dengan menggunakan standard perutusan yang dipersetujui untuk
menstrukturkan data berhubung dengan sesuatu transaksi;
"surcaj" ertinya apa-apa caj yang genap masanya dan kena dibayar
di bawah subseksyen 20(3);
"tempoh yang kena dibayar cukai" ertinya, tertakluk kepada
subseksyen 12(2), dua bulan kalendar atau sebahagian daripadanya
yang berakhir pada hari terakhir bagi bulan kalendar yang kedua
itu:
"Tioman" ertinya pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis,
Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepai dan Jahat.
(2) (Dipotong oleh Akta A1182).
2A. Bagi maksud Akta ini, sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan
sebagai suatu tempat di luar Malaysia.
Dalam seksyen ini, ungkapan "zon bebas" mempunyai pengertian
yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta
Zon Bebas 1990 [Akta 438].
BAHAGIAN II
PENGENAAN CUKAI
Pengenaan cukai
3. Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan didapatkan secara
levi mengikut Akta ini atas apa-apa perkhidmatan yang kena dibayar
yang disediakan oleh mana-mana orang yang kena membayar cukai.
Undang-Undang Malaysia
10
AKTA 151
Penentuan caj dan nilai
4. Bagi maksud Akta ini, caj, premium atau nilai yang ke atasnya
cukai perkhidmatan kena dibayar hendaklah dipastikan seperti yang
berikut:
(a) dalam hal perkhidmatan yang kena dibayar cukai bagi--
(i) p e n j u a l a n barang oleh seseorang yang kena
membayar cukai kepada--
(A) seseorang yang tiada kaitan dengan orang yang
kena membayar cukai itu, harga sebenar yang
baginya barang itu dijual; atau
(B) seseorang yang ada kaitan dengan orang yang
kena membayar cukai itu, harga yang padanya
b a r a n g itu sepatutnya akan dijual dalam
perjalanan biasa perniagaan kepada seseorang
yang tiada kaitan dengan orang yang kena
membayar cukai itu;
(ii) pembekalan barang, jika tiada caj dikenakan bagi
pembekalan barang itu, harga yang padanya barang
itu sepatutnya akan dijual dalam perjalanan biasa
perniagaan kepada seseorang yang tiada kaitan
dengan orang yang kena membayar cukai itu;
(b) dalam hal perkihdmatan yang kena dibayar cukai, selain
perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang dinyatakan
dalam perenggan (a)--
(i) y a n g disediakan oleh seseorang yang kena
membayar cukai kepada seseorang yang tiada kaitan
dengan orang yang kena membayar cukai itu--
(A) caj yang dikenakan atau dipungut; atau
(B) premium bagi perlindungan insurans,
bagi perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu;
(ii) y a n g disediakan oleh seseorang yang kena
membayar cukai kepada seseorang yang ada kaitan
dengan orang yang kena membayar cukai itu, caj
atau premium yang dikenakan atau yang dipungut
bagi perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu
yang sepatutnya akan disediakan dalam perjalanan
biasa perniagaan kepada seseorang yang tiada kaitan
dengan orang yang kena membayar cukai itu;
Cukai Perkhidmatan
11
(iii) jika tiada caj atau premium yang dikenakan atau
dipungut, caj atau premium yang sepatutnya akan
dikenakan atau dipungut dalam perjalanan biasa
perniagaan bagi menyediakan perkhidmatan yang
kena dibayar cukai kepada seseorang yang tiada
kaitan dengan orang yang kena membayar cukai
itu.
Kadar cukai
5. (1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta
menetapkan kadar cukai perkhidmatan yang hendaklah dikenakan
dan didapatkan secara levi di bawah Akta ini.
(2) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang
disiarkan dalam Warta mengubah atau meminda kadar cukai yang
ditetapkan di bawah subseksyen (1).
(3) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan
(2) hendaklah, pada mesyuarat Dewan Rakyat yang diadakan selepas
sahaja sesuatu perintah itu dibuat, dibentangkan dalam mesyuarat
itu dan hendaklah, apabila tamat tempoh seratus dua puluh hari
dari tarikh dibentangkan itu atau dari sesuatu tempoh lanjutan
sebagaimana yang Dewan Rakyat boleh mengarahkan melalui
ketetapan, terhenti berkuat kuasa jika dan setakat mana ia tidak
disahkan oleh ketetapan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam
tempoh seratus dua puluh hari tersebut atau, jika tempoh itu telah
dilanjutkan, dalam tempoh yang dilanjutkan itu.
(4) Jika sesuatu perintah itu terhenti berkuat kuasa secara
keseluruhan atau sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan
dalam subseksyen (3), apa-apa cukai perkhidmatan yang dikenakan
menurut perintah itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,
sesuatu bahagian daripada perintah itu yang terhenti berkuat kuasa
hendaklah, tertakluk kepada peruntukan subseksyen (5), kena dibayar
balik kepada orang yang olehnya cukai perkhidmatan itu dibayar.
(5) Kecuali selainnya diarahkan oleh Menteri, tiada sesuatu cukai
perkhidmatan yang kena dibayar balik di bawah peruntukan
subseksyen (4) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang
berhak kepada pembayaran balik itu membuat suatu tuntutan
pembayaran balik itu kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu
tahun dari tarikh perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhan
Undang-Undang Malaysia
12
AKTA 151
a t a u sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh
subseksyen (3); dan tuntutan itu hendaklah dibuat secara bertulis
dan hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang Ketua
Pengarah boleh melalui perintah menghendaki.
Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik
6. Menteri boleh, bagi sesuatu hal tertentu, tertakluk kepada apa-
apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan--
(a) mengecualikan mana-mana orang atau kelas orang daripada
pembayaran kesemua atau sesuatu bahagian daripada cukai
perkhidmatan yang jika tidak, sepatutnya kena dibayar
oleh orang itu atau kelas orang itu;
(b) mengecualikan mana-mana perkhidmatan atau kelas
perkhidmatan daripada kesemua atau sesuatu bahagian
daripada cukai perkhidmatan yang jika tidak, sepatutnya
dikenakan cukai;
(c) mengarahkan pembayaran balik kepada mana-mana orang
atau kelas orang kesemua atau sesuatu bahagian daripada
cukai perkhidmatan yang dibayar oleh orang itu atau
kelas orang itu; atau
(d) mengarahkan pembayaran balik kepada mana-mana orang
atau kelas orang kesemua atau sesuatu bahagian daripada
penalti yang dibayar oleh orang itu atau kelas orang itu.
BAHAGIAN III
ORANG YANG KENA MEMBAYAR
CUKAI--PELESENAN
Orang yang dikenakan cukai
7. Tertakluk kepada Akta ini, cukai perkhidmatan hendaklah
dikenakan ke atas dan dibayar oleh mana-mana orang yang kena
m e m b a y a r cukai yang menjalankan perniagaan menyediakan
p e r k h i d m a t a n yang kena dibayar cukai yang disebut dalam
seksyen 3.
Cukai Perkhidmatan
13
Arahan untuk menganggap orang sebagai orang yang kena
membayar cukai tunggal
7A. (1) Walau apa pun seksyen 7, 8 dan 8A, jika Ketua Pengarah
berpuas hati bahawa apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan dibuat-
buat, dia boleh membuat suatu arahan di bawah seksyen ini yang
mengarahkan bahawa orang yang dinamakan dalam arahan itu
hendaklah dianggap sebagai orang yang kena membayar cukai
tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan
dalam arahan itu dan orang yang kena membayar cukai tunggal itu
tidak boleh terus menjalankan aktiviti perniagaan itu melainkan
jika dia dilesenkan dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh
arahan itu disampaikan kepada yang terakhir daripada kalangan
orang itu atau dari tarikh yang terkemudian sebagaimana yang
boleh dinyatakan dalam arahan itu.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada
apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan dibuat-buat, hendaklah
diambil kira setakat manakah orang yang berlainan yang menjalankan
aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui
hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi.
(3) Ketua Pengarah boleh membuat arahan di bawah seksyen
ini yang menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas
hati--
(a) bahawa orang itu menyediakan atau telah menyediakan
perkhidmatan yang kena dibayar cukai;
(b) bahawa aktiviti yang dalam perjalanannya orang itu
menyediakan atau telah menyediakan perkhidmatan yang
kena dibayar cukai itu menjadi hanya sebahagian daripada
aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti
lain dalam perniagaan itu (sama ada atau tidak aktiviti
itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu)
sedang dijalankan serentak atau sebelumnya, atau kedua-
duanya, oleh seorang orang lain atau lebih; dan
(c) bahawa jika semua perkhidmatan yang kena dibayar cukai
yang disediakan dalam perniagaan itu diambil kira, orang
yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan
itu, dikehendaki supaya dilesenkan menurut seksyen 8.
Undang-Undang Malaysia
14
AKTA 151
(4) Apa-apa arahan yang dibuat di bawah seksyen itu hendaklah
disampaikan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan dalam arahan
itu.
(5) Jika, selepas suatu arahan telah diberikan di bawah seksyen
ini yang menyatakan perihal perniagaan itu, didapati oleh Ketua
Pengarah bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam
arahan itu sedang menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar
cukai dalam perjalanan aktiviti yang patut dianggap sebagai
sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh
membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan
yang merujuk kepada arahan yang sebelumnya dan perihal perniagaan
yang dinyatakan dalamnya, dan menambahkan nama orang itu
kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan yang sebelumnya
mulai--
(a) tarikh orang itu mula menyediakan perkhidmatan yang
kena dibayar cukai itu; atau
(b) jika tarikh arahan sebelumnya adalah lebih kemudian
daripada tarikh yang disebut dalam perenggan (a), tarikh
yang mulai darinya orang yang kena membayar cukai
tunggal yang disebut dalam arahan sebelumnya dilesenkan
di bawah subseksyen (1).
(6) Jika, sebaik sebelum apa-apa arahan (termasuk arahan
tambahan) dibuat dibawah seksyen ini, mana-mana orang yang
d i n a m a k a n dalam arahan itu dilesenkan berkenaan dengan
perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan olehnya
sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (3) atau (5), lesennya
hendaklah dibatalkan oleh Ketua Pengarah mulai dari--
(a) tarikh orang yang kena membayar cukai tunggal itu
dilesenkan di bawah subseksyen (1); atau
(b) apa-apa tarikh yang lebih kemudian sebagaimana yang
boleh dinyatakan dalam arahan itu,
dan apabila lesennya dibatalkan dia bersama dengan semua orang
yang dinamakan dalam arahan itu, hendaklah dianggap sebagai
orang yang kena membayar cukai tunggal di bawah seksyen ini.
(7) Berhubung dengan sesuatu perniagaan yang dinyatakan dalam
sesuatu arahan di bawah seksyen ini, orang yang dinamakan dalam
arahan itu bersama dengan mana-mana orang yang dinamakan
dalam suatu arahan tambahan yang berhubungan dengan perniagaan
Cukai Perkhidmatan
15
itu (sebagai orang yang bersama-sama dianggap sebagai orang
yang kena membayar cukai tunggal) dalam subseksyen (8) dan (9)
disebut sebagai "anggota konstituen".
(8) Jika apa-apa arahan dibuat di bawah seksyen ini, bagi maksud
Akta ini--
(a) orang yang kena membayar cukai tunggal yang menjalankan
perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah
dilesenkan dengan nama yang dinamakan oleh orang dalam
arahan itu secara bersesama melalui notis bertulis yang
diberikan kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada
empat belas hari selepas tarikh arahan itu disampaikan
kepada yang terakhir daripada kalangan orang itu atau,
jika penamaan itu tidak dibuat, dengan nama sebagaimana
yang boleh dinyatakan dalam arahan itu;
(b) apa-apa perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang
disediakan oleh salah seorang daripada anggota konstituen
dalam perjalanan aktiviti orang yang kena membayar cukai
tunggal itu hendaklah dianggap sebagai perkhidmatan
yang kena dibayar cukai yang disediakan oleh orang yang
kena membayar cukai tunggal itu;
(c) setiap anggota konstituen hendaklah bertanggungan secara
bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai perkhidmatan
yang kena dibayar oleh orang yang kena membayar cukai
tunggal itu;
(d) tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh
orang yang kena membayar cukai tunggal itu untuk
mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan oleh atau di
bawah Akta ini hendaklah dianggap sebagai kegagalan
oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan
(e) tertakluk kepada perenggan (a) hingga (d), anggota
konstituen hendaklah dianggap sebagai suatu perkongsian
yang menjalankan perniagaan orang yang kena membayar
cukai tunggal itu dan apa-apa persoalan tentang ruang
l i n g k u p aktiviti perniagaan itu pada bila-bila masa
hendaklah ditentukan dengan sewajarnya.
(9) Jika didapti oleh Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang
yang merupakan salah seorang anggota konstituen tidak patu lagi
dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (8)(c) dan (d) dan
Ketua Pengarah memberikan notis yang bermaksud sedemikan,
orang itu tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan menurut
Undang-Undang Malaysia
16
AKTA 151
perenggan itu bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang
dinyatakan dalam notis itu dan dengan yang demikian pada tarikh
itu dia hendaklah dianggap sebagai telah berhenti menjadi anggota
perkongsian yang disebut dalam perenggan (8)(e).
Permohonan lesen, pengeluaran, dll.
8. (1) Tiap-tiap orang yang kena membayar cukai yang menjalankan
perniagaan menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai
hendaklah memohon kepada pegawai kanan kastam dalam borang
yang ditetapkan untuk mendapatkan suatu lesen, dan tiada orang
yang kena membayar cukai boleh menjalankan perniagaan sedemikan
melainkan jika dia memiliki suatu lesen yang dikeluarkan di bawah
subseksyen (2).
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), Ketua Pengarah hendaklah
mengeluarkan suatu lesen dalam bentuk yang ditetapkan.
(2A) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini
atau mana-mana peraturan, mana-mana orang yang dilesenkan di
bawah seksyen ini atau seksyen 8A hendaklah tetap menjadi orang
yang kena membayar cukai yang menyediakan perkhidmatan yang
kena dibayar cukai, dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai
baginya sehingga lesennya dibatalkan.
(3) Sebelum apa-apa lesen dikeluarkan di bawah seksyen ini,
atau jika suatu lesen telah dikeluarkan di bawah seksyen ini, Ketua
Pengarah boleh menghendaki orang yang memohon lesen itu, atau
p e m e g a n g lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,
memberikan apa-apa cagaran bagi pematuhan yang sewajarnya
oleh orang itu peruntukan Akta ini dan secara am bagi perlindungan
hasil sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah; dan
jika Ketua Pengarah pada bila-bila masa tidak berpuas hati dengan
apa-apa cagaran yang diberikan, dia boleh menghendaki suatu
cagaran baharu bagi menggantikannya, atau sebagai tambahan
kepadanya; dan jika keingkaran dilakukan pada cagaran baharu
yang diberikan itu, Ketua Pengarah boleh menggantung apa-apa
lesen yang terdahulu dikeluarkan. Semasa sesuatu penggantungan,
pemegang apa-apa lesen yang dikeluarkan itu hendaklah disifatkan
sebagai tidak berlesen.
Cukai Perkhidmatan
17
( 4 ) M a n a - m a n a orang yang dilesenkan di bawah seksyen
ini hendaklah menjalankan perniagaan hanya di tempat atau
premis yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan di bawah
subseksyen (2).
(5) Jika keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan
s e s e o r a n g yang kena membayar cukai yang menyediakan
perkhidmatan yang kena dibayar cukai dipindahkan kepada seorang
yang lain, bagi maksud menentukan sama ada orang lain itu
dikehendaki supaya dilesenkan di bawah seksyen ini dia hendaklah
dianggap sebagai telah menjalankan perniagaan menyediakan
perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu sebelum dan juga selepas
pemindahan perniagaan itu kepadanya.
Pelesenan sukarela
8A. (1) Jika mana-mana orang yang tidak perlu dilesenkan di bawah
seksyen 8 memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia--
(a) menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai; atau
(b) bercadang hendak menjalankan suatu perniagaan yang
menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai,
orang itu boleh memohon kepada Ketua Pengarah dalam borang
yang ditetapkan untuk dilesenkan di bawah Akta ini dan Ketua
Pengarah boleh mengeluarkan suatu lesen kepada orang itu.
(2) Jika mana-mana orang dilesenkan di bawah subseksyen (1),
dia hendaklah dianggap sebagai seorang yang kena membayar
cukai, dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya.
Penyerahan dan pembatalan lesen
9. (1) Jika mana-mana orang yang kena membayar cukai berhenti
m e n j a l a n k a n perniagaan, dia hendaklah dengan serta-merta
menyerahkan lesennya kepada Ketua Pengarah.
(1A) Tertakluk kepada Akta ini, jika mana-mana orang yang
dilesenkan terhenti menjadi seorang yang kena membayar cukai,
dia boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk
menyerahkan lesennya.
Undang-Undang Malaysia
18
AKTA 151
( 1 B ) A p a b i l a menerima permohonan seseorang di bawah
subseksyen (1A), Ketua Pengarah boleh--
(a) jika dia berpuas hati bahawa orang itu telah terhenti
menjadi seorang yang kena membayar cukai, menerima
penyerahan lesennya dan orang itu hendaklah terhenti
menjadi seorang yang kena membayar cukai; atau
(b) jika dia tidak berpuas hati bahawa orang itu telah terhenti
menjadi orang yang kena membayar cukai, menolak
permohonannya untuk menyerahkan lesennya dan orang
itu hendaklah terus menjadi orang yang kena membayar
cukai.
(2) Tanpa menjejaskan subseksyen 7A(6), jika mana-mana orang
yang kena membayar cukai--
(i) t e r h e n t i menjalankan perniagaan yang menyediakan
perkhidmatan yang kena dibayar cukai;
(ii) mati;
(iii) gagal menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai
selewat-lewatnya pada tarikh lesen yang dikeluarkan di
bawah seksyen 8A mula berkuat kuasa; atau
(iv) sebagai suatu syarikat, telah dibubarkan,
Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen itu.
(3) Jika mana-mana orang yang kena membayar cukai tidak
mematuhi atau didapati bertindak berlawanan dengan, peruntukan
seksyen 10, 10A, 11, 12 atau 14, Ketua Pengarah boleh membatalkan
lesen itu, dan jika orang itu terus menjalankan perniagaan yang
berkenaan dengannya lesen itu dikeluarkan, dia hendaklah disifatkan
menjalankan perniagaan itu tanpa suatu lesen di bawah Akta ini.
(4) Sebelum membatalkan sesuatu lesen di bawah subseksyen
(2), Ketua Pengarah hendaklah menyampaikan suatu notis pembatalan
lesen kepada orang yang kepadanya lesen telah dikeluarkan dan
lesen itu adalah batal mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam
notis itu.
(5) Sebelum membatalkan sesuatu lesen di bawah subseksyen
(3), Ketua Pengarah hendaklah menyampaikan suatu notis kepada
orang yang kepadanya lesen telah dikeluarkan yang memberitahunya
tentang pembatalan yang dicadangkan dan memberinya peluang
untuk membuat representasi mengenai perkara itu.
Cukai Perkhidmatan
19
(6) Jika Ketua Pengarah berpuas hati, selepas menimbangkan
representasi seseorang yang dibuat di bawah subseksyen (5) bahawa
lesen orang itu patut dibatalkan, dia hendaklah menyampaikan
suatu notis pembatalan lesen kepada orang itu yang memberitahunya
bahawa lesennya adalah batal mulai tarikh yang dinyatakan dalam
notis itu.
BAHAGIAN IV
INVOIS, REKOD, PENYATA DAN TAKSIRAN
Invois dan resit
1 0 . ( 1 ) T i a p - t i a p orang yang kena membayar cukai yang
menyediakan apa-apa perkhidmatan yang kena dibayar cukai
hendaklah, melainkan jika ditetapkan selainnya melalui peraturan-
peraturan, mengeluarkan suatu invois dan suatu resit dalam bahasa
kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris kepada pelanggan berkenaan
dengan urus niaga itu dan hendaklah menyatakan dalam invois dan
resit itu amaun cukai perkhidmatan yang kena dibayar secara
berasingan daripada caj bagi perkhidmatan yang kena dibayar cukai
yang disediakan.
( 2 ) A m a u n cukai perkhidmatan yang kena dibayar boleh
didapatkan oleh orang yang kena membayar cukai daripada pelanggan.
(3) Tiada sesuatu invois yang menunjukkan suatu amaun yang
dikatakan sebagai cukai perkhidmatan boleh dikeluarkan--
(a) atas penyediaan apa-apa perkhidmatan yang bukannya
perkhidmatan yang kena dibayar cukai; atau
(b) (Dipotong oleh Akta A1060);
(c) oleh seseorang yang bukan seorang yang kena membayar
cukai.
Pengeluaran invois atau resit melalui komputer
10A. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), bagi maksud mana-
mana peruntukan di bawah Akta ini berhubung dengan invois atau
resit, seseorang orang yang kena membayar cukai hendaklah dianggap
telah mengeluarkan suatu invois atau resit kepada seseorang
Undang-Undang Malaysia
20
AKTA 151
pelanggan walaupun tiada apa-apa dokumen yang bersamaan dalam
bentuk kertas telah diserahkan kepada pelanggan itu jika maklumat
yang dikehendaki telah dirakamkan dalam komputer dan--
(a) dihantar kepada pelanggan dengan cara elektronik; atau
(b) dikeluarkan atas apa-apa bahan selain kertas dan diserahkan
kepada pelanggan itu.
(2) Tiada peruntukan berhubung dengan invois atau resit yang
dikeluarkan dengan menggunakan komputer boleh dianggap telah
dipatuhi melainkan jika orang yang kena membayar cukai dan
pelanggan itu--
(a) telah mendapat kelulusan Ketua Pengarah secara bertulis--
(i) untuk menghantar dokumen itu secara elektronik,
a t a u untuk mengeluarkan dokumen itu dengan
menggunakan komputer atas apa-apa bahan selain
kertas dan untuk menyerahkan dokumen itu; atau
(ii) untuk menerima dokumen itu melalui penghantaran
atau penyerahan itu,
tertakluk kepada syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan;
dan
(b) mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan oleh
Ketua Pengarah.
Kewajipan untuk menyimpan rekod
11. (1) Tiap-tiap orang yang kena membayar cukai hendaklah
menyimpan dalam apa-apa buku akaun atau rekod lain sebagaimana
yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, rekod lengkap dan benar
dikemaskinikan bagi segala transaksi yang menyentuh atau mungkin
menyentuh tanggungannya untuk membayar cukai perkhidmatan
dan hendaklah menyimpan buku akaun atau rekod lain itu dalam
bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
(2) Buku akaun dan rekod lain yang dikehendaki diselenggarakan
mengikut seksyen ini dan salinan pendua invois yang dikeluarkan
di bawah seksyen 10 hendaklah disimpan selama enam tahun dari
tarikh akhir yang baginya buku akaun, rekod dan invois itu berkaitan.
Cukai Perkhidmatan
21
Pemberian penyata
12. (1) Tiap-tiap orang yang kena membayar cukai hendaklah
dalam tempoh dua puluh lapan hari atau sesuatu tempoh lanjutan
sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah selepas tamat
setiap satu tempoh yang kena dibayar cukai menyerahkan kepada
pegawai yang berpatutan suatu penyata dalam borang yang ditetapkan
yang menyatakan jumlah amaun hasil yang diterima dalam tempoh
yang kena dibayar cukai itu berkenaan dengan caj yang didapatkan
secara levi atau dipungut bagi menyediakan perkhidmatan yang
kena dibayar cukai, amaun cukai perkhidmatan yang kena dibayar
dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah; dan penyata itu hendaklah disahkan dengan akuan dalam
bentuk yang ditetapkan.
(1A) Walau apa pun subseksyen (1), jika mana-mana orang yang
kena membayar cukai terhenti menjalankan perniagaan yang
menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai atau menjadi
seorang yang kena membayar cukai atau jika lesen mana-mana
orang yang kena membayar cukai digantung atau dibatalkan oleh
Ketua Pengarah orang yang kena membayar cukai itu hendaklah
dengan serta-merta menyerahkan kepada pegawai yang sepatutnya--
(a) suatu penyata dalam borang yang ditetapkan bagi tempoh
yang kena dibayar cukai yang terakhir; dan
(b) jika penyata bagi tempoh yang kena dibayar cukai sebelum
tempoh yang kena dibayar cukai yang terakhir dikehendaki
supaya diserahkan di bawah subseksyen (1), penyata itu.
(1B) Penyata yang disebut dalam perenggan (1A)(a) hendaklah
menyatakan--
(a) cukai perkhidmatan, bagi keseluruhan atau mana-mana
bahagian bayaran untuk mana-mana perkhidmatan yang
kena dibayar cukai yang disediakan, yang tidak diterima
dalam tempoh dua belas bulan kalendar sebelum tempoh
yang kena dibayar cukai yang terakhir; dan
(b) cukai perkhidmatan atas semua perkhidmatan yang kena
dibayar cukai yang disediakan dalam tempoh yang kena
dibayar cukai yang terakhir.
Undang-Undang Malaysia
22
AKTA 151
(2) Bagi maksud seksyen ini--
(a) jika seseorang orang yang kena membayar cukai menutup
akaun perniagaan bulanannya pada suatu tarikh selain
hari terakhir dalam sesuatu bulan kalendar, tempoh yang
kena dibayar cukai hendaklah tempoh dua bulan yang
berakhir pada tarikh itu;
(b) tempoh yang kena dibayar cukai yang terakhir ialah tempoh
dua bulan kalendar atau sebahagian daripadanya yang
berakhir pada hari orang yang kena membayar cukai itu
t e r h e n t i menjalankan perniagaan yang menyediakan
perkhidmatan yang kena dibayar cukai atau menjadi orang
yang kena membayar cukai atau pada hari lesen orang
yang kena membayar cukai itu digantung atau dibatalkan
oleh Ketua Pengarah.
Taksiran cukai
13. (1) Apa-apa penyata yang diberikan di bawah seksyen 12
boleh diterima oleh pegawai yang berpatutan sebagai bukti yang
cukup bagi perkara yang terkandung di dalamnya, dan cukai
perkhidmatan boleh ditaksirkan oleh pegawai yang berpatutan itu
dengan sewajarnya.
(2) Jika pegawai yang berpatutan mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa amaun cukai perkhidmatan yang ditunjukkan
dalam sesuatu penyata yang dibuat oleh mana-mana orang yang
kena membayar cukai di bawah seksyen 12 sebagai kena dibayar
atas apa-apa perkhidmatan yang kena dibayar cukai kurang daripada
amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini, dia boleh mentaksirkan
c u k a i itu pada amaun yang lebih banyak sebagaimana yang
difikirkannya patut dan suatu notis secara bertulis tentang amaun
itu hendaklah disampaikan kepada orang itu.
(3) Jika pegawai yang berpatutan mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa cukai perkhidmatan yang kena dibayar
berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang kena dibayar cukai
di bawah Akta ini oleh mana-mana orang yang tidak membuat
suatu penyata berkenaan dengannya, dia boleh mentaksirkan cukai
perkhidmatan itu pada apa-apa amaun tentang yang difikirkannya
patut dan suatu notis secara bertulis amaun itu hendaklah disampaikan
kepada orang itu.
Cukai Perkhidmatan
23
BAHAGIAN V
PEMUNGUTAN, MENDAPATKAN, MEMBAYAR BALIK DAN
PEREMITAN
Bila cukai genap masanya dan kena dibayar
14. (1) Cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan di bawah Akta
ini hendaklah genap masanya pada masa pembayaran diterima
bagi perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan kepada
pelanggan oleh orang yang kena membayar cukai itu.
(2) Jika keseluruhan atau mana-mana bahagian bayaran untuk
mana-mana perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan
oleh orang yang kena membayar cukai itu tidak diterima daripada
pelanggan itu dalam tempoh dua belas bulan kalendar dari tarikh
invois bagi perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan
itu, cukai perkhidmatan hendaklah genap masanya pada hari yang
mengikuti tempoh dua belas bulan kalendar itu.
(3) Mana-mana cukai perkhidmatan yang genap masanya dibayar
di bawah subseksyen (1) atau (2) semasa sesuatu tempoh yang
kena dibayar cukai hendaklah kena dibayar kepada Ketua Pengarah
dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh tamat tempoh yang
kena dibayar cukai itu.
(4) Walau apa pun subseksyen (1), (2) atau (3), cukai perkhidmatan
yang perlu diperakaunkan dalam apa-apa penyata yang dibuat di
bawah subseksyen 12(1A) hendaklah genap masanya dan kena
dibayar pada hari penyata itu dikehendaki supaya diserahkan kepada
pegawai yang berpatutan.
Mendapatkan cukai
15. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, apa-apa cukai
perkhidmatan yang genap masanya dan kena dibayar dan apa-apa
penalti atau surcaj yang kena dibayar di bawah Akta ini boleh
didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada
Kerajaan.
( 2 ) D a l a m apa-apa guaman untuk mendapatkan cukai
perkhidmatan, penalti atau surcaj, jika ada, di bawah subseksyen
(1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah yang menyatakan nama dan alamat orang yang kena
Undang-Undang Malaysia
24
AKTA 151
membayar cukai dan amaun cukai perkhidmatan, penalti atau surcaj,
jika ada, yang kena dibayar olehnya hendaklah menjadi keterangan
yang cukup bagi amaun yang kena dibayar sedemikian olehnya
d a n kuasa yang cukup bagi mahkamah untuk memberikan
penghakiman bagi amaun tersebut.
(3) Apa-apa penalti atau surcaj yang dikenakan di bawah Akta
ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953
[Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan
Had Masa Sarawak [Swk Bab 49], mengikut mana-mana yang
berkenaan, boleh didapatkan seolah-olah penalti atau surcaj itu
ialah cukai perkhidmatan yang genap masanya dan kena dibayar
di bawah Akta ini dan dengan yang demikian seksyen 6(4) Akta
Had Masa 1953 seksyen 3 Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen
3 Ordinan Had Masa Sarawak mengikut mana-mana yang berkenaan,
tidak terpakai bagi penalti atau surcaj itu.
( 4 ) J i k a suatu invois menunjukkan bahawa penyediaan
perkhidmatan yang kena dibayar cukai telah berlaku dengan cukai
perkhidmatan yang dikenakan atasnya, maka hendaklah boleh
didapatkan daripada orang yang kena membayar cukai yang telah
mengeluarkan invois itu suatu amaun yang sama banyaknya dengan--
(a) yang ditunjukkan dalam invois itu sebagai cukai
perkhidmatan; atau
(b) sekian banyak amaun keseluruhan yang ditunjukkan sebagai
kena dibayar yang akan dikira sebagai merupakan cukai
perkhidmatan, jika cukai perkhidmatan tidak ditunjukkan
secara berasingan dalam invois,
bagi penyediaan perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu.
(5) Subseksyen (4) hendaklah juga terpakai jika--
(a) invois itu, yang menyatakan suatu amaun yang berupa
sebagai cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan, bukan
suatu invois yang dikeluarkan di bawah seksyen 10 atau
10A;
(b) invois itu telah dikeluarkan oleh seorang yang bukan
o r a n g yang kena membayar cukai dan yang telah
menyediakan suatu perkhidmatan yang kena dibayar cukai
atau suatu perkhidmatan yang tidak kena dibayar cukai
yang baginya suatu amaun yang berupa sebagai cukai
perkhidmatan telah dikenakan; atau
Cukai Perkhidmatan
25
(c) invois itu telah dikeluarkan oleh seseorang yang kena
m e m b a y a r cukai yang telah menyediakan suatu
perkhidmatan yang tidak kena dibayar cukai yang baginya
suatu amaun yang berupa sebagai cukai perkhidmatan
telah dikenakan,
dan apa-apa amaun yang berupa sebagai cukai perkhidmatan
hendaklah dibayar dengan serta-merta oleh orang itu dan, jika dia
ingkar membayarnya, boleh didapatkan sebagai hutang sivil yang
kena dibayar kepada Kerajaan.
Penalti bagi lewat membayar cukai
16. Jika apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang disifatkan kena
dibayar, tetap tidak dibayar selepas hari terakhir cukai itu kena
dibayar di bawah seksyen 14 atau kena dibayar semula di bawah
seksyen 21C, mengikut mana-mana yang berkenaan--
(a) suatu penalti yang sama banyak dengan sepuluh peratus
amaun yang tidak dibayar itu hendaklah sesudah itu kena
dibayar;
(b) jika cukai perkhidmatan yang genap masanya dan kena
dibayar atau kena dibayar semula tetap tidak dibayar
selama lebih daripada tiga puluh hari selepas hari terakhir
cukai itu kena dibayar, kadar penalti di bawah perenggan
(a) atas cukai perkhidmatan yang tidak dibayar itu
hendaklah dinaikkan sepuluh peratus bagi tempoh tiga
puluh hari yang kedua selepas hari terakhir itu dan bagi
t i a p - t i a p tempoh tiga puluh hari yang berikut atau
sebahagian daripadanya semasa amaun itu tetap tidak
dibayar, sehingga penalti maksimum sebanyak lima puluh
peratus.
Liabiliti bersesama dan berasingan bagi pengarah, dll.
17. Jika cukai perkhidmatan, penalti atau surcaj genap masanya
dan kena dibayar oleh--
(a) suatu syarikat;
(b) suatu firma; atau
Undang-Undang Malaysia
26
AKTA 151
(c) suatu pertubuhan, suatu persatuan atau kumpulan orang
yang lain,
maka, walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam
Akta ini atau dalam mana-mana Akta lain, pengarah syarikat itu
atau pekongsi firma itu atau ahli pertubuhan persatuan atau kumpulan
orang yang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah,
bersama-sama dengan syarikat, firma, pertubuhan persatuan atau
k u m p u l a n orang yang lain secara bersesama dan berasingan
bertanggungan bagi cukai perkhidmatan, penalti atau surcaj itu:
Dengan syarat bahawa berhubung dengan sesuatu syarikat yang
sedang digulungkan, pengarah syarikat itu hanya bertanggungan
sedemikian jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan
amaun yang kena dibayar, selepas membayar apa-apa jumlah yang
mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 1965 berhubung
dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu,
berbanding cukai perkhidmatan atau penalti itu.
Orang yang hendak meninggalkan Malaysia
18. Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa seseorang yang kena membayar cukai hendak meninggalkan
Malaysia sebelum apa-apa cukai perkhidmatan yang kena dibayar
olehnya menjadi kena dibayar mengikut peruntukan Akta ini, cukai
perkhidmatan itu boleh, jika difikirkan patut oleh Ketua Pengarah,
kena dibayar pada mana-mana tarikh yang lebih awal sebagaimana
yang ditentukan olehnya dan, jika tempat beradanya orang yang
kena membayar cukai itu diketahui oleh Ketua Pengarah, orang
yang kena membayar cukai itu hendaklah diberitahu dengan
sewajarnya.
Mendapatkan cukai perkhidmatan, dll., daripada orang yang
meninggalkan Malaysia
18A. (1) Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai
b a h a w a mana-mana orang hendak atau berkemungkinan
meninggalkan Malaysia tanpa membayar--
(a) apa-apa cukai perkhidmatan yang kena dibayar olehnya;
(b) apa-apa penalti yang kena dibayar olehnya di bawah seksyen
16;
(c) apa-apa surcaj yang kena dibayar olehnya di bawah
subseksyen 20(3); atau
Cukai Perkhidmatan
27
(d) apa-apa wang lain yang boleh didapatkan daripadanya di
bawah Akta ini,
dia boleh mengeluarkan kepada mana-mana Pengarah Imigresen
suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai cukai
perkhidmatan, penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar
sedemikian dengan suatu permintaan supaya orang itu dihalang
daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia
membayar cukai perkhidmatan, penalti, surcaj atau wang lain yang
kena dibayar sedemikian, atau memberikan cagaran yang memuaskan
hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya.
(2) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau
dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang
berkuat kuasa berhubung dengan buang negeri atau imigresen,
mana-mana Pengarah Imigresen yang menerima suatu permintaan
di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah
menjalankan segala langkah yang boleh termasuk pengambilan
dan penyimpanan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit
keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan
orang itu sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan permintaan
itu.
(3) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis mengenai
pengeluaran suatu perakuan di bawah subseksyen (1) disampaikan
ke diri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang kepadanya
perakuan itu berkaitan:
Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang itu
tidak boleh mentaksahkan apa-apa yang dibuat di bawah seksyen
ini.
(4) Jika orang yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah
dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan pada atau
s e l e p a s tarikh perakuan itu suatu pernyataan bertulis yang
ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua
cukai perkhidmatan, penalti, surcaj atau wang lain yang dinyatakan
dalam perakuan itu telah dibayar, atau bahawa cagaran telah diberikan
bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi kuasa yang
cukup bagi membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia.
(5) Tiada apa-apa prosiding undang-undang boleh dimulakan
atau disenggarakan terhadap Kerajaan, sesuatu Kerajaan Negeri
atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua
yang dibuat dengan sah di bawah seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia
28
AKTA 151
(6) Dalam seksyen ini, "Pengarah Imigresen" ertinya mana-
mana Pengarah Imigresen yang dilantik di bawah subseksyen 3(1A)
Akta Imigresen 1959-1963 [Akta 155].
Kuasa untuk memungut cukai perkhidmatan, dll., daripada
orang yang berhutang wang kepada orang yang kena membayar
cukai
19. (1) Jika apa-apa jumlah wang melalui cukai perkhidmatan,
penalti atau surcaj genap masanya dan kena dibayar oleh seseorang
yang kena membayar cukai, Ketua Pengarah boleh, melalui notis
secara bertulis (yang suatu salinannya hendaklah dihantar kepada
orang yang kena membayar cukai itu di alamatnya yang terakhir
diketahui) menghendaki--
(a) mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang kena dibayar
atau terakru atau boleh menjadi kena dibayar kepada
orang yang kena membayar cukai;
(b) seseorang yang memegang atau boleh kemudiannya
memegang wang bagi atau atas akaun orang yang kena
membayar cukai; atau
(c) mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada
seseorang lain untuk membayar wang kepada orang yang
kena membayar cukai,
untuk membayar kepadanya dengan serta-merta, atau dalam sesuatu
tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang
itu (yang bukan merupakan gaji atau upah yang kena dibayar
kepada orang yang kena membayar cukai itu) atau sebanyak wang
itu yang cukup untuk membayar jumlah wang yang genap masanya
dan kena dibayar oleh orang yang kena membayar cukai sebagaimana
yang tersebut dahulu.
(2) Semua pembayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah
seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibuat bagi pihak orang
yang kena membayar cukai dan dengan kebenarannya dan dengan
kebenaran semua orang lain yang berkenaan.
Cukai Perkhidmatan
29
Pembayaran cukai perkhidmatan, dll., yang terkurang dibayar
atau yang tersilap dipulangkan balik dan pembayaran secara
ansuran
20. (1) Jika--
(a) keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-
mana cukai perkhidmatan, penalti atau wang lain yang
kena dibayar di bawah Akta ini belum dibayar; atau
(b) keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-
mana cukai perkhidmatan, penalti atau wang lain setelah
dibayar telah tersilap dipulangkan balik,
maka, dengan syarat bahawa suatu tuntutan dibuat dalam masa
tiga tahun dari tarikh cukai perkhidmatan, penalti atau wang lain
itu kena dibayar, atau cukai perkhidmatan, penalti atau wang lain
yang terkurang dibayar itu telah dibayar, atau bayaran balik itu
telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang--
(aa) yang bertanggungan membayar--
(i) cukai perkhidmatan, penalti atau wang lain itu; atau
(ii) cukai perkhidmatan, penalti atau wang lain yang
terkurang dibayar itu; atau
(bb) yang kepadanya pulangan balik itu telah tersilap dibuat,
hendaklah membayar cukai perkhidmatan, penalti atau wang lain,
atau cukai perkhidmatan, penalti atau wang lain yang terkurang
dibayar, atau membayar balik pulangan balik yang telah tersilap
dibayar kepadanya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Ketua Pengarah boleh membenarkan cukai perkhidmatan
atau penalti yang disebut di dalam subseksyen (1) dibayar secara
ansuran, dalam hal keadaan yang ditetapkan melalui peraturan-
peraturan, dalam amaun dan pada tarikh yang boleh ditentukan
olehnya; dan jika amaun cukai perkhidmatan itu dibenarkan dibayar
secara ansuran di bawah subseksyen ini, perenggan 16(b) tidaklah
terpakai bagi amaun itu mulai tarikh Ketua Pengarah membenarkan
pembayaran dengan ansuran itu.
Undang-Undang Malaysia
30
AKTA 151
(3) Jika berlaku kemungkiran dalam pembayaran mana-mana
satu ansuran di bawah subseksyen (2) pada tarikh genap masanya
untuk bayaran baki amaun yang kena dibayar, keseluruhan baki
yang tertunggak hendaklah menjadi genap masanya dan kena dibayar
pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya
disampaikan kepada orang yang bertanggungan membayar amaun
yang kena dibayar itu, dikenakan surcaj yang bersamaan dengan
sepuluh peratus daripada baki itu dan surcaj itu hendaklah didapatkan
seolah-olah surcaj itu genap masa dan kena dibayar di bawah Akta
ini.
Pemulangan cukai perkhidmatan atau penalti yang terlebih
dibayar atau tersilap bayar
21. Adalah sah bagi Ketua Pengarah, jika dibuktikan sehingga
dia berpuas hati bahawa apa-apa cukai perkhidmatan atau penalti
telah terlebih dibayar atau tersilap dibayar di bawah Akta ini,
untuk memerintahkan pemulangan balik cukai perkhidmatan atau
penalti yang terlebih dibayar atau tersilap dibayar tertakluk kepada
apa-apa had yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan:
Dengan syarat bahawa--
(a) tiada pemulangan balik sedemikian boleh dibenarkan
melainkan jika suatu tuntutan berkenaan dengannya dibuat
dalam borang yang ditetapkan dalam masa satu tahun
selepas bayaran terlebih atau bayaran tersilap itu dibuat;
dan
(b) Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau sama sekali
tidak membenarkan apa-apa pemulangan balik yang kena
dibayar di bawah seksyen ini setakat yang pemulangan
balik itu akan dengan tidak adil mengayakan pihak yang
menuntut itu.
Pemotongan daripada penyata bagi cukai perkhidmatan yang
dipulangkan balik
21A. (1) Ketua Pengarah boleh meluluskan, tertakluk kepada apa-
apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, sesuatu permohonan
oleh mana-mana orang yang kena membayar cukai untuk memotong
dari semasa ke semasa daripada penyata cukainya yang disebut
dalam subseksyen 12(1) amaun cukai perkhidmatan yang telah
dibayar tetapi kemudiannya dipulangkan balik kepada pelanggannya
oleh sebab--
(a) pembatalan perkhidmatan yang kena dibayar cukai;
Cukai Perkhidmatan
31
(b) penamatan perkhidmatan yang kena dibayar cukai; atau
(c) apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(2) Orang yang kena membayar cukai itu hendaklah membuat
pemotongan yang disebut dalam subseksyen (1) dalam masa satu
tahun selepas pembayaran dibuat, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan
sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Bayaran balik hutang lapuk
21B. (1) Mana-mana orang yang merupakan orang kena cukai
atau yang tidak lagi menjadi orang kena cukai boleh membuat
suatu tuntutan kepada Ketua Pengarah supaya dibayar balik kesemua
atau mana-mana bahagian apa-apa cukai perkhidmatan yang dibayar
olehnya berkenaan dengan perkhidmatan yang kena dibayar cukai
jika--
(a) cukai perkhidmatan telah dibayar oleh orang itu pada
atau selepas 1 Januari 2003;
(b) kesemua atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan
yang kena dibayar kepada orang itu telah dihapus kira
dalam akaunnya sebagai hutang lapuk; dan
(c) Ketua Pengarah berpuas hati bahawa segala usaha yang
munasabah telah diambil oleh orang itu untuk mendapatkan
cukai perkhidmatan itu.
(2) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1)--
(a) tidak menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan
penyediaan perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu,
orang itu boleh membuat suatu tuntutan bagi kesemua
cukai perkhidmatan yang telah dibayar; atau
(b) telah menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan
penyediaan perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu,
orang itu boleh membuat tuntutan bagi perbezaan antara
cukai perkhidmatan yang telah dibayar dengan amaun
yang dihitung mengikut formula yang berikut:
A
x
C
B
di mana
A
ialah bayaran yang diterima berkenaan
dengan penyediaan perkhidmatan kena
cukai itu;
Undang-Undang Malaysia
32
AKTA 151
B
i a l a h nilai perkhidmatan yang kena
dibayar cukai campur cukai perkhidmatan
yang kena dibayar; dan
C
i a l a h cukai perkhidmatan yang kena
dibayar.
(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh membuat
tuntutan bagi bayaran balik dalam tempoh enam tahun dari tarikh
cukai perkhidmatan dibayar olehnya.
(4) Bagi maksud seksyen ini, "hutang lapuk" ertinya baki amaun
bayaran berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan yang kena
dibayar cukai termasuk cukai perkhidmatan yang kena dibayar
kepada orang itu tetapi belum dibayar kepada, dan tidak boleh
didapatkan oleh, orang itu.".
Pembayaran semula bayaran balik
21C. Jika bayaran balik cukai perkhidmatan telah dibuat di bawah
seksyen 21B oleh Ketua Pengarah kepada seseorang dan apa-apa
bayaran berkenaan dengan perkhidmatan yang kena dibayar cukai
yang baginya cukai perkhidmatan itu kena dibayar kemudiannya
diterima oleh orang itu, orang itu hendaklah membayar semula
kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang dihitung mengikut formula
yang berikut:
A
x
C
B
di mana
A
ialah bayaran yang diterima berkenaan
dengan penyediaan perkhidmatan kena
cukai itu;
B
i a l a h nilai perkhidmatan yang kena
dibayar cukai campur cukai perkhidmatan
yang kena dibayar; dan
C
i a l a h cukai perkhidmatan yang kena
dibayar.
Cukai Perkhidmatan
33
Peremitan
22. Menteri boleh, jika difikirkannya adalah adil dan saksama
untuk berbuat demikian, dan tertakluk kepada apa-apa syarat
sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, meremit kesemua
atau sesuatu bahagian daripada apa-apa cukai perkhidmatan atau
wang lain yang genap masanya dan kena dibayar di bawah Akta
ini, atau kesemua atau sesuatu bahagian daripada apa-apa penalti
yang kena dibayar di bawah peruntukan seksyen 16.
BAHAGIAN VI
PEMERIKSAAN, PENGGELEDAHAN, PENYITAAN
DAN PENANGKAPAN
Orang yang terikat untuk memberikan maklumat
23. (1) Tiap-tiap orang yang mempunyai maklumat tentang apa-
apa perkara yang mengenainya adalah menjadi kewajipan pegawai
yang berpatutan untuk menyiasat hendaklah, apabila dikehendaki
olehnya untuk berbuat demikian, memberikan maklumat itu.
( 2 ) T i a p - t i a p orang yang dikehendaki oleh pegawai yang
berpatutan untuk mengemukakan sesuatu dokumen atau benda lain
yang adalah dalam kuasa orang itu untuk mengemukakannya, dan
yang merupakan suatu dokumen atau benda yang dikehendaki di
bawah Akta ini atau suatu dokumen atau benda yang digunakan
dalam mana-mana transaksi yang berhubungan dengan cukai
perkhidmatan atau suatu dokumen atau benda yang mengenainya
adalah menjadi kewajipan pegawai yang berpatutan untuk menyiasat
di bawah Akta ini, hendaklah mengemukakan dokumen atau benda
itu.
Akses kepada bangunan, tempat, buku, dll.
24. (1) Seseorang pegawai yang berpatutan hendaklah bagi maksud
Akta ini pada setiap masa mempunyai akses yang penuh dan bebas
kepada semua bangunan, tempat, buku, data, dokumen dan rekod
lain bagi maksud memastikan amaun cukai perkhidmatan yang
menjadi kena dibayar oleh mana-mana orang di bawah Akta ini,
dan boleh, tanpa membayar apa-apa bayaran atau upah, memeriksa,
menyalin atau membuat cabutan daripada mana-mana buku, data,
dokumen atau rekod lain itu.
Undang-Undang Malaysia
34
AKTA 151
(2) Seseorang pegawai yang berkenaan boleh mengambil milik
mana-mana buku, data, dokumen atau rekod lain itu jika pada
pendapatnya--
(a) kerja memeriksa, menyalin atau membuat cabutan buku,
data, dokumen atau rekod lain itu tidak boleh dilakukan
dengan cara yang berpatutan tanpa mengambil milik buku,
data, dokumen atau rekod lain itu;
(b) buku, data, dokumen atau rekod lain itu boleh diganggu
atau dibinasakan jika buku, data, dokumen atau rekod
lain itu tidak diambil milik; atau
(c) buku, data, dokumen atau rekod lain itu mungkin
dikehendaki sebagai keterangan dalam prosiding bagi
sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau dalam prosiding
bagi mendapatkan cukai perkhidmatan, penalti, surcaj
atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini.
(3) (Dipotong oleh Akta A1111).
(4) (Dipotong oleh Akta A1111).
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah
2 5 . ( 1 ) A p a b i l a ternyata pada seseorang Majistret, daripada
maklumat bertulis yang diberikan dengan sumpah dan selepas siasatan
yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk
mempercayai bahawa di dalam sesuatu rumah kediaman, kedai
atau bangunan lain atau tempat atau di dalam sesuatu vesel atau
pesawat udara, ada disembunyikan atau disimpan apa-apa buku,
dokumen atau benda yang mungkin memberikan keterangan sesuatu
kesalahan terhadap Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan
suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai
yang berpatutan yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila
masa dan dengan tanpa pertolongan untuk memasuki rumah kediaman,
kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau pesawat udara itu dan
menggeledah untuk mencari dan menyita buku, dokumen atau
benda itu.
(2) Pegawai yang diberi kuasa mengikut subseksyen (1), boleh,
jika perlu membuat sedemikian--
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam rumah
kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat atau vesel
atau pesawat udara dan memasuki tiap-tiap bahagiannya,
jika perlu, secara paksa;
Cukai Perkhidmatan
35
(b) memindahkan secara paksa apa-apa galangan terhadap
kemasukan, penggeledahan atau penyitaan itu sebagaimana
yang dia diberi kuasa untuk melakukannya;
(c) menahan tiap-tiap orang yang terdapat di dalam rumah
kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau
pesawat udara itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Bila penggeledahan boleh dibuat tanpa waran
26. Apabila ternyata pada pegawai kanan kastam bahawa ada
sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam sesuatu
rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, atau tempat, atau di
dalam apa-apa vesel atau pesawat udara, ada disembunyikan atau
disimpan apa-apa buku, dokumen atau benda yang mungkin
memberikan keterangan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini, dan
jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai
bahawa oleh kerana kelewatan dalam memperoleh sesuatu waran
geledah, buku, dokumen atau benda itu mungkin dipindahkan, dia
boleh menjalankan dalam, ke atas dan berkenaan dengan rumah
kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau pesawat
udara itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 25 seolah-olah
dia diberi kuasa untuk berbuat demikian melalui suatu waran yang
dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer
26A. (1) Mana-mana pegawai yang berkenaan yang menjalankan
kuasanya di bawah seksyen 24, 25 dan 26 hendaklah diberi akses
kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer, sama
ada disimpan dalam komputer atau selainnya.
(2) Sebagai tambahan, seseoramg pegawai yang berkenaan yang
menjalankan kuasanya di bawah seksyen 24, 25 dan 26--
(a) boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa
komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan
y a n g dia mempunyai sebab yang munasabah untuk
mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan
dengan maklumat atau data itu; dan
Undang-Undang Malaysia
36
AKTA 151
(b) boleh menghendaki--
(i) orang yang pegawai yang berpatutan itu mempunyai
s e b a b yang munasabah untuk mengesyaki
menggunakan atau telah menggunakan komputer
itu atau yang bagi pihaknya komputer itu digunakan
atau telah digunakan sedemikian; atau
(ii) orang yang menjaga, atau selainnya terlibat dalam,
pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu,
supaya memberinya bantuan yang munasabah sebagaimana yang
dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
(3) Bagi maksud subseksyen (1), "akses" termasuklah diberi
kata laluan, kod penyulitan,
|