UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 132
AKTA CUKAI PENDAPATAN
(CARUMAN DAN PEMBAYARAN
BALIK STOK PENIMBAL
TIMAH) 1974
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
Undang-Undang Malaysia
2
AKTA 132
AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN
PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL
TIMAH) 1974
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
...
5 Jun 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
...
13 Jun 1974
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 1995
Cetakan Semula Yang Kedua
... ... ... ... 2000
Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran
3
Balik Stok Penimbal Timah)
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 132
AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN
PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL
TIMAH) 1974
SUSUNAN SEKSYEN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas dan kuat kuasa
2.
Tafsiran
3.
Pilihan mengenai pengiraan caruman bagi maksud cukai
4.
Pengiraan caruman bagi maksud cukai jika ada pilihan
5.
Pengiraan pembayaran balik bagi maksud cukai jika tiada pilihan
6.
Peremitan cukai
Undang-Undang Malaysia
4
AKTA 132
Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran
5
Balik Stok Penimbal Timah)
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 132
AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN
PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL
TIMAH) 1974
Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk pengiraan caruman
dan pembayaran balik di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Timah
(Stok Penimbal) 1972 bagi maksud cukai pendapatan.
[14 Jun 1974]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas dan kuat kuasa
1 . ( 1 ) A k t a ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Pendapatan
(Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974.
(2) Akta ini hendaklah disifatkan telah berkuat kuasa dari tahun
taksiran 1973.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain--
"caruman" berkenaan dengan seseorang pencarum, ertinya sesuatu
caruman yang dia dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Kawalan
Timah (Stok Penimbal) 1972 [P.U. (A) 64/1972] (dalam Akta ini
d i s e b u t Peraturan-Peraturan itu) supaya membayarnya, dan
termasuklah suatu caruman di bawah Peraturan-Peraturan itu yang
ditanggung olehnya dengan potongan daripada harga yang dibayar
kepadanya, dan sebutan mengenai caruman yang dibayar hendaklah
ditafsirkan seperti itu juga;
Undang-Undang Malaysia
6
AKTA 132
"cukai pendapatan" ertinya cukai pendapatan yang dikenakan
oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] (dalam Akta ini disebut
Akta Cukai Pendapatan);
"pembayaran balik" ertinya suatu jumlah wang yang dibayar
balik di bawah peraturan 26 Peraturan-Peraturan itu;
"pencarum" ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai seorang
p e n c a r u m di bawah peraturan 7 Peraturan-Peraturan itu dan
termasuklah mana-mana orang lain yang membuktikan dengan
memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia telah membayar atau
menanggung caruman di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan;
"perakuan carum" ertinya Perakuan Syer Stok Penimbal yang
dikeluarkan di bawah peraturan 24 Peraturan-Peraturan itu.
(2) Perkataan dan ungkapan yang ditakrifkan dalam mana-mana
peruntukan Akta Cukai Pendapatan itu hendaklah mempunyai erti
yang ditakrifkan itu jika digunakan dalam Akta ini melainkan jika
konteksnya menghendaki makna yang lain.
Pilihan mengenai pengiraan caruman bagi maksud cukai
3. (1) Seseorang pencaruman boleh dengan notis secara bertulis
kepada Ketua Pengarah memilih supaya caruman yang dibayar
olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam
menjalankan sesuatu perniagaannya yang termasuk mengerjakan
s e s u a t u lombong dibenarkan sebagai suatu potongan dalam
menentukan pendapatannya daripada perniagaan itu bagi maksud
cukai pendapatan.
(2) Sesuatu pilihan di bawah seksyen ini tidak sah jika dibuat
selepas 31 Disember 1974.
(3) Sesuatu pilihan di bawah seksyen ini tidak boleh dibatalkan.
Pengiraan caruman bagi maksud cukai jika ada pilihan
4. (1) Jika seorang pencarum (dalam seksyen ini disebut pencarum
yang berkenaan) telah membuat suatu pilihan di bawah seksyen 3
berhubung dengan caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih
padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan sesuatu
Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran
7
Balik Stok Penimbal Timah)
perniagaannya (dalam seksyen ini disebut perniagaan yang berkenaan)
yang termasuk mengerjakan sesuatu lombong, peruntukan yang
berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa.
(2) Jika bagi sesuatu tahun taksiran (dalam seksyen ini disebut
tahun yang berkenaan) pencarum yang berkenaan mempunyai
pendapatan statutori (dalam subseksyen ini disebut pendapatan
statutori yang berkenaan) daripada perniagaan yang berkenaan
yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan--
(a) jika amaun pendapatan statutori yang berkenaan itu melebihi
amaun caruman (kemudian daripada ini dalam seksyen
ini disebut caruman yang berkenaan) yang dibayar olehnya
dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan itu mengenai
bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan
perniagaan yang berkenaan itu, lebihan itu hendaklah
disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada
perniagaan yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta
Cukai Pendapatan;
(b) jika amaun pendapatan statutori yang berkenaan itu sama
banyaknya dengan amaun caruman yang berkenaan, dia
hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan
statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun
yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai
Pendapatan;
(c) jika amaun caruman yang berkenaan melebihi amaun
pendapatan statutori yang berkenaan, dia hendaklah
disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori
daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang
berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan
dan lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerugian
larasan yang ditanggung olehnya daripada perniagaan
yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta Cukai
Pendapatan.
(3) Jika bagi, tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan
tidak mempunyai pendapatan statutori yang ditentukan di bawah
seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan, daripada perniagaan yang
berkenaan--
(a) jika ada apa-apa kerugian larasan yang ditanggung olehnya
d a l a m tahun sebelum tahun yang berkenaan dalam
p e r n i a g a a n yang berkenaan, amaun caruman yang
Undang-Undang Malaysia
8
AKTA 132
berkenaan hendaklah dicampurkan kepada amaun kerugian
larasan itu dan amaun agregat itu hendaklah disifatkan
sebagai kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam
tahun sebelum tahun yang berkenaan dalam perniagaan
yang berkenaan, bagi maksud subseksyen 44(2) Akta
Cukai Pendapatan;
(b) bagi sesuatu hal lain, amaun caruman yang berkenaan itu
hendaklah disifatkan sebagai suatu kerugian larasan yang
ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan
dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud
subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan.
(4) Jika bagi tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan
mempunyai pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan,
yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan,
amaun bayaran balik (dalam seksyen ini disebut bayaran balik
yang berkenaan) yang dibuat kepadanya dalam tahun sebelum
tahun yang berkenaan mengenai apa-apa caruman yang dibayar
olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam
menjalankan perniagaan yang berkenaan, hendaklah dicampurkan
kepada amaun pendapatan statutori itu dan amaun agregatnya
hendaklah dikira sebagai amaun pendapatan statutorinya bagi tahun
yang berkenaan daripada perniagaan yang berkenaan, bagi maksud
seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan.
(5) Jika bagi tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan
tidak mempunyai pendapatan statutori daripada perniagaan yang
berkenaan, yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai
Pendapatan--
(a) jika tidak ada kerugian larasan yang ditanggung olehnya
dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum
tahun yang berkenaan, amaun bayaran balik yang berkenaan
hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya
daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang
berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan;
(b) jika ada sesuatu kerugian larasan--
(i) jika amaun bayaran balik yang berkenaan melebihi
a m a u n kerugian larasan tersebut, lebihan itu
hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan
statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan
b a g i tahun yang berkenaan, bagi maksud
seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan;
Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran
9
Balik Stok Penimbal Timah)
(ii) jika amaun bayaran balik yang berkenaan adalah
sama banyaknya dengan amaun kerugian larasan
tersebut, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai
apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan
yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi
maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan;
(iii) jika amaun kerugian larasan tersebut melebihi amaun
bayaran balik yang berkenaan, lebihan itu hendaklah
disifatkan sebagai amaun kerugian larasan yang
d i t a n g g u n g olehnya dalam peniagaan yang
b e r k e n a a n dalam tahun sebelum tahun yang
berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta
Cukai Pendapatan.
(6) Jika sekiranya sesuatu bayaran balik (dalam seksyen ini
disebut bayaran balik lewat) mengenai mana-mana caruman yang
dibayar oleh pencarum yang berkenaan mengenai bijih padat timah
yang dijual olehnya dalam menjalankan peniagaan yang berkenaan
dibuat selepas peniagaan yang berkenaan tidak lagi dijalankan,
bayaran balik lewat itu hendaklah dikira bagi maksud subseksyen
(4) dan (5) sebagai telah dibuat dalam tahun sebelum tahun taksiran
yang akhir bagi penaksiran pendapatan daripada perniagaan yang
berkenaan, dan sebagai suatu amaun yang sama banyaknya dengan
amaun bayaran balik yang sebenar:
Dengan syarat bahawa--
(a) sementara menanti penetapan amaun bayaran balik lewat
atau amaun agregat bayaran balik lewat itu, pencarum
yang berkenaan bolehlah disifatkan bagi maksud subseksyen
ini sebagai telah menerima bayaran balik lewat yang
amaun agregatnya sama banyak dengan amaun agregat
semua caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih
p a d a t timah yang dijual olehya dalam menjalankan
perniagaan yang berkenaan, ditolak amaun semua bayaran
balik yang dibuat kepadanya sebelum peniagaan yang
berkenaan itu tidak lagi dijalankan, mengenai apa-apa
caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah
yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang
berkenaan itu;
(b) jika pencarum yang berkenaan disifatkan sebagaimana
yang dinyatakan dalam perenggan (a) proviso ini apabila
Undang-Undang Malaysia
10
AKTA 132
ditetapkan amaun sebenar bayaran balik lewat itu atau
amaun agregat bayaran balik lewat itu--
(i) jika amaun cukai pendapatan yang ditaksirkan
mengikut perenggan itu adalah kurang daripada
amaun cukai pendapatan yang sepatutnya telah
ditaksirkan jika amaun sebenar bayaran balik lewat
atau amaun agregat bayaran balik lewat itu telah
ditetapkan, suatu penaksiran tambahan hendaklah
dibuat dengan sewajarnya;
(ii) jika amaun cukai pendapatan yang ditaksirkan
mengikut perenggan itu melebihi amaun cukai
pendapatan yang sepatutnya telah ditaksirkan jika
amaun sebenar bayaran balik lewat atau amaun
agregat bayaran balik lewat itu telah ditetapkan,
penaksiran itu hendaklah dikurangkan sebanyak
suatu jumlah wang sama banyak dengan amaun
lebihan itu.
(7) Hak untuk menerima sesuatu bayaran balik mengenai mana-
mana caruman yang dibayar oleh pencarum yang berkenaan mengenai
bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan
yang berkenaan tidak boleh diserahakkan kecuali dengan persetujuan
Ketua Pengarah.
(8) Pencarum yang berkenaan hendaklah menyerahkan perakuan
carumannya kepada Ketua Pengarah untuk dihantar kepada Akauntan
Negara.
Pengiraan pembayaran balik bagi maksud cukai jika tiada
pilihan
5. Jika seseorang pencarum tidak membuat suatu pilihan di bawah
seksyen 3 berhubung dengan caruman yang dibayar olehnya mengenai
bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan sesuatu
perniagaannya yang termasuk mengerjakan suatu lombong, sesuatu
bayaran balik yang dibuat berkenaan dengan caruman itu hendaklah
dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Peremitan Cukai
6. (1) Apa-apa bahagian cukai yang dikira di bawah seksyen 4
dan yang kena dibayar oleh pencarum itu boleh diremitkan oleh
Ketua Pengarah atas alasan keadilan dan ekuiti.
Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran
11
Balik Stok Penimbal Timah)
(2) Jika peremitan di bawah subseksyen (1) telah diberikan
kepada seseorang pencarum, dan pencarum itu telah membayar
mana-mana cukai yang berkenaan dengan peremitan itu maka dia
adalah berhak mendapat amaun yang telah dibayar itu dipulangkan
balik kepadanya seolah-olah amaun itu ialah suatu bayaran berlebihan
yang baginya seksyen 111 Akta Cukai Pendapatan terpakai.
Undang-Undang Malaysia
12
AKTA 132
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 132
AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN
PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL
TIMAH) 1974
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa
yang meminda
dari
-TIADA-
Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran
13
Balik Stok Penimbal Timah)
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 132
AKTA CUKAI PENDAPATAN (CARUMAN DAN
PEMBAYARAN BALIK STOK PENIMBAL
TIMAH) 1974
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
dari
-TIADA-
v