|
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 82
AKTA KESELAMATAN DALAM
NEGERI 1960
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Internal Security Act 1960.
Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
Undang-Undang Malaysia
2
AKTA 82
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960
Pertama kali diperbuat ... ... ...
1960 (Akta No. 18 tahun
1960)
Disemak ... ... ... ... ... ... ...
1972 (Akta 82 m.b.p.
1 Ogos 1972)
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama
1994
... ... ......
Cetakan Semula Yang Kedua
1999
... ... ......
3
Keselamatan Dalam Negeri
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 82
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas
2.
Tafsiran
BAHAGIAN II
PERUNTUKAN AM YANG BERHUBUNGAN DENGAN
KESELAMATAN DALAM NEGERI
BAB I
Larangan ke atas Organisasi dan Persatuan
yang Bersifat Politik atau Kuasi-Tentera dan
Pakaian Seragam, dsb.
Larangan mengenai pakaian seragam organisasi politik atau kuasi-tentera
3.
4.
Penalti
5.
Larangan mengenai organisasi kuasi-tentera
6.
Melatih tubi dengan menyalahi undang-undang
7.
Larangan mengenai pakaian seragam, lambang, dsb.
BAB II
Kuasa mengenai Tahanan Pencegahan
8.
Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang
8A. Perintah tahanan tidak menjadi tidak sah atau tidak berkuat kuasa atas
alasan tertentu
Undang-Undang Malaysia
4
AKTA 82
Seksyen
8B. Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan
Agong dan Menteri
8C. Tafsiran "kajian semula kehakiman"
8D. Permulaan kuat kuasa seksyen 8B dan 8C
(Dipotong)
9.
10.
Penggantungan perintah tahanan
11.
Representasi terhadap perintah tahanan
12.
Laporan Lembaga Penasihat
13.
Kajian semula
14.
Kuasa untuk memanggil saksi
15.
Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam
16.
Pendedahan maklumat
17.
Kuasa untuk memerintahkan pemindahan
18.
Kuasa untuk mengarahkan pengemukaan orang yang ditahan
19.
Penguatkuasaan waran, dsb., yang dibuat di Singapura
20.
Penguatkuasaan perintah yang dikeluarkan di Singapura
21.
Kecualian berkenaan dengan pendakwaan orang yang ditahan
BAB III
Kuasa Khas yang Berhubungan dengan
Penerbitan Subversif, dsb.
22.
Larangan mengenai pencetakan, penjualan dsb., dokumen dan penerbitan
23.
Bantahan terhadap perintah di bawah seksyen 22
24.
Pencetakan, penerbitan, dsb., yang berlanggaran dengan perintah
di bawah seksyen 22
25.
Pemilikan dokumen, dsb., yang berlanggaran dengan perintah di bawah
seksyen 22
26.
Pengimportan yang berlanggaran dengan perintah di bawah seksyen 22
27.
Mengeposkan pelekat, dsb.
28.
Penyebaran laporan palsu
5
Keselamatan Dalam Negeri
Seksyen
29.
Pemilikan dokumen subversif
30.
Kuasa menggeledah dan menyita dokumen
31.
Pelupusan dokumen subversif, dsb.
BAB IV
Kawalan mengenai Keraian dan Pameran
32.
Kuasa untuk menghendaki maklumat
33.
Kuasa untuk mengenakan syarat
34.
Penaja, dsb., hendaklah hadir di tempat keraian atau pameran
35.
Kuasa untuk melarang keraian atau pameran tertentu
36.
Kuasa kemasukan dan penyiasatan
37.
Penggeledahan
38.
Kuasa penyitaan
39.
Kuasa penutupan
40.
Liabiliti prinsipal bagi perbuatan pekhidmat
41.
Kesalahan lain terhadap Bab ini dan pensubahatan
BAB V
Kuasa lain bagi Pencegahan Subversif
41A. Kuasa yang berhubungan dengan pelantikan
41B. Kuasa untuk menutup sekolah atau institusi pendidikan
41C. Kawalan terhadap penerimaan masuk ke institusi pendidikan tinggi
42.
Kuasa berhubung dengan murid, dsb., yang melawat Malaysia
BAB VI
Pelbagai
43.
Cubaan untuk melakukan kesalahan dan membantu pesalah
44.
Kesalahan lain di bawah Bahagian ini dan pensubahatan
Undang-Undang Malaysia
6
AKTA 82
Seksyen
44A. Penalti am di bawah Bahagian ini
45.
Penangkapan
46.
Penguatkuasaan bon
BAHAGIAN III
PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN
KAWASAN KESELAMATAN
BAB I
Proklamasi Kawasan Keselamatan
47.
Proklamasi kawasan keselamatan
BAB II
Kuasa yang Berhubungan dengan Pemeliharaan
Keselamatan Awam
48.
Kawasan bahaya
49.
Kawasan terkawal
50.
Tempat terkawal
51.
Penahanan masuk orang
52.
Perintah berkurung
53.
Kuasa untuk mengambil milik tanah atau bangunan
54.
Kuasa untuk memerintahkan pemusnahan bangunan tidak diduduki tertentu
55.
Kuasa untuk mengawal jalan, dsb.
56.
Kuasa untuk menyita beras dan makanan lain
BAB III
Kesalahan yang Berhubungan dengan
Kawasan Keselamatan
57.
Kesalahan yang berhubungan dengan senjata api, amunisi dan bahan
letupan
58.
Berdamping dengan orang yang membawa atau memiliki senjata atau
bahan letupan
59.
Bekalan
7
Keselamatan Dalam Negeri
Seksyen
60.
Kegagalan untuk melaporkan kesalahan atau untuk memberikan maklumat
61.
Cubaan untuk melakukan kesalahan
62.
Membantu pesalah
63.
Kesalahan lain di bawah Bahagian ini dan pensubahatan
63A. Penalti am di bawah Bahagian ini
BAB IV
Kuasa Polis dan Orang Lain
64.
Penangkapan
65.
Kuasa menggeledah
66.
Kuasa untuk mengetepikan inkues, dsb.
67.
Pegawai perubatan angkatan tentera hendaklah dianggap sebagai pegawai
perubatan Kerajaan bagi maksud siasatan
BAB V
Am
68.
Pampasan
69.
Pemakaian seksyen 94 Kanun Keseksaan
70.
Peluasan hak pertahanan persendirian
BAB VI
Kuasa untuk membuat Peraturan-Peraturan
71.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
BAHAGIAN IV
PERUNTUKAN PELBAGAI
72.
Kebolehtangkapan dan kebolehjaminan kesalahan
73.
Kuasa untuk menahan orang yang disyaki
Undang-Undang Malaysia
8
AKTA 82
Seksyen
74.
Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan
75.
Penerimaan pernyataan sebagai keterangan
76.
Pemeriksaan buku jurubank
77.
Pelupusan harta
78.
Pendaftaran orang yang ditangkap atau ditahan
79.
Bidang kuasa mahkamah
80.
Sekatan ke atas pendakwaan
81.
Publisiti perintah
82.
Kecualian
83.
Pindaan, dsb., kepada Jadual
(Ditinggalkan)
84.
85.
Peruntukan peralihan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
JADUAL KETIGA
9
Keselamatan Dalam Negeri
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 82
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam
negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif,
penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di
dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang
bersampingan dengannya.
[Semenanjung Malaysia--1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960;
Sabah, Sarawak*--16 September 1963, L.N. 232/1963]
BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya
diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia--
(1) untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan
besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap
orang dan harta; dan
(2) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang
sah, Kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut
undang-undang;
DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang
dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;
DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau
dicegah tindakan itu;
Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960.
* C A T A T A N-- P e n g u b a h s u a i a n kepada Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa pada
16-04-1984lihat P.U. (A) 198/1985.
Undang-Undang Malaysia
10
AKTA 82
Tafsiran
2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain--
"amunisi" ertinya amunisi bagi mana-mana senjata api sebagaimana
yang ditakrifkan kemudian daripada ini dan termasuklah grenad,
b o m dan misil serupa yang lain sama ada boleh digunakan
dengan senjata api sedemikian atau tidak dan apa-apa amunisi
y a n g mengandungi atau direka bentuk atau disesuaikan
supaya mengandungi apa-apa cecair, gas atau benda lain yang
berbahaya;
"angkatan keselamatan" termasuklah Polis Diraja Malaysia,
Pasukan Simpanan Polis Sukarela, Polis Tambahan, orang yang
ditauliah atau dilantik di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Pasukan
Polis Khas) 1948 [P.W. 1694 tahun 1948] angkatan bersenjata,
mana-mana angkatan tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-
mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, dan
mana-mana angkatan yang merupakan angkatan pelawat bagi maksud
Bahagian I Akta Angkatan Pelawat 1960 [Akta 432], dan yang
berkenaan dengannya segala atau mana-mana kuasa yang boleh
dijalankan oleh angkatan bersenjata atau anggotanya di bawah
Akta ini telah dijadikan boleh dijalankan melalui suatu perintah
yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang sedemikian;
"bahan letupan" hendaklah mempunyai erti yang diberikan
kepadanya dalam Akta Bahan Letupan 1957 [Akta 207], dan
termasuklah apa-apa bahan yang disifatkan sebagai bahan letupan
di bawah Akta itu;
"bekalan" termasuklah amunisi, bahan letupan, senjata api, wang,
makanan, minuman, pakaian, ubat, dadah dan apa-apa jua pun
storan, peralatan, komoditi, barang atau benda lain;
"Daerah Polis" mempunyai erti yang sama seperti "daerah polis"
dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
"dokumen" termasuklah apa-apa bahan yang di atasnya dicatatkan
apa-apa perkara, sama ada dengan huruf, angka, tanda, rupaan
gambar atau rupaan lain, atau dengan lebih daripada satu cara
sedemikian;
11
Keselamatan Dalam Negeri
"jalan raya awam" ertinya mana-mana lebuh raya awam atau
mana-mana jalan raya yang ke atasnya orang awam mempunyai
hak lalu-lalang atau diberikan akses, dan termasuklah setiap jalan
raya, jalan, jambatan, laluan, lorong kaki atau medan yang ke
atasnya orang awam mempunyai hak lalu-lalang atau diberikan
akses;
"kawasan bahaya" ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan
sebagai kawasan bahaya di bawah seksyen 48;
" k a w a s a n keselamatan" ertinya mana-mana kawasan yang
berkenaan dengannya suatu proklamasi di bawah seksyen 47 sedang
berkuat kuasa;
"kawasan terkawal" ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan
sebagai kawasan terkawal di bawah seksyen 49;
"keraian" ertinya apa-apa permainan, sukan, lipur, konsert atau
apa-apa jenis hiburan yang kepadanya orang awam mempunyai
atau dicadangkan mempunyai akses dan yang dalamnya orang
awam boleh atau tidak boleh mengambil bahagian, sama ada dengan
bayaran atau selainnya;
"kesalahan terhadap Akta ini" termasuklah sesuatu kesalahan
terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71;
"Ketua Pegawai Polis" termasuklah seorang Timbalan Ketua
Pegawai Polis dan mana-mana pegawai polis yang pada masa ini
d i b e r i kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa itu dan
melaksanakan tugas yang diberikan atau dikenakan ke atas seorang
Ketua Pegawai Polis oleh Akta ini dan dalam pemakaian Akta ini
bagi Sabah dan Sarawak, sebutan mengenai Ketua Pegawai Polis
hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Penguasa Polis
Bahagian;
"Ketua Polis" ertinya Ketua Polis Negara dan berhubung dengan
Sabah dan Sarawak, termasuklah Pesuruhjaya yang mengawal anggota
Polis Diraja Malaysia dalam setiap Negeri itu;
Undang-Undang Malaysia
12
AKTA 82
"Lembaga Penasihat" ertinya lembaga penasihat yang ditubuhkan
di bawah Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan;
"pameran" termasuklah tiap-tiap pertunjukan barangan, buku,
gambar, filem atau artikel yang kepadanya orang awam mempunyai
atau dicadangkan mempunyai akses, sama ada dengan bayaran
atau selainnya;
"pegawai polis" termasuklah seorang pegawai polis simpanan,
seorang pegawai polis tambahan dan seorang pegawai polis khas
yang dilantik mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang
sedang berkuat kuasa;
"penaja" dalam hal sesuatu keraian atau pameran yang ditaja
oleh sesuatu pertubuhan, termasuklah setiausaha dan pegawai
pertubuhan itu, dan dalam hal sesuatu pertubuhan yang dikelolakan
atau mempunyai ibu pejabatnya di luar Malaysia, pegawai pertubuhan
itu yang berada di Malaysia;
"penerbitan" termasuklah segala bahan bertulis, bergambar atau
bercetak, dan semua benda daripada jenis yang serupa dengan
bahan bertulis atau bercetak, sama ada atau tidak mengandungi
apa-apa rupaan nyata, atau yang dengan rupanya, bentuknya, atau
dengan apa-apa cara lain boleh membayangkan perkataan atau
idea, dan setiap salinan, terjemahan dan cetakan ulangan atau
sebahagian besar terjemahan atau cetakan ulangan sebahagian atau
keseluruhan sesuatu penerbitan;
" p e n e r b i t a n berkala" termasuklah setiap penerbitan yang
dikeluarkan secara berkala atau mengikut bahagian atau bilangan
pada lat tempoh, sama ada tetap atau tidak tetap;
"pengganas" ertinya mana-mana orang yang--
(a) dengan menggunakan senjata api, bahan letupan atau
a m u n i s i bertindak dengan cara yang memudaratkan
keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam
atau mengapikan keganasan atau mengesyorkan keingkaran
undang-undang atau mana-mana perintah yang sah;
13
Keselamatan Dalam Negeri
(b) membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah
kawalannya apa-apa senjata api, amunisi atau bahan letupan
tanpa kuasa yang sah baginya; atau
(c) menuntut, memungut atau menerima apa-apa bekalan untuk
digunakan oleh mana-mana orang yang bercadang hendak
atau yang hampir bertindak, atau baru-baru ini telah
bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan
awam atau penyenggaraan ketenteraman awam;
"senjata api" ertinya apa-apa jenis senjata maut berlaras yang
daripadanya apa-apa letusan, peluru atau misil lain boleh dilepaskan
atau yang boleh disesuaikan untuk melepaskan apa-apa letusan,
peluru atau misil lain yang sedemikian dan apa-apa senjata daripada
apa jua pun perihalan yang direka bentuk atau disesuaikan bagi
melepaskan apa-apa cecair, gas atau benda lain yang berbahaya
dan termasuklah apa-apa bahagian komponen mana-mana senjata
yang disebut terdahulu;
"tempat awam" termasuklah mana-mana lebuh raya, jalan awam,
jalan raya awam, taman atau taman bunga awam, mana-mana pantai
laut, terusan air, jambatan awam, lorong, lorong kaki, medan,
halaman, jalan kecil atau laluan, sama ada jalan tembus atau tidak,
mana-mana tanah bukan beri hakmilik, mana-mana estet getah,
mana-mana ladang, mana-mana tanah yang diberi hakmilik bagi
maksud pertanian atau perlombongan, mana-mana teater atau tempat
keraian awam daripada apa-apa jenis atau tempat tumpuan umum
yang lain yang dikenakan bayaran untuk masuk atau yang kepadanya
orang awam mempunyai akses, dan mana-mana kawasan lapang
yang kepadanya orang awam telah mempunyai akses atau dibenarkan
mendapat akses pada masa ini, sama ada dengan bayaran atau
sebaliknya;
"tempat terkawal" ertinya mana-mana tempat atau premis yang
berhubungan dengannya suatu perintah yang dibuat di bawah
seksyen 50 sedang berkuat kuasa;
"tuan punya" termasuklah pemunya, penyewa atau orang lain
yang memiliki atau mengawal premis dan mana-mana orang yang
menerima bayaran bagi penggunaan premis.
Undang-Undang Malaysia
14
AKTA 82
BAHAGIAN II
PERUNTUKAN AM YANG BERHUBUNGAN DENGAN
KESELAMATAN DALAM NEGERI
BAB I
Larangan ke atas Organisasi dan Persatuan yang Bersifat
Politik atau Kuasi-Tentera dan Pakaian Seragam, dsb.
Larangan mengenai pakaian seragam organisasi politik atau
kuasi-tentera
3. Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah melarang
pemakaian di tempat awam atau di perjumpaan atau perhimpunan
yang kepadanya orang awam atau mana-mana bahagian orang awam
mempunyai akses--
(a) apa-apa pakaian seragam atau pakaian yang menandakan
perhubungan dengan mana-mana organisasi politik atau
pemajuan apa-apa tujuan politik; atau
(b) apa-apa pakaian seragam, pakaian atau lambang oleh
anggota atau penyokong mana-mana organisasi atau
persatuan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam perintah
itu, sama ada diperbadankan atau tidak--
(i) apabila, pada pendapat Menteri, anggota organisasi
atau persatuan itu dikelolakan atau dilatih atau
dilengkapkan bagi maksud membolehkan mereka
digunakan untuk merampas fungsi polis atau angkatan
bersenjata; atau
(ii) apabila, pada pendapat Menteri, anggota organisasi
atau persatuan itu dikelolakan atau dilatih atau
dilengkapkan bagi maksud membolehkan mereka
d i g u n a k a n bagi melakukan atau menunjukkan
kekerasan fizikal dalam memajukan apa-apa tujuan
politik atau tujuan lain atau dengan apa-apa cara
yang membangkitkan kebimbangan yang munasabah
bahawa mereka telah dikelolakan atau dilatih atau
dilengkapkan bagi maksud itu.
15
Keselamatan Dalam Negeri
Penalti
4. Tiap-tiap orang yang memakai apa-apa pakaian seragam, pakaian
atau lambang yang dilarang berlanggaran dengan suatu perintah
yang dibuat di bawah seksyen 3 melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya.
Larangan mengenai organisasi kuasi-tentera
5. (1) Jika anggota atau penyokong mana-mana persatuan orang,
sama ada diperbadankan atau tidak--
(a) dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan bagi maksud
membolehkan mereka digunakan untuk merampas fungsi
polis atau angkatan bersenjata; atau
(b) dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan sama ada bagi
maksud membolehkan mereka digunakan bagi melakukan
atau menunjukkan kekerasan fizikal dalam memajukan
apa-apa tujuan politik atau tujuan lain, atau dengan apa-
a p a cara yang membangkitkan kebimbangan yang
munasabah bahawa mereka telah dikelolakan atau dilatih
atau dilengkapkan bagi maksud itu,
maka tiap-tiap anggota atau penyokong persatuan itu melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya; dan mana-mana orang yang memajukan
atau berkomplot dengan seorang lain untuk memajukan, atau yang
mengambil bahagian dalam pengawalan atau pengurusan, persatuan
itu, atau dalam mengelolakan atau melatih mana-mana anggota
atau penyokong persatuan itu sedemikian sebagaimana yang disebut
terdahulu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
Dengan syarat bahawa dalam mana-mana prosiding terhadap
mana-mana orang yang dipertuduh dengan kesalahan mengambil
bahagian dalam pengawalan atau pengurusan sesuatu persatuan
Undang-Undang Malaysia
16
AKTA 82
sebagaimana yang disebut terdahulu hendaklah menjadi pembelaan
kepada pertuduhan itu untuk membuktikan bahawa dia tidak
mempersetujui dan tidak membiarkan pengelolaan, latihan atau
perlengkapan mana-mana anggota atau penyokong persatuan itu
berlanggaran dengan seksyen ini.
(2) Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah seksyen
ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya.
(3) Jika atas permohonan yang dibuat oleh atau bagi pihak
Pendakwa Raya ternyata pada Mahkamah Tinggi bahawa mana-
m a n a persatuan ialah suatu persatuan yang anggota atau
penyokongnya dikelolakan, dilatih atau dilengkapkan berlanggaran
dengan seksyen ini, Mahkamah boleh--
(a) membuat apa-apa perintah yang didapatinya perlu untuk
mencegah apa-apa pelupusan harta yang dipegang oleh
atau untuk persatuan itu tanpa kebenaran Mahkamah;
(b) mengarahkan suatu siasatan dan laporan dibuat mengenai
apa-apa harta sedemikian sebagaimana yang disebut
terdahulu dan mengenai hal ehwal persatuan itu;
(c) membuat apa-apa perintah selanjutnya yang didapatinya
adil dan saksama bagi penggunaan harta itu dalam atau
untuk pelepasan liabiliti persatuan itu yang ditanggung
dengan sah sebelum tarikh permohonan itu atau, dengan
kebenaran Mahkamah, sejak dari tarikh itu dalam atau
untuk pembayaran balik wang kepada orang yang telah
menjadi penyumbang atau pencarum kepada persatuan
itu dengan suci hati dan tanpa pengetahuan mengenai
apa-apa pelanggaran yang disebut terdahulu, dan dalam
atau untuk apa-apa kos yang ditanggung berkaitan dengan
apa-apa siasatan dan laporan yang disebut terdahulu atau
dalam penggulungan atau pembubaran persatuan itu;
dan
(d) memerintahkan bahawa apa-apa harta yang tidak diarahkan
oleh Mahkamah untuk digunakan sedemikian sebagaimana
y a n g disebut terdahulu akan dilucuthakkan kepada
Kerajaan.
17
Keselamatan Dalam Negeri
(4) Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil di bawah
seksyen ini, bukti mengenai perkara yang dilakukan atau perkataan
yang ditulis, disebut atau diterbitkan (sama ada atau tidak semasa
kehadiran mana-mana pihak kepada prosiding itu) oleh mana-mana
orang yang mengambil bahagian dalam pengawalan atau pengurusan
s e s u a t u persatuan atau dalam mengelolakan, melatih atau
melengkapkan anggota atau penyokong sesuatu persatuan boleh
diterima sebagai keterangan mengenai maksud yang baginya, atau
cara yang dalamnya, anggota atau penyokong persatuan itu telah
dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan.
(5) Jika seorang Majistret atau Ketua Pegawai Polis berpuas
hati melalui maklumat bahawa ada sebab yang munasabah bagi
mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah
dilakukan, dan bahawa keterangan mengenai pelakuannya boleh
didapati di mana-mana premis atau tempat yang dinyatakan dalam
maklumat itu, atas permohonan yang dibuat oleh seorang pegawai
polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, Majistret
atau Ketua Pegawai Polis itu boleh memberikan suatu waran geledah
yang membenarkan mana-mana pegawai itu dengan atau tanpa
bantuan memasuki premis atau tempat itu pada bila-bila masa
dalam tempoh satu bulan dari tarikh waran itu, jika perlu dengan
kekerasan, dan menggeledah premis atau tempat itu dan memeriksa
tiap-tiap orang yang terdapat di dalamnya, dan menyita apa-apa
jua yang dijumpai di atas premis atau tempat itu atau yang dijumpai
pada mana-mana orang itu yang pegawai itu mempunyai sebab
yang munasabah bagi mengesyaki sebagai keterangan mengenai
pelakuan suatu kesalahan itu sebagaimana yang disebut terdahulu.
(6) Tiada seorang pun perempuan, menurut apa-apa waran yang
dikeluarkan di bawah subseksyen (5), boleh diperiksa kecuali oleh
seorang perempuan.
(7) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai
melarang sebilangan munasabah orang diambil kerja sebagai
pengelola di mana-mana perjumpaan awam yang diadakan di premis
persendirian dengan kebenaran pemunya premis itu, atau melarang
dibuat apa-apa persiapan bagi maksud itu atau memberi petunjuk
kepada orang yang diambil kerja sedemikian dalam tugas mereka
y a n g sah sebagai pengelola tersebut, atau melarang mereka
dilengkapkan dengan lencana atau tanda pengenalan lain.
Undang-Undang Malaysia
18
AKTA 82
Melatih tubi dengan menyalahi undang-undang
6. (1) Mana-mana orang selain seorang anggota angkatan bersenjata
atau polis atau angkatan sukarela atau angkatan tempatan yang
ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang
berkuat kuasa di Malaysia, atau mana-mana angkatan lain yang
ialah suatu angkatan pelawat bagi maksud Bahagian I Akta Angkatan
Pelawat 1960, atau mana-mana organisasi atau persatuan yang
dikecualikan dengan khasnya oleh Menteri, yang--
(a) berada di atau menghadiri mana-mana perjumpaan atau
perhimpunan orang bagi maksud melatih atau melatih
tubi diri mereka untuk menggunakan senjata atau dilatih
atau dilatih tubi sedemikian, atau bagi maksud menjalankan
latihan, gerakan atau evolusi tentera; atau
(b) berada di atau menghadiri mana-mana perjumpaan atau
perhimpunan sedemikian bagi maksud melatih atau melatih
tubi mana-mana orang atau orang lain untuk menggunakan
senjata atau menjalankan latihan, gerakan atau evolusi
tentera,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang selain seorang anggota angkatan bersenjata
atau polis atau angkatan sukarela atau angkatan tempatan yang
ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang
berkuat kuasa di Malaysia, atau mana-mana angkatan lain yang
berada dengan sah di Malaysia di bawah mana-mana undang-
undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan
angkatan pelawat atau mana-mana organisasi atau persatuan yang
dikecualikan dengan khasnya oleh Menteri yang--
(a) melatih atau melatih tubi mana-mana orang lain untuk
menggunakan senjata atau menjalankan latihan, gerakan
atau evolusi tentera; atau
(b) mengambil bahagian dalam pengawalan atau pengurusan
mana-mana persatuan atau organisasi yang anggotanya
dilatih tubi dalam menjalankan latihan, gerakan atau evolusi
tentera,
19
Keselamatan Dalam Negeri
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Larangan mengenai pakaian seragam, lambang, dsb.
7. (1) Menteri boleh, jika difikirkannya bagi kepentingan negara
untuk berbuat demikian, melalui perintah melarang pembuatan,
penjualan, penggunaan, pemakaian, pertunjukan atau pemilikan
apa-apa bendera, panji-panji, lencana lambang, peranti, pakaian
seragam atau pakaian tersendiri atau apa-apa bahagiannya.
(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan
sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan
suatu kesalahan.
(3) Apa-apa artikel yang berkenaan dengannya suatu kesalahan
telah dilakukan di bawah seksyen ini boleh disita dan dimusnahkan
atau selainnya diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri
sama ada atau tidak identiti pesalah itu diketahui dan sama ada
atau tidak apa-apa pendakwaan telah dimulakan berkenaan dengan
kesalahan itu.
BAB II
Kuasa mengenai Tahanan Pencegahan
Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang
8. *(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana
orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak
dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia
atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan
perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, Menteri boleh
membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah
tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa
tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
*CATATAN--Lihat Nota Pesuruhjaya di muka surat 83.
Undang-Undang Malaysia
20
AKTA 82
(2) Dalam subseksyen (1) "perkhidmatan perlu" ertinya mana-
m a n a perkhidmatan, perniagaan, perdagangan, perusahaan,
pembuatan atau pekerjaan yang termasuk dalam Jadual Ketiga.
(3) Tiap-tiap orang yang ditahan menurut suatu perintah tahanan
hendaklah ditahan di mana-mana tempat (kemudian daripada ini
disebut "tempat tahanan") yang diarahkan oleh Menteri dan mengikut
apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri dan apa-apa kaedah
yang dibuat di bawah subseksyen (4).
(4) Menteri boleh melalui kaedah-kaedah membuat peruntukan
bagi penyelenggaraan dan pengurusan tempat tahanan dan bagi
tatatertib dan pengurusan orang yang ditahan di dalamnya, dan
boleh membuat kaedah yang berlainan bagi tempat tahanan yang
berlainan.
(5) Jika Menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud
yang disebut dalam subsekyen (1) perlu supaya pengawalan dan
pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan
dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti,
kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi
bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, Menteri
boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut
"perintah sekatan") yang mengenakan ke atas orang itu semua atau
mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:
(a) bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang
dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya
dan tempat kediaman dan pekerjaannya;
(b) bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara
apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali
di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh
mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan
sedemikian;
(c) b a g i menghendakinya memberitahu pergerakannya
mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada
mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan
dalam perintah itu;
(d) bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam
atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil
bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat
21
Keselamatan Dalam Negeri
kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada
mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan
(e) bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar
sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang
dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran
yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa
atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.
(6) Tiap-tiap perintah sekatan hendaklah terus berkuat kuasa
bagi apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua tahun, yang dinyatakan
dalamnya, dan bolehlah termasuk suatu arahan oleh Menteri bahawa
orang yang berkenaan dengannya arahan itu dibuat, hendaklah
mengikat suatu bon dengan atau tanpa jaminan dan dengan apa-
apa jumlah wang yang ditentukan bagi pematuhannya yang wajar
sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya.
(7) Menteri boleh mengarahkan supaya jangka masa mana-mana
perintah tahanan atau perintah sekatan dilanjutkan bagi apa-apa
tempoh selanjutnya, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana
yang dinyatakan olehnya, dan seterusnya bagi apa-apa tempoh
selanjutnya yang tidak melebihi dua tahun pada suatu masa,
sebagaimana yang dinyatakan olehnya, sama ada--
(a) atas alasan yang sama seperti alasan yang atasnya perintah
itu mula dibuat;
(b) atas alasan yang berlainan daripada alasan yang atasnya
perintah itu mula dibuat; atau
(c) sebahagiannya atas alasan yang sama dan sebahagiannya
atas alasan yang berlainan:
Dengan syarat bahawa jika sesuatu perintah tahanan dilanjutkan
atas alasan yang berlainan atau sebahagiannya atas alasan yang
berlainan, orang yang dengannya perintah itu berhubungan hendaklah
mempunyai hak yang sama di bawah seksyen 11 seolah-olah perintah
yang dilanjutkan sebagaimana yang disebut terdahulu ialah suatu
perintah baru, dan seksyen 12 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.
(8) Menteri boleh, dari semasa ke semasa dengan notis bertulis
yang disampaikan kepada seseorang yang menjadi subjek sesuatu
perintah sekatan, mengubah, mengkensel atau menambah apa-apa
Undang-Undang Malaysia
22
AKTA 82
sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas orang itu oleh perintah
itu, dan sekatan atau syarat yang diubahkan sedemikian dan apa-
apa sekatan atau syarat tambahan yang dikenakan sedemikian
hendaklah, melainkan jika terlebih dahulu dikensel, terus berkuat
kuasa bagi tempoh yang belum tamat yang dinyatakan di bawah
subseksyen (6) atau (7).
Perintah tahanan tidak menjadi tidak sah atau tidak berkuat
kuasa atas alasan tertentu
8A. Tiada perintah tahanan boleh menjadi tidak sah atau tidak
berkuat kuasa oleh sebab--
(a) orang yang dengannya perintah tahanan itu berhubungan--
(i) telah sebaik selepas perintah tahanan itu dibuat
ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan
yang disebut dalam subseksyen 8(3);
(ii) terus ditahan sebaik selepas perintah tahanan itu
dibuat di tempat yang dia telah ditahan di bawah
seksyen 73 sebelum dia dipindahkan ke suatu tempat
t a h a n a n yang disebut dalam subseksyen 8(3),
w a l a u p u n tempoh maksimum bagi penahanan
sedemikian di bawah subseksyen 73(3) telah tamat;
atau
(iii) telah semasa jangka masa perintah tahanan itu berada
dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam
apa-apa jagaan lain ke suatu tempat tahanan yang
disebut dalam subseksyen 8(3); atau
(b) bahawa perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya
di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut
dalam subseksyen 8(3), atau terdapat apa-apa kecacatan
yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan
itu kepadanya.
Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang
di-Pertuan Agong dan Menteri
8B. (1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman
di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh
23
Keselamatan Dalam Negeri
mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan
dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang
dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan
kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai
apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara
dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.
(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan
apa-apa kehendak tatacara dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai
jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.
Tafsiran "kajian semula kehakiman"
8C. Dalam Akta ini, "kajian semula kehakiman" termasuklah
prosiding yang dimulakan dengan cara--
(a) permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah
prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;
(b) permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;
(c) writ habeas corpus; dan
(d) apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-
undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit
daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan
yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri
mengikut Akta ini.
Permulaan kuat kuasa seksyen 8B dan 8C
8D. (1) Seksyen 8B dan 8C hendaklah terpakai bagi apa-apa prosiding
yang dimulakan dengan cara kajian semula kehakiman apa-apa
tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang
di-Pertuan Agong atau Menteri di bawah Akta ini, sama ada prosiding
itu telah dimulakan sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1989 [Akta A739].
(2) Sebutan mengenai prosiding dalam subseksyen (1) tidaklah
termasuk sebutan mengenai prosiding yang telah tamat dan yang
Undang-Undang Malaysia
24
AKTA 82
berkenaan dengannya keputusan muktamad mahkamah telah diberikan
sebelum permulaan kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri
(Pindaan) 1989, atau sebutan mengenai mana-mana rayuan atau
mana-mana permohonan untuk membuat rayuan terhadap keputusan
muktamad sedemikian.
(Dipotong oleh Akta A61).
9.
Penggantungan perintah tahanan
10. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya
kuat kuasa mana-mana perintah tahanan digantung tertakluk kepada
semua atau apa-apa sekatan dan syarat yang Menteri diberikan
kuasa oleh subseksyen 8(5) untuk mengenakan melalui suatu perintah
sekatan, dan tertakluk, jika Menteri mengarahkannya, kepada
kehendak bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu
d i b u a t hendaklah mengikat suatu bon sebagaimana yang
diperuntukkan dalam subseksyen 8(6).
(2) Jika sesuatu perintah tahanan digantung sebagaimana yang
disebut terdahulu, subseksyen 8(8) hendaklah mempunyai kuat
kuasa seolah-olah sekatan dan syarat yang kerananya perintah
tahanan itu digantung ialah sekatan dan syarat yang dikenakan
oleh sesuatu perintah sekatan.
(3) Jika sesuatu perintah tahanan digantung sebagaimana yang
d i s e b u t terdahulu, Menteri boleh membenarkan orang yang
terhadapnya perintah tahanan itu telah dibuat untuk kembali ke
tanah airnya atau pergi ke mana-mana negara lain pilihannya dengan
syarat bahawa Kerajaan negara lain itu bersetuju untuk menerimanya.
(4) Menteri boleh membatalkan penggantungan mana-mana
perintah tahanan jika dia berpuas hati bahawa orang yang terhadapnya
perintah tahanan itu dibuat telah gagal mematuhi apa-apa sekatan
atau syarat yang dikenakan ke atasnya atau bahawa adalah perlu
bagi kepentingan keselamatan supaya penggantungan itu dibatalkan,
dan dalam mana-mana hal sedemikian, pembatalan penggantungan
itu hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi kepada mana-mana
pegawai polis untuk menangkap semula tanpa waran orang yang
terhadapnya perintah tahanan itu dibuat, dan orang itu hendaklah
secepat yang dapat dilaksanakan dikembalikan ke tempat tahanannya
yang dahulu atau, jika Menteri mengarahkan sedemikian, dihantar
ke tempat tahanan yang lain.
25
Keselamatan Dalam Negeri
(5) Penggantungan mana-mana perintah tahanan sebagaimana
y a n g disebut terdahulu hendaklah, tertakluk kepada
subseksyen 8(8) sebagaimana terpakai oleh subseksyen (2) dan
tertakluk juga kepada subseksyen (4), terus berkuat kuasa bagi
bahagian tempoh perintah tahanan itu yang belum tamat yang
dinyatakan di bawah subseksyen 8(6) atau (7).
Representasi terhadap perintah tahanan
11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri
di bawah subseksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang
boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan
olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi
terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.
( 2 ) B a g i maksud membolehkan seseorang untuk membuat
representasi di bawah subseksyen (1) dia hendaklah, pada masa
perintah itu disampaikan kepadanya--
(a) diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi
kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan
(b) diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis--
(i) mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;
(ii) mengenai pengataan fakta yang atasnya perintah
itu diasaskan; dan
(iii) mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada
p e n d a p a t Menteri mungkin semunasabahnya
dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat
representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga
Penasihat.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara
bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan
bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.
Laporan Lembaga Penasihat
1 2 . ( 1 ) B i l a m a n a mana-mana orang telah membuat apa-apa
representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga
Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga
Undang-Undang Malaysia
26
AKTA 82
bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa
tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong,
menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya
kepada Yang di-Pertuan Agong.
(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah
seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apa-
apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah
yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di-
P e r t u a n Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13,
m u k t a m a d dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana
mahkamah.
Kajian semula
13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan
oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah
seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula
tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu
Lembaga Penasihat:
Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang
terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama,
sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah
subseksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang
dilanjutkan di bawah subseksyen 8(7) yang baginya proviso kepada
subseksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan
tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran
representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi
itu telah dibuat.
(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian
semula di bawah subseksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan
kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian
semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang
difikirkannya patut.
*CATATAN--Subseksyen ini telah dimasukkan oleh Akta A61 dan mula berkuat kuasa pada
01-09-1972 dan sebelum tarikh itu peruntukan berikut yang dimasukkan oleh Ordinan No. 4 tahun
1969 (P.U. (A) 186/1969) terpakai:
"(1) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan 8(1)(a) boleh, selagi ia
berkuat kuasa, dikaji semula dari semasa ke semasa oleh suatu Lembaga Penasihat mengikut budi
bicara Pengerusinya".
27
Keselamatan Dalam Negeri
Kuasa untuk memanggil saksi
14. Tiap-tiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud Akta
ini tertakluk kepada seksyen 16, mempunyai segala kuasa mahkamah
bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau
ikrar, dan bagi memaksa dokumen dikemukakan.
Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam
15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah
disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun
Keseksaaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa
tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan
yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam
p e l a k s a n a a n tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan
keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undang-
undang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.
Pendedahan maklumat
16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana
kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau
mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat
awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen
yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara
jika didedahkan atau dikemukakan.
Kuasa untuk memerintahkan pemindahan
17. (1) Menteri boleh dengan perintah mengarahkan pemindahan
mana-mana orang yang ditahan menurut Bab ini dari mana-mana
tempat tahanan di Malaysia ke tempat tahanan yang lain di Malaysia
yang hendaklah dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh melalui
perkiraan dengan Kerajaan Singapura mengarahkan pemindahan
mana-mana orang sedemikian (yang bukan seorang warganegara)
ke Singapura, untuk ditahan di situ bagi keseluruhan atau apa-apa
bahagian tempoh yang orang itu telah diperintahkan supaya ditahan.
Undang-Undang Malaysia
28
AKTA 82
( 2 ) M a n a - m a n a orang dalam masa pemindahan di bawah
subseksyen (1) hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah.
Kuasa untuk mengarahkan pengemukaan orang yang ditahan
18. (1) Apabila dibuktikan sehingga memuaskan hati Menteri
bahawa kehadiran di mana-mana tempat mana-mana orang yang
ditahan di bawah Bab ini, atau yang dalam jagaan polis yang sah
atau yang dikurung di mana-mana penjara sama ada menurut Bab
ini atau di bawah suatu perintah mana-mana mahkamah atau dengan
cara apa sekalipun selainnya, dan walau apa pun apa-apa perintah
mana-mana mahkamah atau apa jua pihak berkuasa yang lain,
dikehendaki demi kepentingan keadilan, atau bagi maksud apa-apa
siasatan awam atau siasatan lain atau demi kepentingan negara,
atau demi kepentingan orang yang ditahan, dalam jagaan, atau
dikurung, Menteri boleh memerintahkan supaya orang itu dibawa
ke tempat itu.
(2) Mana-mana orang dalam masa dibawa ke mana-mana tempat
menurut subseksyen (1) dan semasa berada di tempat itu hendaklah
ditahan dalam jagaan sedemikian sebagaimana yang diarahkan
oleh Menteri dan semasa dalam jagaan itu hendaklah disifatkan
berada dalam jagaan sah.
Penguatkuasaan waran, dsb., yang dibuat di Singapura
19. (1) Apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu waran atau
suatu perintah yang dibuat di Singapura di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Singapura dan yang
sama atau setara dengan seksyen 8 dan yang telah diterima daripada
mana-mana pegawai polis atau pegawai Kerajaan lain Singapura
boleh dikuatkuasakan seolah-olah ia ialah suatu perintah yang
telah dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen 8, dan jika orang
yang dinamakan dalamnya memasuki atau berada di dalam Malaysia
dokumen itu hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya dengan
menangkap dan menahan orang itu di bawah Bab ini:
Dengan syarat bahawa tiada dokumen itu boleh dikuatkuasakan
s e d e m i k i a n melainkankan jika Menteri telah memberikan
kelulusannya dengan membuat pengendorsan di atasnya.
29
Keselamatan Dalam Negeri
(2) Jika mana-mana orang ditangkap di bawah seksyen ini dia
hendaklah dikembalikan dalam jagaan ke Singapura melainkan
jika Menteri berpuas hati bahawa ada hal keadaan khas yang
mewajarkan penahanannya di Malaysia.
(3) Tanpa menjejaskan seksyen 8, jika mana-mana orang yang
ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini memuaskan hati Menteri
bahawa dia ialah seorang warganegara, orang itu hendaklah dilepaskan
dengan serta-merta.
(4) Apabila permintaan dibuat oleh seorang Menteri Kerajaan
Singapura supaya seseorang yang ditahan di Singapura di bawah
mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Singapura
dan yang sama atau setara dengan seksyen 8 sepatutnya dipindahkan
ke Malaysia dan ditahan di Malaysia, Menteri boleh mengarahkan
supaya orang itu, jika diserahkan di Malaysia oleh Kerajaan
Singapura, diterima dalam jagaan mana-mana pegawai polis yang
ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu; dan orang itu hendaklah
selepas itu ditahan di Malaysia, seolah-olah perintah yang di
bawahnya orang itu ditahan di Singapura telah dibuat dengan
sewajarnya di bawah seksyen 8:
Dengan syarat bahawa suatu salinan mengenai apa-apa bantahan
yang dibuat oleh orang itu terhadap perintah tahanannya hendaklah
diserahkan oleh Menteri kepada pihak berkuasa yang berkenaan di
Singapura, dan orang itu hendaklah bagi maksud mendakwa
bantahannya dikembalikan ke dalam jagaan pegawai polis Singapura
yang berkenaan.
(5) Menteri boleh, sama ada atas permintaan seorang Menteri
Kerajaan Singapura atau selainnya, memerintahkan mana-mana
orang yang bukan seorang warganegara dan yang ditahan di Malaysia
di bawah subseksyen (4) dikembalikan ke Singapura, dan bagi
maksud itu boleh mengarahkan supaya orang tersebut diserahkan
ke dalam jagaan pegawai polis Singapura.
(6) Seksyen ini tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak*.
*CATATAN--Sebutan mengenai "Sabah dan Sarawak" hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk
sebutan mengenai "Wilayah Persekutuan Labuan"lihat P.U. (A) 198/1985.
Undang-Undang Malaysia
30
AKTA 82
Penguatkuasaan perintah yang dikeluarkan di Singapura
20. (1) Mana-mana orang yang bukan seorang warganegara dan
yang telah diperintahkan dengan sah supaya meninggalkan dan
terus berada di luar Singapura melainkan jika Menteri mengarahkan
selainnya dilarang daripada memasuki atau bermastautin di Malaysia
selagi perintah yang memerintahnya supaya meninggalkan dan
terus berada di luar Singapura masih berkuat kuasa; dan orang itu
yang dibawa dalam jagaan ke Malaysia boleh ditahan dalam jagaan
oleh mana-mana pegawai polis atau pegawai imigresen di mana-
mana tempat yang diarahkan oleh Meneri sehingga orang itu boleh
dengan mudahnya ditempatkan di atas mana-mana kapal, kereta
api, kenderaan motor atau pesawat udara, dan mana-mana orang
s e d e m i k i a n boleh dengan sahnya ditahan di atasnya selagi
pengangkut itu berada di dalam wilayah dan perairan wilayah
Malaysia.
(2) Kecuali dalam hal seseorang warganegara atau seseorang
yang ditahan di bawah subseksyen (1), mana-mana orang yang
setelah meninggalkan Singapura menurut mana-mana perintah sah
memasuki Malaysia atau dijumpai di dalamnya semasa perintah
itu berkuat kuasa melakukan suatu kesalahan dan, sama ada atau
tidak pendakwaan bagi kesalahan itu telah dimulakan terhadapnya,
boleh ditahan di atas mana-mana kapal, kereta api, kenderaan
motor atau pesawat udara bagi maksud memindahkannya dari
Malaysia.
( 3 ) M a n a - m a n a orang yang telah ditahan mengikut
subseksyen (1) atau (2) hendaklah disifatkan berada dalam jagaan
sah.
(4) Seksyen ini tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak*.
Kecualian berkenaan dengan pendakwaan orang yang ditahan
21. Penahanan mana-mana orang di bawah Bab ini tidaklah
menjejaskan pembawaan apa-apa prosiding jenayah terhadap orang
itu, sama ada semasa atau selepas tempoh tahanannya.
*CATATAN--Sebutan mengenai "Sabah dan Sarawak" hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk
sebutan mengenai "Wilayah Persekutuan Labuan"lihat P.U. (A) 198/1985.
31
Keselamatan Dalam Negeri
BAB III
Kuasa Khas yang Berhubungan dengan Penerbitan
Subversif, dsb.
Larangan mengenai pencetakan, penjualan, dsb., dokumen dan
penerbitan
22. (1) Jika ternyata pada Menteri yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi mesin cetak dan penerbitan bahawa apa-apa
dokumen atau penerbitan--
(a) mengandungi apa-apa pengapian kepada keganasan;
(b) mengesyorkan keingkaran kepada undang-undang atau
kepada apa-apa perintah yang sah;
(c) dimaksudkan untuk atau mungkin menyebabkan pecah
keamanan, atau mengembangkan perasaan permusuhan
antara kaum atau golongan yang berlainan; atau
(d) memudaratkan kepentingan negara, ketenteraman awam
atau keselamatan Malaysia,
Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta
melarang sama ada dengan mutlak atau tertakluk kepada apa-apa
syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu, pencetakan,
penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau pemilikan
dokumen atau penerbitan itu.
(2) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh, jika perintah
itu memperuntukkan sedemikian, diperluas supaya--
(a) dalam hal penerbitan berkala, melarang penerbitan,
p e n j u a l a n , pengeluaran, pengedaran, pemilikan atau
pengimportan apa-apa keluaran itu yang telah lalu atau
yang akan datang; dan
(b) dalam hal penerbitan yang telah atau didapati atau berupa
s e b a g a i telah dikeluarkan daripada sesuatu gedung
penerbitan, agensi atau sumber lain yang tertentu, melarang
penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau
pengimportan apa-apa penerbitan yang lain yang mungkin
pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas tarikh
perintah itu telah atau didapati atau berupa sebagai telah
dikeluarkan daripada gedung penerbitan, agensi atau sumber
lain yang tertentu itu.
Undang-Undang Malaysia
32
AKTA 82
Bantahan terhadap perintah di bawah seksyen 22
23. Tuan punya atau ejen di Malaysia bagi tuan punya apa-apa
penerbitan yang ialah subjek suatu perintah di bawah seksyen 22
boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyiaran perintah itu
dalam Warta, membuat bantahan terhadap perintah itu kepada
Yang di-Pertuan Agong, dan keputusan Yang di-Pertuan Agong
muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.
Pencetakan, penerbitan, dsb., yang berlanggaran dengan perintah
di bawah seksyen 22
24. Mana-mana orang yang mencetak, menerbitkan, menjual,
mengeluarkan, mengedarkan atau mengulang cetak sesuatu dokumen
atau penerbitan yang menjadi subjek sesuatu perintah di bawah
seksyen 22, atau apa-apa cabutan daripadanya, melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan atas
suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan sehingga
memuaskan hati mahkamah, bahawa dokumen atau penerbitan yang
berkenaan dengannya dia dipertuduh telah dicetak, diterbitkan,
dijual, dikeluarkan, diedarkan atau diulang cetak, mengikut mana-
m a n a yang berkenaan, tanpa kebenaran, persetujuan dan
pengetahuannya, dan tanpa ketidakcermatan atau ketidakhematan
yang sewajarnya bagi pihaknya, dan bahawa dia tidak mengetahui
dan tidak mempunyai sebab untuk mengesyaki jenis dokumen atau
penerbitan itu.
Pemilikan dokumen, dsb., yang berlanggaran dengan perintah
di bawah seksyen 22
25. (1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah memiliki
apa-apa dokumen atau penerbitan yang pemilikannya dilarang oleh
suatu perintah di bawah seksyen 22, atau apa-apa cabutan daripadanya,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh, bagi
kesalahan pertama, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
33
Keselamatan Dalam Negeri
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya dan boleh, bagi kesalahan yang berikutnya, dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
(2) Dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi
sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini, orang itu hendaklah dianggap,
sehingga dibuktikan sebaliknya, telah mengetahui kandungan dan
jenis kandungan apa-apa dokumen atau penerbitan sebaik selepas
dokumen atau penerbitan itu berada dalam miliknya.
Pengimportan yang berlanggaran dengan perintah di bawah
sekyen 22
26. Mana-mana orang yang mengimport atau cuba mengimport
a t a u bersubahat dalam pengimportan apa-apa dokumen atau
penerbitan atau tanpa alasan yang sah memiliki apa-apa dokumen
atau penerbitan yang diimport berlanggaran dengan suatu perintah
di bawah seksyen 22 melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh, bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya dan boleh, bagi kesalahan yang
berikutnya, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
Mengeposkan pelekat, dsb.
27. Mana-mana orang yang mengeposkan atau membahagikan
a p a - a p a pelekat, surat pekeliling atau dokumen lain yang
m e n g a n d u n g i apa-apa pengapian kepada keganasan atau
mengesyorkan keingkaran kepada undang-undang atau apa-apa
perintah yang sah, atau mungkin menyebabkan pecah keamanan
melakukan suatu kesalahan.
Penyebaran laporan palsu
28. Mana-mana orang yang melalui percakapan atau tulisan atau
dalam apa-apa surat khabar, majalah berkala, buku, surat pekeliling
atau penerbitan bercetak yang lain atau melalui apa-apa cara lain
menyebarkan laporan palsu atau membuat pernyataan palsu yang
mungkin menyebabkan kecemasan awam melakukan suatu kesalahan.
Undang-Undang Malaysia
34
AKTA 82
Pemilikan dokumen subversif
29. (1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah membawa
atau memiliki atau mempunyai di bawah kawalannya apa-apa
dokumen subversif melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang atau mana-mana pemegang jawatan dalam
mana-mana persatuan atau mana-mana anggota atau ejen yang
bertanggungjawab dalam mana-mana organisasi yang menerima
a p a - a p a dokumen subversif hendaklah tanpa berlengah
menyerahkannya kepada seorang pegawai polis; dan mana-mana
orang, pemegang jawatan, anggota atau ejen yang tidak berbuat
demikian, atau yang menyampaikannya kepada mana-mana orang
lain atau yang menerbitkan atau menyebabkan kandungan apa-apa
dokumen tersebut diterbitkan, melainkan jika dia dibenarkan berbuat
demikian oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah
daripada Penguasa Polis, melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-
duanya.
(3) Dalam seksyen ini "dokumen subversif" ertinya apa-apa
d o k u m e n yang mempunyai pada sebahagiannya atau pada
keseluruhannya kecenderungan--
(a) untuk membangkitkan keganasan terancang terhadap orang
atau harta di Malaysia;
(b) untuk menyokong, mengembangkan atau menganjurkan
a p a - a p a tindakan yang memudaratkan keselamatan
Malaysia atau penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman
awam di dalamnya atau mengapikan keganasan atau
mengesyorkan keingkaran kepada undang-undangnya atau
apa-apa perintah yang sah di dalamnya; atau
(c) untuk mendorong, memohon atau meminta sokongan
untuk atau kerana apa-apa kutipan, sumbangan, caruman
atau derma, sama ada dalam bentuk wang atau barang-
barang, bagi faedah atau kegunaan secara langsung atau
tidak langsung orang yang bercadang hendak bertindak
atau hampir bertindak, atau yang telah bertindak, dengan
35
Keselamatan Dalam Negeri
cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia
atau
penyenggaraan ketenteraman awam di dalamnya,
atau
y a n g mengapikan keganasan di dalamnya
atau
mengesyorkan keingkaran kepada undang-undang
atau
apa-apa perintah yang sah di dalamnya.
(4) Tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen subversif
hendaklah dianggap sebagai dokumen subversif sehingga dibuktikan
sebaliknya; dan jika dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen
ini dibuktikan bahawa seseorang membawa atau memiliki atau
mempunyai di bawah kawalannya suatu dokumen subversif dia
h e n d a k l a h disifatkan telah mengetahui kandungan dan jenis
kandungan dokumen itu:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan dengan
suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan sehingga
memuaskan hati mahkamah--
(a) bahawa dia tidak mengetahui kandungan dan jenis
k a n d u n g a n dokumen subversif yang dibawa atau
dimilikinya atau di bawah kawalannya; dan
(b) bahawa dia membawa atau memiliki atau mempunyai di
bawah kawalannya dokumen subversif itu dalam hal
keadaan sedemikian sehingga dia tidak pada bila-bila
masa pun mempunyai sebab yang munasabah untuk
mempercayai atau mengesyaki bahawa dokumen itu ialah
suatu dokumen subversif.
Kuasa menggeledah dan menyita dokumen
30. (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah
daripada Inspektor boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa
bantuan--
(a) memasuki dan menggeledah mana-mana premis; atau
(b) memberhentikan dan menggeledah mana-mana kenderaan,
vesel, kereta api, pesawat udara atau memeriksa mana-
mana individu, sama ada di tempat awam atau tidak,
jika dia mengesyaki bahawa apa-apa dokumen, penerbitan, benda
atau artikel yang menjadi keterangan mengenai pelakuan sesuatu
Undang-Undang Malaysia
36
AKTA 82
kesalahan terhadap Bab ini mungkin boleh dijumpai dalam kenderaan,
vesel, kereta api, pesawat udara atau pada individu itu, dan boleh
menyita apa-apa dokumen, penerbitan, benda atau artikel yang
dijumpai sedemikian.
(2) Apa-apa dokumen, penerbitan, benda atau artikel yang disita
di bawah subseksyen (1) hendaklah dimusnahkan atau selainnya
dilupuskan mengikut cara yang diperintahkan oleh Ketua Polis.
(3) Ketua Polis hendaklah, apabila membuat perintah di bawah
subseksyen (2), jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa pemunya, atau orang yang memilikinya sebaik sebelum
dokumen, penerbitan, benda atau artikel itu disita, berada di Malaysia,
menyebabkan suatu notis disampaikan kepada orang itu memberitahu
terma perintah itu kepadanya.
(4) Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah yang dibuat
di bawah subseksyen (2) boleh merayu terhadap perintah itu kepada
Menteri:
Dengan syarat bahawa tiada rayuan terhadap sesuatu perintah
boleh dibenarkan melainkan jika notis rayuan secara bertulis, berserta
dengan sebab bagi rayuan itu, diberikan kepada Ketua Polis dan
kepada Menteri dalam tempoh empat belas hari dari penyampaian
notis mengenai perintah itu di bawah subseksyen (3).
(5) Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (2)
ia hendaklah dilaksanakan hanya jika belum ada rayuan dibuat
terhadapnya atau jika apa-apa rayuan terhadapnya telah ditolak
atau ditinggalkan.
(6) Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah
seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.
Pelupusan dokumen subversif, dsb.
31. (1) Jika prosiding telah diambil berkenaan dengan apa-apa
kesalahan terhadap Bab ini mahkamah yang olehnya atau di
hadapannya pesalah yang dikatakan itu dibicarakan hendaklah,
atas permohonan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak
37
Keselamatan Dalam Negeri
rendah daripada Penolong Penguasa, semasa pemutusan muktamad
prosiding itu memerintahkan supaya apa-apa dokumen, penerbitan,
benda atau artikel yang menjadi ekshibit dalam prosiding itu
d i s e r a h k a n kepada pegawai itu untuk dilupuskan di bawah
subseksyen 30(2).
(2) Bagi maksud seksyen ini prosiding tidaklah boleh disifatkan
sebagai telah diputuskan dengan muktamadnya selagi ada apa-apa
rayuan yang belum selesai dalam perkara mengenai prosiding itu;
dan sesuatu rayuan dalam perkara itu hendaklah disifatkan sebagai
belum selesai dalam masa biasa yang di dalamnya sesuatu rayuan
boleh dibuat, dan jika sesuatu rayuan dibuat dengan sewajarnya,
rayuan itu hendaklah disifatkan sebagai belum selesai sehingga ia
diputuskan atau ditarik balik.
BAB IV
Kawalan mengenai Keraian dan Pameran
Kuasa untuk menghendaki maklumat
32. (1) Penaja dan tiap-tiap orang yang terlibat dengan penajaan
apa-apa keraian atau pameran dan tuan punya mana-mana premis
yang apa-apa keraian atau pameran itu diadakan atau dicadangkan
hendak diadakan, hendaklah atas perintah bertulis Menteri atau
mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri bagi maksud
itu, memberikan Menteri atau pegawai itu apa-apa maklumat yang
dinyatakan oleh Menteri atau pegawai itu yang berhubungan dengan
perkara yang berikut:
(a) butir-butir mengenai orang yang terlibat dengan penajaan
keraian atau pameran itu dan mengenai kepentingan yang
diwakili oleh mereka itu;
|